.
Aug 31, 2015
Aug 26, 2015
Di Anlaki C.
Salam.
Tuah jarang melekat pada diri aku...
...dan aku okey dengannya.
Beberapa minggu lepas aku ada join satu peraduan dalam twitter yang dianjurkan satu agensi pengiklanan yang agak dikenali.
Arahannya senang:
"Win an #xxxxxxxx merchandise set!
Just tell us why you should get one.
5 lucky replies, win!"
Aku pun reply atas dasar suka-suka.
Sebab semuanya atas dasar 'lucky', 'tuah',
maka aku tidak mengharap langsung nak menang.
Tuah dan aku bagaikan magnet yang sama kutub, saling bertolakan.
Sepanjang hidup aku,
antara perkara yang aku amat yakin ialah aku sangat tidak bertuah dalam peraduan yang tidak memerlukan usaha dan hanya melibatkan nasib seperti cabutan bertuah, 'pilih 5 penyertaan', dan 'drawing short straw'.
Walaupun cabutan bertuah untuk hari jamuan kelas, aku tak pernah menang.
Dan kalau satu-satu jamuan itu kata akan ada cabutan bertuah di hujung acara dan meminta kita untuk stay sampai acara habis, aku tak pernah kisah langsung dan terus balik sebab aku tahu aku tak akan menang.
Malah,
satu-satunya cabutan bertuah yang pernah aku menangi ialah semasa berada dalam satu majlis yang aku sendiri rigged sistem cabutan dia sehingga meningkatkan peluang kemenangan aku kepada 10%.
Aku lakukannya atas dasar suka-suka,
dan aku tak claim hadiah yang aku dapat.
Bagaimana aku lakukan?
Itu cerita lain, mungkin aku akan ceritakan di dalam entri lain kalau ada yang berminat.
Pendek kata,
aku memang seorang yang tidak bertuah.
Berbalik kepada cerita peraduan tadi,
beberapa hari yang lepas aku periksa emel dan mendapati aku menangi peraduan itu.
Ya. AKU MENANG.
Aku di antara 5 lucky replies.
Reply aku lucky. Aku lucky.
LUCKY!
Pada mulanya aku sedikit kurang percaya.
Maklumlah,
setelah berpuluh tahun purba usia aku telah kena conditioning bahawa aku ni tidak bernasib baik, dan pula beratus-ratus emel scam yang aku dapat kata aku menang hadiah dari Google lah, ada orang dari China nak bagi harta warisan lah, dan juga emel scam untuk pen*s enlargement (apakah neraka?) lah,
sudah tentu bila dapat satu emel yang mengatakan aku menang peraduan menjadikan aku sangat skeptik.
Tak gitu?
Tapi selepas aku periksa alamat emelnya,
aku balas bertanyakan kesahihannya,
dan dia balas kembali memberikan pengesahan,
maka aku sedar ini bukannya scam.
Dan selepas dua kali tampar pipi,
aku sedar ini juga bukan mimpi.
Aku betul-betul menang. Yaay!
Dan selepas beberapa hari,
bungkusan hadiah sampai ke rumah.
Bila lihat hadiah hasil 'tuah' aku berada di depan mata,
keterujaannya bukan kepalang.
Syukur alhamdulillah.
Rupanya ini perasaan gembira menang sesuatu.
Sangat tak biasa. Sangat awkward.
But yet I'm very happy about it.
Mungkin ada antara kalian anggap ianya perkara kecil.
Malah hadiahnya bukanlah besar mana,
tapi hadiah itu sudah cukup buat aku tersenyum riang selama seminggu.
Yup. SEMINGGU tersenyum macam orang gila.
Mungkin nasib aku sudah berubah,
mungkin juga aku sendiri yang berubah,
tapi apapun yang berubah, itu bukan urusan aku. Itu urusan Dia.
Yang penting aku akan menikmati kegembiraan yang amat jarang aku kecapi ini...
..dengan menari.
Jom menari sama-sama :)
.
Aug 19, 2015
Telefon Berbunyi Ring Ring Ring...
Salam.
Siapa baca tajuk entri ni dalam irama lagu 'Telefon Berbunyi' angkat tangan!
**angkat tangan**
Jadi biar aku pendekkan cerita.
Salah satu misi jangka panjang aku yang pada orang biasa mungkin akan kata aku ni kuat berangan tapi sebenarnya aku betul-betul serius ialah mencipta mesin masa.
