Oct 14, 2010

Diari

two-three-four
I'm sorry...


Diari.

Satu ketika dulu, bila aku pernah beritahu orang aku ada diari, tiada siapa percaya.
Kalian percaya?

Memang agak 'rare' bila lelaki ada diari,
tapi, aku tulis diari sejak kecil lagi...
Namun, aku serius berdiari mula tingkatan tiga
dalam beberapa tahun selepas millennium...

Sehingga sekarang, hampir 9 jilid diari aku bukukan..
Tapi aku bukan tulis diari dalam buku diari yang mahal jual kat MPH tu,
aku beli dan pakai buku log kat kedai tulis..
Aku bukan tulis setiap hari,
tapi setiap momen yang pernah berlaku,
sama ada manis atau pahit,
akan aku coretkan ke dalam diari aku...

YA!
Bagi yang mengenali aku,
aku seorang yang suka berlengah, last minute person, pemalas, degil dan kuat tidur..
Semua perangai ni membuatkan orang luar berpandangan aku bukanlah gaya seorang penulis diari..
Tapi itulah hakikatnya...

Dan disebabkan pandangan itulah,
aku pernah kehilangan seorang kawan rapat,
dia pulang ke rahmatullah....







Dalam 9 jilid diari aku,
jilid ke-8 aku terpaksa ambil dan bakar..

Bermula selepas aku berpisah gaduh dengan ex-G aku,
si Is, kawan rapat aku sejak dari kecil,
aku rapat dengan seluruh keluarga Is,
ibunya aku panggil 'ibu'
abangnya aku panggil 'abang'...

Is terbaca luahan hati aku dalam diari yang kebetulan aku tertinggal semasa bermalam di rumah dia dalam sekitar awal 2009.

Is dapati kebanyakan pertelingkahan aku dan ex-G aku adalah disebabkan salah faham.
Maka, dalam rahsia, dia berhasrat nak berjumpa dengan ex-G aku untuk menerangkan segalanya.

Tetapi, ex-G aku, di luar rasional dia,
dia mempertikaikan kewujudan Is dan terus berpendirian bahawa Is adalah watak ciptaan aku untuk meraih simpati dia.
Ini adalah disebabkan Is berhubung dengan dia hanya melalui emel dan SMS sahaja...

Is tidak berpuas hati,
dia ingin bertemu ex-G aku dan seluruh kawan-kawannya untuk menerangkan bahawa dirinya WUJUD dan bukan WATAK CIPTAAN AKU.

Dalam perjalanan ke tempat pertemuan,
dalam hujan,
Is terkorban dalam satu kemalangan jalanraya...

Semasa aku mahu berada di sisi jenazahnya di hospital,
aku dihalau oleh abang Is.
Ibu Is ketika itu, menghulurkan aku diari jilid ke-8 itu dan berkata,
"Inilah punca segalanya..."

Dan lebih menyakitkan hati,
kematian Is dipandang enteng.
ex-G aku dan kawan-kawannya tetap anggap Is tidak wujud sampai sekarang.
Hingga kini, aku diperlekehkan kerana dikatakan menggunakan 'kematian kawan' sebagai taktik menamatkan WATAK CIPTAAN sebagai peraih simpati.

Disebabkan ego seorang perempuan,
aku hilang kawan rapat dari kecil,
hilang kawan baik,
hilang kawan-kawan,
putus hubungan seorang 'ibu'
putus hubungan seorang 'abang'
putus harapan dengan perempuan.

Kerana ianya terlalu perit,
aku bakar jilid diari ke-8 aku.
Dan sejak itu, aku benci perempuan EGOIS!
Dan aku simpan dendam,
suatu hari nanti, dia pasti dapat balasan.
Mungkin bukan dari aku, tapi....

WHAT GOES AROUND COMES AROUND!




postquam-scriptum:
14 Oktober adalah tarikh lahir Is.
Semoga dia tenang di sana.


postquam-subscriptum:
ex-G ialah ex-girlfriend.

