Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 20, 2017

Aku Nampak Apa Yang Aku Nampak.


Salam.

Kalau perlu diterangkan tentang diri sendiri,
aku rasa aku seorang yang lambat mesra.
Kalian perlu empat lima kali pertemuan barulah aku boleh jadi sedikit selesa dan mesra.
Jangan harap untuk pertemuan pertama sudah buatkan kita jadi serasi.

Kebiasaannya,
pada pertemuan pertama aku dengan seseorang,
aku akan jadi lebih diam dan berjaga-jaga.
Walaupun mulut diam, tapi otak aku ligat mentafsir benda lain.
"Adakah dia seorang kidal atau pengguna tangan kanan?"
"Cara duduk dia senget, mungkin ada sesuatu keras yang mengganggu di poket belakang."
"Inai di jari dia sudah semakin pudar, menandakan sudah berlalu beberapa minggu."
"Cara dia gelak sedikit menjengkelkan, tapi itulah kelebihan dia."

Ya.
Pada pertemuan awal (pertama, kedua, ketiga dan mungkin keempat)
aku masih tidak akan tunjukkan sifat aku sebenar.
Jangka masa itu aku ambil untuk analisa segala perkara tentang subjek.
Supaya kalau ada pertemuan seterusnya,
aku akan tahu mana patut dan mana tidak patut untuk aku lakukan.

Mungkin sebab inilah aku kurang kawan.
Sebab pada pertemuan awal, mereka akan anggap aku sombong.
Atau tidak berminat.
Jadi kebarangkalian untuk ada pertemuan yang seterusnya akan menjadi tipis dan menghampiri sifar.


Imej sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan isi entri.


Alkisah,
hampir setahun yang lepas aku ada menghadiri satu pertemuan dengan seseorang.
Dia ini aku kenal melalui jaringan sosial.
Itu bukan kali pertama, tapi merupakan pertemuan kedua.
Dia seorang perempuan.

Dia agak menarik perhatian aku,
dan percayalah, bukan senang nak tarik perhatian aku.
Jadi aku agak tertunggu-tunggu akan pertemuan itu.

Pada hari kejadian, kami berkumpul.
Ya, pertemuan itu bukan hanya empat mata, tapi satu kumpulan.
Walaupun sebenarnya aku hanya ternanti-nanti untuk bertemu dengan dia seorang sahaja.

Kita beri nama dia sebagai R.
Sudah tentu itu bukan nama sebenar.

R datang pertemuan dengan berbaju biru bertudung biru gelap.
Dia duduk betul-betul berhadapan dengan aku,
dengan kawan-kawan lain duduk bersebelahan membentuk satu bulatan pada satu meja.

Jadi mulalah kami berbual.
Semasa yang lain sibuk berbual,
aku pun mulalah menjalankan analisis aku.
Tiap-tiap orang aku analisa satu persatu, sehinggalah sampai ke giliran R.

Di sinilah bermula isunya.

R bertudung bawal.
Jadi belahan tudung di bawah dagu bahagian leherlah sedikit terbuka.
Aku rasa dia pakai baju yang berleher luas,
jadi belahan tudung tadi menampakkan kulit dadanya.
(Biar aku tekankan di sini, kulit dada, bukan buah dada)

Masalahnya,
kedudukan aku yang betul-betul berdepan dengan R membuatkan hanya aku sahaja nampak bukaan itu.
Aku tak rasa kawan-kawan (perempuan) yang lain nampak
sebab kalau aku gerakkan kepala sedikit ke kiri atau ke kanan,
belahan itu sudah tidak dapat dilihat.

R pakai tudung biru gelap,
maka bukaan tudung yang menampakkan warna kulit dia adalah kontra.
Jadi dari tempat aku, jelas nampak warna kulit dada dia.
Kadang-kadang R bergerak lebih, dan bukaan itu semakin luas.
Kulit yang aku nampak juga semakin banyak.
Sampai satu tahap, mungkin tidak keterlaluan kalau aku kata nampak 'lekuk'.

I am not a pervert,
tapi rasanya letaklah ustaz serban berlilit sekalipun di tempat aku,
dapat lihat sesuatu yang 'rare' dan 'raw' sebegitu
rasanya tergugat juga keimanan.
Apatah lagi lelaki biasa macam aku ini.
Aku pun ada juga nafsu nafsi.

