Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 6, 2018

Sembang Ramadan: AZAM!



Salam.

Hey, you're still reading this blog, huh?
Terima kasih sebab masih tak jemu membaca blog ini.
Aku sedar alam blogging semakin kurang relevan,
tapi itulah, niat aku tulis blog pun bukannya nak ikut trend pun.
Lebih kepada medium meluahkan perasaan diri.

Minggu ini kita (aku) akan berbincang tentang satu perkara;
AZAM.





Kalau kalian baca blog aku, atau kenal aku secara peribadi,
kalian akan tahu aku ni jenis yang mission-oriented.
Aku suka tetapkan misi untuk sesuatu yang aku buat, supaya pada akhir nanti aku boleh nilai adakah perkara itu memberi kesan kepada aku.
Bebudak zaman sekarang suka guna istilah goal-digger (word spin daripada gold-digger) tapi entahlah, aku kurang berminat dengan istilah tu. Dengar macam rempit sangat.

Tidak terkecuali untuk bulan Ramadan.
Sejak daripada dulu lagi aku selalu letakkan 'misi', atau lagi mudah aku panggil 'azam', bila masuk bulan Ramadan.

Kenapa 'azam' dan bukan 'misi'?
Kerana 'misi' boleh dinilai, manakala 'azam' kedengaran lebih subjektif.
Logiklah. Kalau kita berazam nak tambah pahala, macam mana kita nak nilai pahala tu sedangkan sama ada pahala itu dapat ke tidak bukannya kerja kita sebagai umat, kan?

Atas sebab-sebab tertentu, aku tidak boleh berkongsi secara terperinci semua azam Ramadan aku tahun ini.
Bila melibatkan hubungan dengan Tuhan, kita kena berhati-hati berkongsi kerana takut jatuh hukum riak dan takabbur.

Namun apa yang aku boleh kongsikan adalah satu cerita ini yang telah aku alami awal Ramadan lalu.

Antara azam Ramadan aku tahun ini (secara umumnya) ialah mahu LEBIH MEMBERI.
'Memberi' ini luas skopnya, banyak definisinya.
Antara yang paling mudah untuk kita kata ialah bersedekah.
Dan cerita aku pun ada kaitannya dengan bersedekah.

Satu petang sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, aku singgah di sebuah masjid untuk solat Asar. Sedikit terlewat, aku terlepas jemaah. Namun nasib ada jemaah kecil baru jadi dapat juga aku pahala berjemaah.

Selepas selesai solat, aku ambil keputusan untuk berehat sebentar di satu sudut masjid dengan bermain telefon bimbit. Cuaca di luar sedikit renyai, jadi aku rasa adalah baik untuk aku tunggu hujan reda sebelum sambung bergerak ke rumah.

Tiba-tiba, ada seorang lelaki menghampiri aku. Diberinya salam. Aku menjawab salam sampai menekan butang padam di telefon. Aku tidak mahu dia melihat apa yang aku buat di telefon aku, sekaligus aku memberikan dia perhatian yang dia pinta.

Lelaki itu menghulurkan satu bekas makanan berbentuk segi empat tepat dan lutsinar. Kelihatan berisi pulut kuning di satu bahagian, dan lauk rendang ayam di satu bahagian yang lain.

"Maaf ganggu, bang. Ini ada sedikit juadah untuk berbuka nanti," katanya.

Aku menyambut huluran itu dan berterima kasih. Tanpa penerangan lanjut, lelaki itu terus minta izin untuk beredar. Dari jauh aku ikut gerak geri lelaki itu. Rupanya dia mengedarkan juadah berbuka itu daripada satu kotak besar yang dibawanya daripada kereta dia sendiri, sendirian.

Pada aku ketika itu, lelaki itu adalah antara yang benar-benar gigih mahu menimba pahala sebanyak mungkin di bulan Ramadan. Memang niat dia mahu berbuat kebaikan. Tiada aksi gambar selfie untuk dipertontonkan. Tiada melobi nama atau syarikat untuk tujuan promosi. Dia beri, dan dia pergi. Dia jelas tiada niat mahu ganjaran duniawi.

Aku kagum. Lelaki itu mengingatkan aku tentang azam Ramadan yang aku tanam sedari awal puasa hari itu. Aku juga mahu lebih memberi. Tapi aku manusia biasa, aku selalu lupa apa yang aku azamkan.

Hujan sudah reda.

Aku ambil keputusan untuk gerak pulang ke rumah, berbuka di sana. Tapi sebelum beredar, aku berdiri di depan tabung masjid dan memegang dompet. Aku mahu memberi. Aku pun mahukan pahala seperti lelaki tadi mahukan pahala.

Aku buka dompet. Di bahagian duit kertas hanya ada dua keping not. Satu warna biru (RM 1), satu lagi warna merah (RM 10).

Memori tiba-tiba bawa aku ke satu masa dahulu di mana ustaz pernah berkata,
"Kalau nak bersedekah, pilihlah untuk bersedekah nilai yang lebih besar. Lagi sayang kita dengan benda itu, lagi tinggi nilai dia di sisi Allah SWT ketika disedekahkan."

Pilihan aku hanya dua; duit kertas biru atau duit kertas merah.

Aku bercadang mahu isi minyak motosikal sebelum sampai ke rumah nanti, jadi aku kena simpan duit kertas merah. Tapi kalau nak hulur yang kertas biru, nilainya terlalu rendah.

Hampir seminit aku berdiri di depan tabung dan berfikir, akhirnya aku buat keputusan berat untuk hulur yang biru dan simpan yang merah. Seharian aku terasa ralat.



Hari itu aku dapat satu pengajaran;
MEMBERI tidak semudah yang kita fikirkan, apatah lagi untuk orang yang kurang benda untuk DIBERI.





.


4 comments:

  1. dah lama tak singgah sini

    entri kau tetap padu, penuh dengan pengisian and kali ni buat aku insaf dan sedar, kurangnya aku. tq

    selamt hari raya cero, kalau aku tak sempat nak melawat sini sebelum raya haha. maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Nad

      Lebih setahun baru aku reply. Mcam aku ni datang dari masa depan pulak hahaha. Oh, in my future, kau dah kahwin. Congratulations 😁😁😁

      Delete
  2. takpe. sedekah ikut kemampuan. bila2 masa boleh sedekah. ada rezeki lebih esok2 hulur la yg merah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Tu laa. Takut waktu ada rezeki Lebih esok2 tu tak datang pula niat nak memberi. Kita manusia ni kan hati cepat berubah-ubah 😅

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License