May 7, 2010

"Besar nanti, Sarah nak jadi isteri abang boleh??"

one-one-one
i'm sorry..


Ini kisah aku, seorang perempuan dan sebiji dadu.
Perempuan itu budak berumur lingkungan 4 tahun.


Rimas dengan rambut.
Rambut aku,
bila panjang sikit je, hujung dia akan bergulung.
Aku gelar 'rambut syaitan'.
Sebab bila dekat bayang-bayang, rambut bergulung tu seolah-olah membentuk tanduk kat kepala aku.

Al-kisah bermula di sebuah kedai gunting rambut ekspres.
Ala, yang kat shopping mall yang kena masukkan duit RM15 dan dapat kad dan kena tunggu giliran tu..
Yang depan kedai tertulis
'RM15 10 minit' tu..

Aku sedang menunggu giliran.
Ada tiga orang lain berada di giliran depan aku.
WOW! Sangat 10 min..

Seorang bapa sedang digunting rambutnya.
Anak perempuannya berusia lingkungan 4 tahun lebih sedang menunggu di kerusi sebelah aku.
Comel giler..
Teringat si
Amani dalam cerita AdaMaya tu.

Budak tu pandang aku.
Aku pandang balik.
Aku senyum.
Dia senyum.
Aku kenyit mata.
Dia tersipu-sipu pejam mata.



Entah macam mana, ada dadu dalam poket seluar aku,
Mungkin hasil simpanan aku masa main jutaria dengan adik-adik aku kat rumah rasanya.

Aku keluarkan dadu tu.
Tunjukkan muka titik satu dadu kat adik tu.
"Ini berapa?"
"SATU"
"Pandai..."

Aku pusing belakang dadu,
"Belakang ni berapa??"
"Hm...TIGA.." sambil tunjukkan tiga jari kecil dia.
"Waah, pandai!!!"

"Ok, depan SATU, belakang TIGA..
Sekarang adik tengok dadu ni."

Aku bagi dadu tu atas tangan dia.
"Ini SATU. Jadi, belakang dia berapa??"
"Mesti laa TIGA, apa laa.."
"Tapi, cuba adik tengok berapa..."

Dia belek belakang dadu..
"EHH?? ENAM?? Kenapa ENAM??" aku buat dia keliru.
Dia diam, dia terkelu..
Dia pelik, kenapa ENAM? kenapa bukan TIGA..
Lepas tu dia senyum sambil tutup muka.
COMEL GILER...



"Ok, adik nama sape??"
"Sarah.."
"Ok Sarah. Tengok dadu ni lagi."
Dia tengok dadu atas tangan aku.
Aku terbalikkan tangan, dan terbalik sekali lagi.
Dadu hilang.
Sarah muka kagum!!

"Mana dadu tu Sarah??"
"Ntahh.."
"Sarah amik yek?"
"Mana ade..."
Aku pun pegang rambut dia yang paras bahu tu,
seolah-olah ambil sesuatu.
"Ni haa, kat rambut Sarah..
Pandai Sarah sorokkan dadu tu yek.."


Sarah sekali lagi nampak keliru,
dan sekali lagi dia senyum sambil tutup muka..
COMEL SANGAT!!!

Dia berlari ke bapanya yang sudah selesai gunting rambut.
Aku senyum kepada dia dan bapanya.
Dia tekupkan muka ke peha bapanya,
bapanya tersenyum juga.



Seketika,
sedang aku anggap Sarah dan bapanya hilang dari keliling aku,
bahu aku disentuh..

"EH?? Sarah...Kenapa??"
"Besar nanti, Sarah nak jadi isteri abang boleh??"
Aku terkedu...
4 saat aku diam membisu.

Lalu aku berkata dengan senyuman,
"Besar nanti,
bila Sarah dah abis belajar universiti,
Sarah jumpa abang..
Kalau abang belum kawen,
Sarah boleh jadi isteri abang yek..."

Hahaha, terasa pelik bila aku kata camtu..

"Janji??" Sarah keluarkan jari kelingking comel dia.
"Janji!!" aku sahut jari dia dengan jari aku.
Sarah kemudian lari keluar kedai ke arah bapanya.
Bapa dia senyum lagi pada aku.
Aku tunduk tanda hormat.

Hm, aku rasa jam kemudian, Sarah akan lupakan aku dan janji aku tu.
Biasa laa, budak kecik...




=====================

Terima kasih Sarah.
Kau buat hari abang kembali bersinar selepas penat dengan kehidupan.

29 comments:

  1. kau ni mesra alam gak eh (:

    ReplyDelete
  2. itu kalo dia lupa janji tu..kalo dia xlupa..parah rasanya..hahhaa:p

    ReplyDelete
  3. comel nyer sarah..
    skali dia igt x lupa2..
    siap la..haha

    ReplyDelete
  4. aduh aduh:P hahahahah parah gak nih..

    ReplyDelete
  5. Are u for real buat mcm tu.. Hihihi.. Ramah gak ko ni.. Patut lh ramai suka. :).. Klu ader budak tgk ak . ak wat dek je.. hehehehe.. Jahat tak? Hihihi

    ReplyDelete
  6. salam... sekali dek sarah tak lupakan janji bila jumpa tekejut si sarah tegok si abg da jadi musang berjanggut daa...

    kongsi tips rumah tangga, anak, doa untuk anak, nama Islam dll di: http://edarannama.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. nape letak gmba aku ni..hahahah..

    p/s : yeay yeay background lame. heee..

