May 10, 2010

Jawapan tEka-tEki #10 Dalam Banyak Banyak..

one-one-two
I'm sorry..


Ini adalah entri mengenai Jawapan bagi tEka-tEki #10..
Jika anda berniat belum bersedia hendak mengetahui jawapannya,
sila ke muka tEka-tEki #10 Dalam Banyak Banyak..

==============================



Dalam banyak-banyak..

Soalan:

  1. Dalam banyak-banyak jam, jam apa tidak menunjukkan waktu?

  2. Dalam banyak-banyak jam, jam apa yang gelap?

  3. Dalam banyak-banyak jam, jam apa yang harum?

  4. Dalam banyak-banyak jam, jam apa yang busuk?

  5. Dalam banyak-banyak superhero, superhero mana yang bengong?

  6. Dalam banyak-banyak rambut, rambut apa yang boleh makan?

  7. Dalam banyak-banyak mee, mee apa yang tak boleh dimakan?

  8. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang bukan kuih?

  9. Dalam banyak-banyak nasi, nasi apa yang tak boleh dikunyah?

  10. Dalam banyak-banyak straw, straw apa yang sedap dimakan?

  11. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang lompat dari pokok ke pokok?

  12. Dalam banyak-banyak benda, benda apa yang walaupun dia kecil, tetap akan dipanggil besar?

  13. Dalam banyak-banyak benda, benda apa yang sebelum guna warna hitam, semasa guna warna merah, selepas guna warna putih/kelabu?



Jawapan:

  1. Jamban, jambatan, jambangan bunga, jambul, jambu dan segala benda bukan jam yang mempunyai perkataan 'jam' di dalamnya.

  2. Pejam mata (thanks to my sis..)

  3. Jambangan bunga

  4. Jamban

  5. Superman ; sebab dia pakai seluar dalam kat luar..

  6. Buah Rambutan

  7. Misai (mee-sai)

  8. Kuey Teow (Kuih-Teow)

  9. Nasihat

  10. Strawberi

  11. Mazda 323 (tree-to-tree)

  12. Bawang Besar (kadang-kadang aku masak kat dapur bukan besar mana pun, tapi tetap panggil bawang besar gak..)

  13. Arang



===============================

Berikut adalah senarai tukang jawab yang hebat belaka.
Power gila diorang ni, aku respek korang..

sweet-luv / AyanaAsham / ice♥ice / mr. z
nasikputeh / Kyuubi_85 / kudozu / Nisaeciz

Kalau ada sebarang soalan, pandangan atau kritikan sila laa berhubung dengan saluran yang disediakan.
hehehe..

2 comments:

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026