May 1, 2011
Aku Perlukan PLAN B
Bila jenguk luar rumah,
dengan melihat matahari yang tersenyum lebar memancarkan cahayanya
sampaikan si botak berseluar merah pun memantulkan silau menusuk ke mata,
dan burung-burung biru yang tak dapat dikenali spesiesnya
riang gembira beterbangan di awan yang hanya ada dua ketul sahaja...
Maknanya,
ianya waktu yang sesuai untuk keluar beriadah.
Dan bila beberapa saat aku ke dalam rumah untuk salin pakaian
apa yang aku tak tahu adalah matahari mula dibayangi awan besar
dan awan berubah warna dari biru ke kelabu
dan burung-burung biru pelik pun terbang pulang ke sarang
dan si botak pun sudah tiada di tepi jalan..
Akhirnya,
setelah siap berkelengkapan riadah dengan kasut sport oren
dan saat ketika melangkah keluar dari pintu
air turun dari langit tanpa khabar berita
membasahi baju dan seluar yang berbau downy
dan di hadapan ternampak si botak dengan payung bermuka kucing
angkuh berjalan meredah titisan hujan...
Maka,
niat untuk keluar beriadah sudah terbantut.
Plan yang dirancang awal tidak menjadi.
Merancang memang bagus.
Tapi bila rancangan dilintang halangan diluar kawalan.
Maka, aku perlukan plan B.
postquam-scriptum:
Sebab tu kadang-kadang aku lebih suka menjadi manusia seperti, "Eh? Nak riadah? JOM!"
Waaa. Comelnya payung Si Botak berseluar merah tu. Agaga.
ReplyDeleteJadi, apa Plan B nya?
baru nak bersemangat tetibe down terus.haha
ReplyDeletePlan B = Skipping dlm rumah, berlari setempat(LOL), lompat bintang setempat (double LOL)
ReplyDeleteplan B..tdo :D
ReplyDeletetempat aku pon kalau nk joging petang2 sekarang ni jgn harap le...
ReplyDeleteplan B : beriadah la lepas subuh :D
hehehe
misteri entiti lelaki botak berpayung kucing
ReplyDeletecakap ngn si botak, elie nk pinjam patung dia..hehee
ReplyDeleteberiadah dengan bersukan sama x? men boling tu kire ape eh? ko pnh dgr x org kate boling tu sukan utk org pemalas? tp aku suke..so, aku ni...
ReplyDelete1) Jogging pagi/lepas maghrib.
ReplyDelete2) Indoor Gym
3) Kalau duk umah mcm aku umah flat, aku jogging naik turun tangga.
4) Main bola kat tempat yang tak hujan.
-kudozu
jom jogging! aku dah lama gler tak main futsal! kepingin sgt! kat sini takde geng. huhu
ReplyDelete@Melda Mohd
ReplyDeletehahaha, plan B nya aku tido dlm bilik..hujan kan best kalo tido...
@jaaFahiza
kesian aku..kan??
@WZulhilmi
hahaha, rumah aku tak berapa luas nak skipping..hahaha
@Nesa Wazir
hahaha, sangat bagus plan tu..
@fadh ^_^
lepas subuh byk anjing kat tempat aku riadah tu..takut!!!
@m i r a f i q a
hahaha..dia memang misteri!
@little cart00n
hahaha, payung dia buat ilang muka ganas..hahah
@CikGusi BingbOo
men boling pon penat oo..
tp stakat main dua tiga game takde laa mencabar sangat..try main direct 10 games, mesti berpeluh habis..
@Anonymous
1) pagi tmpat jogging byk anjing, lepas maghrib byk nyamuk!
2) kena bayar..tp aku mmg berangan nk jadi membership kt mane2...
3) hahaha, naik turun tangga paling penat..terbaEk!!
4) bola is not my thing..(kaki bangku)hahha
@hanaahmad
jom futsal..aku tau main slow2 je..heheheh