Nov 14, 2012

6 Cara Selamatkan Gadis yang Diganggu Kutu Jalanan.


Tahu tak antara perkara yang tak pernah aku lakukan?
Selamatkan gadis dari diganggu kutu jalanan.


Inspirasi dari sebuah rancangan TV.
Bayangkan anda lelaki.
Anda baru balik dari kelas memasak.
Semasa anda sedang berjalan berseorangan menuju ke rumah,
dari jauh anda ternampak seorang gadis muda sedang diganggu oleh seorang lelaki.

Dengan muka separuh rempit, baju besar dan berambut pompadour,
lelaki tersebut, bersama mimik muka gatal,
sedang menahan-nahan seorang gadis dari berjalan
diikuti dengan gelak tawa besar.

"Ini tidak sepatutnya berlaku," kata anda.
Dengan semangat juang seorang lelaki yang cintakan kesejahteraan,
anda laju berjalan ke arah mereka.

Dari segi fizikal, anda tentu-tentu kalah.
Jadi, apa yang boleh dilakukan adalah menggunakan akal untuk menyelamatkan gadis itu, sekaligus menyelamatkan diri dari dihinggap penumbuk dan penendang kutu jalanan tersebut.

Berikut adalah ENAM cara anda boleh selamatkan gadis itu dari gangguan kutu jalanan sekaligus tidak meletakkan risiko dibelasah.
Masuk akal ke tidak, itu perkara ke-349...




Ini cara paling biasa orang lakukan.
Menarik perhatian orang lain dengan menjerit,
dengan harapan bila orang lain dengar,
mereka akan berkumpul dan out-numbered and out-muscled si kutu tu.

"Tolong~~~!!"
Jeritan anda sungguh kuat, sampaikan si gadis terpaksa tutup telinga.
Terkejut dengan perhatian yang diperoleh,
si kutu tersebut pergi meninggalkan kamu berdua.
Si gadis selamat. Anda selamat.

"Terima kasih!" kata si gadis.
Anda hanya berlalu dengan senyuman menuju ke arah matahari terbenam.




Dengan muka retard, anda berkata,
"Lama tak jumpa. Rasanya hampir 30 tahun."
Sedangkan anda hanya berumur dua puluhan.

"Macam mana dengan adik? Dengar khabar dia masuk universiti?
Mak sihat? Hari tu macam ada berselisih kat pasar borong, tapi tak sempat nak tegur."
Reka cerita yang melibatkan keluarga si kutu.
Banyakkan bertanya perihal dia dan orang (yang mungkin) terdekat dengannya.
Tapi, jangan bagi peluang si kutu menjawab.
Malah, jangan langsung bagi peluang dia buka mulut.
Pegang bahu dia dan bawa dia ke arah berjauhan dengan si gadis.
Bila rasa sudah sampai jarak selamat, cepat-cepat beredar.

"Maaf, rasanya salah orang. Bye!"
Tinggalkan dia dalam kebingungan.




Sekarang, gunakan skil yang anda perolehi dari melayan Running Man ataupun anime.
Sambil menghalang si kutu lebih menghampiri si gadis,
pastikan mulut anda tidak berhenti berkata-kata bahasa asing.

"Maiochiru hanabira hira hira kokoro no sukima surenuketeku sunao ni nannakya.."
Pastikan tiada noktah dalam kata-kata anda.
Jangan bagi peluang dia berfikir.

Dek kerana keliru dan terasa seperti malu berkelakuan buruk depan warga asing (konon), si kutu akan pergi berlalu dalam kemaluan (?).

"Awak tak apa-apa?" tanya anda.
"Saya OK. Pandai awak cakap bahasa kaum Mayan.."
"Oh, walaupun bunyi macam Mayan, tapi itu sebenarnya Bahasa Jepun. Itu lagu opening untuk anime kegemaran saya."




Dengan wajah dan bahasa tubuh yang meyakinkan,
bergerak dengan dada ke depan dan berkata,
"Maaf, dia ada HIV. Saya doktor dia. Saya boleh sahkannya. Sebelum awak nak apa-apakan dia, cuba bayangkan kerugian yang awak dapat hanya kerana gagal mengawal nafsu yang sementara. Seumur hidup awak akan merana dengan HIV yang terjangkit."

Pasti, si kutu akan pergi ketakutan.
Kutu pun sayang diri, tahu?

"Sampai hati awak kata saya ada HIV?" kata si gadis, terluka.
"Yang saya maksudkan, awak HIV negatif."
Dengan senyuman, si gadis berterima kasih dan mengajak anda ke gerai Tako Tao melayan semangkuk takoyaki.




"Dia ni mangsa kemalangan ngeri. Dek kerana terkejut mati secara tiba-tiba, dia tidak sedar dia sudah mati dan menjadi roh sesat."

Muka si kutu keliru.

"Kalau tak percaya, sentuh tangan dia. Awak akan rasa sejuk. Tapi selepas awak sentuh dia, badi akan ikut awak. Percayalah saya. Saya boleh tengok hantu. Malangnya, awak pun macam saya, boleh tengok hantu."

Sebelum si kutu sempat menyentuh si gadis, dia sudah berlari pergi ketakutan.




Kenapa nak selamatkan gadis diganggu kalau anda yang suka diganggu?

"Hai, Bang. Abang ni seksi laa. Jangan laa pilih perempuan kerempeng ni. Jom laa layan I. I ada body baik punya, bikin kat Bangkok. Harap Abang punya bengkok."

Apa lagi geli dari dikacau si nyah gay yang mahukan belaian?
Sudah tentu suara mainkan peranan. Lagi garau suara, lagi geli si kutu dibuatnya.
Jangan risau, si kutu takkan suka.
Even gay pun memilih pasangan, dia takkan senang-senang nak rembat nyah tepi jalan yang offerkan diri sendiri.

