Apr 25, 2010

Andai kau jatuh, ingatlah pesanku wahai kawan

Entri ini istimewa buat seorang insan ku gelar kawan. Wajahmu kuibarat matahari yang menyinar. Andai ada kepulan awan mendung menghadang, sinarmu menjadi malap. Orang buta juga mampu merasakan beza bahangnya. Apabila hujan, habamu tak dapat lagi dirasa. Apa yang ada hanya kemurungan.

Khusus untuk kawan aku yang sedang bersedih dalam hatinya.
Walaupun dirinya sentiasa senyum,
aku dapat rasa dia sedang menyembunyikan pedihnya.



Kau adalah insan bertuah,
di kala kawan keliling kau bahagia,
walaupun kau hanya menumpang gembira,
namun percayalah,
dugaan yang kau lalui itu adalah rahmat
satu ujian yang mendewasakan.

Kau beruntung, Tuhan memilih kau
untuk menghadapi dugaan sedemikian,
kerana bukan semua insan diberi ujian-Nya,
namun kau masih tempuhinya dengan tabah.
Dan itu mematangkan,
kerana kau dapat pengajaran dari guru terbaik dalam dunia,
seorang guru bernama pengalaman.

Andai aku mampu mengesat airmata hati kau,
aku rela gadaikan jiwa berbuat demikian.
Kerana aku sakit melihat kau senyum menahan pedih.
Malangnya, aku hanya mampu mengarang.

Bersyukurlah..
Biarkan yang lalu terus berlalu..
Kerana yang mendatang akan tetap datang.


=============================================

Entri khas untuk seorang kawan yang sering mengeluh akan nasibnya tanpa dia sedari di Facebook dan Twitter. Dan bila aku tanya 'kenapa?', jawapannya hanya 'tiada apa-apa'. Kalau kau tahu diri kau adalah orangnya, respon kepadaku. Kalau kau sudi, aku rela belanja kau tengok Iron Man 2 (premier seat lg) sebagai pereda sakit di hati. Kerana, sama ada kau sedar atau tak, kaulah sumber inspirasi diri ini.

Seriously, I'm hurt just by looking you smile while raining inside.

12 comments:

  1. oh yang pasti bukan aku lah, walau macam sipi-sipi

    sebab...

    aku takde TWITTER wakakakak~

    tapi tu la aku tumpang simpati dgn sesiapa insan begini, sbb aku pun merasakan benda yang sama~!

    Banzai aje~ kita hidup kerana kawan-kawan masih ada, aishiteru sayang sizuka~!!!

    ReplyDelete
  2. @shukjessa
    hmm, skang mmg musim org tgh frust kot..
    dkat 4-5 org gak laa kawan aku alaminya..
    hm..
    zalim sungguh!!!

    ReplyDelete
  3. kawan idop dan mati...mungin kawan an=kan menjadi lawan....huuu

    kawan sejati kwan yg boleh bawak mati..huu

    maksudnye bjuang bersame kita sampai mati

    ReplyDelete
  4. uish!syok!syok sbb ad sebut ironman2 je..hak3!=D

    btw,if sy ad kwn mcm ni..sy yg akan blnje dye sbb dye sgup meredakan kesedihan kekeluhan itu =)

    mcm smlm!sy blnje kwn2 sy tgk wayang..baikkn sy =P

    ReplyDelete
  5. uishh. sian.

    anda sorang kawan yg baik *thumb up*

    nak jugak tgok iron man tu lalala

    ReplyDelete
  6. alolo..sangat swit!
    beruntung kawan ko dpt kawan macam ko...

    sajak ni aku suka. ia memberi aku semangat. karang sendiri ker ni bro?

    ReplyDelete
  7. ironman 2 ??

    saya saya saya

    ahahaha

    ReplyDelete
  8. comments reply

    @rizal jabai
    agreed, kawan sejati sgt susah nak cari..
    umpama sebutir berlian di dalam perigi

    @iema_z
    baiknye iema..blanje kawan wayang..aku taknak blanje ke??

    @m i r a f i q a
    jom tgk ironman 2 jom..
    hehe..

    @FaTIN
    alamak, mcam sajak ke??
    ingatkan nk tulis biasa2 je..
    nmpak sgt ayat terlalu berbunga2..
    hehe

    @.::WaNiE::.
    wanie suro abg je laablanje ironman2...
    hehehe

    ReplyDelete
  9. Kalau die tanak aku nak tgk cite tu. Blanje r aku. Xde seat duk kt lantai pun x kesah li...

    ReplyDelete
  10. @Cik N
    hahaha, aku rase dia ta bace kot post ni..
    dia tu sibuk sket..
    alaa N, ko ade cik abang ko tu, suro laa dia blanje..
    hehehe

    ReplyDelete
  11. @iema_z
    kirim duit ikut pos pon buleh..
    hahahahah

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026