Dan salah satu aktiviti yang aku rancang kalau berjaya cipta mesin masa ialah pergi ke masa silam dan berjumpa dengan aku (diri sendiri) pada waktu itu. Pergi ngeteh dan catch-up, kasi kata-kata motivasi dan sedikit tips untuk berjaya memandangkan I don't have that kind of figure buat masa sekarang. Simple.
Dan suatu hari pada bulan Ogos 2015,
bila aku tinjau siapa yang call semasa handphone aku berdering ring ring ring,
aku dapati nombor yang call tu ialah nombor aku sendiri.
Bagaimanakah ini boleh berlaku?
Macam mana nombor telefon aku boleh naik dekat telefon yang sama?
Sihir apakah ini?
Logiknya,
kalau aku berjaya merentas masa dari masa depan ke masa sekarang
sudah tentu aku akan bawa handphone aku sekali.
Dan sudah tentu kalau aku nak jumpa diri aku pada masa itu,
aku akan call dia (aku).
Jadi, kemungkinan besar nombor aku yang call kepada handphone aku tu ialah aku dari masa depan.
At least itu yang aku fikirkan.
Sebab eksaited tambah nervous bercampur baur,
aku terlepas dari menjawab panggilan misteri itu.
Dan selepas bertanya kepada beberapa kawan,
rupanya kalau ada nombor sendiri call masuk, itu bermakna ada voicemail.
Maka realiti datang menampar aku sampai tersedar.
Kelakar ada, kecewa pun ada.
Kelakar sebab berangan tak hengat dunia.
Kecewa sebab alaaaa kenapa tak jadi realiti...
Tapi kalau memori dalam otak aku tak mengkhianati,
aku rasa voicemail handphone aku akan call dengan nombor prefix 1
(contoh kalau nombor aku 01x-xxx xxx8, voicemail aku ialah 101x-xxx xxx8)
Tapi,
memori manusia ni mana boleh percaya sangat.
Apa menu makan malam aku tadi pun aku dah tak ingat dah.
Pengajarannya di sini,
walaupun #BeranganItuPercuma,
tapi yang boleh menjadikan angan-angan kita itu bernilai adalah usaha menjadikannya sebagai realiti.
And as for time travelling,
it's a long way to go.
Kalau korang sekarang dapat kesempatan berbual telefon dengan diri korang sendiri dari masa lepas,
agaknya apa yang korang nak bualkan?
Kalau aku,
aku patut warn aku yang dulu tentang ex aku yang menghancurkan hati tu.
Wahahahahahhaha.
.
Aug 12, 2015
Apa Aku Buat Bila Internet Tiada...
Salam.
Kebanyakan orang akan kata internet adalah ciptaan manusia yang terbaik selepas penemuan penicillin.
Tapi aku rasa, aku rasalah, ciptaan manusia yang terbaik ialah burger.
Minggu lepas,
kawasan rumah aku mengalami gangguan talian telefon selama seminggu.
Katanya kabel bawah tanah terbakar. Tapi itu katanyalah.
Betul ke tidak aku tak tahu.
Talian telefon terganggu bermakna internet pun tiada.
Maka seminggu aku berpuasa internet.
Nasib baik henfon ada data sikit lagi.
Bolehlah tinjau-tinjau alam siber sekejap bila perlu.
Aku kurang minat nak online guna henfon sebab (1) sudah tentu aku kedekut data. Langgan 1Gb je sebulan. Selalu aku main wassep dengan twitter je. Kekadang buka Google kalau perlu, (2) lagipun henfon aku 'mini', sangat tak puas kalau nak online guna skrin kecil yang tapak tangan aku lagi besar tu, dan juga sudah tentu sebab (3) kalau aku selalu online guna henfon, bateri cepat habis. Aku cukup tak berminat bila henfon aku kasi warning bateri tinggal 30%. Terasa macam nyawa di hujung tanduk je, nak cepat-cepat pergi cas.
Aku lagi suka online guna laptop.
Maka,
bila aku terpaksa puasa internet selama seminggu, aku mati kutu.
Tambahan lagi bila hujung minggu.
Aku ni bukanlah suka bersosial sangat, awek pun takde **batuk-batuk**
tambahan lagi petang sekarang ni selalu hujan,
maka terperuk laa aku di dalam bilik merenung dinding.
