Jul 7, 2011

Kita Manusia...



Kita manusia.
Ada maruah.
Ada perasaan.


Namun kita
seringkali terlupa.
Kita sama.
Semua sama.
Ada salah.
Ada jatuh.
Ada malu.
Ada sakit.


Bila lupa,
kita menghukum.
Kita melabel.
Kita mengeji.
Kita memaki.
Kita menjari.
Satu pergi.
Empat mari.


Bila dihina,
kita sakit.
Kita pedih.
Kita jerit.
Kita sisih.


Kita lupa.
Semua manusia,
ada khilaf.
Maka hendaknya
usah dihukum
sesuatu yang
sudah dihukum.


Menuding jari
tidak membawa
kepada penyelesaian.
Mengguna aqli
mencari punca
sesuatu sesalan.


Aku mati.
Mati dalam
diri sendiri.



postquam-scriptum:
Sebab manusia selalu lupa. Bila menghukum seseorang, kita lupa hakikat azali bahawa yang dihukum juga manusia biasa. Manusia yang buat silap, dan sesal akan kesilapannya.

9 comments:

  1. chirpy_chummy07 July, 2011 09:08

    first!

    wooo..sajak..

    aku pn manusia. ye, kita manusia..

    btol btol.

    x sangkal lg.

    ReplyDelete
  2. manusia mmg suka menghukum. dh macam best friends. sedar tak sedar kdg2 kita pun menghukum dlm tak sedar.

    ReplyDelete
  3. takde perkataan maaf pun.

    ReplyDelete
  4. sajak yg pndek dan sng dibaca...ok...tp geram klu khilafnya sendiri tidak diakui malah menyalahkan org len...adeehhh...

    ReplyDelete
  5. caya lah cero..ada bakat.

    eh..camner nak wat sticky entry mcm kat atas tu?tq

    ReplyDelete
  6. Kita manusia, memang selalu alpa..

    ReplyDelete
  7. @chirpy_chummy
    aha, ko pon main mende first camni??
    hehehe

    @WZulhilmi
    ianya seolah-olah ada dlm gen manusia sendiri...

    @m i r a f i q a
    ko kena faham, maaf bukan satu perbuatan yg hanya disebut dgn mulut, ianya perlu dimaksudkan denga hati..tak ada makna ucap maaf 1000 kali tapi esoknya mengungkit lagi..

    @Elie Lily
    mentaliti manusia yg tegar dan takkan berubah..langsung!

    @kata kila
    ko sedikit luarbiasa, kila..hahahah

    @Miss Comot
    aku ada satu teori ttg manusia..
    mereka akn cari salah org lain dulu, sbelum fikirkan ttg diri sendiri..
    ini yg dipanggil selfish gene..

    @kueh bakar
    tu bukan sticky laa sayang..
    itu just satu element dlm template, a simple html element..

    @YOUsoF
    sbb tu kita perlu ingat mengingati sesama insan, dan harus buang sifat ego agar apa yg diingatkan itu dapat masuk ke dalam fikiran secara terbuka...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026