Mar 13, 2012

Ajaran #17 - Kerja Kena Ada Minat. Tanpa Minat, Kerja Tiada Makna.





Kita selalu dengar orang berkata,
"Kerja perlukan minat."
Aku adalah orang kuat yang menentang penyataan itu.
Manakan tidak, kalau kau buat kerja yang kau tak minat tapi gaji kau dapat membeliakkan mata setiap orang yang bertanya, dah tentu best, kan?

TIDAK!
Aku salah.

Kerja memang perlukan minat.

Bagi yang tak tahu, aku sekarang sudah bekerja.
Sebab tu entri pun sekali sekala je ada (alasan!)

Dari kecil, aku impikan kehidupan yang simple.
Pergi kerja awal pagi.
Balik petang.
Malam layan TV.
Tidur seawal mungkin.
Dah esoknya hari kembali berulang.
Basically,
apa yang aku impikan sudah tercapai.
Itulah pusingan kerja aku sekarang.

Impian tercapai.
Sepatutnya aku gembira.
Tapi, aku tidak.
Kerana ada sesuatu yang kurang.
Sesuatu yang tertinggal.

MINAT.

Aku cukup tak minat dengan apa aku buat sekarang.
Aku cukup menyampah dengan kerja aku.
Tambah pula dengan bos yang (sudah tentu) bersikap bossy,
meminta sesuatu yang di luar jangkauan
bukan jangkauan aku, tapi kemampuan organisasi itu sendiri.

Bayangkan,
Permaisuri Semut menitahkan semut tenteranya supaya sediakan mahligai tempat beradu sebesar apa yang dimiliki Singa, si Raja Belantara.
Mungkin tiada cermin di dalam sarang semut itu untuk si Permaisuri menilai diri,
tapi pejabat aku ada cermin. ლ(ಠ益ಠლ


Biarlah susah manapun kerja itu,
murah manapun gajinya,
asalkan kita buat perkara yang kita suka,
segalanya akan jadi lancar.

Jadi,
ajaran hari ini,
jika kalian masih belajar,
kenalpasti minat kalian dulu sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Jika kalian sudah bekerja,
jadikan kerja itu sebagai minat.

Jika kalian yang terlambat untuk minat kerja,
dah sampai tahap benci (macam aku)
bertahanlah selagi daya.
Kalau boleh, tukarlah ke kerja yang diminati.
Tapi, aku ada kontrak.
Sebelum habis kontrak, aku kena bertahan.
Senyuman aku tak pernah ikhlas di pejabat.

Charles M. Schwab pernah berkata,
"Dia yang bekerja bukan kerana suka kerjanya tapi hanya kerana harta,
maka tidaklah dia peroleh harta dan suka kedua-duanya."
["The man who does not work for the love of work but only for money
is not likely to neither make money nor find much fun in life."]

postquam-scriptum:
Sila kongsikan bersama aku cara menangani perasaan benci di tempat kerja.
Aku sangat buntu.
.

29 comments:

  1. Cero, bersabarlah. Kita ada masalah yang sama. Minatnya yang lain. Kerjanya pulak yang lain.

    Kerja seikhlas boleh. Bertahan..

    ReplyDelete
  2. eh..masalah kita sama... tapi aku masih lagi boleh bertahan..
    mungkin rezeki aku di sini..

    Tapi Cero, kalau kita ada pilihan, gunakan dengan sebaiknya. Macam aku dah dig deep.. susah sikit nak berundur semula.

    Tapi, tengoklah keadaannya macam mana..

    ReplyDelete
  3. saya tengok tajuk gitu,ingat nak terus bantah.nasib baik baca sampai habis.hahahaha

    Minat memang penting.kalau ada minat,kita belajar kerana kita mahu ilmu tu dan bekerja kerana kita enjoy benda itu.tapi kalau tak,kita akan belajar semata-mata untuk pass dan bekerja semata-mata nak duit.

    how bout a career transition as soon as you finish your contract? i wish you luck.

    all the best kawan =)

    ReplyDelete
  4. Perasaan dtg dari hati..
    juga perasaan itu terhasil dari minda.

    So,
    tukar setting minda,jgn benci..
    positifkan jiwa, aku kena hadapi.
    positif, mind set dan niat.

    cube la..
    hasil bergantung pada individu..

    all the best to you.
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenyataan yg tepat. Minat boleh dipupuk tapi mindset untuk menukarnya adalah atas individual sendiri. Kita tidak boleh u ah keadaan tapi bole ubah diri sendiri utk menyesuai keadaan. Semoga berjaya..

