Nov 30, 2010

Reality Check: Cemburu Tanda Sayang

dua-enam-sembilan.

cemburu
    1. iri hati   2. kurang percaya atau syak wasangka   3. hati-hati atau berjaga-jaga

Sumber: Kamus Dewan Edisi keempat.




Cemburu tanda sayang.

Ianya satu ungkapan yang biasa kita dengar dalam drama melayu tempatan.
Sekali dengar, ada betulnya.
Tapi, pada aku, kenapa cemburu dikaitan dengan perasaan sayang?

Sebagai lelaki, dan sebagai manusia,
aku pun pernah mengalami perasaan cemburu.
Tapi usia yang semakin meningkat membuatkan aku kerap berfikir,
cemburu dan sayang adalah dua perasaan yang TIADA KAITAN.

Pada aku,
cemburu boleh dikelaskan dalam dua bahagian.

Jika anda dalam perhubungan, sama ada suami/isteri atau kekasih,
dan anda berasa cemburu dengan perlakuan pasangan,
sebagai contoh perempuan cemburu melihat kekasih layan perempuan lain dengan lembut,
ianya bukanlah sayang tetapi hanyalah kurang rasa percaya terhadap pasangan.

Jika cemburu dengan orang lain yang tidak dalam perhubungan,
seperti cemburukan kawan yang berjaya dalam peperiksaan sedangkan kita tidak,
atau cemburukan adik yang dapat hadiah Nokia N8 sedangkan henset kita 3310 yang diikat getah,
ianya hanya adalah perasaan ingin memiliki apa yang kita tiada.
Cemburu ini juga boleh berlaku bagi pasangan dalam perhubungan.

Namun hakikat sebenar cemburu adalah meluas kerana ianya satu perasaan yang dilahirkan oleh manusia ketika mereka meningkat menjadi kompleks.

Ada orang kata, cemburu ada buruk dan ada baik.
Cemburu dengan kejayaan orang dikatakan BAIK.
Sebenarnya, ianya dikatakan BAIK hanya jika ianya diikuti dengan perlakuan ingin membaiki diri supaya lebih baik dari sebelumnya, dengan kata lain, TINDAKAN.
CEMBURU tanpa TINDAKAN hanya perasaan yang teruk!



Jadi,
mana datangnya perumpamaan 'cemburu tanda sayang'?

Pada aku,
'cemburu tanda sayang' hanyalah satu kata-kata yang digunakan untuk mempositifkan sesuatu yang negatif.
Cemburu adalah iri hati.
Dengan mengatakan 'cemburu tanda sayang', kita seolah-olah memujuk diri dengan mengatakan 'cemburu itu satu yang bagus, tiada salahnya mempunyai perasaan cemburu'.
Akibatnya, kita akan terus berasa cemburu, sedangkan kita tahu cemburu itu sakit dan terasa dalam hati.

Cuba google, berapa banyak kes bunuh di seluruh dunia berlaku disebabkan rasa cemburu yang bertukar dendam.



Jadi ingatlah,
tak salah perasaan cemburu itu,
kerana jika anda cemburu, ianya bermaksud anda masih manusia yang waras.
Namun,
apa yang aku nak tekankan adalah,
CEMBURU BUKAN TANDA SAYANG.

Jika anda rasa anda sedang cemburu, ingatlah,
sama ada anda KURANG RASA PERCAYA
ataupun hanya sekadar TIDAK MENDAPAT APA YANG DIFIKIRKAN HAK!

CEMBURU BUKAN TANDA SAYANG.

Kalian boleh baca tulisan yang bagus tentang cemburu dalam islam di sini.




Postquam-scriptum:
Secara penulisan di atas adalah hasil benak fikiran penulis. Kata-kata penulis bukanlah satu yang mutlak dan mewakili mana-mana jantina, bangsa atau agama. Ianya satu pandangan peribadi tentang bagaimana manusia mampu mempositifkan sesuatu yang negatif.









Tentang misteri dalam entri semalam:
Aku asyik pandang tangan yang sedang menggenggam handle kiri dan kanan berulang kali adalah kerana perasaan mengayuh basikal sama seperti sedang menunggang motosikal di mana setiap beberapa ketika, aku akan pandang cermin sisi untuk melihat kenderaan di belakang. Oleh kerana terlalu biasa dengan perlakuan demikian, semasa mengayuh basikal, secara spontan aku cuba untuk memandang 'cermin sisi', dan kerana tiada cermin sisi, mata akan tertumpu hanya pada tangan yang seang menggenggam handle basikal. Ini adalah fenomena yang dipanggil 'kebergantungan'. Sekian.

