Aug 22, 2011

Kini, Semua Orang Mampu Tangkap Gambar Seperti Seorang Professional



Aku memang tak berapa pandai dalam fotografi.
Tambahan, aku langsung tak ada kamera
kecuali kamera henset yang sudah pasti tak canggih.

Aku juga jarang berkesempatan dapat pegang kamera.
Apatah lagi menangkapnya.

Tapi,
bila ada diberi kesempatan,
aku sedaya upaya buat yang terbaik.

Bila diberi tanggungjawab untuk tangkap gambar,
dan kemudian tuan kamera tegur
"Oi, gambar senget laa.."
Seolah-olah aku tak pandai sangat fotografi,
aku akan menjawab,
"Itu dipanggil Rule of Thirds."

Rule of Thirds

Rule of Thirds dalam fotografi adalah aturan meletakan objek di sepanjang garisan pembahagi skrin selepas skrin itu dibahagi sembilan bahagian sama besar (3x3).

Sekiranya anda pengguna DSLR,
mesti tahu dengan option meletakkan grid di skrin
membahagi skrin kepada 9 kotak, kan?



Orang biasa akan ambil gambar (awek hot dari belakang)
dengan meletakkan 'elemen utama' di dalam kotak tengah,
seperti ini..



Tapi gambar itu akan kelihatan 'biasa'..
Tak ada 'moment'..

Tempat yang tepat untuk meletakan 'elemen utama' adalah di sepanjang garisan, terutamanya di persilangan garisan.



Dengan itu,
gambar akan jadi lebih sedap dipandang
dan ada 'moment' tersendiri.



Bandingkan dua gambar di atas (sumber wiki)
Yang mana, pada kalian, lebih mearik?


Bagaimana nak pastikan apa itu 'elemen utama'

Bagi gambar permandangan/ lanskap,
elemen utama adalah garis horizon atau garis pemisah antara permandangan dengan latar belakang.



Bagi gambar objek jarak sederhana
sebagai contoh gambar kumpulan,
elemen utama adalah kepala.



sudah tentu kadang-kadang tak semua kepala dapat masuk dalam satu garisan.

Bagi gambar jarak dekat
sebagai contoh gambar portrait,
elemen utamanya adalah mata.



Ya, sudah tentu tak semua cantik untuk diambil gambar jarak dekat.


Jadi,
kalian yang membaca,
semuanya sudah mampu tangkap gambar serupa professional.
Sekarang, pergi ambil kamera anda
dan bangkitkan bakat fotografi masing-masing
(kalau ada kamera laa, macam aku tak ada.)

Seorang jurufoto hebat pernah nasihat kat aku,
"Untuk mengambil gambar yang hebat, ada dua 'key elements'. Pertama, pencahayaan. Kedua, komposisi. Jika kamera gempak segala bagai, tapi pencahayaan teruk, gambar tetap teruk. Jika kamera gempak, pencahayaan bagus, tapi komposisi hancur, sila belajar lagi.
Jenis kamera tak pernah jadi penentu gambar yang elok.
Kalau tidak, kenapa gambar lama dengan kamera flash api dulu masih menjadi sumber inspirasi jurufoto kini?"



Dan kini,
bila ada yang komen kenapa kalian ambil gambar senget,
cuba kata dengan angkuh
"Tak tahu ke Rule of Thirds?
Pergi balik, cari dalam Google."

lebih lanjut, wiki


Postquam-scriptum:
Jika selepas dapat tahu ilmu dua kupang aku ni kalian berhasrat nak jadi jurufoto professional, dan kalian berjaya, masa interview dalam majalah sila laa mention aku yek. Dan kalau dah banyak duit, belanja arr aku sebiji kamera..alaa, yang cikai-cikai pun okay dah pada aku...

15 comments:

  1. huhu..selalu usya blog ejad fotopoyo sebab entri dia senang nak paham.

    tapi penerangan kat entri ni bagus. sangat senang utk difahami untuk org yang baru nak berjinak2 dengan fotografi. nice.

    *saya ada kamera kompak je. tapi kalau ada mana2 tutorial yang boleh apply saya guna je :P

    ReplyDelete
  2. haaa. terbaeklah cero. sng paham, sng beljar :)
    tak payah kamera mahal2 kalau jiwa seni tu memang dah ada dalam diri.kih3

    ReplyDelete
  3. ok tenkiu !

    boleh try mengaplikasi bile amik gambar pas ni..

    tu pun kalau ingat miahahaha

    ReplyDelete
  4. oh, penerangan yang sangat jelas!

    ReplyDelete
  5. bukan sebab kamera yang bagak ataupun mahal..

    adik bongsu aku boleh ambik gambar yang menarik cuma guna kamera hanpon dia jer..

    ReplyDelete
  6. ya, komposisi dan pencahayaan tu penting. tak perlukan camera mahal, yang penting the person behind camera. rule of thirds adalah salah satu tips asas fotografi yg baik & bgs digunakan. *gmbr senget pun ckp hape. hihi

    ReplyDelete
  7. same la...suke gak mik gmbr Rule of Third...org ltk tepi pemandangan duk sblah... :) blaja cra mik melalui iklan camera pe ntah...tp x tahu nm...haha3 so...Ooo...Rule of Third..

    ReplyDelete
  8. aku lagi teruk.. henfon pon tak de kamera... lagi tak pandai tangkap gambar.. tapi tuan tuan DSLR suka sgt suruh aku tangkap gambar.. yela. klu ada kamera, gambar sendiri mesti paling sedikit ye dak?

    ReplyDelete
  9. bole prektis utk raya ni... gua baru tau ok!!! gila kuno.

    ReplyDelete
  10. haha. aku rasa macam nak guna statement ni..

    ReplyDelete
  11. ekhee...nesa ade dslr.tp amik gmbr ikut rse cntik je..hehehe

    ReplyDelete
  12. aku setuju! nak amek gambar, angle pon kena betul, baru cantik. :)


    kemahiran yang sume orang boleh belajar tapi tak sume orang ada.

    ReplyDelete
  13. @Fina Fento
    malangnya, aku bukan fotografer pon..
    kalau mmg serius nk jd pro, sila berguru dgn pro..
    hehehe

    @me | is | aku
    hehe, cuba laa..
    pasti berkesan...

    @.::WaNiE::.
    hehehe, senang je...
    tak perlu ingat byk pon..heheh

    @INTAN
    terima kasih..amalkannya ok..

    @pu3aan
    thank U

    @Aujinz
    tau takpe..
    kamera just a tool..
    skill is forever...

    @hanaahmad
    kan? asa kena kuat, baru boleh jd pro...

    @Miss Comot
    dengar mcam komplikated, tp ro3 ni sgt mudah...

    @Umie Artoqiemie
    ro3 hehehehe

    @Dorky Guy
    itu pengorbanan fotografer laa..
    diorg kena terima takdir bahawa pemilik kamera selalu tiada dlm gambar..

    @JelinaJoli
    hehehe, tak raya pon boleh gak..hehehe

    @m i r a f i q a
    hehehe, silakan silakan...

    @Nesa Wazir
    takpe, belajar pelan2..
    dr cero, kamera henset je ada..hehehe

    @adrinaqamarina
    sense of creativity perlu ada..
    bukan utk fotografer je, tp itk semua bidang seni...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026