Ya, berlambak gambar artis dengan keseksian yang lebih merisaukan,
aku sepatutnya tak perbesarkan hal sebegini, kan?
Tapi masalahnya si R ini aku kenal.
Dia baik, bertudung. Bukan sengaja untuk memperlihatkan.

Pada aku, ini bukan rezeki. Tapi lebih kepada satu ujian.

Aku berharap yang si R ini sedar sendiri tudungnya terselak.
Biasanya kalau kulit terdedah dan kena angin, kita akan perasan.
Macam perasannya kita bila dapat tahu zip seluar tidak dinaikkan.
Tapi sampai sudah R masih tidak perasan dan tiada apa-apa tindakan.

Aku nak hantar text dekat dia, nak inform secara sembunyi,
tapi aku tak ada nombor dia.
Aku nak bagi hint pula takut dia naik malu sebab aku sudah nampak.
Aku nak cakap direct, lagilah tak boleh, nanti jatuhkan maruah pula.
Aku nak tulis nota kecil lepas tu kirim ke dia,
kawan-kawan sekeliling akan nampak dan jadi curious
dan akhirnya akan memaksa untuk tahu apa yang dikirimkan.
Tak menjadi juga.

Akhirnya aku buat keputusan untuk berdiam diri.
Aku biarkan, sampailah beberapa jam habis sesi pertemuan.
Setiap kali aku perlu bercakap, aku akan hala kepala ke arah selain dia.
Kalau aku perlu bercakap dengan dia, aku pandang meja, tak pandang dia.
Nak elakkan janggal, aku terpaksa mengelak untuk bercakap dengan dia.
Aku dapat rasakan yang dia sedar aku langsung tak layan dia.
Macam mana aku nak layan?
Kalau aku pandang muka dia, dada dia juga berada dalam medan penglihatan aku.


Dan disebabkan dalam pertemuan itu aku kurang layan dia,
jadi kami jadi makin renggang di alam atas talian.
Aku juga rasa bersalah sebab 'kenyang' tengok dada dia.
Jadi, seperti efek bebola salji yang makin bergolek makin bertambah,
lama-kelamaan kami menjadi makin jauh.
Dan sekarang, we are total strangers.


------------------------- ------------


Sekarang, (hampir) setahun sudah berlalu.
Aku masih mempersoalkan tentang tindakan aku ketika itu.
Adakah tindakan aku untuk berdiam diri adalah tepat?
Apakah patut aku beritahu dia pada masa itu juga?
Kalau patut, bagaimanakah cara terbaik untuk aku beritahu aib dia itu tanpa memberi kesan buruk sama ada ke atas aku atau ke atas diri dia sendiri?

Aku juga terfikir di alam sejajar yang lain,
di mana kalau aku beritahu dia pada ketika itu,
mungkin dia menganggap aku sebagai seorang yang mengambil berat terhadap dirinya
dan kemudian kami menjadi makin rapat
dan sekarang kami mungkin sedang merancang untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung tahun hadapan.

Atau kalau aku beritahu dia pada ketika itu,
mungkin juga dia akan anggap aku sebagai seorang yang gatal dan miang
dan kemudian dia akan beritahu kawan-kawan perempuan dia yang lain bahawa aku miang
dan dia dengan kawan-kawan perempuan dia akan pulaukan aku
dan akhirnya kami akan menjadi stranger, sama seperti sekarang.


I don't know.
Aku masih tiada jawapan untuk persoalan tentang apa yang patut aku buat.
Dan aku tak suka bila aku tak ada jawapan.

Jadi, aku nak tanya pendapat kalian semua.

Kepada pembaca entri ini yang perempuan,
apa patut aku lakukan?
Apa pendapat korang bila ada lelaki tegur tudung korang terbuka nampak dada?
Adakah korang akan malu dan jauhkan diri?
Atau korang rasa 'wahh, baiknya dia ni tegur ya bakal imamku kahwinilah daku'?

Kepada pembaca lelaki pula,
apa yang korang akan buat kalau berada di tempat aku?
Nikmatinya selagi ada peluang?
Atau tarik pandangan ke tempat lain?
Bagaimana cara terbaik untuk kita tegur kejadian sebegini?


Semua pendapat aku dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


Update 22 Disember 2017:
Semasa update ini ditaip, aku belum baca komen entri ini.
Tapi aku ada dapat DM dari seseorang (terima kasih sebab tegur) mengatakan entri ini sedikit bersifat 'creepy', jadi aku edit dan buang beberapa bahagian yang aku rasakan tidak ada pun tidak apa, TANPA mengganggu penyampaian tujuan entri ini. Jujurnya, aku sengaja tekankan konsep 'creepy' di entri ini hanya untuk satu tujuan, supaya apa yang berlaku dalam entri ini dipandang berat, bukan sekadar 'alaa, tudung terselak je pun...'