19 comments:

  1. yup..aku ngaku..aku juga seorang yg cemburu..

    p/s:ermm..tu ke sbbnye..? misteri sungguh..

    ReplyDelete
  2. hmm betul jugak ape ttg cemburu tu

    len kali kalo ade org nak jugak pakai istilah cemburu tanda sayang tu, diorang kena tukar ke ayat...

    "cemburu-yang-bijak-dan-tidak-membabi-buta tanda sayang"

    haha

    btw, lol misteri zz

    ReplyDelete
  3. weh cero...aku cemburu kan ko..hahah..cemburu kah?hehe..
    erm..ko buat cite sal berprasangka plak...

    patut ar dok tgk..hehe..igt nek moto rupanyee..haha

    ReplyDelete
  4. cemburu boleh . cemburu buta jangan . hehe

    ReplyDelete
  5. jgn cmburu smpai mkn diri dah lah.
    amboi..punya lah panjang huraian misteri semalam. kuikui

    ReplyDelete
  6. cemburu dgn waspada dan bijak dlm tndakan..itu yg terbaik..

    ReplyDelete
  7. thanx for sharing nurul majdah nye link. kupasan yg menarik tentang cemburu tanda sayang.tapi ada sorang commenter yg mengkritik tentang istilah cemburu yg digunapakai oleh nurul dalam entry tersebut. luckily, kau ada quote definisi cemburu dari kamus dewan

    aku harap commenter tu dpt bg sumber rujukan rather than suruh penulis buat kajian mendalam tanpa memberi satu pun link yg berguna supaya penulis dapat betulkan salah fam yg timbul

    ReplyDelete
  8. cemburu dalam perhubungan berbeza mengikut situasi...

    cemburu adek beradek tak sama cemburu kekasih atau suami isteri.

    dan dalam kisah cemburu, banyak kisah disebaliknya yang orang tak faham kenapa nak cemburu?


    aku pun tak reti sangat nak bermadah samada cemburu tanda sayang atau apa, TAPI yang pasti sikap cemburu ada dalam diri manusia ini sendiri.

    aku juga pernah dilabel antara insan paling cemburu dalam perhubungan. mungkin disebabkan itu ramai yang tak tahan dengan sikap aku yang agak overprotektif.

    tapi one day aku ambil keputusan untuk mencuba satu ujikaji kepada sejenis manusia yang berpura-pura cool dan konon tiada istilah cemburu.

    dan hasilnya, amatlah memeranjatkan. dan akhirnya insan yang melabel aku tersenyap sendiri merenung apa dah jadi. kenapa?

    moral pada aku, kalau orang tu sayangkan kita, hargailah. tak semestinya kena ucap terima kasih selalu, tapi jangan sambil lewa kita anggap dia sebagai insan biasa. kita kira bertuah kalau ada orang yang protect dari segala bahaya dan kesusahan walau kita rasa agak terkongkong tapi kalau untuk kebaikan, apalah salahnya berkorban sedikit.

    sehinggalah satu hari, insan tersebut menarik diri dan tidak mempedulikan kita lagi, barulah kita terasa dunia ini bukan satu tempat yang selamat melainkan tika bersamanya, time tulah kita tak kisah kalau orang tu cemburu buta sekalipun selagi mana ia mendatangkan kebaikan, kita sanggup.

    dan aku kini dah takde istilah cemburu, sebab aku single kikikiki~~~

    p.s: teka teki misteri ko tu dah agak pun habit, sebab kalo dah terbiasa mmg camtu la kan. nak buek guano

    ReplyDelete
  9. hmmm.. boleh x cakap cemburu itu sangat subjektif?? =)

    ReplyDelete
  10. cemburu pd blog bro cero!
    sangat meletup!
    kebaboom!! :)

    p/s: elie tau jeles tu sebenarnya macam mana kalau mengikut secara saintifik! :|

    ReplyDelete
  11. ku juge seorang yang cemburu...kadangkala ku merasakan cemburu itu adalah suatu penyakit hati yang hanya dapat diubati oleh solat dan doa....semoge kite terpelihara dari cemburu yang merosakkan diri...

    sekian...

    ~ silent reader yang pemalu ~

    ReplyDelete
  12. cpt2 mahu buang rasa cemburu sbb yg sakit dalam nun sana..mean is hati..tk best rasa mcm tu sbnrnye..

    ReplyDelete
  13. jangan cemburu lebih lebih . sat lagi kuar berita . :P

    ReplyDelete
  14. ahah. memanglah aku pun tak setuju dengan ungkapan tersebut sejak sekolah lagi.

    -kudozu

    ReplyDelete
  15. cero...hp 3230 aku diikat getah...org lain cemburu tgk hp aku yang bergetah itu...hehehe..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026