Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 5, 2017

Raya, Putus dan Rambut di Lubang Air.


Salam.

Selamat hari raya.
Hari raya adalah alasan kukuh untuk kita bertemu sanak saudara dan sahabat handai.
Berjumpa kenalan lama dan bertanya khabar, itu perkara biasa bila dapat berkumpul satu tempat sempena hari raya, kan?

Kesempatan ini aku ada bertanya keadaan seorang kawan.
Nama dia dirahsiakan, tapi dia baru sahaja putus cinta.
Dengar khabar hari tu, sudah bersiap sedia nak masuk meminang
tapi takdir nampaknya lebih kuat, putus di tengah jalan.

Bila ditanya kenapa, jawab kawan aku,
"Dia tak terima aku seadanya."

Aduhaaaaiiiii....
Itu ayat paling aku tak gemar dengar.
Rasanya aku dah ulang banyak kali dah kenapa aku tak suka ayat tu dalam blog ni,
kalian carilah post mana satu, aku malas nak selongkar.

"Dia tak boleh terima aku sebab aku perokok.
Dia berkali-kali suruh aku berhenti merokok tapi aku gagal.
Jadi dia tinggalkan aku."

"Dia tak terima aku seadanya (sebagai seorang perokok)!"



Mari aku bawa kalian balik flashback ke masa silam aku.

Pada masa aku masih pelajar kolej, aku ada bercinta dengan seorang perempuan.
Nama dia Nola (bukan nama sebenar).
Satu perkara yang aku bangga dengan diri sendiri ialah
kalau aku bercinta, aku bercinta betul-betul.
Memang tahap nak dijadikan isteri,
bukan sekadar nak main-main nak ikut trend.
0rang lain bercinta, dia pun bercinta, itu bukan aku.

Nola pernah beritahu aku yang dia geli dengan rambut,
terutamanya rambut gugur yang terperangkap dekat lubang bilik mandi.
Berkali-kali aku dengar dia merungut dekat bilik mandi hostel dia
penuh dengan rambut yang tersangkut dekat lubang air.

Mula-mula aku faham kegelian dia.
Dari cara dia cerita, memang dengar sangat menggelikan pun.
Jadi aku tidaklah ambil kisah mana.
Mungkin geli dia sama macam aku gelikan lipas kot,
jadi sangat acceptable.

Nak dijadikan cerita selepas beberapa bulan bercinta
aku berhajat nak kenalkan dia kepada keluarga aku.
Hari raya menjelma jadi aku jadikan itu alasan untuk bawa dia beraya ke rumah aku.

Untuk hilang kekok, dia bawa adik dia dan dua orang kawan lagi untuk beraya bersama.
Aku okey je, asalkan ada peluang nak kenalkan kepada Mak Abah aku.
Jenis Mak Abah aku,
kalau betul-betul serius baru boleh bawa pasangan kenalkan kepada mereka.
Kalau tak serius dan sekadar nak main-main cinta monyet, jangan bawa.
Abah aku polis (sekarang pesara), jadi dia sangat serius macam misai dia juga.

Disebabkan aku ni bercinta dengan serius (pada masa itu)
jadi aku memang nak bawa si Nola ni bertemu muka dengan Mak Abah aku.

Sambung cerita,
Nola, adiknya dan dua rakan kami pun datang beraya ke rumah aku.
Semuanya nampak lancar. Mak aku pun elok je melayan.
Kebetulan Abah aku kerja, jadi legalah sikit.
Aku pun tersenyum makan kuih raya sambil merancang masa depan...

...sehinggalah sesuatu berlaku.
"Makcik, nak pinjam toilet sekejap. Boleh?" kata Nola.

Mak aku pun tunjukkan bilik air di mana.
Beberapa minit kemudian, si Nola ini kembali ke ruang tamu dengan muka semacam.

(Sampai sini aku rasa semua pembaca boleh agak apa yang jadi, kan?)

Nola tak kata apa-apa,
tapi sebab aku ni hebat (perasan) baca ekspresi muka dan bahasa tubuh
aku tahu ada sesuatu yang tidak kena.
Aku ke bilik air tadi mencari punca.

Ya.
Ada rambut tersangkut dekat lubang bilik air tersebut.
Panjang rambut tu, tapi tidaklah banyak. Dalam serumpun macam itu sahaja.
Aku syak itu rambut mak aku, sebab adik-beradik aku yang lain rambut mereka tak sepanjang itu.

Nola bermuka serba tidak kena dan berubah perwatakan
adalah disebabkan rambut itu.
At least itu hipotesis aku sebelum aku tanya dia untuk kepastian.
Tadi baik punya mesra tersenyum masih berjenaka dengan Mak aku,
lepas keluar bilik air terus bertukar macam kena sampuk bunian.

Selepas beberapa puluh minit, semua tetamu pun berhajat nak balik.
Aku minta kebenaran Mak aku untuk hantar semua tetamu balik dan Mak aku benarkan.
Sebenarnya, aku nak tanya Nola apa yang buatkan dia berubah muka.
Aku macam sudah tahu jawapannya, tapi aku tetap nak jawapan itu keluar dari mulut dia.