Dan sudah tentu, si gadis akan naik geli dengan anda dan pergi berlari seribu langkah sebelum anda sempat habiskan skil.



xxxxxx

Itulah enam cara mahu selamatkan gadis dari diganggu kutu jalanan.
Mungkin agak over, tapi pasti berkesan.

Cuma situasi di atas jarang berlaku, at least, jarang berlaku di Malaysia.
Kutu jalanan yang suka kacau gadis yang berjalan seorang diri selalunya tidak akan berseorangan.
Meraka hanya berani jika berkumpulan, paling kurang dua orang.
Kalau ada yang berani buat seorang, selalunya sama ada dia kurang siuman, atau golongan gelandangan yang gersang.

Juga, tak pasti sama ada berita baik atau tidak,
tapi kebanyakan gadis di Malaysia tidak akan berjalan berseorangan dek kerana kurang kepercayaan kepada masyarakat awam.
Selalunya berteman.
Dan kalau tidak berteman sekalipun, mereka akan bergerak dalam kelompok besar.
Kita berada di era di mana manusia lagi takutkan manusia lain daripada entiti seram.

Situasi macam dalam drama di mana ada gadis kena ekor lepas tu lari masuk lorong belakang bangunan lepas tu penonton akan kata "hek eleh, dah tahu takut, pergi jalan kat lorong gelap tu apedehal?" takkan berlaku. Itu drama. Realitinya, gadis-gadis tak sebodoh itu. Kecuali gadis itu adalah pembunuh psiko kejam yang suka umpan lelaki keparat sebagai bahan sembelihan. Takutnya...

Kalian pula?
apakah cara kalian nak selamatkan gadis itu jika dalam situasi yang sama?
Kongsilah dengan aku.
Kalau rajin, buat satu entri macam aku ni
dan boleh aku baca dan kongsi di twitter dan facebook.
Kalian boleh ambil image ini sebagai bahan pelengkap.



.

18 comments:

  1. lucu. tapi mungkin berguna cara tu.

    ReplyDelete
  2. Gay Card paling x ley bla..
    siap ikat rambut getah kaler pink...
    shuweetttt sgt...hahahahahaha...

    nice!

    ReplyDelete
  3. makin ke bawah makin tak menahan skill dia tu. kelakar gilak. haha..

    ReplyDelete
  4. haha. kalaulah ramai orang yang bersikap macam kau cEro, mahu tolong perempuan yang diganggu kutu. susah atau jarang yang mahu ambil peduli. :)

    ReplyDelete
  5. aku terbayang skill no 1 tu. jerit bukan garau laki yg kuar tapi jenis yg suara halus. LOL! Both gadis yg nk diselamatkan dgn kutu rayau tu terkejut.

    ReplyDelete
  6. hahaha..ok. klakar sgt. yg gay 2 xleh blah xD

    ReplyDelete
  7. wow you got some good sense of 'public citizen responsibility' kalo bebetul nak tolong some damsel in distress yg tidak dikenali...nice ^^

    kita perlukan lebih ramai orang mcm ni in real life ^^

    ReplyDelete
  8. kemain yang gay tue takleh blah.. kah kah kah...

    ReplyDelete
  9. yang cakap bahasa jepun tu nampak macam kool la..hahaha

    ReplyDelete
  10. @Nerzhul
    Haha, walaupun berguna, tapi aku tak rasa ianya berkesan..hehehe

    @MS. NO NAME
    Hahaha, agak2 kutu zaman skang ni ada yg gay tak?
    Tak psal2 dia nak plak yg gay nanti..hahah

    @Haris Khairuddin
    Hahaha, saje suka-suka..

    @EZAN IDMA
    hehehe ;)

    @hanaahmad
    jangan pernah putus harap dengan manusia..heheh

    @WZ
    Hahaha, tak psal2 dua2 kena nanti..hahaha

    @Nesa Wazir
    Hehehe, hrap2 takkan kena jadi gay utk selamatkan diri...

    @plain83
    Rasanya ramai yg betul2 ada niat nak membantu, tp mungkin cuma nekad tu tak cukup kuat kot...

    @Aujinz
    Hahaha..
    Aku rasa aku nak try skali nanti..

    @nazha anua
    kan? agak2 respon diorg mesti terkejut beruk bila tiba2 ada orang ckap bahasa asing..hehehe

    ReplyDelete
  11. aku suka cara kau berfikir..! nice!!

    ReplyDelete
  12. @pu3aan
    Aku pun suka cara aku berfikir...
    but wait, kalo fikiran aku yg suka cara fikiran aku berfikir, maka fikiran aku fikir aku suka cara fikiran aku fikir tentang fikiran?

    *otak berasap - overload*

    ReplyDelete
  13. Ha nilah entri tu, rituh nak cari tak ingat tajuk dia hahaha
    Aku selalu pikir nak buat taktik gini kalau terjadi pape (mintak dijauhkanla)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >star

      Gigih sungguh kau mencari entri ni.
      Bagus jugak kalau di videokan, kan?
      Tapi rasanya aku kena lukis semula laa...
      Lukisan zaman tok kadok ni dah laa kecik, kelakar plak tu. hahahaha

      Delete
  14. kelakar je gambar tu takat ubah sikit2 XD

    ReplyDelete
  15. Lama dah entri ni. Hahahaha...

    Bila tengok balik lukisan lama aku, aku pun tergelak sendirian. Huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Hahahaha. Kan?
      Terasa macam nak delete je, tapi bila fikir2 balik itulah tanda kita dah makin maju, kan? Hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026