Dan di sini ingin aku tekankan, sebab kenapa aku berani tulis entri sebegini ialah aku yakin si R itu tidak akan baca entri ini kerana dia berada dalam 'circle' kawan aku yang lain. Jadi, aku harap tiada spekulasi menuduh R itu sesiapa sebab, technically, R tak kenal pun aku ni cEro. Dan aku rasa aku tidak buka aib sesiapa sebab tiada nama dan bayangan pun diberi yang boleh menunjukkan siapa R yang aku maksudkan. Aku jumpa ramai orang baru dalam tahun lepas 2016, sama ada melalui kerja, hobi, ataupun kehidupan sosial dan keluarga. Maka, jika anda rasa dapat teka R itu siapa, aku berani kerat jari, ANDA SALAH





.




28 comments:

  1. Jangan tegur directly.. owhh so akkward.. gtau le salah sorang kwan dia.. suruh dia betol kan tudung.. coz nmpak leher..thats enough.. n try la pesan kt kawan dya jangan gitau that girl tudung terbukak tue kata ko yg gitau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Itu masalah dengan pertemuan awal. Semua orang aku tak kenal. Kawan-kawan perempuan dia pun aku tak kenal sangat, macam aku tak kenal dia.

      Ya, aku dah rasa aku silap sebab aku berdiam diri. Tapi pada waktu itu, aku rasa itu adalah cara terbaik sebab, macam yang aku cakap, aku tak kenal (rapat) dengan orang-orang sekeliling aku.

      Kalau si R tu kawan baik aku, dah lama aku sound direct je, lepas tu sama-sama gelak-gelak.
      :D

      Delete
  2. Maaf cakaplah tapi aku rasa ko dah boleh terima hakikat yang ko ni pervert. Boleh je tegur bagitahu dia pasal tudung dia terbuka tu tapi ko lagi selesa layan hipotesis-hipotesis merapu. Malah duk tambah tenung lagi sampai 'kenyang'. Malulah sikit. Pervert dalam diam dan pervert terang-terangan ni dua-dua tak bleh pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. tetapi penulis ni.dari kita hentam, baik nasihat baik2 sudeh. mana ada orang xnah wat silap ;)

      Delete
    2. >Anonymous (20 Dec 2017 11:01)

      Aku baca semua komen dahulu sebelum taip ini. From all comments, aku paling terkesan dengan komen yang ini.

      Clearly kau tak baca post itu betul-betul.

      Here's the thing. Ini blog aku, ini cerita aku.
      Aku boleh ALTER cerita ini dengan tunjukkan aku seorang yang baik, tapi TAK, aku tak buat.
      Aku boleh selitkan ayat Al-Quran berkenaan kewajiban menjaga aurat dan kesucian diri, dan selitkan mana-mana hadis sahih untuk kuatkan hujah, tapi TAK, aku tak buat.
      Aku boleh post entri ini dua tiga hari selepas hari kejadian, tapi TAK, aku tak buat. Aku tunggu setahun.

      Nak tahu kenapa aku tak buat 3 perkara di atas?

      Sebab,
      1) aku tahu dunia ini penuh dengan pervert. Kalau aku alter cerita kata aku baik, aku tak gambarkan keadaan sebenar kejadian, dan nilai cerita ini tak dapat disampaikan dengan tepat, kan?

      2) Aku mahu penyelesaian dalam konteks sosial. YA, agama kata kita perlu tundukkan pandangan. Aku tahu. Tapi hakikatnya aku tak tunduk pandangan pada waktu itu. Jadi? Apa patut aku buat? ITU SOALAN AKU. ITU SEBAB AKU TULIS ENTRI INI.

      3) Aku menjarakkan entri ini dengan waktu sebenar kejadian hampir setahun sebab aku tak mahu orang back trace kejadian dan dapat pin point siapa R. Aku sedang menjaga aib si R dengan bercerita apa yang berlaku TANPA menjatuhkan air muka dia. Salahkah aku?

      Kau taip panjang-panjang tapi tak jawab soalan aku.
      Ya, aku pervert, tak alim macam kau yang jatuhkan hukum pervert tu sesuka hati tanpa fahami konteks cerita aku.