Tapi bila tinggalkan internet, hidup aku jadi lebih produktif.
Aku baca buku (komik dan ilmiah),
aku selesaikan buku Sudoku hadiah dari crush lama
dan aku bersenam di dalam bilik untuk bina balik otot yang hilang (ceh!)
Cuma aku tak lukis komik sebab masa tu aku tak datang mood.
Melukis kena ada mood, barulah puas.
Sekarang internet dah ada,
apa yang aku buat rasanya asyik layan video YouTube je.
Tak produktif langsung...
Maybe sekali sekala aku perlu tinggalkan internet buat seketika.
Aku terasa macam aku dah terlalu bergantung sangat dengan internet.
Maybe aku kena cari hobi outdoor satu dua.
Jogging di taman ke, main badminton ke, masuk kelab buku di taman ke.
Ada idea tak hobi outdoor apa yang patut aku join?
(Macam dah lari tajuk je rasanya...)
.
Aug 5, 2015
Zhitty Zit.
Salam.
Jangan risau.
Kali ini bukan lagi entri raya.
Tapi...
lebih kepada aftermath kepada raya.
Suatu pagi,
aku melihat muka di cermin.
Ada satu jerawat durjana besar merah menyala hinggap di muka.
"Jerawat pun nak kecoh ke, C?"
Macam ni,
aku pandang jerawat sebagai tanda keremajaan.
Yalah,
masalah jerawat selalunya dialami oleh remaja.
Tak ada pula nenek di kampung nak merungut muka dia tumbuh jerawat, kan?
Jadi,
apabila muka aku dihinggap jerawat, aku sedikit terkejut.
Perasaan tak suka dan suka tu bercampur-baur.
Satu,
sudah tentu tak suka.
Siapa yang bernama manusia suka bila ada jerawat di muka?
Merah lagi ngah. Macam saja nak bagitahu dunia yang
"Hey, saya jerawat. Saya di sini."
Dua,
ada sedikit 'suka' dalam hati ni.
Macam aku kata mula-mula tadi,
aku pandang jerawat sebagai tanda keremajaan.
Rasanya manusia purba macam aku ni dah lepas dah dari masalah jerawat.
Aku terlalu purba untuk jerawat.
Jadi, bila ada jerawat besar merah satu gedebak dekat pipi,
bukankah itu tanda aku masih muda belia remaja kacak tampan menawan?
SALAH!
Dengan sedikit ilmu dan pembacaan
kita akan tahu bahawa masalah jerawat berpunca dari 3 (tiga) perkara;
1) Hormon yang tidak seimbang,
2) Stress, dan
3) Pemakanan yang tidak sihat.
Remaja banyak jerawat sebab pada peringkat itu badan kita (dibaca: mereka) sedang mengalami proses kematangan, transisi dari peringkat kanak-kanak kepada peringkat dewasa.
Sebenarnya,
kalau kalian kaji lebih dalam,
faktor ke(2) dan ke(3) masih ada kaitan dengan faktor pertama.
Stress menyebabkan (atau disebabkan) oleh hormon yang tidak seimbang dalam badan.
Manakala, pemakanan yang tidak sihat akan menjurus kepada nutrien yang tidak seimbang sekaligus menyebabkan hormon tidak seimbang. Itu yang orang duk kata 'we are what we eat'.
Dengan kata lain,
jika hormon tidak seimbang
tidak kira kalau kita berusia 1900 tahun sekalipun
maka muka kita tetap akan dihinggap jerawat.
Cuma mungkin tak semeriah jerawat di muka para remaja.
So, C.
Jangan terlalu suka bila ada jerawat di muka.
Kawal hormon kau tu sikit.
#NoteToSelf
Dan jika ada remaja tak purba yang sedang menghadapi masalah jerawat sedang membaca entri ini,
bertabahlah dan bertahanlah.
Jerawat itu adalah hasil daripada proses badan anda menyingkirkan lemak berlebihan dalam bentuk sebum dek kerana proses kematangan diri.
Dengan kata lain, tak ada yang perlu dimalukan dengan jerawat di muka.
Itu tanda anda sedang membesar dengan jayanya.
Just kawal dengan banyakkan minum air kosong dan kurangkan makanan berlemak/ berminyak.
Dan C,
muka kau kena hinggap jerawat sebab banyak makan masa open house hari tu.
Jangan suka sangat, nanti tak ada mak mertua yang berkenan.
.