Jul 12, 2010

Pertarungan Takdir

one-five-nine
I'm sorry....



Ahad itu..

Ianya bermula dengan pagi yang lewat..
Aku sudah berjanji nak ke Pesta Flora di Putrajaya dan bertemu sahabat handai di sana..
Sepatutnya dalam perancangan,
aku bertolak dengan Elisa aku pukul 10 pagi,
namun 10 pagi aku baru bangun dari tidur...

Setelah bersiap dengan pantas,
aku sempat reply mesej dari kawan aku mengatakan
'aku dalam perjalanan' sedangkan aku baru lepas ikat tali kasut..
Tak apa...
Putrajaya dan Sungai Besi sangat dekat...

Bertolak dengan moto,
semasa di Lebuhraya Sungai Besi,
aku rasa seusatu yang tak berapa nak sedap...
PAAAAPP!!!
Moto aku terhenti enjinnya,
dengan siotnya aku dapati segalanya tidak berfungsi..
Moto aku mati
di tengah lebuhraya..

Setelah menolak ke tepi dan di bawah tempat redup,
aku mencari mana-mana nombor bengkel moto yang mungkin ada tertulis di tepi jalan..
Namun, haram!!!
Satu nombor pun tak ada...

Nasib aku agak baik,
ada seorang brader moto Kriss ni sudi nak menolak moto aku ke bengkel berhampiran yang kebetulan sejalan dengan destinasinya
dan sangat tak sejalan dengan perjalanan ke Putrajaya..

Sampai di bengkel, aku hulur brader tu dalam RM20
dan dia ambil dengan pantas tanpa dalih,
WOW! sangat direct!!

Setelah dikenalpasti,
moto aku bermasalah di enjin
dan segala kosnya adalah mencecah rm150
sedangkan dalam wallet aku not paling besar adalah rm50
dan hanya sekeping...

Bank berhampiran,
aku tekan ATM dan lesaplah simpanan aku..
Setelah repair dan bayar
aku dapati dalam wallet aku hanya ada RM10..

Putrajaya entah ke arah mana,
Sungai Besi entah ke arah mana..
End up, aku sesat di wilayah yang tidak pernah aku jejak..
Siot!!

Berpusing-pusing, jumpa jalan besar dan aku menuju ke Kuala Lumpur.
Selamat, aku jumpa jalan yang aku kenali,
Namun, malangnya minyak moto dah di takuk merah..
AKu pasrah..

RM5 untuk petrol,
aku tersentak sebentar..
Patut aku ke Putrajaya atau ke rumah je??
Dengan baki RM5 di poket,
aku berkeputusan pulang ke rumah...

Nak aku mesej kawan-kawan aku yang berada di Putrajaya,
namun, baki kredit dalam henset tidak membenarkan..
Aku menjerit dalam hati..

Sebelum sampai rumah,
awan gelap mendung mengekori aku..
Hujan turun dengan tiba-tiba..
Lebat dan basah..
Aku pasrah..

Sampai rumah,
aku kecewa sebab tak dapat pergi Putrajaya bertemu kawan-kawan..
Seketika kemudian,
hujan reda..

Aku di beranda rumah jenguk ke luar..
AH!! Pelangi..
Henset aku berdering...
Aku capai henset, aku lihat nombor dia..
Kami berbual sekejap sambil aku dihiasi cemerlang pelangi..
Aku kembali tersenyum...
Dan itu adalah satu-satunya penyebab aku senyum hari itu.


Dalam pertarungan anjuran Takdir,
aku kalah dengan lawan bernama Duit..

Imej dari blog Shukjessa (pinjam, jangan marah!!)


p/s
1- kekesalan aku yang terbesar adalah tak dapat bertemu kawan-kawan setelah sekian lama merancang untuk bertemu. Maafkan aku..
2- Aku sangat nak pergi Floria 2010 tu sebab aku sukakan bunga.
3- Andai aku punya duit sedikit lagi banyak, segalanya akan berakhir dengan keputusan yang lain.
4- Ianya satu perkara yang dikagumi bila memikirkan bagaimana Tuhan nak menduga kita dengan pelbagai dugaan dan kita nilai reaksi kita. Aku boleh nilai diri sebagai GAGAL.

please don't like

13 comments:

  1. siapalah kita untuk melawan takdir..

    ReplyDelete
  2. kalau aku tu da tarik seimut tdo x bngun2 dah bro..kehkeh..perit beno

    ReplyDelete
  3. apela sadis sangat perjalanan hidup ko hari tu weh...hehehe~

    ReplyDelete
  4. Kecian lak....DUIT...mmg mslh utama...same la nsib kite...sob3
    x pe ko leh g mgg dpn lgi cm x leh jmp mber2 jew...ajk la L k g Floria 2010...hehe3

    ReplyDelete
  5. Jap! da Ahad? Sabtu mn?hehe3

    ReplyDelete
  6. aduhaii nasiibb..xkire miskin ke kaya mmg ade mslh dgn duit..

    ReplyDelete
  7. laaa padanla pun aku dok tunggu ko mane laa si mamat ni. selang beberapa minit aku dok tengok hp je, takut2 ko dah sampai kang mencari2.

    ade kisah rupenye, padanla aku terasa macam motor ko wat hal.

    xpelah, next time ada lagi beb, hasil perjumpaan 5 psg mata di dalam pizza hut semalam, akan ada event lagi insyaAllah pada 8hb Ogos ni.

    aku harap ko boleh join... hahaha trip go genting tu lahh~~ diorang mintak tuka 8hb, ari ahad. Kes sorang mamat ni tak pernah ke sana (kene gelak ramai2 oleh insan2 yang mendengarnye)

    alhamdulillah la ko tak eksiden =)

    ReplyDelete
  8. wehhh kalau aku siyes menangis tak berlagu jap pasrah gile ni

    tp pastu :)

    bila dia call :)

    eh comelnye :)

    at least ada benda yang buat ko happy bukann :)

    ReplyDelete
  9. @pu3aan
    kita hanya makhluk kerdil, kan??

    @hentakbelipat
    hahah, sbb aku tido tak pakai selimut, jd takleh tarik selimut..

    @Ch@ Ch@
    mcam petanda jgn pergi putrajaya..
    hahah

    @Miss Comot
    benci duit, slalu menyusahkan..
    oh, jap..nanti cerita yang sabtu punye..

    @ice♥ice
    setuju 150%..

    @Shukjessa
    hahaha, mesti best kalo aku ade same...boleh gelak sama, kan??

    @.::WaNiE::.
    yup...seronok sgt bile dpat call dr dia....hehehe ;)

    ReplyDelete
  10. akupun pernah kena nasib tak baik bertimpa2. Tapi still aku pikir ada hikmah disebalik semua kejadian2 tu.. :)

    ReplyDelete
  11. duit mseh boleh dicari klu kne dgn usaha kite dan rezeki..

    wink2~

    ReplyDelete
  12. biasa la...
    bila sedih ada gembiranya...
    bila gembira ada sedihnya...
    Adil...;))

    ReplyDelete
  13. hehe..aku akan jadi panic klu mto or kete mati tengah jalan..adoila..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026