      The fact that you all calling me perv adalah sebab aku taip perkataan-perkataan 'gempak' (yang sekarang aku dah edit keluar) yang memberi gambaran kejadian. Tapi kalau aku tak tulis perkataan-perkataan itu, aku rasa mesej aku tak sampai, kan?

      Untung laa pervert macam aku dapat tengok dan tak buat apa-apa berdiam diri. Kalau pervert lain, rasanya, dah macam-macam dah buat. *senyum senget*

      Ya, aku butthurt.
      Kena panggil PERVERT sebab nampak kulit dada orang dan tulis entri nak tahu apa patut aku buat, memang aku patut butthurt.

      Delete
  3. Dapat tengok live lelaki normal mana yg takkan lepaskan peluang kan?

    R semakin jauh dari kau? mungkin tujuan kau tulis entry ni pun sebab kau harap R baca... usaha kau untuk merapatkan semula hubungan korang. Harap lepas R baca entry ni dia faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aq jadi R. aq akan rasa so betrayed. he talks about my boobs here.wtf

      Delete
    2. I dont think he's talking bout boobs. its just cleavage

      Delete
    3. No, it's just KULIT DADA.
      No boobs, no cleavage (sikit kot, merujuk kepada perkataan 'lekuk')

      >Anonymous

      Baca balik update aku, aku tekankan yang R tidak akan terkesan dengan entri ini sebab basically R tidak tahu cEro wujud. Kalau dia baca sekalipun, dia tak akan tahu R itu adalah dia sebab aku berdiam diri tak bagitahu dia tudung dia terselak. Kalau aku beritahu, sudah tentu entri ini tak akan wujud, kan? Logik?

      >just Yana

      I kinda understand the betrayed part, but you obviously tak baca entri betul-betul, Yana. Go back baca betul-betul.

      Delete
  4. damn.you are a pervert. lol. ko pikir leh rasa pulak angin kt dada. it happened la once in a while.if you are not.ternampak sikit pon you will be like most of my friends. will say weyh . sambil tnjuk dada dorg. eventho dorang lelaki. just seloroh.weyh .dada ko.smbil tu pandang tempat len. pstu sambung borak mcm xde pape.because?? they're not pervert.they dont try to see.tapi lebih kepada terkejut.terkejut tu kerana mereka tau mereka sendiri xptt tengok.so my friend, taubat la bebanyak. lol. dont let it ever happened again. you are a muslim man. protect us.and not like this. dahla sekarang banyak stereotaip tentang lelaki melayu muslim believe it or not. and its all nonsense bagi aq.etc lelaki melayu pervert,rogol anak sendiri. tapi bila kau tulis macam ni .... so yeah. berubahla. cant always be that self centered.life doesnt evolve around us aje kan? so treat that friend nice balik. and f that image of her boobs out of ur pervert brain,tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Aren't we all pervert? Moderate perverseness sudah hardwired dalam gene kita, yang membuatkan spesies kita nak berkembang menambahkan zuriat sekaligus memastikan kemandirian spesies agar terus wujud di muka bumi.

      Aku sangat dapat rasakan kau tak baca entri ini betul-betul. Ya, insyaAllah aku akan bertaubat atas segala dosa aku TERMASUKLAH dosa tengok dada orang ini, tapi intipati entri aku ialah APA SEPATUTNYA AKU BUAT PADA WAKTU KEJADIAN. Itu sahaja tujuan aku up entri ini. Bukannya aku nak tukar blog ini jadi blog seks pula.

      Penyelesaian yang kau cakap itu, pada aku, hanya berkesan kepada kawan lama yang rapat ATAU aku ni jenis yang banyak mulut huhahuha bila jumpa orang baru. Itu mungkin kau, tapi kalau kau baca entri ini elok-elok, dari awal aku dah cakap aku ni seorang yang pendiam pada pertemuan awal. You get it? Mana ada orang pendiam tetiba tunjuk dada orang yang baru kita kenal suruh tutup. Bukankah orang pendiam yang tetiba buka suara tegur dada orang lagi nampak creepy?

      Aku tak kata aku SUKA tengok dada dia. Aku TERtengok. Aku dah pun cerita yang aku alih pandangan aku dan kurangkan eye-contact (kalau kau baca laa, which is aku rasa TAK BACA sebab kau dah dikaburi pandangan bahawa entri ini entri pervert)

      I don't know.
      Kalau kau rasa kecewa dengan entri aku kali ini, aku lagi kecewa sebab kau tak baca betul-betul dan terus ketepikan isu sebenar yang aku nak ceritakan.