      Delete
  5. work is play..

    ko buat katun la..mcm conteng2 tu.

    ReplyDelete
  6. apa yang aku baca adalah....

    "Tanpa MINAT, kerja tiada MAKANAN"

    hehe... sorry. Kau kerja apa sebenarnya ni? CS ke?

    ReplyDelete
  7. Ikhlaskan hati. Cakap cam senang jer..ak pun ada masalah serupa. Masa belajar berangan keje 8-5, duduk dalam office ber-air-cond, boleh melaram pergi keje. Realitinya, keje ikut syif, balik tengah malam, kena pakai uniform, takde office sendiri, kena berdiri jer sebab keje kat outlet..

    ReplyDelete
  8. cero..lama x tengok kau punya blog ni..haha banyaknya update..:D

    ReplyDelete
  9. errr..agak kompleks jugak masalah ko ni..camne eh nak bg solution..hmm..aku rasa ko kena cuba ikhlaskan hati kot..niat buat kerja tu kerana Allah dan nak cari rezeki..buat sementara waktu ni ko bersabar la dulu..dah habes kontrak nnt ko cari kerja yg bersesuaian dgn minat ko oke!gud luck!

    ReplyDelete
  10. @fina fento
    sedaya upaya, kalau tak boleh ikhlas pon, aku akan sedaya upaya tak membenci..insyaAllah..

    @Aujinz
    sebelum aku jadi macam ko, baik aku fikir macam mana nak keluar dari kancah kebencian ni..kan?

    @littledolphin
    thank u, hopefully benda baik akan berlaku kelak...

    @MS. NO NAME
    susah sikit nak tukar setting minda bila semua di sekeliling kita benci..hahah

    @kueh bakar
    haha, aku terfikir jugak mende tu..
    insyaAllah, akan datang..

    @MoonStone
    Aku rasa ko tgh lapar kot, tu yg nampak mcam makanan.
    Aku keje management..bosan!!!

    @nourelcahaya
    nak ikhlaskan hati tu yg susah tu...
    kena berjuang lebih sikit..hehehe

    @si nelayan
    rajin2 arr jenguk aku..
    aku pon update sekadar mampu je skang...

    @8893798223460364963.0
    Cik SHa, mmg nak tunggu habis kontrak, pastu nak chow..
    tp dlm usaha nak tunggu tu laa yg azab sikit..hehehe

    ReplyDelete
  11. btol...stp pekerjaan kn de minat bru bersemangat nk buat...wlpn kos yg ambil skg kurg kena mengena dgn krja yg dikenhendaki...akan ku cuba sedaya upaya utk ke arah itu.. :)
    sabar ye cEro..tggu smp hbis kontrak ye..

    ReplyDelete
  12. @Miss Comot
    dpat kerja yg best ok laa..
    ni dah laa boss cam hape ntah, kerja plak penat cam hape ntah jugak..
    tmbah lagi gaji tak setimpal kerja..apakah?

    ReplyDelete
  13. aku baru baca, kau kerja dengan Animonsta kan cEro? hehe.

    cuba ni, cuba wujudkan perhubungan mesra dengan rakan sepejabat dan jadikan ia satu yang menggembirakan bagi menggantikan perasaan minat yang tiada tu. cubalah.

    ReplyDelete
  14. @hanaahmad
    tak tau laa hana..since aku berada di bahagian management, tp yg lain di bahagian production, masa lapang kami tak seiring.
    bila org lain free, aku sibuk..
    bila aku free, org lain plak sibuk..
    jd nak rapatkan hubungan dgn coworker sgt amik masa, dan aku semakin tertekan dgn kerja...
    adui...!!

    ReplyDelete
  15. saya pon xminat dgn kerja sy sekarang terlampau spec kerja xsesuai dgn sy. tapi buat sajala sebab lagi prestasi kerja merosot lagi bos xsuka saya. yela biasa la bos, mesti dia mahu yang terbest kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kenari Putih
      Kalau masih ada kesabaran dan di kelilingi org yg positif, tak apalah...
      Tapi kalau kerja tak suka, sabar pun kurang, org2 sekitar pun tak supportive, tu yg jadi masalah sikit tu..
      Kan?

