Dec 31, 2010

SARABA!! 2010!!

dua-sembilan-tiga


Pejam celik, katup buka,
2010 dah nak pergi menjadi sejarah!

Selaku AKU,
2010 aku anggap sebagai tahun paling tak produktif.
Namun, 2010 juga adalah tahun aku banyak berubah ke arah lebih baik walaupun aku sedar diri aku tak layak nak dilabel baik lagi.
2010 juga satu tahun di mana aku banyak kenal diri sendiri.
Ketawa, menangis, setahun ini mematangkan aku lebih banyak dari jumlah kematangan aku dari aku keluar perut mak aku.

Aku bersyukur.


Azam.


Azam tahun 2010.
Aku ada senaraikan 100 perkara yang aku nak lakukan awal tahun dulu.
Tapi, bila aku selak kembali,
hanya beberapa sahaja yang aku dapat selesaikan.
Yang paling membanggakan,
aku berjaya derma darah sebanyak 3 kali dalam tahun ni,
mengulangi rekod tahun lepas.
Maknanya, dah dua tahun berturut-turut.

Untuk tahun 2011,
aku juga akan senaraikan 100 perkara yang aku nak lakukan.
Dan aku rasa, salah satu darinya adalah ingin mendapatkan lebih ramai kawan.
Hm, mungkin kalian salah seorang darinya.
Berminat??


Blog.


Aku cuba nak bereksperimen sikit tentang dunia blog ni.
Nak selami sedalam mana aku mampu pergi.
Maka, untuk 2011,
aku akan sediakan satu projek terbaru.

Satu tempat aku bebas berkarya.
Nantikan, YA!!

Termasuk entri ni,
dalam blog ini,
2010 menunjukkan aku ada 260 post entri.
Bila dibuat matematik,
akan keluar satu entri setiap 33 jam.
Wow! Rajin aku berblog ek??

Sehingga perkataan ni ditaip,
aku ada 569 orang tekan butang follow.
Satu angka yang dahsyat pada aku memandangkan aku berblog secara anonymous dan kurang mesra SEO.
Blog picisan ni sangat bermakna untuk aku.
Harap ia juga sangat bermakna untuk hidup kalian.
Hahahaha.



Tahun Baru.


Sejak masuk millennium,
satu perkara yang paling aku berminat nak tengok semasa tahun baru,
believe it or not,
adalah cermin mata sambutan tahun baru!



Kalau dari tahun 2000-2009,
senang je nak buat..
2010 pun nasib baik ada 0 kat belakang..
Tapi untuk 2011 ni, agaknya macamana plak ek??
hahaha..

Aku bakal sambut malam tahun baru kat rumah je kot..
Sebab, pada aku, tak perlu nak sambut meriah segala bagai
sebab tahun baru hijrah hari tu pun biasa-biasa je..
Siap ada orang tak sedar lagi dah masuk Muharam..
Hahaha



Maka,
entri ini akan membungkus arkib tahun 2010.
Beberapa jam lagi, 2010 akan jadi 'past-tense'

Sampailah sudah!
2010, aku bakal merindui kamu.

Farewell! 2010!!


postquam-scriptum:
Aku berazam 2011 aku nak jatuh cinta.
Apa azam anda?
Jom kongsi sama!!

20 comments:

  1. azam tahun baru yang menarik cero...lalala..aku azam nak grad..3 tahun aku tunggu..tak sabar dowh...hahaha

    ReplyDelete
  2. heheh aku pon sambut dekat umah je. esok la kot maybe aku turun dgn member2 gi tempat menarik untuk menembak.

    2010 pon byk kenangan utk aku, dan sempena maal hijrah hari tu aku dah sediakan master book aku untuk segala perancangan, idea-idea, kiraan bajet pelbagai, event yang mendatang dan segala-galanya.

    tahun 2011 yang pasti tak kire keje aku sebagai tukang sapu sampah pon, aku akan pastikan hidup ni ceria dengan travel and livings~!! haha

    ReplyDelete
  3. haha, tula. awal Muharam org xde nak pasang azam baru. tahun baru ni ramai lak nak celebrate sne sini. tapi aku p i-city bkn sbb nk celebrate tp sbb nk photoshot dgn kwn2. tu pon malang arini aku keja!!! huhuu.

    ReplyDelete
  4. 1) ceRO, AKU ADORE KAU! sebab mempunyai pengikut yang ikut kau walaupun kau anonymous.

