Nov 27, 2011

Prinsip Yang Keras Aku Pegang



Seorang kawan berseloroh sebelum aku pergi Brunei hari tu.

"Bro, pergi Brunei cari laa sorang calon.."

Yeah right,
macam laa ada masa aku nak melayan jiwang kat sana.




6 hari aku di Brunei,
dan sudah tentu bukan seorang dua orang Brunei aku kenal di sana.
Ramai.
Dan mostly, adalah perempuan.

Dan dalam ramai-ramai tu,
aku rapat dengan seorang gadis Brunei ni.
Pada aku, dia memang ada kriteria yang aku idamkan.
Tak perlulah aku sebut di sini, kerana ianya terlalu spesifik.
Dengan kata lain, affection itu ada, tapi segalanya terlalu awal untuk dipanjangkan.

Atau mungkin dalam kes aku, TERLALU SINGKAT.

6 hari.
3 hari pertama, aku dan dia tak bertegur.
Paling hebat pun, kami bertentang mata, bertukar senyuman.
Biasa.

Namun,
hari ketiga kami bertukar menjadi rapat selepas aku dapati dia mempunyai hobi yang sama; melukis.
Memang dari dahulu lagi aku sentiasa mengkagumi perempuan dengan tangan seni.
Dan dia tak tahu aku juga mempunyai skill sedemikian (walaupun tak sehebat mana)

Dari sesi bertanyakan hobi,
kami bertukar jenaka,
belajar bahasa Brunei,
bertanya latar belakang,
sehinggalah ke tahap memberi masing-masing dengan nama samaran.

Ya, kami semakin rapat.



Kalian tahu sesuatu tentang prinsip?
Prinsip adalah sesuatu yang kita pegang dan tahan walaupun apa keadaannya sama ada menyebelahi kita atau sebaliknya.

Selepas sesi add-menge'add' dalam facebook,
aku ambil masa stalk profil dia beberapa minit.

Lalu aku tersenyum. Sinis.

"No wonder semuanya berjalan dengan lancar.."
Aku merungut dalam hati.
Selalunya, aku akan menghadapai masalah bila mula tersuka dengan seseorang.
Tapi kali ini, semuanya terlalu mudah dan cepat.
Rupa-rupanya...








"..She's in a relationship.."







Prinsip aku sejak dari tahun 2005,
aku tak akan terlibat secara emosi dengan sesiapa yang sedang berada dalam perhubungan.
Kekasih orang, tunang orang, isteri orang, emak orang.
Aku tidak akan terlibat dengan sesiapapun di antara mereka.

Di hadapan laptop, di atas katil di dalam bilik hotel
bertemankan pancaran wifi tak stabil
aku masih tersenyum.

Aku bangun,
tukar ke tuala dan mandi.

Walaupun memang terniat dalam diri
mahu dilanggar prinsip itu,
namun air panas dari air mandian pancuran
menyedarkan aku.
Aku syukur ianya hanya di tahap 'affection'..




"..let's just not put any hope....yet!"

13 comments:

  1. bagus prinsip tuh! jangan langgar okey! gud lak!

    ReplyDelete
  2. tetap kepada prinsip bro.. huhuhu.. :D

    ReplyDelete
  3. aiseey..bunyik kecewa ja ni..tapa saba2.. :)

    ReplyDelete
  4. pg2 lps bekfes...singgah blog jap cuci minda...lps ni nk wat assgnmnt...hehe3

    same goes with me...aku sng brkwn dgn org lelaki yg dh berstatus in relationship sbb rasa selamat dri segi tidak akn diayat ttpi still kn hati2 n x leh trllu rpat... :)

    ReplyDelete
  5. kecewa pasti ada, takpelah..klu ada jodoh pasti ada, tak pun sudah tersedia yang lain di masa hadapan..

    all the best dik

    ReplyDelete
  6. bagus la bro..bru la dipanggil lelaki yang berprinsip..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. :) cero...aku hanya nak bagi kau senyuman... dan aku baca entri ni pun dengan senyuman...



    aku?




    takmo add? hahha =P

    ReplyDelete
  9. Gadis Brunei. Wow jauh tu klu nk balik raya. ekekeke. all the best for you cero. klu ada jodoh tu tak kemana.

    ReplyDelete
  10. bunga bukan sekuntum cEro! :)

    ReplyDelete
  11. @tieha ismail
    never! ianya akan jadi prinsip aku smpai bila2..

    @Aujinz
    sbb tu nama dia prinsip..hehhe

    @Amirah Yusof
    Bunyi macam kecewa. Tapi sebenarnya aku bangga dgn diri sendiri..

    @Miss Comot
    once perasaan tu dah ada, semuanya takkan jadi sama seperti dulu..
    so, aku akan hindar dr awal..

    @hentakbelipat
    aaalaaaaaaa......

    @DapurGadisConverse
    your name..seriously??

    @Bitter Sweet
    Sentiasa percaya pada jodoh..

    @pu3aan
    lelaki berprinsip itu seksi..
    hahahha

    @4369961573630396857.0
    nekmo,
    nak aku add ke??
    add laa ku..hahaha

    @WZ
    hahaha, sampai ke raya ko fikir ek WZ..hehehe

    @hanaahmad
    sbb bunga berkuntum-kuntum laa kena cari yg sesuai dan sepadan tanpa melukakan sesiapa, kan?

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026