Feb 6, 2013

6 Tema Filem yang Aku Tidak Kisah Habiskan Duit Untuk Ditonton di Wayang.


Tahu tak apa yang aku tak buat lagi tahun 2013 ni?
Tengok wayang...


Ya.
Walaupun aku suka tengok wayang,
tapi tahun 2013 ni aku belum mula lagi hobi aku tu..
Mungkin sebab tak ada wayang yang berbaloi untuk ditonton...
..atau mungkin wallet belum cukup kembong.

Tapi, walaupun aku suka tengok wayang,
tapi tak semua filem yang ditayangkan aku akan tengok..
Takkan nak habiskan duit untuk cerita yang ntahapehape kan?
Aku nak duit yang aku laburkan tu, berbaloi...

Maka,
berikut adalah ENAM tema filem yang aku tak kisah habiskan duit untuk menontonnya di wayang.



Jarang ada cerita filem yang bertemakan time-travelling ni..
Aku tak ingat apa filem last dalam tema ni yang aku tengok.
Mungkin Time Traveller's Wife kot..

Tapi,
cerita merentas masa yang paling awal aku ingat aku tengok ialah
Back to The Future (part I, II, dan III).
Siapa boleh lupa dengan Hoverboard, papan luncur terapung dari masa hadapan yang menjadi idaman sesiapa yang menontonnya.
Aku pernah terfikir (konon-konon) nak cipta Hoverboard guna prinsip magnet sama kutub dengan memanipulasikan gelombang magnetik bumi.
Tapi, biasalah, angan-angan je...
Kalau boleh buat, dah lama orang lain buatkan...




Kalau korang kenal aku,
korang akan tahu betapa aku sukakan cerita bertemakan zombie apocalypse ni...
Aku adalah pengikut setia Resident Evil (movie dan games).
Aku juga pengikut setia The Walking Dead.
Hampir semua wayang zombi yang keluar ke wayang aku tengok (kecuali Zombi Kampung Pisang, sebab aku tunggu tayang tv masa hari raya)

Tapi, Resident Evil: Retribution baru-baru ni agak mengecewakan..
Aku nak lebih banyak zombie, as in zombie dari manusia mati yang terinfect.
Aku tak nak genetically modified organisms.
Nampak tak real!




Siapa tak suka filem super-heroes?
Superman, Batman, Green Lantern, Wonder Woman.
Iron Man, Spider-man, Fantastic Four, Ninja Turtle (??)
Semua orang suka bila ada live action superhero movie.

Tapi, trend filem superheroes kebelakangan ni nampak sangat nak duit..
Brand placement everywhere.
Belum keluar wayang, dah penuh shopping mall dengan figura aksi superheronya..
Why can't a superhero just be a superhero?

BTW, latest Spider-Man (The Amazing Spider-Man) sangat mengecewakan.




Dude!
Kalau filem yang berasaskan manga,
sama ada animation ataupun live action,
siapa boleh bendung keterujaan aku?

Dah tengok live action Rurouni Kenshin?
Dah tengok live action Gantz?
Nanti dengar khabar nak keluar Dragon Ball Z (animation).
Agak-agak ada tayang kat wayang Malaysia tak?
Selalu tak tayang pun...
Nak tunggu DVD keluar, sampai 5-6 bulan baru keluar.
Sedih tau wayang Malaysia ni...

Ingat lagi live action Dragon Ball (DragonBall Evolution) yang mengecewakan tu?
Aku bayar tiket wayang mahal kot...
Dang!!!




Aku sekalikan Horror (seram) dengan Psycho-Thriller sebab elemennya sama.
Dalam dua-dua genre, mesti ada gelap, muzik yang kuat dan mendebarkan, dan elemen terkejut.
Cerita seram selalunya melibatkan entiti bukan manusia.
Certia psycho-thriller pula sebaliknya.

Last filem genre ni yang aku tengok ialah cerita pasal penulis novel yang berpindah rumah ke rumah yang pernah berlaku kes mati, dan di rumah tu dia jumpa beberapa gulung filem 8mm yang menunjukkan adegan bunuh, pastu last-last dia yang kena bunuh dengan anak perempuan kecik dia.
Siapa tahu apa nama cerita tu?




Aku anggap Emma Stone ni macam cheese.
Aku suka cheese.
Cheese sedap dimakan dengan apa pun, walaupun makanan tu tak sedap.

Macam cheese, tak kira berapa teruk pun filem tu, kalau ada Emma Stone, aku dah puas hati.
Macam aku cakap sebelum ni, Spider-Man baru tu sangat mengecewakan...
Tapi ianya tetap best sebab apa?
Ada Emma Stone!!!

Ada banyak filem Emma Stone yang aku perasan tak tayang kat Malaysia,
but fear not, selaku lanun bertauliah,
aku mampu download torrent dengan jayanya! Hehehe...


xxxxxx

Itulah enam tema filem yang aku tak kisah habiskan duit di wayang untuk ditonton.
Sama ada cerita tempatan atau luar, aku tak kisah.
Perasan tak, tak ada cerita cinta?
Sebab aku tak minat sangat cerita-cerita cinta wayang ni..
Semua tak masuk akal..
Termasuk laa yang tempatan...
Tapi, sesiapa pun tahu, cerita tempatan kita makin lama makin hampeh.
Kualiti teruk. Produser berkejar-kejar nak tingkatkan jumlah terbitan dalam setahun dan memanipulasi pelakon ada nama sampai pandang rendah kat mutu dan kualiti filem.
Pernah, aku sampai tahap nak muntah tengok cerita tempatan.

