Dec 6, 2010

Tik Tok Tik Tok!

dua-tujuh-tiga



satu

Disember sudah datang. Dalam bulan ni ada satu hari yang seluruh dunia akan sambut, dan pada masa yang sama, aku pun sambut. Cuma apa yang aku sambut dengan mereka sambut adalah berbeza. Satu hari yang aku tak boleh lupa sebab sebulan sebelumnya pun dah riuh rendah meriah sambutannya di pasaraya mega seluruh negara membuatkan aku akan terfikir, "Oh! Dah sampai masa angka itu berginjak naik ke?"


Dua

Aku tatap laptop aku buat kali ke berapa ratus pun aku tak ingat. Aku dapati identiti blog ni semakin hilang. Dari awal, aku hanya mahu 'berkongsi pengalaman', namun kemudian hari demi hari, aku dapat merasakan niat aku semakin hilang dan kini aku lebih kepada mahu mengejar trafik, jumlah like, jumlah share, jumlah pageviews, jumlah unique visitors bla bla bla.. Seolah-olah dari conceptual, aku bertukar ke numerical. This blog become less ME and more BE. Aku mahu perbetulkan niat! Mari selidik untuk apa kita berblog dari awal.


Tiga

Kosong! Aku dapat merasakan ada lubang di dada aku. Aku dapat hidu ketidakselarasan dalam kehidupan. Aku tahu sebabnya. Aku cuma mahu lebih berhati-hati, tetapi dalam masa yang sama, aku telah sakiti hati ramai orang. Aku perlu lebih berpijak di atas bumi yang nyata, di mana HARAPAN adalah kunci utama kehidupan. Entah sejak bila, aku benci dengan perkataan 'HARAPAN'. Ianya kedengaran mirip dengan bahan yang keluar dari badan dan di'flush'kan kerana tidak membawa manafaat. Aku silap. Manusia perlukan harapan. Manusia lemah, manusia perlu mengharap. Dan aku berharap, tahun baru yang bakal tiba beberapa hari lagi ini adalah lembaran baru kehidupan aku. Dan lama, apa rasanya bersujud di sejadah surau rumah aku, YA?


Empat

Ada satu habit yang aku nak buang dari dulu lagi, tapi hanya sedari kesannya selepas aku lakukannya, seolah-olah sudah lemas tenggelam baru nak tarik nafas panjang. Aku perlu berubah! Aku perlu berubah!


Lima

Perangkap masa. TIME TRAP! 100 perkara mahu aku lakukan, tapi tiada yang sudah dimulakan. "Nantilah!" "Ada masa lagi.." "Belum sedia.." "Belum sesuai.." Itu semua tahi lembu. YA! TAHI LEMBU! Aku lelah! Aku lemah! Aku lemas! Aku rimas dengan diri sendiri.


Sekian.
Terima kasih kerana membaca sampai habis.

postquam-scriptum:
Hargai segala pandangan, tapi tolong, jangan tanya soalan.

15 comments:

  1. aku tertarik dgn nombor 2 tuh...
    aku berblog sbb nak baca kisah org lain...aku suke dpt tahu byk cerita tntg life org..i mean stranger....

    jgn serius sgt dgn blog...nnt jadik x best...

    mari betulkan niat kite kan cero..

    eh mis u..haha..tibe

    ReplyDelete
  2. apa nak komen eh

    hmmm

    take care !

    ReplyDelete
  3. yezzaa...mari smua, kita berubah! berhijrah! (hoh, tetiba nek semangat..haha)

    kebetulan, my n3 mlm td pn ttg berhijrah. V(^_^)

    ReplyDelete
  4. ganbatte!
    sama2 kita berhijrah ke arah yg lebih baik! (",)

    ReplyDelete
  5. Org kata harapan tu hanya utk golongan manusia yg lemah. Tapi bukan ke manusia itu mmg golongan yg lemah?

    selamat berhijrah cero!

    ReplyDelete
  6. byk komen pasal penghijrahan ek
    smangat nampak..


    smoga niat penghijrahan tu menjadi realiti kpd sume...

    ReplyDelete
  7. btul..aku pun byk mende nak dimulakan..tp xtau mane nak mula..dan aku xtau dh mula ke belum..
    byk betul perkara yg perlu diperbetulkan dan diubah supaya hidup menjadi seperti yg kita harapkan..tp..boleh ke hidup menjadi seperti ape yg diharapkan..?

    ReplyDelete
  8. aku gak setuju pasal no.2 tu. aku pon rasa aku dah hlg indentiti. tujuan asl dah jd kes lain.
    cero, utk apa yg kau lakukan kwn2 semua akn menyokong hang...gudluck!

    ReplyDelete
  9. "Conceptual to Numerical huh?"

    Salam Maal Hijrah. Just be you. With HIS guidance & Blessing..amin~

    ReplyDelete
  10. nombor 5! rasanya semua org merasainya.. termasuk dakni sendiri..
    selamat menyambut tahun baru..

    ReplyDelete
  11. salam Maal Hijrah buat semua umat islam

    2 - sama la cam aku.blog dah semakin hilang identiti.tapi takpe,jgn serius sgt,nanti hilang sense of humour.penting utk terapi jiwa tu

    5 - procrastination! aku cukup terer bab ni,dan by the end of the day aku akan gelabah tahap babun

    all the best, cEro!

    ReplyDelete
  12. salam maal hijrah..aku suke no 3..aku pun rase cm tu gak..

    ReplyDelete
  13. ahhaha.mya suke num 2 tuh
    btw,salam maal hijrah

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026