      Delete
  16. saya bekerja dlm sector kerajaan..dulu sy hepi sgt dgn keja sy..tp bila sy mintak tkr utk cari pengalaman baru..semuanya berubah..sy xde semangat nak pergi kerja..selalu ponteng..keja xsiap..sbb minat tu xde.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous
      Saya faham tentang itu sbb saya pun pernah melaluinya...
      Tapi cikgu saya cakap, minat boleh dipupuk.
      Cuba pupuk minat utk kerja yg baru tu. Cari ruang yg boleh membuatkan kita terfikir "Ahh, kerja ni tak laa teruk sangat..."

      Good luck :)

      Delete
  17. Saya minat kerja saya suatu ketika dulu...sekarang dah bertukar 360 ..bila minat tu ade kerja yang susah ke yang banyak ke xpernah saya kisah...bila tak suka kerja tu,keje yang senang pun nampk susah utk saya..hati dan perasaan tentukan prestasi kerja kita..stiap hari pergi kerja ibarat diri dipakse utk berperang.😢😢saya berharap dpat kerja baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Jasmin AdamAli

      Bertabahlah Jasmin.
      Harap segalanya akan bertambah baik mengikut masa :)
      Good luck :)

      Delete
  18. Saya minat kerja saya suatu ketika dulu...sekarang dah bertukar 360 ..bila minat tu ade kerja yang susah ke yang banyak ke xpernah saya kisah...bila tak suka kerja tu,keje yang senang pun nampk susah utk saya..hati dan perasaan tentukan prestasi kerja kita..stiap hari pergi kerja ibarat diri dipakse utk berperang.😢😢saya berharap dpat kerja baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Jasmin AdamAli

      Bertabahlah.
      Harap dapat menempuh semua dugaan yang ada. Kalau rasa macam tak boleh sangat eloklah rancang untuk bertukar kerja. Tapi masa ekonomi lemah macam sekarang kalau boleh kekalkan kerja yang ada dan carilah perkara yang boleh pupuk minat itu kembali :)

      Delete
  19. Saya ada masalah yang sangat menggangu pemikiran saya . selepas kontrak kerja saya tamat , mak saya tidak habis2 meminta suruh saya bekerja . Bukan tak nak kerja , tp saya nk cari kerja yg sy minat .sekarang , saya sgt buntu apabila mak saya suruh sy bekerja . pekerjaan itu sangat saya tidak minat . saya rasa mcm dipaksa untuk bekerja . saya dapat rasakan jika saya menerima tawaran kerja tersebut saya tidak akan menunjukkan minat . saya pasti . org nk ajar pun saya buat derk je nnt . Haihhhh !!! Stress sgt . rasa nk lari dari rumah . 😢😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Yuuuuyuuu

      Saya tahu perasaan itu. Memang susah bila ada desakan orang lain terutamanya kalau dari keluarga. Nasihat saya, kalau boleh cakap elok-elok dengan Mak supaya dia faham apa yang kita rancangkan. Tapi kalau dia desak juga, carilah keseronpkan dalam kerja itu. Kita mungkin tak suka kerja yang kita buat, tapi hasilnya (contoh gaji) mungkin dapat menjadi motivasi untuk kita terus punya komitmen dalam kerja. Rancang plan yang menyeronokkan dgn duit gaji tu, supaya bila kita kerja kita ada motivasi untuk selesaikannya :)

      Delete
  20. hi. nak share dan mgkin kwn2 bole bg pdpt. sy keja bmula dr bwh bla hbs ja stdy. sy hadap ja keja sy hari2. ada hari yg best dan ada hari yg x best. sy mampu btahan smpai 6 tahun. tiba2 awal tahun ni sy dtawarkan jwtn exec sbb ada dgree dan pngalaman. sy x minat sbb dah selesa dgn keja skrg. tp disudut hati tdetik bla lagi nak rebut peluang nak majukan diri. umur dah 31. then sy attend intview dlm keadaan tpaksa sbb nak jaga hati bos. ditakdirkan sy dpt jwtn tu walopn intview sy tempoh hari ke laut. sy terima dlm keadaan 50-50 nak n taknak. sbln berlalu dgn biasa2. bla bln kedua, jiwa jd kacau. x tenteram. jd benci dgn tugas. lari dr tgjwb. smpai satu tahap sy kuatkan diri ckp kat big bos yg sy nak kembali ke jawatan asal. dia tolak mentah2. sy kumpul kekuatan n paksa diri tp kalah jugak. sy mtk sokongan family utk kumpul semangat. tp family hentam teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori cerita pjg bjela.. smbung lg. family marah. ckp sy bodoh. gaji dah rm3k lbh n ada pgkat tp nak patah blik gaji rm1.5k.. skrg sy dah 2x ponteng keja. bos bg last peluang utk balik keja. family x tau sy ponteng keja. sy tekad nak resign walopn x dpt keja baru lg. hanya tuhan ja tau hati perasaan sy skrg. susah nak minat pd keja yg kta x suka.. sy dah cuba dan dah paksa tp sy tetap x boleh. sy nk mtk pndapat semua, korg pilih Jawatan/gaji byk walopn x boleh hadap keja ni ATAU kerja yg kta minat walopn gaji sikit?