"Dalam toilet ada rambut. Saya geli," kata Nola.

Hey perempuan.
Benda yang kau kata geli itu rambut mak aku tau.
Mak aku syurga aku. Kau geli dengan syurga aku?

Sudah tentu aku tak marah pada masa itu.

Tapi beberapa bulan kemudian kami putus kerana bila kami dapat universiti yang berbeza selepas habis kolej, dia hendak aku mohon tukar universiti supaya dapat satu tempat belajar yang sama dengan dia.


Macam ni,
poin aku di sini ialah,
kalau aku terima si Nola itu SEADANYA,
bermakna aku juga perlu terima perangai geli rambut dia tu,
bermakna juga aku perlu terima dia geli rambut di bilik air walaupun itu adalah rambut aku mahupun rambut gugur mak aku.

Aku tak boleh terima dia geli dengan rambut mak aku.
Benda macam itu boleh kompromi kot, boleh dilepas pandang,
bukan satu isu besar sampai perlu geli berubah muka segala bagai.

Sebab itu aku tak suka frasa 'terima seadanya' itu,
sebab pada aku, kalau boleh berubah jadi lebih baik,
kenapa perlu terima seadanya?



Berbalik kepada cerita kawan aku si perokok kena tinggal tadi.
(Bekas) kekasih dia itu bukannya suruh dia berubah teruk mana,
dia suruh berubah jadi lebih baik, tinggalkan rokok.

Pada aku secara peribadi,
mereka putus bukan sebab kekasih (kini bekas) dia itu tidak terima dia seadanya,
tapi lebih kepada ada hal kecil lain yang berkumpul-kumpul dari awal
sehinggalah isu 'merokok' itu menjadi ultimatum.

Sama macam aku dengan Nola.
Memang kami putus sebab aku tak mahu tukar ke universiti yang sama dengan dia,
tapi itu adalah kemuncaknya, sedangkan semasa bercinta sebelum itu
banyak lagi isu lain yang dianggap kecil yang kami simpan dalam hati.
Isu-isu kecil inilah yang terkumpul macam bebola salji
dan sampai satu tahap sudah tidak boleh diselindung lagi.

Geli rambut gugur mak aku juga adalah isu 'kecil' itu.


========================= ============


Harap kalian yang baca boleh dapat poin utama yang aku nak sampaikan.
Aku dapat rasa yang aku tak tekankan sangat poin utama di entri ini.
Takut mesej tak sampai :(

Jadi, biar aku simpulkan;
my point is, why be yourself if you can be better?






.


8 comments:

  1. kesah yang menyedihkan tapi well, every person kadang ada kelemahan dia, kadang itulah yang tak boleh diselindungkan. Mungkin bukan jodoh masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >IQ = Izyan Balqis

      Pada aku, kalau kelemahan itu sesuatu yang boleh diubah, rasanya tak apa kot berubah, apatah lagi kalau membawa ke arah kebaikan.
      Kalau perkara yang tak boleh diubah macam rupa fizikal atau keturunan, mungkin pada masa tu 'terima seadanya' boleh main peranan :)

      Delete
  2. Apa salahnya berubah demi orang yg kita sayang kan. Jgn la ego sangat. Nanti dah kawin tak boleh ditegur la mcm tu. Lagipun berubah kpd menjadi lebih baik, bukannya suruh buat benda2 pelik pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Jjk

      Aku harap komen ini merujuk kepada kawan aku yang tak mahu tinggalkan tabiat merokok dia.
      Ya, berubah kepada lebih baik itu baik, tapi yang penting adalah MAHU berubah, bukan terpaksa. Hehehe

      Delete
  3. Aku pun geli rambut bergumpal, kekadang tengok rasa nak muntah. tapi betul kata kau, benda tu boleh kompromi. give and take, toleransi.

    akhirnya kalau memang tak berjodoh akan ada asbab untuk akhirkan benda tu walaupun alasannya kekadang bodoh. Saya ceraikan isteri saya sebab dia susun kasut tak sama bucu. thts based on a true story.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Toleransi itu sangat penting. Kalau semua benda yang kita tak suka tak boleh ada dekat sekeliling, maka susahlah kita nak hidup, kan?

      Wow! Cerai sebab tak pandai susun kasut?
      Nampak sangat itu bukan alasan sebenar, tapi sebenarnya adalah akumulasi kepada alasan-alasan lain yang ada. Hahaha

      Delete
  4. Apsal entri ni tak ramai org komen? cerita pasal cinta kot....

    Betul la tu kecik gila isunya just sbb rambut je..kalau benda camtu pun jadi isu.. haihh isu yg lebih besar camne la reaction dia ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Hahahaha.
      Sebab entri ni berat dan panjang kot.
      Tajuk pun tak menarik, jadi ramai tak baca pun hahaha.

      Kaan?
      Benda rambut boleh kompromi kot. Bukan isu pun pada awalnya. Semua orang gugur rambut, tak bermakna semua orang perlu dibenci. Hahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License