Nov 22, 2010

Terus-Terang

dua-enam-tiga
maaf..


"Dia dah bertunang..."

------

Zaman kolej aku dulu,
aku ada seorang kawan sekelas. Namanya Y.
Lelaki ini dalam kawan-kawan aku memang kategori pak lawak.
Sesiapa pun yang duduk berhampiran dengan dia mesti takkan kering gusi, atau paling kurang akan tersenyum lebar.
Lawak dia tak pernah menyakitkan hati. Itu yang membuatkan dia disenangi.

Juga dalam kelompok kelas kami,
ada seorang perempuan nama N.
N seorang gadis yang pemalu.
Nak keluarkan suara pun, sangat perlahan nadanya.
Aku gelar dia 'Silent Princess'.
Tahap senyap habis.

Nak dipendekkan cerita,
aku pun pernah tersuka kat N.
Tapi atas sebab tertentu, aku batalkan niat aku.

Nak tahu sebabnya?
N aku umpamakan seperti matahari yang menyinar.
Bila terik, terasa bahangnya.
Bila redup, hilang silaunya.
Dengan kata lain, setiap tindak N dapat aku baca hanya dengan melihat wajahnya.

Satu hari aku ternampak N dalam kelompok dengan Y yang sedang berlawak.
N ketawa besar hasil jenaka si Y.
Satu permandangan yang berbeza.
Raut wajahnya kelihatan begitu selesa dengan Y.
Aku jangka, N menaruh hati terhadap Y.





"Aku suka N.."
Pengakuan Y membuatkan aku senyum.
Kata-kata tu diucap semasa aku dan Y berdua mengeteh di cafe.

"Tapi aku takut laa..
Dia cantik dan baik, sedangkan aku huha-huha orangnya.."



Satu hari lain, aku bertanya N.
"Kau tak ada suka mana-mana lelaki ke??"

"Aku ada suka sorang ni, tapi dia macam tak berminat dengan aku je.."
"Siapa??"


"Orangnya kelakar, semua orang suka dia..Aku tak layak.."

Penyataan itu menguatkan lagi kenyataan aku yang N sukakan Y.
N sukakan Y dan Y tidak tahu.
Y sukakan N dan N tidak tahu.
Masing-masing ada sebab sendiri tak mahu berterus-terang.
Rumit, kan??





Beberapa tahun kemudian,
aku keep in touch balik dengan Y.
Sambil lepak minum teh,
aku bertanya tentang N,
dia menjawab
"Dia dah bertunang. Baru je.."



Suasana sunyi seketika.




"Aku tak sempat pun beritahu dia yang aku sukakan dia.
Aku dapat tahu, dia bertunang atas desakan keluarga.
Beb, kalo aku tahu, dari awal aku terus-terang dengan dia.."

"Sabar laa bro. Dia dah jadi tunang orang.
Berdosa kacau tunang orang."
Aku tak layak nak nasihat.

Jelas.
Wajah Y jelas menunjukkan kekecewaan.
Sejelas lampu neon berkerdipan di kala bulan malam mengambang.
Sejelas mentari menyinar awan sehingga ternampak jalur peraknya.





Pengajaran buat aku,
betapa pentingnya jujur dengan hati sendiri
berterus-terang sebelum terlambat.
Andai dari awal salah seorang berterus-terang,
kesudahannya bukan begini.

Aku pun.
Kalau boleh, sekarang juga aku nak berterus-terang dengan gadis yang aku suka.
Tapi, apa daya,
persoalan utamanya adalah KALAU BOLEH,
sedangkan aku masih belum boleh.

28 comments:

  1. kadang-kadang, bukan semua benda kita boleh ungkapkan. ada yang kena simpan sorang-sorang.

    ReplyDelete
  2. bkn beterus terang dgn die,,terus terang la dgn mak ayh die,,lgi bgs :)

    ReplyDelete
  3. betul la cEro..
    berterus terang adalah jalan terbaik..huhu..

    ini ok lagi..

    kawan aku x sempat berterus terang.si dia yang dia jatuh cinta meninggal.. T_T

    ReplyDelete
  4. u suppose kene berteus terang coz pampuan suke laki yg berteus terang tau..chaiyok2..!

