Apr 27, 2011

Jangan Biarkan Jogging Anda Diselubungi Misteri...



Bila matahari condong ke barat,
aku selalunya buat rutin aku, berjogging..
Tapi hanya dengan syarat ada matahari..
Belakangan ni, matahari selalu dilindung hujan..

Satu petang yang nyaman dek kerana lepas hujan,
aku lakukan rutin aku..

Pada permulaan berjogging,
aku memotong seorang gadis, yang juga berjogging.
Berambut merah gelap, berbaju-t kuning kecil, berseluar ketat perang,
siapa pandang dia pun akan terpandang dua kali.



Dengan muka bangga aku memotong dia,
dan meneruskan rutin aku.
Aku berkeputusan nak mengambil laluan terpendek mengelilingi tasik,
sebab konon nak pusing 2-3 kali..

Jika dilihat dalam peta tasik di awal entri,
aku mula berjogging di titik A.

Non-stop power-jog memang menyemputkan.

Jadi, nak didramatikkan cerita,
bila aku berjogging dari titik A ke titik B,
aku terkejut beruk di tahap beruk pun tak terkejut macam aku.
Jantung aku macam berhenti berdegup 0.5 saat
dan bersambung degup selepas tu dengan kerancakkan
berkali lagi hebat dari lagu Auburn - All About Him.

Apa yang aku nampak?



Aku nampak di depan aku,
gadis berambut merah gelap, berbaju-t kuning kecil, berseluar ketat perang,
yang aku potong setengah tasik tadi.
Dia di depan aku. HADAPAN.

Aku pelik seribu persoalan.
Aku dah laa buat power-jog,
dengan mengambil laluan paling pendek jaraknya,
masakan pula orang yang aku potong setengah tasik tadi
boleh berada di hadapan aku?

Alasan yang masuk akal pada aku ialah:
  1. Gadis tu ikut jalan jauh tapi berlari dengan super-pantas semata-mata nak mengejut-berukkan aku di pertengahan tasik.
    .
  2. Gadis tu berenang merentasi tasik dengan pantas dan tukar baju jadi kering dengan kelajuan cahaya, dan kemudian mengejut-berukkan aku di pertengahan tasik.
    .
  3. Gadis itu ada kuasa membengkok kontinuum masa-ruang, ataupun kuasa berlari laju seperti kilat, atau kuasa melompat jauh seberang tasik, atau kuasa teleportasi dan muncul dipertengahan tasik untuk mengejut-berukkan aku. (Terlampau banyak layan siri Heroes ni)
    .
  4. Gadis itu ada kembar seiras yang dah berjogging separuh tasik darinya dan dengan hebatnya mereka pun ada tompok peluh di baju dengan corak yang sama dengan kembarnya dan kemudian mengejut-berukkan aku di pertengahan tasik.
    .
  5. Gadis itu secara tidak sengaja memasuki pintu dimensi yang tembus di pertengahan laluan tasik dan mengejut-berukkan aku.


..dan misteri itu sampai sekarang,
MASIH TIADA JAWAPAN.

Anda ada teori?

24 comments:

  1. ke kau laju sgt sampai dah jumpe balik awek tu...ke kau nk ckp kau terer lari laju sbenanye oi ni camne ni haa

    ReplyDelete
  2. hahahaha...cmne ni? aku pun misteri membacanya.

    ReplyDelete
  3. gadis itu sebenonya tak berlari.. dia cuma berlari setempat jerp.. koh koh koh

    ReplyDelete
  4. errr....kaloi ase an an
    dye ade lorong rahsie laa
    ade jalan pintas nie
    ade jmbatan kowt kat kolam uwh

    tkpe t kaloi hntar spy arr kat kolam uwh

    ReplyDelete
  5. mende yang nak misteri nye.. pompuan memang lagi tere, pantas, cepat, tangkas dalam semua segi berbanding lelaki. tu pun tak tau ke lahai..

    :|

    ReplyDelete
  6. err..agak kompius di situ..ke sebab ko tak sedar ko lari terlalu laju dan smpai di tempat awek tu berdiri td..eh?macam tak logik je..(-_-")

    ReplyDelete
  7. HAHAHAHA.. sokong hentakbelipat tu. jangan-jangan kau dah lari dua tiga round, awek tu tak habis-habis lagi seround. itu pasal dia ada kat depan. HAHAHA..

