Nov 28, 2012

6 Ayat yang Aku Harap Dapat Ucapkan tapi Tak Pernah Ada Kesempatan.


Tahu tak apa yang lagi tajam dari mata pedang?
Mata pedang yang bertatahkan berlian.


Tapi, kata-kata lagi tajam dari mata pedang.

Ramai orang bercakap.
Pada kebanyakan, bercakap adalah sesuatu yang...biasa.
Tapi tahukah anda,
kebanyakkan pakar manipulasi adalah orang yang pandai bercakap?
Contoh termudah, ahli politik.
Kita selalu disuap dengan penyataan dari ahli politik yang mampu menukarkan keadaan.
Begitulah kehebatan kata-kata.

Cuba fikirkan,
kalau semua orang ucapkan apa yang dia fikirkan tanpa lapik,
maka punahlah dunia.
Sebagai contoh, kalau ada cashier kedai berpakaian perempuan tapi dari rupa dan suaranya adalah seperti lelaki, adakah kita akan terus terang bertanya
"Hey, awak lelaki ke perempuan?"
Itu biadab, kan?

Inspirasi dari internet.
Berikut adalah ENAM ayat yang aku harap aku dapat ucapkan paling kurang sekali dalam hidup aku tapi tak pernah ada kesempatan sehingga kini.
Masuk akal ke tidak, itu perkara ke-350




Ketika sedang berada di kelompok ramai orang
seperti sedang menunggu bas di stesen bas
atau dalam komuter yang penuh,
aku selalu nak menjerit dengan kuat dan panjang
"TIIIIIIDAAAAAAKK!".

Agaknya,
apa reaksi yang orang ramai akan berikan?
Kalau jadi pada aku (orang lain yang buat),
aku rasa aku hanya akan tersenyum je dan teruskan buat apa yang aku nak buat.

Tapi, perbuatan terlalu dramatik ni pasti akan membuatkan orang tak selesa.
Memandangkan aku tak se'cool' itu nak membuatkan orang tak selesa,
jadi bila ada kesempatan, aku tak pernah buat.
Tapi...aku memang nak buat...





Sebenarnya,
aku selalu ada kesempatan nak ucap benda ni.
Banyak perkara aku boleh teka, dan selalunya tepat.
Contohnya, kalau lampu bilik berkedip-kedip tiba-tiba,
dan aku akan kata
"Ni nanti mesti ada black-out ni.."
Beberapa minit kemudian, betul-betul ada black-out.
Kalau orang biasa, akan terpacul dari mulut mereka seperti
"Kan! Kan aku dah kata.."
Tapi aku pula, tak tahu sebab apa,
aku tak pernah terniat nak cakap perkataan tu walaupun aku layak untuk cakapkannya.
Paling busuk pun, aku akan senyum je..
Tapi,
memandangkan dah black-out, siapa nampak aku senyum, kan?





Memandangkan aku bukanlah jenis yang merancang dan bersedia,
maka kesempatan nak ucap ayat seperti di atas tak pernah ada.

Memang ada orang jenis macam ni,
contohnya, bawa payung di waktu panas terik.
Bila ditanya, dia akan jawab,
"Sediakan payung sebelum hujan."
Ya, aku bukan sebegitu.
Tapi aku pun juga bukanlah orang terlalu ambil mudah untuk sesuatu perkara.
Kalau dah ramalan cuaca kata hujan, kalau nak keluar
bawa je laa payung tu walaupun panas terik





Macam aku cakap di atas,
kalau kita cakap setiap benda yang terlintas dalam fikiran tanpa tapis,
hidup mesti porak-peranda.

Semua orang pasti ada beberapa orang yang kita rasa
"Ish, dia ni.. Aku cekik nanti.."
tapi tak pernah nak luahkannya mungkin sebab alasan nak jaga hati atau imej.

Aku juga, ada beberapa orang yang aku rasa
"Dia ni lebih baik tak wujud dalam hidup aku.."
sampai tahap aku nak korek jantung dia keluar.
Tapi, semuanya dipendam dalam hati.

Kalau aku buat betul-betul,
rasanya ramai dah yang mati disebabkan jantung dikorek.
Yeah!