32 comments:

  1. Al-Fatihah buat Is...

    ReplyDelete
  2. simpati cero...tapi dendam jgn lame2 nanti bakar diri...anyting could happen in this world kn...so pray for others happines is better than hold into old grunge...mybe is lebih senyum tgk kau senyum dari hati sampai ke telinge....yes!

    ReplyDelete
  3. al-fatihah buat is~

    benda dah berlaku biarkan~
    tp ambil iktibar dr benda tuh..

    kita mmg x berkuase untuk memberi balasan. biarkan masa yg tentukan

    ReplyDelete
  4. al-fatihah jugak buat Is..
    tp benda yg dah lama berlalu biarkan berlalu..
    benci xpe kot..tp jgn smpai berdendam...
    biarkan die ngn ape yg die nak percaya..hidup harus diteruskan..
    yg bersalah pasti akan terima balasannya kan..? yg pasti sentiasa doakn arwah..InsyaAllah korg pasti akan jumpa lg kat SANA nnti kn..?

    ReplyDelete
  5. terdiam aku baca.speechless.semoga kau tabah.

    ReplyDelete
  6. al-fatihah buat IS~
    just, x baik berdendam...
    kalau boleh let it go~
    ex-G ko tu biar Allah je yang balas.
    lagipon, dendam2 nie wat sakit hati.. sakit otak je~
    yang penting kalau ko sayangkan arwah IS, selalu doakan dia kat sana...
    ada jodoh, insyallah kat sana korang jumpe.

    ReplyDelete
  7. baguslah kau tak berdendam dgn niat nak membalas...biar takdir works by itself. mmg pahit kehilangan sorg sahabat

    Al-Fatihah buat Is

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah buat Is..
    yg pntg jgn bdendam wokeh..
    ingt nie :
    "Ingat dosa kita pada orang,
    Lupa dosa orang pada kita" :)

    ReplyDelete
  9. uhh.. terrible story
    be strong dude

    ReplyDelete
  10. lame tak dengar cite ni...

    well aku tak masuk campo sgt, sbb time kejadian tu aku ade kelas, so aku just dengar2 je la dari mulut2 orang satu per satu.

    kebenaran? Allah je yang tahu, so aku malas nak buat andaian. sebab dalam erti persahabatan, aku tak nak ade perbalahan. selagi hidup aku tak diganggu, aku takde masalah pun dengan sesiapa.

    yang aku tahu, banyak cerita ceriti umpatan dan bawaan orang ke sana sini, dan aku tumpang simpati pada ko cero.

    yang ayat terakhir ko tu aku setuju, sebab aku dah saksikan sendiri pun benda tu heeee =)

    ReplyDelete
  11. Al-fatihah buat Arwah Is...

    Hidup mmg mcm ni...de suka duka...well it's make u strong rite...dan itu yg mmbuatkn ko lbih berhati-hati dlm memilih kan...

    what goes around comes around...

    ReplyDelete
  12. kalau byk gaduh sbb salah faham that;s mean korg mmg tak serasi.sbb tak saling memahami.and that's good sbb korg dh berpisah.dan perempuan tu,bodoh.bodoh untuk tidak ucba mempercayai orang yg dulunya dia syg.aku tak suka org mcm tu.

    ReplyDelete
  13. sedih...simpati kt cero...tp sy xblh trime y family arwah Is slhkan cero...2 semua sudah tertulis...diari tu hanya alasan...dan kematian itu sudah ditentukan olehNya...

    sabarla...ombak kehidupan......

    ReplyDelete
  14. mcm drama kan kehidupan kau cero?tapi realiti..
    sedihnyee...
    tapi..dia sama b'day ngn aku....

    -nekmo-

    ReplyDelete
  15. @Shukjessa
    ko antara org yg tau serpihan cerita ni...
    smua cerita buruk tu atas dasar 'dgr satu pihak dan terus assume satu pihak lg salah'..
    f**k them all

    @Anonymous
    happy besday nekmo....
    sorry wat ko tersedih di kala haji jadi ko...