    2) aku boleh jadi sahabat kau. =) =) =) nak x? nak x?

    3) bebas berkarya bermaksud lukisan ke? Sbb kalau yer, aku sebenarnya teringin nak buat blog galeri lukisan aku.huhuhuhuhu.

    ReplyDelete
  5. Nak jadi kawan..nak nadi kawan..

    Aku pun nak bereksperimen dgn blog ni..untung2 boleh dpt follower ramai mcm.kau ye dak...kehekh

    ReplyDelete
  6. mari kita akhiri 2010 dgn bermain cityville. eh, yg terminate tu account mana?

    ReplyDelete
  7. azam tahun baru tu kelihatan menarik :) haha.

    selamat tahun baru cero :)

    ReplyDelete
  8. @sakura lover's
    bagus azam ko...
    selamat bergrad nanti...
    grad ajak laa aku..

    @Shukjessa
    Buku plan ko yg ko cdgkan tu, aku pon buat gak!!!
    agak berguna laa nk rancang masa depan..hehehehe

    @hanaahmad
    ok laa tu, aku dgr kt i-city ade konsert kan??
    ana raffali ada tak???

    @Sophie Al-yahya
    1)aku pon adore ko gak..hahahah
    2)nk ke?? kalo jumpa FB aku kt mane2, add je...
    3)lebey kurg laa, tp bukan lukisan semata2, mungkin hasil tulisan gak..

    @fndrocka
    aku nk jadi besar dlm blog, tp masih sama di realiti..
    boleh kan???

    @m i r a f i q a
    page yg ade 130++ org like tu...
    ilang, siap ade sejarah diterminate lg..
    takleh nk retrieve dah...
    sedey dooo..

    @luvly mya
    hahahaha, azam tu gurau je...
    mane boleh nk try2 jatuh cintra plak..hahahah

    ReplyDelete
  9. cero.. azam tahun baru aku adalah nak masuk list fellowship ko... tak nak masuk dlm list them.. aje memanjang!! =P

    ReplyDelete
  10. cero..azam ko nmpak cool..hehe
    ak nk jadi kawan ko..ko nk x?? haha..selamtat tahun baru cero..moga tahun yg akn dtg ni membawa lebih kebaikan kat ko.. =)

    ReplyDelete
  11. HAoy new cero..moga lebih sukses thun ni~^^

    ReplyDelete
  12. aku tulis pasal blog kau kat entri terbaru aku. aku takut kau tak baca shout box so aku post sini.hehehehe..

    happy new year cEro!

    ReplyDelete
  13. a very nice sharing. i jumped here from sophie's blog. oh i envy u for rerajin update. me? time byk masa plus rajin i cn get 3 updates in a day. time busy plus malas? err.. a week without entry? haha. but then m blogger frns da mara2 sebab ilang so macy update la..

    do appreciate ur blog life n blogger frns, they're worth it to be appreciated. trust me :)

    salam kenal dari maCy~

    ReplyDelete
  14. selamat menjayakan resolusi baru, cEro. all the best!

    ReplyDelete
  15. @WZulhilmi
    ala WZ, list fellowship tu kawan skola aku laa..
    takpe2, nanti aku update list baru..hehehe

    @twinkle twinkle
    hahaha, azam main2 je laa..

    @tulip
    nk jadi ke??
    ape kata ko cuba korek lubang ke FB aku dulu..
    ade beberapa lubang aku saje biarkan terbuka dlm blog ni...

    @Nesa Wazir
    same to you dearie nesa!!hehehe

    @Sophie Al-yahya
    thank you sophie...
    terharu aku baca beb..
    hehehe

    @maCy
    thanks 4 the great advices maCy..
    slalu2 laa singgah yek!!

    @Dark Half
    thanks!! same to you bro!!!

    ReplyDelete
  16. selamat tahun baru cero..!

    ReplyDelete
  17. @pu3aan
    selamat tahun baru kembali!! ;p

    ReplyDelete
  18. aku smbut tahun baru dlm wayang.ahahaha
    the tourist,kalau bkn angelina jolia nad johnny depp yg blakon msti aq sumpah2 spe yg buat cite tu.

    ReplyDelete
  19. @iemaZAIMAH
    hhahaha, aku dh lame gile tak tgk wayang..serius!

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026