Apr 30, 2012

Kisah Aku di Tempat Kerja


"Aku nak kau bahagi dua barang-barang tu,
separuh kita simpan, separuh lagi kita jual."

Ayat di atas harus dibaca dengan nada perempuan yang jengkel.
Bos dah mula bagi arahan.

"Barang tu ada berapa?" Bos bertanya.
"36."
"OK. Kau bahagi 13-13."

Aku pelik.

"Tapi..Tadi kata bahagi dua?"
"Yalah. 36 bahagi dua 13 laa.
Takkan tu pun kau tak pandai nak kira?"

Aku bertambah pelik.

"Tapi 36 bahagi dua sama dengan 18."

Suasana sunyi seketika.
Aku tak sanggup nak tatap wajah malu bos aku.
Satu sebab aku tak mahu dia malu dengan aku,
satu sebab lagi aku tak mahu terlepas gelak.

"Ahh, kau buat 13 juga. Aku nak 13."
Bos segera berlalu dari tempat aku.
Aku masih terpinga-pinga macam mana 36 bahagi dua boleh jadi 13.



Semuanya bermula apabila seorang kawan membalas tweet aku.

"Bro, kebanyakan kerja bukan tak best,
cuma orang sekeliling kerja tu yang buatkannya jadi tak best."
- something like that aku tak pasti the exact words.

Ya.
Aku suka kerja aku.
Pergi ke tempat baru.
Bertemu orang baru.
Pengalaman baru.
Itu semua perkara yang aku suka buat.

Tapi apa yang buatkan aku tertekan dengan kerja aku?
Ya.
Bos.

Jujurnya,
aku memang berniat mula kerja ini bukan kerana gaji.
So, bila diinterview bos dan bertanya tentang gaji,
aku tak kisah gaji yang diberikan walaupun jauh lebih rendah dari yang aku jangkakan.
Apa yang aku mahu adalah pengalaman.

Tapi,
disebabkan aku berada di bidang yang lain dari yang aku belajar,
aku dah pesan dekat Bos supaya ajar aku, bimbing aku.
Aku seorang yang cepat belajar, tapi apapun aku tetap perlukan bimbingan seseorang yang boleh memimpin.

"Tak apa. Aku boleh ajar kau.
Kau jangan bimbang."
Itu dia kata....

Tapi sepanjang 4 bulan aku sudah bekerja,
tak ada pengajaran berguna pun untuk aku diajar oleh dia.
Apa yang dia ajar, sama ada SALAH ataupun terlalu basic, budak tadika pun tahu.

Seperti contoh tadi, '36 bahagi dua jawabnya 13'.



Nak dijadikan cerita,
sebelum HARI ITU, aku mendapat kemalangan kecil.
Cahaya matahari terbenam sangat menyilaukan mata aku sampai aku jatuh dari motosikal di bawah kelajuan 100km/j semasa perjalanan pulang dari tempat keja ke rumah.
Kaki aku terseliuh.

Esoknya, HARI ITU, aku mohon cuti sakit dari Bos.
Bos luluskan asalkan, katanya, bawa surat MC nanti.

Aku ke hospital.
Pertama untuk merawat kaki terseliuh.
Kedua, paling utama, mengenalpasti sebab kenapa aku begitu silau sampai terjatuh dari motosikal.

Semasa berurusan dengan doktor,
berkali-kali Bos call.
Tapi sebab aku di hospital,
aku berkeputusan tak mahu jawab,
sebaliknya membalas dengan SMS.

"Saya dalam bilik doktor, menunggu. Kenapa? Urgent?"
Aku SMS.

"Aik? Call tak angkat, SMS boleh pulak?"
Bos balas.

"Saya depan doktor, takkan nak jawab call kot?"


"Aku tak peduli. CALL AKU BALIK SEKARANG!"

Aku dengan pasrah, minta kebenaran doktor untuk buat panggilan di penjuru tingkap bilik doktor.

