Apr 13, 2012
Ajaran #18 - Kesabaran Semua Orang Memang Ada Hadnya
Kalian nak tahu?
Aku menganggap
kesabaran seperti sebuah sinki.
Air yang keluar dari paipnya adalah dugaan kehidupan.
Besarnya kapasiti sinki bergantung kepada individu.
Ada yang seluas tasik,
ada yang setadah tapak tangan.
Bila ada dugaan, sinki berisi air.
Terpulang pada kita mahu keluarkan melalui saluran keluar air,
atau tampungnya seumur hidup.
Namun,
seperti kesabaran,
sinki juga ada hadnya.
Jika kadar yang masuk melebihi yang keluar,
lama-kelamaan sinki akan penuh dan melimpah.
Melimpahnya dugaan bererti kesabaran tak dapat lagi menampung.
Itulah had kesabaran.
Maka,
setiap kali aku berasa marah,
aku akan keluarkannya dengan saluran yang relevan.
Twitter banyak membantu.
Paling kurang aku lega, walaupun tiada siapa yang peduli.
Dan setiap kali aku mahu bersabar,
aku hanya perlu bayangkan sinki air.
Akan aku buka paipnya laju-laju.
Akan aku lepaskan segala lesu.
Lalu aku bayangkan sinki aku membesar.
Membesar sebesar yang aku mahu.
Kerana tiada siapa kata sinki aku tak boleh berubah kapasiti.
Tiada siapa kata ianya hanya tiga kali.
Kerana kesabaran semua orang memang ada hadnya.
Namun hadnya kita yang tentukan sendiri.
Postquam-scriptum:
Peringatan kepada diri sendiri (terutamanya) dan orang lain.
.
selalu buat sesi luahan perasaan kat twitter
ReplyDeleteok lah tu. at least masih boleh dicontrol. tak cukup sinki tadah baldi ;)
ReplyDelete@nourel A
ReplyDeletethe best thing ttg twitter ialah
timeline dia sgt laju, bila kita luahkan perasaan, cepat je berlalu dan akan dilupakn..boleh lega oo luahkan dalam twitter..
@hara
tapi kalau kadar air keluar melebihi kemampuan pembesaran sinki, melimpah jugak..hehehe
kalau sabar tu umpama sinki, aku hanya perlu buka penutup lubang dia. biarkan semua dugaan tu mengalir keluar. but... that's the hardest thing to be done. apapon, everything need practice. ;)
ReplyDelete@Haris Khairuddin
ReplyDeleteBetul2..
Kalo ada tahap kesabaran yg luas sekalipun, kalau tak diamalkan dan tak dipraktikkan, susah jugak..