Dec 1, 2013

Jawapan tEka-tEki #18 'Bas Sekolah'


Kini, sudah sampai giliran untuk jawapan tEka-tEki.
Adakah anda sudah bersedia untuk jawapannya?



Baiklah.
Kepada yang belum bersedia untuk membaca jawapannya
dan mahu ke entri soalan, sila klik sini.
Ketahuilah,
keseronokan tEka-tEki bukan terletak pada jawapan
tetapi terletak kepada usaha kita mencari jawapan.
(Pergh! Ayat berfalsafah bagai...)

Ini soalannya:
Perhatikan imej di bawah.



Bayangkan itu adalah bas sekolah yang pernah kita naik setiap pagi semasa kecil untuk ke sekolah.
Jika bas itu bergerak ke hadapan,
ke arah manakah akan bas itu tuju?
Ke kiri gambar atau ke kanan gambar?


Mudah.
Sama ada ke kiri ←
atau ke kanan →



Jawapannya?
Ke kanan →

Kenapa?

Dalam soalan tEka-tEki,
bila aku kata...
Abaikan lukisan aku yang taraf budak tadika ini
dan cuba gunakan imaginasi anda bayangkan ianya bas yang sebenar.
...aku bukan saja-saja kata.
Aku betul-betul maksudkannya.
Imaginasi memainkan peranan yang penting dalam tEka kali ini.

Bas yang sebenar, tak seperti lukisan aku, akan dipenuhi dengan detail-detail yang membolehkan kita terus menjawab mana depan mana belakang.
Bentuk bas, side mirror, kedudukan ekzos, pintu pemandu
dan yang paling penting ialah PINTU MASUK BAS.

Dari lukisan aku itu, tidak terdapat pintu, termasuk pintu pemandu,
seperti yang aku katakan, lukisan tersebut kekurangan detail.
Maka kita boleh andaikan bahawa pintu masuk bas yang menjadi ciri utama setiap bas berada di sebelah satu lagi yang tidak kita nampak.
Oleh kerana Malaysia adalah negara dengan pemandu berada di kanan kenderaan,
maka pintu masuk ke dalam bas berada di sebelah kiri
memberi maksud, jika bas tersebut bergerak ke depan
maka bas itu akan bergerak ke arah kanan gambar.

Untuk lebih pemahaman,
ini ialah lukisan sebelah satu lagi bas tersebut.


Got it?

Kajian di barat ada mendapati hampir 80% kanak-kanak bawah umur 10 tahun dapat jawab soalan yang sama dengan SERTA MERTA.
Kenapa kanak-kanak?
Kerana fikiran kanak-kanak mudah.
Perkara pertama difikirkan kanak-kanak apabila melihat lukisan itu (walaupun seburuk manapun) adalah hubungan lukisan dengan alamnya.
Dalam kes bas ini, lukisan bas pada mereka adalah bas.
Namun, pada kita yang dewasa, kita sukar terima lukisan bas itu adalah bas kerana pada kita ianya hanya lukisan (yang tidak cukup lengkap; tiada side mirror, tiada ekzos, tiada lampu dll).

Semakin kita dewasa, daya imaginasi kita jadi lemah.
Sebab itu kanak-kanak melihat ranting pokok yang patah sebagai pedang
sedangkan kita nampak ranting yang sama hanya sebagai ranting pokok.
Masa kecik pernah main 'jangan pijak lantai nanti mati'?
Aku pernah. Ianya punya konsep yang sama.
Gunakan imaginasi sebagai permainan.

Cikgu aku pernah pesan,
"Kalau jumpa jalan buntu, cuba pandang dari sudut kanak-kanak."
Ianya satu nasihat yang bagus yang aku guna setiap kali aku teringat.
Sebab kalau kita sebut tentang kreativiti dan imaginasi,
tiada yang lagi hebat berbanding kanak-kanak kecil.


Jumpa lagi dalam slot tEka-tEki yang seterusnya.

Lagi tEka-tEki dalam koleksi:




.

9 comments:

  1. hahahahaha... yay betul, sebab aku memang bayangkan, bahagian yang takde pintu penumpang adalah sebelah kanan bas. Tetapi oleh kerana imaginasi seorang dewasa kengkadang mahukan perincian, ia jadi was was... huhuhu ~

    ReplyDelete
  2. yehaa angere yariba yariba...

    ReplyDelete
  3. Baru nak pening2 pk jawapan..ngeh..ngeh. :D

    ReplyDelete
  4. kenapa aku jawab kiriiiii? kenapaaa? aku masih budak. taknak dewasa. haha pui

    ReplyDelete
  5. ceh aku salah..

    tapi kalau ikut lojik imaginasi aku, aku betul kot..sebab aku bayangkan tulisan bas sekolah tu..then, aku bayangkan pintu masuk ada kat sebelah kiri lukisan betul-betul kat tepi tulisan tu..tapi tak nampak sebab dah pintu tu dah tutup..sebab tu aku jawab kiri..

    hehehe..

    "Kalau jumpa jalan buntu, cuba pandang dari sudut kanak-kanak."
    Ianya satu nasihat yang bagus yang aku guna setiap kali aku teringat.
    Sebab kalau kita sebut tentang kreativiti dan imaginasi,
    tiada yang lagi hebat berbanding kanak-kanak kecil."

    Cero, aku rasa imaginasi aku makin kecik skopnya bila aku makin besar..so sad kan..

    aku baru perasan blog ni dah boleh right klik..kalau tak sebelum ni bila nak right klik je ada informasi pasal sperma ikan paus..kehkehkeh

    ReplyDelete
  6. Hahaha.. memang betul tekaan akak tadi. Tup tup dah ada jawapan kat bawah. Nice point here!

    ReplyDelete
  7. Betul. Org tua selalu overthinking hehehehehhehe

    ReplyDelete
  8. takaan salah... ok malas nk pkr.. =P

    ReplyDelete
  9. Betul. Saya setuju dengan entri ni. Zaman kita kanak-kanak memang penuh dengan imaginasi. Budak-budak, dapat hapa benda barang pun, boleh dijadikan permainan.

    Tambah-tambah budak kampung, tak da toys yang gempak-gempak pun, tutup tin pun dia boleh buat dijadikan permainan.

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026