Jul 1, 2012

Taakul, Cincin dan Verbal.


Kalian tahu kan?
Betapa tak sukanya aku dengan harapan?

Jadi,
ini bukan entri tentang harapan.




Khamis lalu aku bertemu seseorang.
Perempuan.
Bukan 'date', tapi hal agak rasmi.
Rasmi dari sudut dia, tapi bukan aku.
Maksud aku, itu kerja dia.
Dia kena jumpa aku, tapi untuk berjumpa dia adalah pilihan aku.
Rumit?
Maaflah, aku tak boleh beritahu lanjut hubungan kami.
Abaikan.

Perempuan itu menarik minat aku.

Seperti yang selalu aku buat kepada perempuan yang menarik minat aku,
aku taakul.

Bertudung. Berkaca mata. Mata sepet sikit.
Mungkin ada darah bukan Melayu dalam susur galur sejarah keluarga merujuk kepada kulit cerah dan warna mata yang bukan hitam.

Bukan kidal, ada benjolan pada jarinya, dan bertulisan cantik dan kemas.
Boleh dikata hobi dia iaitu menulis
ataupun sesuatu yang menggunakan jari secara kerap
memandangkan pekerjaannya selalu dikaitkan dengan tulisan buruk.

Umur dia mungkin sebaya aku.
Kerana setiap perbualan dia gunakan 'awak' sebagai ganti diri untuk aku,
dengan kenyataan dia sebagai ahli professional di barisan hadapan perkhidmatan.
Lagipun dia tahu umur aku.
Kalau dia lagi muda, dia akan gunakan 'encik'.
Kalau dia lagi tua, dia akan gunakan 'adik'.

Nama.
Profesionalism membuatkan dia perlu memakai tag nama.
Jadi, aku tahu nama dia sekarang.

Kenyataan dari dia yang memerlukan dia merujuk keputusan kepada orang yang lebih berkedudukan memberitahu aku dia seorang 'junior' dalam bidang dia.
Sudah tentu, kalau dia sebaya aku, dia takkan logik menjadi seorang senior dalam kerjayanya.
Paling tidak, belum lagi.

Jarinya, cantik, tapi tidak mulus.
Ini memberitahu aku dia suka buat kerja sendiri di rumah seperti membasuh baju, mengemas, memasak.
Atau mungkin sekadar terlalu kuat kerja dalam suasana berhawa dingin.


Taakulan aku berhenti seketika di jari.
Lagi spesifik, jari manis.

Cincin.


Secara tipikal, cincin di jari manis bermakna sudah berpunya.
Sama ada sudah berkahwin, bertunang,
ataupun sekadar ikrar kasih setia pasangan berkasih.
Namun, secara tak tipikalnya,
ada juga yang bercincin hanya kerana mahu berhias,
atau sekadar mahu mengelak dari diganggu orang.

Cincin itu tidak berbatu.
Berwarna perak.
Sebab kurang arif tentang barang kemas,
aku tak mampu bezakan sama ada ianya perak atau platinum.
Pada mata aku, cincin itu hanya seperti cincin yang kita boleh beli di uptown atau downtown terkemuka tanahair.

Satu-satunya cara untuk aku ketahui dia sudah berpunya atau belum adalah cara biasa manusia sejagat yang takkan lapok dimamah zaman.

Interaksi verbal. Bertanya.


Tapi, itulah perkara yang paling aku tak suka buat.
Itulah kelemahan aku.
Verbal. Sh*t.


"Awak? Awak OK?," dia bertanya.
Aku tersentap dari lamunan.

"Awak macam hilang sekejap dari sini. Awak terbang dah sampai mana?"
Dia cuba berseloroh.

"Oh, Tak. Saya cuma tengah berfikir tentang awak."

Oh, sh*t. Macam mana boleh terlepas jujur pula.
Dia kelihatan terkejut, dan spontan tersenyum janggal.

"TAK! Maksud saya, saya terfikir tentang apa yang kita bincangkan tadi."
Aku kena 'cover' dengan jayanya. Janggal. Masih janggal.

"Baiklah. Awak ada apa-apa soalan?"

Ya.
Inilah masanya aku perlu bertanya tentang perihal cincin di jari manisnya itu.
Kalau aku tak dapat jawapan, aku mesti akan terus terfikirkan tentangnya untuk beberapa hari.
You know, unresolved thing always hunting.

"Ada soalan?"
"Tak ada."
"Ok, kalau macam tu, selesai. Datang lagi lain kali."
Kata dia dengan sekuntum senyuman manis, tanda sesi kami sudah berakhir.



Kill me, NOW!


.

14 comments:

  1. tahniah cero. soalan tu kau memang HEBAT! kagum aku..arghhhhhhhhhh!

    bak pisau..aku nak bunuh kau kejap..perangai sebijik kawan aku..kau ni...

    -sakura-

    ReplyDelete
  2. cero memang nak kena ni! lambat sangat bertindakk!! grr! haaha

    ReplyDelete
  3. Doktor? Atau Pegawai Bank?

    -kudozu

    ReplyDelete
  4. pehal tak tnya bro. haih, aku pulak yg pressure. hahahahahaa

    ReplyDelete
  5. pastikan cerita ni ada sambungannya okay. hehe..
    all d best =D

    ReplyDelete
  6. kih kih kih.. dia doktor?..

    kemain menaakul..

    ReplyDelete
  7. masa aku study dulu aku pun pakai cincin belah rotan di jari manis sbb aku tengok ramai jer senior2 y pakai..lagipun ada seorang senior aku ckp emas memang dicipta untuk orang perempuan..kalau pakai emas insya-Allah senang melahir anak, tak keguguran..sebab itulah aku pakai cincin..skrg dh tak pakai cincin pakai rantai pula sbb seperti yang kau alami tapi dr sudut perempuan

    ReplyDelete
  8. hurmm..
    selalunya perempuan yang pemalu..
    (-_-')
    kalau lelaki pemalu susah laaaaa..

    ReplyDelete
  9. kesimpulan aku utk cero..sila datang lagi..hahaha..!!

    ReplyDelete
  10. @Anonymous
    silakan.. *sambil bagi pisau..heheh

    @Elie Lily
    takpe, tak mengharap tinggi mana pon..hehehe

    @BatuBulan
    er...tak boleh bagitau..rahsia..heheh

    @kudozu
    teka laa..teka laa..hehehe

    @syananoriza
    ko pon pressure, aku apatah lagi..hehehe

    @aqel
    tak kot..rasanya tamat kat sini je...

    @Cik Saila
    kesian kan aku? eheheh

    @Aujinz
    mungkin..mungkin tidak..
    tp best bila menaakul org, sbb tak pasti betul ke tidak..

    @nourel A
    yeke? rupanya perempuan pon ada masalah mcam tu kan?
    hmm, sgt seronok nak tau lebih lanjut..

    @Sophie Al-Yahya
    Aku bukan pemalu sangat, cuma kalau aku nak, aku kena pastikan aku boleh dan layak utk dapat..Kalau tak layak, aku takkan cuba pun..

    @pu3aan
    lambat lagi kot nak datang lagi..hehehe

    ReplyDelete
  11. kau pandai analisis... :) takut aku nak jumpa.. hehe,... tapi nak jumpa.. aku bukak sem bulan 9... jom la weh bawak aku g jalan2... :)

    -nekmo-

    ReplyDelete
  12. @Anonymous
    haha, don't be afraid laa..
    kalau nak jumpa jom, aku bawak main game arked jom..hehe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026