    ReplyDelete
  8. ngeh ngeh ngeh

    mmg misteri

    kalau terjumpa lagi sekali tanya dia pls hahaha

    ReplyDelete
  9. akulah gadis tu. cepat tanya aku.

    ReplyDelete
  10. rasenye sbb cero yg laju..the girl sbnrnye blom pon smpt nak habis pusing cero dh jumpe dia balik.. *boleh terima pakai rasenye teori nih! ;) *

    ReplyDelete
  11. eh?? mana komen ak yg ak post pagi tadi?? aiyoooo hilang! siyes mana pegi??!!!

    ReplyDelete
  12. awek 2 ptah balik kot,then sngaje nk menterkejut beruk kn ko kot cero...hehehe

    ReplyDelete
  13. aku pn rasa cam dorg2 kt atas ni.

    ko sj nk kate ko jogging eh, lari laju ek?

    konon2 ko lari laju sgt, smp da patah blk ke pompn tu td.


    kee...ko terbayangkan pompn tu je?? ayok!!

    ReplyDelete
  14. hah kau jumpa penunggu tasek la tu, hehe. btulke korg lari same arah ni?

    ReplyDelete
  15. wahaha..hebat owh gadis 2..! btul ke cEro nmpak gadis ni..?..atau...

    ReplyDelete
  16. aku cume boleh bg pengajaran kat sini, sila jangan pandang pempuan sebelah mata..haha =P

    ReplyDelete
  17. hahah!bace entry jogging ni teringat si jambu ML lak.ade twin dtg kot.dorg saje je xnak jog sesame :P

    ReplyDelete
  18. konfem pmpuan tu lari ke belakang... kan dah jadi trend skang..

    ReplyDelete
  19. jawapan aku,gadi tu menumpang mamat motor yang bersiar kat taman tu.pastu sambung jogging balik.

    ReplyDelete
  20. @hentakbelipat
    kalo aku laju sgt pon, takkan laa baru separuh tasik dah jumpa dia..patut dia yg laju kot..

    @hanaahmad
    serius bile pikir balik naik seriau badan aku...

    @Aujinz
    tp dia tak tmpat yg lain dr tmpat aku jumpa..

    @nurkaloi
    mungkin kot..lorong rahsia yg lagi pendek dr jalan aku..

    @Dayana
    argghhh!!! aku tidak dapat menerimanya!!! hahahaha

    @5261526032676014390.0
    cik sha, kalo aku lari cukup satu bulatan, mungkin logik..tp baru separuh bulatan je...

    @dylli
    hahaha, kalo aku dah tiga round, maknanya aku jumpa dia dalam 3 kali camtu..kan???

    @.::WaNiE::.
    mmg aku akan cari awek tu sampai dapat...

    @cik heroin
    aduh! ko ke??
    cer citer cer citer..hahaha

    @miera myrofa
    mmg boleh terima pakai dgn syarat aku habis paling kurang satu pusingan..tp aku baru setengah pusingan je...

    @m i r a f i q a
    woit!!! nanti blog aku dihantui....

    @WZulhilmi
    ade ke?? takde pon...
    ko lupa tekan publish kot..

    @topek
    ha'ah..itu mungkin boleh jadi...

    @~* chirpy_chummy *~
    hahaha, takde niat camtu laa..hahahah

    @fISZ
    kitorang mmg lari arah yg sama, sbb aku ingat aku skodeng blakang dia..hahaha

    @Nesa Wazir
    hush!! tak mau takut takut..nanti takleh tidor malam nanti...

    @CikGusi BingbOo
    hahaha, macam lagu Anita Sarawak..hehehe

    @Misal Zarith
    itu mungkin gak...kembar kan??

    @little cart00n
    hahaha, mungkin dia boleh terbang!

    @Sellynna
    hahaha, tak tau plak aku..mungkin kot...

    @storyfromme
    hahaha, tp mmg ade org bawak moto kat tasik tu, sbb nak memancing...

    ReplyDelete
  21. dunia ini penuh dengan HEROES!!!!!!!

    ReplyDelete
  22. Beruk sial bomoh-bomoh tikar terbang. Punya cero

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026