Aug 31, 2010

Pulut Udang & Merdeka


One-nine-four
I'm sorry...


Pulut udang.

Al-kisah bermula apabila ayahanda pulang dengan bungkusan kuih pulut udang di tangan di petang hari.
Dengan niat dimakan selepas berbuka,
pulut udang itu disusun rapi di atas satu pinggan dan disimpan di bawah tudung saji.

Azan Maghrib, buka puasa.
Selesai menu utama, semua mahu menikmati kelazatan pulut udang sebagai penutup.
Masing-masing mengupas daun pisang bakar seperti sebiji pisang dibogelkan.
Dan kini, tibanya kedatangan 'pemutus selera'.

Pulut udang yang disangkakan lazat, sedap
kelihatan basah, berlendir, dan berbau.
Bonda mengeluh.
Aku yang hanya tahu masak mee segera pun,
tahu bahawa pulut berlendir bermaksud sudah tidak dapat dimakan.

Lalu Bonda menyeru,
"Anakanda sekalian, usahlah kalian memasukkan makanan itu ke rongga mulutmu.
Kerana kelihatan ianya bukan milik hari ini, ianya milik semalam hari."


Maka, hampalah sekalian keluarga,
kempunan merasa kelazatan pulut udang yang seharusnya dimakan sambil disulami senyuman di rupa.


-----------------------------------

Hanya jauhari yang lebih mengenal manikam.
Tiada alasan penjual kuih itu tidak tahu kuihnya tidak mampu bertahan dua hari.
Mak aku selalu ajar,
makanan bersantan, berkelapa atau berpulut tak tahan lama,
tambahan jika tidak disimpan elok seperti dalam peti sejuk.
Sama ada ianya sengaja atau tidak disengajakan,
perbuatan ini tidak boleh diterima
kerana wang hasil jualan barang buruk itu
akan digunakan untuk menyara keluarganya.
Mahukah dia menyuap mulut anaknya dengan hasil yang tidak berkat?

Inilah dia,
kita selalu dikatakan masih dijajah budaya barat.
Namun, pada pemikiran aku,
musuh utama kita sebagai anak merdeka
bukanlah hanya budaya barat yang dikata terpesong,
malah yang paling utama adalah
DIRI SENDIRI.

Selagi diri dijajah sifat tamak, dengki dan busuk hati.
Selagi itu, janganlah kita sebut tentang kita anak merdeka.

Ini pesanan buat diri sendiri
dan untuk yang sudi membaca.
Moga kita diberi hidayah dari-Nya,
agar benar-benar merdeka.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-53.

p/s:
Aku benci bila hal agama dipolitikkan sesetengah pihak berfikiran sekular.
Adakah kalian terlalu bodoh sampai tidak nampak jurang keduanya?

p/s/s:
Best layan Sarjan Hassan semalam kat TV.


p/s/s/s:
Pulut udang juga dikenali pulut panggang (kan?)

18 comments:

  1. Hehehe..punya pikir apa tu pulut udang..rupanya pulut panggang..hahahaha..banyak betul nama dia..

    ReplyDelete
  2. haah, selalu org sebut pulut panggang.

    tapi realitinya nak jumpe pure pulut panggang yang mampu menjejeskan air liur sungguh payah sekarang ni.

    hari tu akak aku pun beli kueh yg same dekat stadium, dari jauh nampak menyelerakan. namun bila dibuka bungkusan, ternyata penjual ni tak faham or malas nak ikut resepi asal pulut panggang itu sendiri.

    akak aku kata pulut tu telah dikukus terlebih dahulu dan kemudian dipanggang ala bersahaja untuk menampakkan saja ianya seperti dipanggang. tapi hakikatnya, pulut di dalam itu masih suci tidak terbakar langsung.

    sebut pasal kueh ni, aku tengok sekarang trend makin banyak untuk memodenkan kueh tradisional. bagus mmg bagus tapi jgn lah sampai nanti anak2 kita dah tak kenal pulut panggang sebab dah banyak sngt otak yg genius dok tukar bagaimana pulut panggang itu sepatutnya kelihatan dan rasa.

    nanti anak2 kita just tahu karipap yang mereka sebut curry puff...

    ReplyDelete
  3. aritu xsempat masak..so bli la lauk kat bazar..syur pucuk manis msk lemak..
    tp berbuka aku mkn laksa penang..osmet aku berbuka makan lauk yg kitorg bli tu..alih2 bile aku nk mkn ns mlm skit tu lauk syur tu dah basi..
    adesss..kechewa tul..
    smpainye hati penjual lauk kat bazar tu wat mcm ni kat kite..
    tu sbb tahun ni aku malas pi bazar dah..makanannye indah khabar dari rupe..eh silap..indah rupa dari rase..kechewa..kechewa...

