Aug 5, 2010

JOM Menderma!!

one-seven-six
I'm sorry..



Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan.
Rasa macam baru semalam je makan ketupat.
Oh! Memang laa, semalam makan sate dengan ketupat..
Hahaha..
Kalian dah abis ganti puasa??

Tapi bukan puasa yang aku nak cerita,
tapi satu perkara baik yang selalu orang tak pandang..
DERMA DARAH.


Kalau kalian:

  1. Sihat

  2. Umur antara 18-60 tahun

  3. Berat lebih 45kg

  4. Tidur lebih 5jam

  5. Takde masalah perubatan..

  6. Tak ambil sebarang ubat

  7. Tak lapar

  8. Bukan GAY/LESBO/BISEX atau ZOOPHILE (buat seks dengan binatang, geli!)

  9. Tak tukar-tukar pasangan seks

  10. Tak ambil dadah

  11. Bukan pasangan kepada 3 syarat di atas

maka,
silalah pergi derma darah.
Tak susah, pergi je mana-mana hospital,
atau mana-mana tapak kempen derma darah,
dan jerit, "SAYA NAK DERMA DARAH!!"
Sure ada orang datang kat korang dan bawak korang derma darah.

OK!
Kenapa aku suruh derma darah?

    Bulan Ramadhan bakal tiba,
    aku bukanlah orang yang layak bercakap,
    tapi hasil pembacaan, aku dapati
    derma darah ketika puasa di bulan Ramadhan adalah MAKRUH
    dan boleh jatuh MEMBATALKAN jika ia memudaratkan badan.

    sila baca di sini:
    Derma Darah Di Bulan Ramadhan
    Mengeluarkan Darah Dari Orang Yang Berpuasa
    Hukum Menderma Darah Bulan Ramadhan

    Bayangkan,
    sebulan bulan Ramadhan, kurang orang menderma darah.
    Namun, masa musim tu laa penuh dengan kemalangan.
    Kemalangan, sudah tentu perlukan darah dalam rawatan.
    Maka, tabung simpanan darah di hospital akan menyusut.
    Jadi,
    darah yang didermakan SEKARANG bakal menyelamatkan nyawa manusia.
    Mungkin juga jiwa anda, ataupun orang yang anda sayangi.


Tak nak derma darah sebab takut gemuk?

    Kelakar gila dengar fakta ni..
    Ok, kalau korang nak berdebat pasal derma darah buat korang gemuk,
    aku ON!
    Sebab aku ada 'living proof' yang menunjukkan derma darah tak menggemukkan.
    Bukti itu, adalah diri aku sendiri!!
    Dekat 10 kali aku derma darah,
    aku tetap kurus keding kena kutuk dengan adik aku panggil jerangkung.
    Tapi, aku tetap sihat walupun tak gemuk!
    Alhamdulillah..



"Ramai lagi boleh derma, aku takpe kot.."

    Pemikiran begitu memang bahaya.
    Mungkin kalau seorang, takpe..
    Tapi, kalau 10 orang berfikir camtu?
    100 orang?
    1,000 orang?
    10,000 orang?
    Kalian fikirlah sendiri.


"Saya takut jarum.."

    Beb, antara JARUM dengan KEHILANGAN ORANG TERSAYANG
    Mana lagi TAKUT?

"Apa best derma darah??"

    Kalian yang tak pernah derma.
    Pergi cuba derma dulu.
    Dan masa kakak nurse tu dah nak bungkus darah korang,
    mintak nak pegang beg darah tu.
    Tapak tangan korang akan rasa hangat..
    Kalau boleh, letakkan beg darah tu ke pipi korang,
    perasaan waktu tu, hanya Tuhan Yang Maha Besar sahaja tahu.
    CUBALAH!



"Lama laa derma darah...malas menunggu.."

    Kalau kalian ke tapak kempen derma darah yang terdekat,
    percayalah, paling busuk pon 20 minit je.
    Siap dapat biskut, air kotak dan Vitamin C & Ferrous Fumarate.

    Tapi kalau kalian ke hospital
    atau Pusat Darah Negara kat Jalan Tun Razak tu..
    Akan ambil masa 1 jam maksimum..
    Dan siap dapat makan berat macam mee gorang, kuew tiow, air milo, sandwich, biskut.
    Kadang-kadang, siap dapat cenderahati,
    mug, keychain, T-shirt..
    Serius berbaloi..