    ReplyDelete
  8. gile sweet.
    aku suka sarah.ngeeeeee

    kim slm!

    ReplyDelete
  9. kau ltk gmbr tu menimbulkan keraguan seyh...sarah btul2 ke sara dlm gmbr tu???

    ades..gua konpius

    ReplyDelete
  10. hehehe untung la tu ade budak2 nak kan kite, kalo die still pegang janji untung ko weh.

    by the time die abes U, dlm 22/23, wich is lagi 19 tahun ko 40+ hehe. saham lelaki pun tgh naik by the time 40+ hahah

    hohoho beruntung2 =)

    ReplyDelete
  11. uish..btol2 menyentuh perasaan nie.hehe
    tp manalah taw dia ingat. lg2 dak perempuan. besa cter2 kat tv cm tue..hehe hurmm =))

    ReplyDelete
  12. @m i r a f i q a
    hahaha, tgh bosan mnunggu giliran kot..
    ape salahnye wat baik dgn rg len, kan??

    @little cart00n
    kalo dia nk ingat pon, tu problem 20 tahun kemudian..
    hahaha

    @Syasya Imani
    kalo dia tak lupa, mcam laa senang nk carik aku bsar nanti..

    @.::WaNiE::.
    ehehe, dia comel laa..

    @Wzulhilmi
    aku pon kdg2 je layan bdak2 ni..
    kalo takde mood, wat tak tau gak..

    @asmaria
    tau takpe.. dah tak jadi abang dh bile dia bsar nanti..hehehe

    @KERAK NASI
    Hahaha, sila jgn perasan yek cik KERAK..

    @AyanaAsham
    kalo aku jumpa lg aku kem salamkan..heheh

    @iema_z
    nama budak tu sarah gak ke??
    aku knal dia sbgai amani je..
    sarah ek??

    @shukjessa
    hahaha, time tu ekonomi pon dh stabil..
    pucuk muda nak plak..hahah (gatai...)

    @gooseberries
    uih, ko sdg menakutkan aku..
    hrap2 dia tak ingat kt aku..
    ehehe

    ReplyDelete
  13. dah janji, kalo dy jumpa kene tunaikan...
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  14. ape ni cal.depan aku ko tak mcm tu pon.xde lak aku nak kuar ayat nak kawen ngan ko.

    wahhahahha!
    kidding=P

    -kudozu

    ReplyDelete
  15. so swEeeet!!
    boleh bayangkan kecomelan saRah tu senyum tutup2 muka.aww :P

    ReplyDelete
  16. nme dye mia sara...so aq cm konpius2 skit..cite ni btul ke x?ades

    ReplyDelete
  17. perghhh!!kau buat aku senyum harini....

    ReplyDelete
  18. @Huda
    hahaha, peratusan nk jumpa balik tu sgt nipis rasenye..heheh

    @Anonymous
    wahai kudozu,
    berapa kali sangat laa ko lepak dgn aku..
    nk ajak aku kawen ke??
    heheh..

    @aNge
    hahaha, serius comel..
    malang btol henset tak power, takde kamera..

    @iema_z
    owh ek?? bukan dia laa..
    cume bile aku dgn dia, teringat kat si amani tu..

    @petisuara
    hahaha, bagus laa kalo petisuara tersenyum..

    ReplyDelete
  19. @SyahNas80 @ Nana
    Sarah mmg comel..
    Malangnya, aku tak..
    hehehe

    ReplyDelete
  20. adeh, ann nak kawen ngan abang boleh??
























    hahahaha :P

    ReplyDelete
  21. arrrhhh ~ sweetnya ! ;DDD suke giler bc! haha ;DDD rsa mcm nak nangis pun ada jugak! haha ;DD


    btw nama saya sarah jugak ! haha ;DDD

    ReplyDelete
  22. ala comelnyer...... sumpah comel sgtttt.......

    ReplyDelete
  23. @~ Ann ~
    haha, jom laa Ann kita kawen..
    dlm mimpi..

    @Mysara Newrie
    Huyoo, sampai nk nanges??
    U Sarah, comel mcam adik Sarah tak??

    @nolyumar
    dia mmg comel giler..
    hahaha

    ReplyDelete
  24. Sarah + cEro = gula2 kapas

    hehehe
    ;D

    ReplyDelete
  25. haha. tak comel pun sbb i dah besar. si sarah tu kecik lagi. haha ;DDD

    ReplyDelete
  26. @raja dinie
    hahaha, jadik gula-gula kapas plak..
    hehehe

    @Mysara Newrie
    takpe, siapa kita nk menilai diri comel ke tidak, kan??

    ReplyDelete
  27. wah!bestnyer ko pndai layan budak kecik!xD

    aku xrasa dia akan lupa ;)

    ReplyDelete
  28. @e~car182
    jgn laa dia tak lupa..
    abes aku kena kawen dgn dia besar nanti..
    tu laa, sape suro berjanji, kan??

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026