    ReplyDelete
  5. bercakap sangat mudah. Tapi kalau nak hadapi itu yang susah. Kalaulah boleh...

    tetiba terfikir,what the function the word "kalau"...kalaulahh...

    ReplyDelete
  6. berterus terang itu perlu..
    BUT sometimes silence is much better..
    agreed? :D

    ReplyDelete
  7. pd chummy, better terus terang. ttg apa dan ke mana hala tuju tu nnt,Allah tentukan. sekurang2nye, usaha dah di buat. bak kata pepatah : "usaha tangga kejayaan". it's ok, kalu da terus trang, keadaan menjadi rumit dsb, sbb kita da mencuba. ape pun, "mencintai x semestinya memiliki". juz let it out!

    ReplyDelete
  8. itu la yg dikatakan jodoh. even kalau salah sorg Y atau N berterus terang sekalipun, kalau bukan jodoh, tak jadi gak kann..? so, chill!

    aku dah baca entry kau yg lepas, so aku faham kalau kau masih 'belum boleh'

    ReplyDelete
  9. "Sabar laa bro. Aku dah jadi tunang orang.
    Berdosa kacau tunang orang."

    sejak bila kau bertunang ni..zzz

    ReplyDelete
  10. jodoh di tgn Tuhan.
    apa2 pon bole jadi.
    yang kawen pon bole becerai, ni kan baru tunang.
    ape2 pon. biar Dia yang tentukan ;)

    ReplyDelete
  11. pada mulanya ingtkan N bertunang dgn Y.anyway..mungkin dah jodoh dia.

    Terus-terang mungkin jalan terbaik utk dapat kepastian..tp kdg2 Nesa lebih suke berdiam- diri..sbb risiko yg akan diambil impaknye lebih besar dan menakutkan:)

    ReplyDelete
  12. kalau boleh..dah lama buat.tapi..*sigh*

    ReplyDelete
  13. nak berterus terang tu payah.. walaupun berterus-terang kadang-kadang membawa kebahagiaan

    ReplyDelete
  14. nak berterus terang tu payah.. walaupun berterus-terang kadang-kadang membawa kebahagiaan

    ReplyDelete
  15. oke2

    aku jujur ni.

    aku faham hint kau.

    aku suke kau.ahahahahaha!

    ok,serius.ni komen aku.

    sebelum terlambat.sebelum terlepas.sebelum kehilangan.u better speaks out.sekurang-kurangnya dia tahu.terima atau tak,itu belakang kire.to klu terima,errr.next step,errr.goodluck lah bro!

    ReplyDelete
  16. yup..mmg btol...brtrus trg n jjur adlh pnting...
    nnt klu dh oleh ko trus trg r kat die...
    klu x blh jgn pksa...nnt ko akn serba slh...
    "~jgn tggu lama2 nnt lama2...dia diambil org...lalala3~"
    tibe2 rase nk nyanyi lgu ni kat ko...haha3

    ReplyDelete
  17. kalau boleh..tp sebenarnye susah nk berterus terang ni...

    ReplyDelete
  18. argghh..!! terlalu byk kalau dlm hidup nih.."kalau" tu menjadi satu perkataan yg menakutkan bagi aku..
    dan perkataan "kalau" tu memungkinkan 1001 kemungkinan..

    ReplyDelete
  19. salam knai dr aku gayah...
    kalo jodoh tak ade..usaha macam mane pon xjln jugak.. so redha jelah...
    sentap la baca n3 kau ni cero!!!
    cam pernah ku alami tp situasi yg berbeza..huhu

    ReplyDelete
  20. hurmmmmm.terus terang.susah tu

    ReplyDelete
  21. ok sekarang jgk kene terus terang sampai benderang

    ReplyDelete
  22. ouch, kalauu.. a big word kan.

    ReplyDelete
  23. kesimpulannya,kalo suka kat seseorg tu terus terang je...

    ReplyDelete
  24. ...jodoh...

    -dinie-

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026