      Nasihat aku, kita bertaubat sama-sama.
      Dan lain kali, BACA. BACA BETUL-BETUL.

      Delete
  5. btw kalau ko bg tau kami perempuan. aq xtaula orang lain.tapi masa aq kena, aq cakap. ya allah nasib baik lah dia bagi tau aq

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Kau habiskan hampir 5 minit di bahagian komen untuk tinggalkan 4 komen. WOW. Kau betul-betul jijik dengan entri kali ni ek?

      YES!
      That actually my question.
      Pada hari kejadian aku berdiam diri.
      Kalau pada kau aku berdiam diri itu silap, dan patut beritahu dia, aku nak tahu bagaimana cara paling kurang kerosakan boleh aku buat.
      Itu sahaja.

      Jangan tokok tambah entri aku. Aku tak pun nak menggalakkan rogol, yang kau pergi petik berita lelaki pervert rogol anak sendiri dekat komen sebelum ni dah kenapa?

      Entri ini diterbit supaya next time ada perempuan bertudung baca, dia akan sentiasa alert dengan bukaan dan lipatan tudung dia. Sebab bukan semua lelaki boleh berdiam diri macam aku buat. ITU SAHAJA.

      Gosh! It's very hard when you have to explain benda yang tak sampai.

      Delete
  6. pandangan aku sebagai seorang lelaki pula, kalau orang tu stranger, kenalan atau kawan yang bukan kawan baik, mungkin aku takkan tegur sebab oleh timbulkan suasana janggal. lagipun kita tiada sebarang kebertanggungjawapan pada perempuan tu.

    malah mungkin ia terdedah secara tidak sengaja, so cara paling mudah dan betul, cuma tunduk dan alihkan pandangan je, and just continue borak macam biasa.

    so kalau kata lepas tu dah jadi kawan rapat, atau mungkin akhirnya ditakdirkan ke next stage, bercinta, bertunang dan berkahwin, masa tu nak tegur pun tegur la sebab ia dah jadi tanggungjawab kita, lagipun tak timbul dah suasana janggal sebab dah kenal rapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Boss Noob

      FINALLY. Someone yang faham tindakan aku untuk berdiam diri. Aku basically dikelilingi dengan orang yang aku tak rapat dan tak kenal, jadi nak tegur bukan satu perkara mudah. Kalau dia kawan baik aku, lama dah aku sound direct.

      Aku dapat rasakan orang yang baca entri ini tak dapat gambaran betapa beratnya perasaan kita nak tegur orang yang tak rapat, apatah lagi perempuan dalam soal maruah ini. Aku tak kata tindakan berdiam diri aku itu betul, sedikit sebanyak tindakan itu memakan diri aku sendiri. Tapi aku sangat tak tahu apa patut aku buat pada waktu itu, selain berdiam diri.

      Aku telah disalah-anggap dalam entri ini :((

      Delete
  7. Takda ilustrasi bergambar ke ? ;d

    Kau pasti ke dia tak sengaja? Mungkin dia memang saja nak tease kau? Mungkin dia pun minat kat kau

    Pendapat aku tak payah tegur. Lagipun kau cuma boleh nampak sebab kau ada di view angle yg betul. Orang kat sebelah kau pun tak nampak kan? Its just your luck. Orang lain tak nampak apa yang kau nampak. Kau tegur nanti lain pula jadinya. Susah kita nak faham perempuan ni. Complicated, overthinking.
    Tapi kalau kes pakaian perempuan tu ada bukaan jelas mcm koyak ke tu memang patut tegur la.
    Sebab semua orang boleh nampak, kesian kat dia nanti ada pervert snap gambar ke ape.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Oi, memang tak ada laa ilustasi bergambar. Kena ban nanti blog ni hahaha.

      Oh?
      Aku tak pernah terfikir pun dia sengaja.
      Kalau dia saja nak tease, dia sedang bermain dengan maruah kot. Wujud ke perempuan macam tu?
      Lagipun pada aku dia orang baik. Takkan kot nak tease segala bagai :|

      YES!
      Finally ada orang yang baca entri aku betul-betul.
      Hanya aku sahaja nampak bukaan itu, malah bila dia bangun masa sudah tamat perjumpaan, bukaan itu tertutup balik sebab tudung dia ditarik graviti. Jadi pada aku, no point lagi nak tegur. Sebab itu aku berdiam diri.