"Hello, kenapa?"
"KAU NI KENAPA EK? Kau ada janji dengan klien nak jumpa ke?"
"Tak ada. Saya kan cuti. Saya tak ada janji apa-apa dengan klien."
"Klien asyik call aku tak berhenti dari pagi tadi. Kau janji dengan klien lepas tu nak lepas ke aku pulak ke?"
"Tak ada. Saya tak ada janji apa-apapun dengan mana-mana klien."

"KAU NI MEMANG PENIPU KAN?
AKU NI BOS KAU.
KAU TAK BOLEH TIPU AKU.
KAU TAK LAYAK PASSING KAT AKU MANA-MANA KLIEN SEKALIPUN.
AKU JE YANG BOLEH BAGI ARAHAN KAT KAU.
DASAR PENIPU."

Keluarnya kata-kata tu,
maka hancurlah sudah hati aku.

Sepanjang berbulan-bulan aku kerja dengan dia,
tak pernah sekalipun aku menipu.
Sebab, pada aku,
duit gaji aku tu aku nak bagi belanja Mak Abah aku.
Kalau aku tipu, takkan aku nak suap duit haram ke mulut Mak Abah aku?

Aku sentiasa berjaga dengan perlakuan aku.
Sebab aku banyak berurusan dengan duit,
jadi tak ada satu sen pun pernah aku tipu.
Tak ada klien pun yang aku tipu.
Tak pernah aku mungkir janji dengan mana-mana klien yang aku berurusan.
Aku jalani kerja aku dengan 100% kejujuran.

Dan sekarang,
DIA TUDUH AKU PENIPU?

Biarlah aku katakan di sini
tuduhan MENIPU itu hanya sekelumit dari perkara teruk yang berlaku antara aku dan Bos.
Dan aku sampai sudah tak tahu cerita sebenar, mana salah aku.
Cuma hal ini yang jadikan aku nekad berkeputusan ini.

Lalu aku berkeputusan,
walaupun kerja itu aku suka,
pergi ke tempat baru,
bertemu orang baru,
dapat pengalaman baru,
namun dituduh PENIPU sedangkan apa yang aku lakukan
hanyalah bersikap JUJUR dan AKUR,
aku berkeputusan menamatkannya.

Jadi,
AKU BERHENTI.

Dituduh PENIPU, pada aku,
samalah seperti dituduh MANDUL.
Kita boleh memaafkannya,
tapi ianya akan sentiasa terkesan di jiwa.
Ianya takkan pernah sama lagi seperti dulu.
Dan aku takkan lupa HARI ITU.



.

Apr 13, 2012

Ajaran #18 - Kesabaran Semua Orang Memang Ada Hadnya




Kalian nak tahu?

Aku menganggap
kesabaran seperti sebuah sinki.
Air yang keluar dari paipnya adalah dugaan kehidupan.

Besarnya kapasiti sinki bergantung kepada individu.
Ada yang seluas tasik,
ada yang setadah tapak tangan.

Bila ada dugaan, sinki berisi air.
Terpulang pada kita mahu keluarkan melalui saluran keluar air,
atau tampungnya seumur hidup.

Namun,
seperti kesabaran,
sinki juga ada hadnya.

Jika kadar yang masuk melebihi yang keluar,
lama-kelamaan sinki akan penuh dan melimpah.
Melimpahnya dugaan bererti kesabaran tak dapat lagi menampung.

Itulah had kesabaran.


Maka,
setiap kali aku berasa marah,
aku akan keluarkannya dengan saluran yang relevan.
Twitter banyak membantu.
Paling kurang aku lega, walaupun tiada siapa yang peduli.

Dan setiap kali aku mahu bersabar,
aku hanya perlu bayangkan sinki air.

Akan aku buka paipnya laju-laju.
Akan aku lepaskan segala lesu.
Lalu aku bayangkan sinki aku membesar.
Membesar sebesar yang aku mahu.
Kerana tiada siapa kata sinki aku tak boleh berubah kapasiti.
Tiada siapa kata ianya hanya tiga kali.
Kerana kesabaran semua orang memang ada hadnya.
Namun hadnya kita yang tentukan sendiri.


Postquam-scriptum:
Peringatan kepada diri sendiri (terutamanya) dan orang lain.


.