Kalau hal sebegini masih tak dibuat sesuatu,
aku rasa akan terkuburlah industri filem tempatan.

Jadi,
apa jenis filem yang korang tak kisah habiskan duit untuk tonton di wayang atau beli DVD original?
Che citer, che citer...




.

16 comments:

  1. sungguh ohsem gambar adaptation of manga tu.. terbaek!

    in shaa Allah kalau aku x malas aku buat gak entri pasal ni. nak kena balik selongkar tiket muvi dulu. check genre dia. hohoho~

    ReplyDelete
  2. Is it me tauapun drawing mcm upgrade lebih sikit? I can feel it! lol

    genre kesukaan ak pula lebih kurang sama mcm ko except emma stone. who is she? =P

    ReplyDelete
  3. oh..wayang, selama aku idop penah tengok 3 kali saja, citer pirates of the carribean 2 (not bad), shrek 2 (not bad) n eclipse (bosan gila + nyesal + time wasted), tu pun sbb member ajak sangat2... kalo tak mmg jgn harap aku nak spend my $$ on wayang... hoho

    ReplyDelete
  4. problem with local directors, bila kite kata movie malaysia teruk, dorg kata kite tak support industri filem malaysia.

    come on ! kalau citer best, promosi bagus, menarik utk org tengok, haruslah org support.

    ni nak buat citer cinta biasa2 org kaya org miskin cinta terhalang etc nak suruh org support cemana huhuhu

    ReplyDelete


  5. resident evil yang latest memang tak best... macam 'tak sampai' feel dia. macam game. tembak menembak tak ada 'feel'..bila tengok citer rasa 'hero' sangat kompem tak mati...tak best laa...sekurang2 ada isu...wahh..macam mana hero nak hidup ni?

    spiderman pun sama. memang tak best...banyak scene tak kuat...cicakman yang kena asap ramai2 pi mana...takkan bila ada 'ubat hujan' tak ada cicak masuk bawah tanah?

    aiseh. hero pun selekeh..haha

    emma stone " oohh im in trouble" - the best scene.

    ReplyDelete
  6. "Last filem genre ni yang aku tengok ialah cerita pasal penulis novel yang berpindah rumah ke rumah yang pernah berlaku ke mati, dan di rumah tu dia jumpa beberapa gulung filem 8mm yang menunjukkan adegan bunuh, pastu last-last dia yang kena bunuh dengan anak perempuan kecik dia.
    Siapa tahu apa nama cerita tu?"

    - Sinister

    Best giler cite tu! Ha!

    ReplyDelete
  7. cero..aku tengok citer seram hari tu..tajuk dia..

    M.A.M.A

    first time tengok citer seram best jugak haha..

    cerita melayu pasal rempit, bohsia, kereta drag, gangster adalah sangat bodoh dan sampah! Muak sampai muntah pun tak boleh nak keluar lagi..

    cerita zombie dengan vampire omputih pun aku tak suka..makin banyak versi yang makin ngarut..

    ReplyDelete
  8. @cero, dh tengok live action naruto vs rock lee? Mantoopp.!!

    -nas-

    ReplyDelete
  9. @rayenyson.
    fantasy mcam LOTR atau twilight tak brape sgt...
    Tp Harry Potter layan jgak laa..hhehee

    @Haryz Khairuddin
    silakan..silakan..hehehe

    @WZ
    Mana ada upgrade..camtu je aku tgk...
    Oit, ko tak kenal Emma Stone?
    Sila google dan jatuh cinta sekarang...

    @plain83
    Hahaha, mmg ada ramai org mcam ko..
    tapi percayalah, tgk wayang n tgk tv or laptop lain rasanya...
    Masing2 ada pro n cons

    @.::WaNiE::.
    Tau takpe..Beriya nak kita sokong industri segala bagai, tp kualiti teruk..drama cerekarama kdg2 lagi bagus dr filem2 teruk tu...

    @kueh bakar
    Yeeeaahhh!!!
    Kaki wayang detected..hehehe
    Tp mmg betul..
    latest RE dgn latest Spiderman sgt mengecewakan..
    nasib baik ada Li BingBing n Emma Stone masing2..hehehe

    ReplyDelete
  10. @Emma Amir
    Haah! Sinister!!!
    Best cerita tu...
    Jalan cerita tak boleh nak duga langsung...best!!

    @nazha anua
    Aku ada dgr org kata MAMA best!
    Nanti nak donlod ar..heheheh
    Tp kan, cerita kat Malaysia ni mmg bermusim..
    sekali datang cerita gengster, semua nak buat cerita gengster...
    Datang musim seram, semua nak seram..

    @Anonymous
    Nas, kalau ko maksudkan yg Naruto lawan Rock Lee yg Naruto tu muka mat saleeh tu, aku pon ada tgk!!
    Memang awesome!!!
    Kan? Kan? Kan??

    ReplyDelete
  11. @Cero, yup, mmg sgt awesome!! :-)

    -nas-

    ReplyDelete
  12. @Anonymous,
    Sangat awesome!
    Sebenarnya semua pelakon tu ahli sukan MMA (Mix Martial Art), patut laa skill masing2 hebat..

    ReplyDelete
  13. Manga yg diadaptasi jadi movie memang favourite saya..perghh..tambah pulak kalau ada movie manga yg saya Suka terutama shounen macam fairy tail , naruto n nisekoi dengan shoujo macam.watashi ni xx shinasai.tapi malangnya Malaysia bukan Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous
      Pasaran Malaysia memang agak berat sikit nak tayang movie dr anime Japan, mungkin sbb pemikiran kolot yg kata semua anime itu hentai...
      Aku pon tak faham kenapa boleh kata camtuh....

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026