    ReplyDelete
  16. Al-fatihah buat Is..

    aku juga menyompan dendam trhadap perempuan yang ego mengalahkan lelaki.. iaitu ex aku! huh..

    ReplyDelete
  17. sedihnya aku baca.. aku yg baca pun dh macam ni.. ko yg hadapinya mesti lagi teruk kan rasa.. be strong ok..
    Al-fatihah utk Is

    Patah tumbuh hilang berganti.. Now ko dh kenal ramai kwn baru termasuk aku yg loser ni.. wlpn hanya di alam maya je. ^-^

    ReplyDelete
  18. baik betol Is, sanggup wat ape saje tuk kebaikan ko. kalau la ak dpt member cmni..

    bergenang gak air mata ak baca entri ni.

    tu lah kadang2 kita tersepit walaupon langsung bkn salah kite..ak pon slalu cmtu sbb tu ak emo tp xda la hal berat camni. huu

    tabah ye cEro !

    ReplyDelete
  19. cero,
    betapa byk perjalanan idup kau jarang aku jumpe...mcm drama kan??

    tp apa yang kau lalui....aku tidak lalui..dan drama org lain juga kau tak lalui..

    baca blog kau buat aku fikir...

    maisng2 ade part masing2....

    kene terima drama hidup masing....

    tp aku sedih..=(

    ReplyDelete
  20. @Lupi
    thanks Lup..
    dah laa aku susah nk dpat kawan, hilang pulak kawan cam Is..
    mmg terkesan yg mendalam kat aku..
    btw,
    lelaki kdg2 tiada pilihan..
    konon berkuasa, sesetgh perempuan anggap mereka 'in control'..
    tp bukan semua, itu aku pasti!

    @lumut
    perkara begini laa yg buatkan aku kdg2 berfikir panjang, utk apa manusia bercinta jika akhirnya mengorban jiwa...
    dan sbb perkara camnilah, aku jadi lebih 'manusia' dan mampu menimbang tara erti kehidupan di sebalik alam yg dikuasai nafsu dan kejahatan.

    ReplyDelete
  21. cero, diari ko macam novel..

    Takziah..

    ReplyDelete
  22. Salam Cero, aku 1.

    Seperti yang diharapkan oleh para pembaca blog Dark Half (Sorrow Yang Begitu Indah) dan aku (tukang komen) setelah membaca ini, tentu mereka mengharapkan aku menerjah blog kau. Semalam aku masuk blog kau dan membaca entry paling latest kau. Maka here we go...

    http://aderberani.blogspot.com/2010/10/komen-kepada-diari.html

    ReplyDelete
  23. oh, patutlah kau selalu bgkit kan isu pompuan, egois punca nya. hmmm.

    ReplyDelete
  24. rsanya semua org ego, cuma atas diri masing2 nk kwal ego...
    cz ego tggi mlangit xkmana..

    btw, sedih baca entry ni...
    al-Fatihah buat arwah...


    -dinie-

    ReplyDelete
  25. did u cried?
    because aku sebak..

    -kudozu

    ReplyDelete
  26. @Anonymous
    kudozu,
    seriously, semasa kejadian, aku tak menangis lgsg..
    2 bulan aku tahan airmata akibat rasa dendam yg mendalam..
    aku botakkan kepala, aku jadi jahat..
    tp after 2 bulan, aku tak dpat tahan..
    jatuh jugak airmata jantan ni...
    walaupun aku tau tak ada makna lg..

    ReplyDelete
  27. sebak bce entry ni . AL-FATIHAH .

    ReplyDelete
  28. alfatihah utk is,

    kuat sungguh dugaan cmni.. tah mampu tah tidak ain nak tanggung,kalau diuji cm ni..

    ReplyDelete
  29. Al-fatihah untuk Is, moga dia ditempatkan dalam golongan yang dirahmati..Amiin..

    Dude, besar gila dugaan untuk ko.. Aku x pandai sangat nk comfort2 orang ni tapi aku yakin arwah tak pernah sikit pun salahkan ko..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026