      Delete
    2. >Anonymous

      Maaf sebab lamabt reply. Biasanya nama Anonymous ni masuk dalam spam box akan terlepas pandang :(

      Saya bersimpati dengan apa yang berlaku. Memang pada orang lain, 'minat' boleh dipupuk tapi apa yang diri sendiri lalui tak akan difahami orang lain.

      Kalau nak pendapat saya, sebagai orang luar, saya rasa awak bertahan sahaja selama yang boleh dulu dengan jawatan baru itu. Mungkin lama kelamaan perasaan minat itu akan datang sebab lumrah manusia adalah sentiasa berubah-ubah jadi mana tahu satu hari nanti awak berubah untuk mula sukakan kerja awak itu.

      Tapi, pendapat saya sebagai cEro pula, kalau awak tahu awak tak boleh nak teruskan, berhentilah. Jangan buang masa dengan perkara yang awak tahu pengakhirannya. Tapi saya nasihatkan, sebelum berhenti, cuba dapatkan dahulu kerja lain yang boleh menjamin kelangsungan hidup. Kalau awak terus berhenti, takut nanti susah pula nak jumpa kerja lain. Dan kalau awak nak berhenti, pastikan awak berhenti semasa reputasi awak masih baik, sebab kalau jadi buruk, takut nanti akan effect dekat kerja awak seterusnya. Para majikan ni suka bawa cerita pekerja ke majikan yang lain, takut-takut nanti ada pula tukang penyampai ke bakal majikan baru awak tu tentang reputasi awak di tempat lama.

      Apa-apapun keputusannya, ambillah masa dan buat keputusan dalam keadaan bertenang, bukan dalam keadaan marah atau tergesa-gesa.

      Good luck :)

      Delete
  21. Aku kerja shif, bukan ofis hour, cuma setiap 4 bulan, aku kena jadi office hour.

    Masalahnya aku kerja teknikal IT (vendor) kt hospital kerjaaan, hospital besar pulak. Aku lebih pilih kerja shift drpd office hour sbb office hour letih giler berbanding shif.

    Walaupun kerja shift senang, tp aku mmg cukup x minat apa aku buat skrg nie. Lagi bos aku nie sikap dia suka berat sebelah walapun bukan jenis bossy.
    Tp still tak minat sbb management orang atas terutama HR cam bodoh.

    Alkisahnya aku mintak kenaiikan gaji, tp ko tau apa dia ckp, pretasi aku x memuaskan, klau betul aku x marah, tp aku nk tau mana dia tau pretasi aku mcm mana, dia ada interview aku ker atau lawat aku kt site sbb hq dgn vendor jauh, hq kt kembangan dan vendor kt negeri sembilan.

    Yg paling aku panas sekali pekerja baru dpt gaji lebih dari aku bukan rm100 tp rm 300-400, ko bayangkan beza gila tu, aku skrg tgh panas, bos aku nie jenis x tau nk handle teknikal dia, mcm aku ckp berat sebelah.

    Aku tgh tggu kerja lain jer pun skrg nie, makin lama akh berkerja kt situ, makin menyampah pulak aku. Rasa nk mengamuk jer keje,

    Untuk pengetahuan korang yg boa site aku sebemarnya senior exe, ganti bos betul kt hq, dia pun rasa serba salah sebenarnya, aku nk jumpa bos bukan senang, dah jauh hq tu, boleh jer pegi, tp rasa mcm xder mood, mcm buang masa jer, rasa mcm klua aku pergi, x ubah apa2 pun.

    Sorang aku tgh panas, tu agak merapu sikit

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026