    ReplyDelete
  4. kau kempunan pulut bakar je?nti kalau aku balik umah aku suoh bapak aku buat besar2 lengan amacam?mmg puas beb

    ReplyDelete
  5. Kesian anakanda2 tu.. mengidam nak makan pulut panggang~~ T T. Beli lah lagi hari ni.. tapi jgn dekat penjual yg sama.. baned terus!!

    Selamat hari merdeka cero!! :)

    ReplyDelete
  6. aku sakit kepala ni tgk kuih kau ni....mengidam dah niiiiiiiiiiiiiiii,,,,,mane nak carik ni..ishhh

    ReplyDelete
  7. aq boleh jwb yg bwh tu je..

    iye!nme dye pulut panggang jugak :))

    ReplyDelete
  8. tu la realitinya bulan puasa kat malaysia ni kot.. bazar ramadan tumbuh macam cendawan di mana2 pun.. tapi hakikatnya, penjual ni semata2 nak cari duit jer pun.. tak kesah pasal masakan atau kualiti makanan tu.. ada yang konon baru pandai masak sehari sebelum menjual, dah jual pun kat pasar2 ni.. pembeli la yang selalu jadi mangsa.. harap2 dapat makan sedap, tiba2 dah tak elok rupanya kuih2 tu.. ada pulak yang sampai food poisoning dikejekan.. jawapannya, kene masak sendiri la gini.. lebih terjamin segalanya.. huhu..

    ReplyDelete
  9. sokong sama Cero...org skg ni ats diri msing2...klu kte ikt org brat...kite yg ikt bkn org brat yg pksa soh ikt kn...
    sbb duit diorg wat mcm2...pdhal x la sdp mn...hrga mhal bkn men...yg jdi mgsa..kite sbb kite yg beli...huhuu3 :(

    yup...kitorg org pntai timur pggil Pulut Panggang...kat cni de jual pnas2...kn tggu diorg pggang... ;d

    aku mmg x ske politik...bg aku politik skg ni kotor...nk undi pon kn pikir btol2...adoii...=.="

    ReplyDelete
  10. @sakura lover's
    tak tau mana satu nama yg lebih universal, tu yg letak gambar tu..
    hahah

    @Shukjessa
    sama kes macam lemang...
    lemang zaman skang bukan dibakar, tp direbus dan dihangitkan kulit bulu supaya nampak macam dibakar..
    itu dah macam satu bentuk penipuan, kan???

    @hentakbelipat
    NAK!!!
    kirim kat aku HB..
    kempunan abes nih...

    @WZulhilmi
    mmg banned pon..
    abah siap nak dtg balik nak sound sbb jual barang basi..
    tp tak tau dia buat ke tidak..
    heheh

    @lumut esoklusa
    haha, suro laa org pos ke tmpat ko lumut..
    sian ko...

    @iemaZAIMAH
    haha, aku biasa panggil pulut udang je...
    pulut panggang, pulut bakar, tu sume nama sama kan??

    @gha sudin
    kecewa sgt dgn org spesies camtu...
    cam berniaga utk untuk semata2...
    tak patut btol laa...
    camna agaknya nak ajar org2 camni ek???

    @Miss Comot
    politik mmg kotor, itu lumrah...
    perkauman dan politik malaysia dah takleh nak asingkan...
    tp skang nmpak macam ada usaha nak mempolitikkan agama...
    tolong laa...
    tak takut tuhan ke mereka-mereka nih???

    ReplyDelete
  11. sama lh kot..aku bkn suke pun kuih ni

    -_-"

    ReplyDelete
  12. mina, assan belum mati oo..
    dia sulah jadi golila..
    hehe..

    ReplyDelete
  13. first time aku dgr pulut udang weh, selame ni igt nme dia pulut panggang je (:

    byk tul p/s/s/s/s/s kau

    ReplyDelete
  14. @iemaZAIMAH
    haha, ko tak suke kuih??
    biar btol!!!

    @KERAK NASI
    nampak gaya ngo kena tukar nama jadi amat aling bin abulola..
    haha..

    @m i r a f i q a
    serius ko taknah dgr???
    biar btol??

    ReplyDelete
  15. @AngahSayang2314
    selamat hari merdeka ke-53

    ReplyDelete
  16. bulan2 pose ni slalu sngat la pnjual2 jual mkanan yg semalam punya, klu nak untung pn jgn smpai merugikan org lain...

    p/s: dinie pggil pulut pggang, pulut udang x prnah dgr pon...haha

    ReplyDelete
  17. @raja dinie
    btol tu..
    patutnye bulan pose org cari rezeki berkat,
    ni diorg macam amik kesempatan plak..
    btw, pulut udang org utara kot panggil..
    sbb mak abah semua panggil pulut udang, n diorg dr utara..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026