    Kalau kalian kerja,
    pergi waktu rehat...
    Alaa, sekejap je...
    Kalau lewat pun, kalau bos tanya,
    bagitahu dia korang pergi derma darah..
    Sure dia diam, atau puji, atau naikkan pangkat, atau terus lantik jadi CEO.
    Beb, abang aku pernah bagi alasan derma darah bila masuk pejabat lewat,
    dapat 'employee of the month' tau..



Seriously,
kalau kalian cukup syarat seperti diberitahu di atas,
kalian TAK ADA ALASAN tak pergi derma darah.

Drakula hisap darah pun pergi derma darah..
Korang yang sihat, tak malu ke?

[Aku tak dibayar untuk berpesan kepada kebaikan]

12 comments:

  1. hehe bagus2, derma darah ni bagus. seriusly aku pun berminat tp aku tak dpt nak derma atas sebab kesihatan yg masih dlm proses untuk sihat hahaha.

    tapi nak gak one day buat blood test, mak aku suruh wat, die cakap pasal kecik2 dulu aku ade G6PD deficiency... tah aku pun tak paham... yg aku tahu, darah aku pekat gile2...kalo toreh, orang lain boleh memancut, aku punye likat camtu je...dulu pernah wat blood smear, nak count white blood tak dpt, pekat sgt... ish ish ish apo kono la aku nih...

    ReplyDelete
  2. Salam.
    terima kasih untuk hukum derma darah masa puasa tu, skrg2nye aku taulah. hehe

    ReplyDelete
  3. teringin jugak..
    tp xpenah pun derma darah..
    bese kalo ade derma drah mesti time2 tgh derma ke arah "lain" la..hahaha..
    atau pun sbb pose la..
    insyaallah satu ari nnti nk try derma darah jugak..

    ReplyDelete
  4. derma darah is fun what!! Aku pun dah 3 kali derma darah.. Baik utk kesihatan. Disamping tu dapat goodies!!! Lalalala :)

    ReplyDelete
  5. ok nanti aku derma darah-darah yang aku ada

    ReplyDelete
  6. bgus la...
    namun...da byk kali mncuba tok derma drah....saye msih x mmpu nk derma sbb HB rendah...sob3 tiap kali g cek tok derma drah...sah kn rejek...adik x leh drma drh...hb rndh x smp nilai kitorg nk....sob3

    tringin nk cb derma tp x leh...sob3 nyamuk je trime drah sy...hehe3

    derma drh msa pose cam org pompuan hkg drh la...x elok...hehe3

    ReplyDelete
  7. tak boleh derma sebab bld press rendah sangat.huuu~

    ReplyDelete
  8. @Shukjessa
    hahaha, ko sihat sgt ni shuk..
    tu yg darah pon pekat...
    mesti vampire sdap goreng ko..

    @Affan Ruslan
    sama-sama, hanya berkongsi ilmu...

    @pu3aan
    tp ade niat nk derma darah pon ok dah kot..
    ada alasan baik, takpe..
    yg tak suka kalo alasan tak brape baik..

    @WZulhilmi
    serious best...
    aku excited bila nk pergi derma..

    @hentakbelipat
    hehehe, sila laa derma...

    @Miss Comot
    slalu perempuan camtu laa..
    ade awek sblom aku ari tu derma darah pon, dia kena reject sbb darah tak cukup..
    nmpak muka dia sedey, mmg dia nk sgt derma rasanye..

    @et
    hehe, takleh nk wat ape laa kan???
    redha je..

    ReplyDelete
  9. ha'a...btol pe cEro ckp...
    slama ni xtrpikir sal bln pose xleh derma so bekalan darah kurang...
    thanks a lot 4 da info...
    ;))

    ReplyDelete
  10. saya takut jarummmmmmmmmmmmm!!
    dan saya pening dan mual bila tengok darah saya keluaaaaaaaaarrrrrrrr!

    -kudozu

    ReplyDelete
  11. aku tak cukup syarat la weh...tak cukup umo..tak cukup berat..dan aku ***** hahahaha

    ReplyDelete
  12. pernah derma sekali kat kolej.. berdebar gak la.. nak2 masa dia nak cucuk.. boleh pengsan rasanya

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026