Aku suka komik.
Aku membesar (dan masih membesar) bersama komik.
Dan antara genre komik kegemaran aku adalah penyiasatan.
Komik seperti Detective Conan dan Kindaichi sentiasa membuatkan aku teruja.

Dan bila sudah teruja,
sudah tentu kita nak hidup di dalamnya.
Jadi, wujudlah keinginan aku nak jadi si tukang selesaikan kes itu.
Ya, yang kumpulkan semua suspek dan berkata
"Penjenayahnya berada di kalangan kita"
dan masing-masing muka suspek akan jadi super-gelisah sebab muka kita yang super-berkeyakinan itu.

Tapi, tak pernah ada kesempatan.
Mungkin takkan pernah, kot.





Dua perkara yang masih boleh dibuat secara percuma;
berangan dan kentut.

Zaman sekarang,
nak air pun kena bayar, nak buang air pun kena bayar.
Jadi,
apa salahnya sekali sekala berangan nak luahkan perasaan kat orang yang takkan dapat kita luahkan.
At least, merasa juga walaupun hanya bayangan.
(hashtag: #foreveralone)




xxxxxx

Itulah enam ayat yang aku harap aku dapat ucapkan paling kurang sekali seumur hidup jika ada kesempatan.
Walaupun ada yang memang ada kesempatan (contohnya no.6 *batuk-batuk*) tapi aku bukanlah sekejam itu nak ucapkan setiap kali ada peluang.
Menjaga hati orang itu, kadang-kadang, adalah perlu
tambahan dalam kehidupan bermasyarakat.

Kawan aku pernah berkata,
"Kalau tak nak hidup bermasyarakat, sila tinggal dalam hutan."
Tapi, hakikatnya, walaupun dalam hutan,
masyarakat tetap wujud.
Dalam hutan, kita bermasyarakat dengan haiwan-haiwan hutan dan para tumbuhan.
Perlu juga ada hormat menghormati sesama hidupan.

Kalian pula?
mesti ada juga ayat-ayat yang sangat nak diucapkan, kan?
Kongsilah dengan aku.
Kalau rajin, buat satu entri macam aku ni
dan boleh aku baca dan kongsi di twitter dan facebook.

Updated:
Check-out entri respon dari ParaLoya di sini.



.

7 comments:

  1. aku penah cakap yg "tidaaaakk" tu
    tapi bukan dalam train

    dalam bilik masa study yang blackout satu masa dahulu
    sorang2 buleh la haha

    tapi memang terasa macam dalam filem gak la

    ReplyDelete
  2. Aku selalu sebut "Kebabom" atau "Booomm" secara tiba tiba dalam opis yang mana penghuninya tengah khusyuk melayan perasaan atau kerja.


    I'm okay like that....koh koh koh

    ReplyDelete
  3. out of 6 that you've mentioned, I've done 2 of it.. regularly. the pessimist & sadist.

    "I told you.." and "Aku cincang2 jugak budak ni kang.." are my fav tagline. (eventhough I don't mean it literally). hoho.. ;P

    ReplyDelete
  4. pembunuhnya ada dikalangan kita..kool seh..tapi even lawyer pun tak pernah cakap macam tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. memang aku pun ada ayat2 tak terungkapkan. nak tahu? nah http://paraloya.blogspot.com/2012/11/6-ayat-seksi.html

    ReplyDelete
  6. yg pasal blackout tu, macam dejavu kan? hahha

    p/s: cuba try cakap WOI DIAMLAH kuat-kuat dalam bus. tengok sama ada cero akan selamat dari lebam satu badan atau tidak. haha

    ReplyDelete
  7. @Taufik
    Hahaha, sure dramatik, kan?
    Mesti lepas tu terus je rasa "Wah, klakar jugak aku ni.."
    hahaha

    @Aujinz
    Hahaha, so agaknya apa reaksi ofismet ko ek?

    @Haris Khairuddin
    Aku slalu nk buat 'i told you' tu, tp kdg2 tak smpai hati, sbb mcam kejam sgt..hahah

    @nazha anua
    Haha, sbb tu kalo laa datang peluang mcam tu, mesti rasa seronok punya..hahaha

    @ParaLoya
    Hahaha, best!

    @Elie Lily
    Hehehe, tak berani arr buat dlm bas, tak pasal2 naik bas sempurna, turun bas cacat..hahaha

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026