Jun 26, 2012
Lelaki Yang Takut Tapi Bukan Penakut.
postquam-scriptum:
Kadang-kadang aku terfikir,
kenapa kita perlu takut lipas sedangkan lipas tu kecil dari kita?
Jun 20, 2012
Ajaran #19 - Orang Yang Berjaya Selalunya Orang Yang Mempunyai Cita-Cita.
Tahukah kalian,
antara kesilapan besar aku dalam kehidupan ialah tidak mempunyai cita-cita semasa kecil.
Selalu sewaktu kecil,
kita akan ditanya apakah cita-cita kita sewaktu dewasa.
Dan setiap kali ditanya,
aku tak pernah berikan jawapan yang sama.
Setiap kali ditanya, jawapannya berubah.
Doktor.
Polis.
Pelukis.
Arkitek.
Pegawai Bank.
..dan banyak lagi.
Pada satu ketika pada usia 15 tahun aku pernah terfikir,
"Cita-cita adalah untuk orang yang tak mahu berusaha.
Asalkan kita berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan diri, kita boleh jadi apa sahaja yang kita mahu."
Malangnya,
AKU SILAP.
Hidup tanpa cita-cita seolah-olah satu perjalanan panjang tanpa destinasi.
Bayangkan kita naik bas tanpa hala tuju.
Penat.
Tiada arah.
Tiada tujuan.
Tiada noktah.
Aku kagum dengan beberapa kawan aku.
Ada seorang ni begitu nekad nak jadi doktor gigi dari kecil lagi.
Alhamdulillah, dia bergelar doktor gigi kini walaupun banyak dugaan telah ditempuhi.
Ada seorang ni, kini seorang pilot sedangkan sewaktu dulu,
cita-cita untuk menjadi seorang pilot diketawakan rakan satu dorm.
Aku.
Hanya sehari dua belakangan ini baru aku tergerak mempunyai cita-cita.
Persoalannya,
adakah aku sudah terlambat untuk mempunyai cita-cita dan mengejarnya.
Ataupun aku perlu teruskan dengan apa yang ada
dan menjadi manusia yang ditelan tuntutan dunia tanpa cita-cita?
Kadang-kadang,
aku berharap aku boleh melompat masa ke zaman kanak-kanak dan menanam kepentingan cita-cita dalam diri yang yang kecil.
.
Jun 7, 2012
Beritahu Aku Cara MEMBACA Sebenarnya
Aku tak suka membaca.
Kebanyakan orang sekeliling aku tahu aku tak suka membaca.
Waktu sekolah dulu,
walaupun peperiksaan besar semakin hampir,
sangat susah nak nampak aku membaca.
Study. Ulangkaji. Buat latihan.
Semuanya terlalu berat untuk aku.
For the record,
tiada satu pun novel aku pernah habis baca.
Termasuklah novel wajib untuk pembelajaran KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu sewaktu sekolah dahulu.
Tidak. Ianya bukan rekod yang membanggakan.
Mungkin bernasib baik,
tapi aku tak pernah gagal dalam peperiksaan.
Ya. Aku anggap aku bernasib baik.
Cuma baru-baru ini aku terfikir,
"Jika dari kecil aku suka membaca,
sudah tentu tempat aku bukan di sini."
Jadi,
dengan beranggapan aku masih belum terlambat,
aku mahu memupuk budaya suka membaca dalam diri aku.
Tahun 2012 diletakkan sebagai percubaan.
Aku berniat, sehari aku akan membaca paling kurang 30 minit.
Ianya minima dan permulaan.
Aku rasa aku mampu, tapi...
Kini sudah masuk bulan terakhir pertengahan tahun 2012.
Dan hari yang benar-benar aku rasa aku membaca 30 minit hanyalah tak sampai 3 hari.
Begitulah lemahnya azam membaca aku.
Maka,
aku nak bertanyakan kalian.
Agaknya bagaimana nak memupuk budaya suka membaca?
Cara yang mudah diterima otak aku, dan mampu aku lakukan?
Dan beginilah reaksi orang keliling aku kalau aku membaca di hadapan mereka.
Keluarga, teman rapat, semua begitu.
Mungkin imej 'malas membaca' dah lekat sebati dengan aku, tak?
.
Jun 5, 2012
Jun 2, 2012
Tak Boleh Tak Kongsi
Kalian tahu,
banyak benda yang memberi inspirasi kepada aku.
Dari lambaian lembut rumput di luar pagar di tiup,
sehinggalah kepada karya seni manusia di jaringan maya.
Tapi, dalam banyak-banyak itu,
satu yang aku kongsikan dia atas sangat terkesan kepadaku.
Karya Gavin Aung Than, seorang illustrator dari Australia yang diterbitkan dalam laman sesawangnya, Zen Pencils.
Beliau melalui laman web itu, selalu menerbitkan ilustrasi yang berinspirasikan dari pepatah-pepatah manusia terkenal.
Seperti yang aku kongsikan di atas adalah dari pepatah Dr Neil Richard Gaiman, seorang penulis berbangsa British. Nak tahu lebih lanjut tentang Dr Gaiman, sila gunakan google anda semaksima mungkin.
Perkataan 'art' dalam ucapannya boleh membawa banyak maksud.
Kalian boleh gantikan dengan apa sahaja aspek kehidupan kalian.
Yang penting, intipati dan jangan menyerah kalah.
Aku, secara peribadi, mahu jadi seperti mereka.
Kedua-duanya, seperti Gavin dan Dr Gaiman.
Berjaya dalam seni yang mereka minati.
Tapi, apa yang budak Biologi mampu buat dalam bidang seni, kan?
.