      Tapi komen-komen lain buatkan aku rasa berdiam diri adalah satu tindakan yang salah :((

      Delete
    2. gurau je bab tease tu ;d

      yg ingat kau pervert tu diorang ingat kau enjoy view tu kot.

      Delete
    3. >Anonymous

      Hahaha.
      Maybe next time aku kena buat entri islamik sikit petik hadis dan quran baru orang tak kata aku pervert hahahaha

      Delete
  8. I'm not sure about other ladies but if it happened to me (mohon dijauhkan!), I would appreciate if that guy can somehow bagi sign or tegur. But please, mohon alih pandangan. Malu memang la akan malu tapi sampai situ je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Tegur dalam bentuk sign. Auuchhh!
      Tak terfikir langsung cara tu.
      Sign can be discreet, jadi aib pun tak terbuka luas.
      Maybe selepas itu akan jadi sedikit janggal, tapi for me rasanya ini cara paling baik kot memandangkan aku dengan R tu tak laa kenal rapat mana waktu tu :)

      Delete
  9. kalau aku kat tempat kau aku yg malu + tak tahu nak tegur macam mana. mungkin kepada perempuan kat luar sana tu boleh beringat kot fasal ni. mungkin pernah terdedah macam ni tapi itu la kita org lelaki ni pun tak tahu nak tegur macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. >shah

      Exactly.
      Pada hari kejadian, aku sangat rasa tak selesa, janggal dan mati kutu tak tahu nak buat apa.
      Langsung tak terfikir cara terbaik supaya boleh minimakan kerosakan susulan.
      Pada aku waktu itu, berdiam diri adalah cara terbaik.

      Aku boleh je berdiam diri terus, tak cerita dalam entri ni tapi aku sangat nak tahu apa tindakan paling baik untuk aku lakukan kalau-kalau berlaku lagi kejadian seperti ini kemudian hari.

      Delete
  10. Huhuh.. kesian ko tetiba kene hentam. Aku takde hak nak judge ko, cuma biasa aku dgr ustaz2 selalu ckp, jaga pandangan. Mungkin ko dah cuba yang terbaik.

    Sbg perempuan, aku akan malu kalau lelaki yang tegur aku. Air muka aku akan jatuh terus. Mungkin aku akan rasa nak balik je time tu. Aku lebih selesa kalau perempuan yang tegur. So cubalah cari kwn perempuan yang paling boleh dipercayai utk tegur. Dan kalau ko betul2 kawan yang baik dan nak jaga maruah kwn ko, tentu ko tak tangguh2kan teguran tu. Cuba ko bayangkan berapa ramai yang sebenarnya dah ternampak macam ko. Kesian kawan perempuan ko tu.

    Walaupun, mungkin lps tegur tu keadaan jadi awkward seketika (atau mungkin selama-lamanya), tapi nanti diorang akan faham dan respect ko sebab tolong diorang sbnrnya. Kalau aku, memula mesti aku takleh pun nk pandang or jumpa ko. Malu weh. Tapi aku rasa hormat aku pada ko akan tinggi.

    Sekian pendapat aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Ha

      Bab jaga pandangan, memang aku dah cuba yang terbaik. Tapi bila target ada depan mata, susah juga laa nak jaga mata pun.

      Guna kawan perempuan lain beritahu dia adalah satu idea yang bagus, tapi aku sendiri tak kenal kawan perempuan lain yang ada dekat situ. Itu pertemuan awal, masing-masing masih stranger. Tiada siapa lebih rapat dari sesiapa.

      Betullah tu. Mungkin pada waktu kejadian aku memang patut tegur walaupun apa cara teguran sekalipun. Tindakan aku berdiam diri sedikit sebanyak memakan diri aku sendiri, sebab sekarang aku dengan R sudah tak kawan lagi hahaha.

      Terima kasih beri pendapat. :)

      Delete
  11. kalau terjadi benda macam nie, lagi bagus bagitau terus je. guna sign ke apa. dari dibiar gituuuu je wehh T^T

    sebagai perempuan, memang malu jugak kalau ditegur bab macam nie, tapi dalam tu bersyukur jugak sebab ada orang tegur kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Itulah.
      Sebab masa waktu kejadian, memang tak tau langsung apa perkara terbaik patut buat.

      Mungkin next time kalau berlaku lagi, aku dah tau apa patut aku buat. Thanks BV 😁

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: