Apr 21, 2011

Kisah Beg Sarat Berisi Perasaan



Berjalan dengan beg yang berat memang susah.
Apatah lagi setelah ditinggal keseorangan.
Beg yang dibimbit penuh berisi buku-buku.
Apa yang mampu aku buat hanyalah meneruskan langkah.

Lalu aku disapa lelaki berpakaian merah.
Ditanyanya, "Mengapa perlu bawa beban yang berat?
Izinkan saya meringankan bebanmu."
Lalu dia mengambil senaskah buku bertajuk 'Sakit Hati'.
Kemudian aku meneruskan langkah pergi.

Lalu kemudian disapa aku seseorang berkemeja biru.
Ditanyanya, "Mengapa berkerut di muka?
Izinkan aku meringankan bebanmu."
Lalu dia mengambil sejilid buku bertajuk 'Dendam'.
Kemudian pergi aku tanpa muka suram.

Lalu seterusnya disapa aku pemuda berbaju kuning.
Ditanyanya, "Mengapa bermuram durja?
Izinkan aku meringankan bebanmu."
Lalu dia mengurangkan sebuah buku berjudul 'Sedih'.
Kemudian berlalu aku tanpa kata.

Seketika,
perjalananku dihalang aral bernama realiti.
Datang muncul jejaka serba putih dan berkata,
"'Sakit Hati', 'Dendam' dan 'Sedih'
sudah dikurangan dari bebanmu
Tapi kenapa masih tiada senyuman dibibirmu?"

Aku menjawab,
"Aku sendiri bingung, terangkan kepadaku"

Disuruhnya aku berpaling ke belakang.
Mata aku menjadi bundar, terkejut.

Rupanya
lelaki berpakaian merah, berkemeja biru, dan berbaju kuning
selama ini mengiringi perjalanan aku dari belakang
tanpa aku sedari.

"Memang Amarah mampu membawa pergi Sakit Hati.
Memang Benci mampu membawa pergi Dendam.
Memang Airmata mampu membawa pergi Sedih.
Ya, memang mereka sudah mengurangkan bebanmu.
Tapi, sama ada kau sedar atau tidak,
kau tidak melepaskan sepenuhnya."


"Tinggalkan sepenuhnya begmu itu.
Harungi langkahmu dengan nafas baru."

Pada saat itu, iaitu ketika ini,
adakah aku mampu melakukannya?



"Perkara paling tak disukai
semasa seorang kawan menasihati kita tentang perasaan,
ialah pasti akan keluar kata-kata seperti
'Kau akan dapat seseorang yang lebih baik.'"

22 comments:

  1. huiyoh. this reminded me of an episode in How I Met Your Mother. Episod tu cerita pasal baggage - emotional baggage setiap orang yang kita jumpa.

    btw, poem/sajak/puisi/syair yang ko buat ni.. best ah. hehe.

    ReplyDelete
  2. tbe2 aku rasa benda yg sama..

    ReplyDelete
  3. ckp sng, tp nk buat tu susah..

    sgt susah nk lepaskan seseorang yg pernah masuk ke hati.

    mungkin dia yg sebenar masih dlm perjalanan ke hati kita.

    selagi x de replacement, selagi tu kita akn rasa susah nk let go.

    owh, ni hanya pendapat aku berdasarkan pengalaman aku. heh!

    jom, tgu sama2 ek. :p

    ReplyDelete
  4. salam,

    chill and lek bro. aku tau kita senasib walaupun kisah drama pengakhirannya sedikit berbeza tapi jika aku pinjam kasut ko, for sure akan muat.

    aku faham apa yang ko lalui, bukan setakat berat mata memandang, tapi sebab sama berat bahu yang memikul.

    tapi mungkin atas sebab tertentu ko lebih terasa kesannya berbanding aku. nak kata aku let go? entahlah, kadang2 status FB aku sendiri agak kontras dan aku cuba sampaikan sesuatu yang agak mustahil untuk dia sendiri paham. tapi mungkin itu saja cara paling tidak aku dapat redha dengan setapak dia makin jauh dari aku.

    paling seksa bila 'perkhabaran' diumumkan. Ya, aku dah terasa dah sebab berita tu dah disampaikan dan aku tahu orang tu pasti bukan aku. Sekarang bolehlah sengih, gelak-gelak, buat-buat macam tak tahu tapi bila tiba masanya, adakah kita dah sedia?

    Tak dapat aku nak bayang bila aku berada di sana... yang pasti bukanlah satu perasaan yang tulus gembira 100%. Entahlah, mungkin masa akan berubah segalanya.

    So, tabahlah, memang sakit untuk terima hakikat tapi percayalah kepada jodoh. Itu je yang aku pegang setakat ni untuk tidak jadi gila.

    Rusuk takkan hidup sendiri, manusia takkan hidup lama dan selesa dengan rusuk yang patah. "Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti"

    ReplyDelete
  5. sgt berkias..tp xpe..aku paham..
    anyway..baca entri ko ni buat aku teringat manga Naruto yg aku bace aritu psl the Fall of Truth (kalo xsilap aku le..namanye begitu)..

    p/s: ermm..psl kenyataan "kau akan dapat seseorg yg lebih baik" tu kdg2 wat aku terfikir..yang lebih baik tu ke yg kita perlukan???..

    ReplyDelete
  6. apesal aku tibe tibe sayu ni

    ReplyDelete
  7. cero..org yg bace mgkn phm situasi ko tp xkan rase sbijik mcm ape yg ko rase..
    aku rase sume org pon pnh & ade lalui mende yg sama..
    ko buang la macam mane sekalipon, tp mende plg susah bg aku adalah melupakan...

    ReplyDelete
  8. melepaskan perasaan yg berbaur,memakan masa. Jd manfaatkan masa yg bakal digunakan utk pemulihan tersebut,dgn memperbaiki dri dan peribadi. Berserah kpd Tuhan Rabbul izzati. Tuhan ada bersama kita.
    -kudozu

    ReplyDelete
  9. lately asal bro asik tulis entry yg lara-lara je?
    sadis membacanya! huu

    ReplyDelete
  10. wohooo!!
    suka ini beribu kali! :)))

    ReplyDelete
  11. semua org pernah melalui situasi yg sama mcm entry yg ko tulis ni..cume nak melepaskan perasaan tu yg susah..contohnya kalo kite dendam dgn sumone,mulut kate maap tp hati..still lagi ingat ape yg org tu wat kt kite..so lepaskan feeling tu pelan2..=)

    ReplyDelete
  12. somthing different cerolian. kawan aku suggest read ur blog. kukumerah. pasal cita gadis converse tuh . i loike it toooo much.

    kalo boleh menjadi seorang pelukis, mana boleh setanding dgn kamu

    kalo bisa mengarang cerita, tak akan sama seperti kamu .

    :) . . . saya follow kamu k

    ReplyDelete
  13. Mana mungkin kita boleh hlgkan segala sakit hati, dendam dan sedih melainkan kita kawal dengan sepenuh hati. Kawal ia cEro berserta nafas baru dan fikir ke depan.

    "Kau akn dapat seseorang yang lebih baik," - kawan2 tak mahu kau lbh menderita, dan ini adalah cara yg lbh baik utk kau lebih positif.

    ReplyDelete
  14. @Dayana
    haha, i wish aku tgk siri tu..hahaha
    btw, since when ko baca blog aku ni??

    @m i r a f i q a
    believe me, you'll never in the same boat as me....

    @~* chirpy_chummy *~
    mungkin dia dah terlepas pergi, tapi kesannya masih basah dan merah di hati..

    @Shukjessa
    AKu dpat hunch ko laa satu2nya orang kat blog ni yg paham apa aku maksudkan dan seluruh ceritanya 100%, tp apakan daya, kita hanya mangsa..

    @pu3aan
    aku harap mmg ada fall of truth tu..
    sbb kdg2 aku sndri tak tahu apa dlm hati aku, hitam ke, putih ke...

    @kata kila
    jangan sayu..jangan...
    biar aku je sayu...

    @CikGusi BingbOo
    jika melupakan bukan satu pilihan, kita tetap kena teruskan dgn pedih yang ditahan...

    @Anonymous
    Memang memakan masa..cuma kita manusia tak pernah tahu berapa lama masa itu...

    @little cart00n
    yup! aku pon perasan gak hal tu..
    tgh merah kot..hahahahah

    @miera myrofa
    terima kasih..
    ambil sebagai teladan...

    @hahau
    that's the only option i have..

    @tulip
    kdg2 kita rasa dan yakin yg kita sudah melepaskan, sedangkan bekasnya masih hitam dan bernanah...itu yg susah...

    @Bongsu De LaLe
    thank you..
    masih sedang mencari kepelbagaian kata utk dikongsi..

    @hanaahmad
    "Kau akan dapat seseorang yg lebih baik"
    Apa kata aku tak nak yg baik?
    Sbb aku sendiri tak baik, sedangkan yg baik hanya untuk yang baik...

    Aku bingung

    ReplyDelete
  15. ey, kalau kau taknak, tp jodoh kau yg itu jugak, adakah kau akan halang? nobody perfect. baik itu subjektif. terpulang pd org nak menilai. jgn negatif sgt cEro!

    ReplyDelete
  16. Baca sejak motek promote. Haha. Tapi aku dah lama subscribe. Tapi taktau nape feeds tu tak penah ada update. Tapi skang dah ok. Hohoho!

    ReplyDelete
  17. @hanaahmad
    haha, jodoh adalah satu kuasa luar dari kawalan kita..tp sbg manusia, kita ada kuasa utk memilih, kan??
    dan sudah tentu, siapa tak mahu yg BAIK, tapi dengan syarat yang BAIK itu mahukan kita..

    @Dayana
    oh yeke, dan aku tak tahu pulak ko ada dua blog, aku slalu baca yg hate journal tu je, yg satu lagi tu aku baru tahu..hehehe

    ReplyDelete
  18. Hate journal tu dah private dah. Terlalu emo untuk tontonan awam. Hehe. Hanya untuk orang yang aku kenal je. :)

    ReplyDelete
  19. wow...nice story..kdg2 bkn senang nk lpaskn mereka kan...kdg2 mmg kite akn dpt sseorang yg lbih baik tp kdg2 kite akn menyesal dgn apa yg tlh kite lpaskan...mmbuat kepututsan direaliti mmg ssah...tapi ingat satu perkara saja...setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya... :)

    ReplyDelete
  20. @Dayana
    hahaha, aku nampak beza dua blog tu..hahah

    @Miss Comot
    mmg setiap berlaku ada hikmahnya, tp manusia kadg2 terlalu jahil nak mencari hikmah itu, apa yg kita nampak jelas hanya yg negatif dan buruk...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026