Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 14, 2017

Harga Kuih Mahal!



Salam.

Entri ini dijadualkan untuk terbit pada 14 Jun 2017 tepat jam 9 pagi.
Jika kalian baca entri ini pada waktu ia diterbitkan, maka kemungkinan besar
aku sedang berada di tempat yang kebanyakan orang tidak suka,
bakal melalui satu pengalaman yang aku tak suka,
supaya aku dapat balik sesuatu yang satu masa dulu merupakan sebahagian daripada perkara yang aku suka.

Doakan aku selamat.


I was not prepared for the post of this week,
jadi aku kongsi komik yang aku lukis untuk akaun IG @ceromono
Kepada yang tak follow lagi, jemput follow.
Kalau rasa nak aku follow back, just DM
insyaAllah kalau korang pembaca blog aku, aku akan follow.



Color pallete ini aku pakai sebab warna ni print-friendly.
Maksud aku,
kalau akan datang aku decide nak print komik ini (mungkin untuk zine)
hasil printnya tidaklah secomot kalau aku guna komik banyak warna.

Kalian suka tak color-pallete ni?
Tiga warna je, dark purple, light purple dan putih.

Jadi,
macam mana puasa kalian?
Aku susah sikit laa nak bertarawih, sebab ada hal mengganggu.
Harap Ramadan kalian berlangsung dengan harmoninya sampai ke hari ini.

Okay, bye.
Wish me well.




.


26 comments:

  1. Salam Ramadhan, Cero. Lama aku tak menapak ke sini. Sorry...

    1) aku tak suka 3 tona kaler je camni. bosan. mungkin sebab aku memang suka kalerful? nampak ceria. tapi itulah, bosanlah kaler camni. ekeke

    2) ko p mana wey?

    3) nak pinjam mesin masa tu, aci? aku nak p 6 tahun ke belakang. or before. haih... rindunya zaman dulu dulu.

    4) Memang mahal giler kuih sekarang. aku p bazaar pun terkejut tengok harganya. pelik aku, apa benda gst sangat entah, naik sampai berganda ganda.

    - mAr chirpy_chummy-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mar

      Hi Mar. Lama tak jumpa kau hehehe

      1. Satu kelemahan tona kaler macam ni memang cepat membosankan. Tak apa. Saja je nak cuba-cuba hehehe.

      2. Ada laa hal peribadi sikit. Hehehe

      3. Hahaha. Kalau ada, aku pun nak pergi jugak. Nak pergi sama-sama jom! hehehe

      4. Semua tu amik kesempatan je. Masalah dengan harga barang ni, bila naik laju je semua naik. Bila turun lambat je nak turun. Hahahah

      Delete
  2. hang pi spital ka cero?

    get well

    ReplyDelete
  3. Suka sangat dengan lineart cero. Kemas je tengok. Mata macam anime dragonball je. Like like

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Er...thank you. Memang mula lukis dulu pun belajar dari komik Mutiara Naga. Hehehe

      Delete
  4. Hai cero, suka follow blog awak, tapi setakat jadi silent reader je la lately ni je baru berani komen hehe.

    First, tak ingat la pulak sama ada follow ke tak komik awak kat instagram, apa-apa hal saya tetap akan follow, percaya lah.

    Second, actually awak kt mana tu?

    Third, kuih muih kat bazar sekarang memang mahal πŸ˜‘, Benci weh, harap boleh balik ke masa kuih muih tak mahal sangat .

    Forth, suka je palette color mcm ni, niceπŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Erni Hasmiza

      Hi Erni. Sorry ambil masa lama untuk respon.
      Terima kasih sebab sudi baca blog ini, tak kiralah silent reader atau pengkomen tegar. Hehehe

      First, Terima kasih sebab follow instagram. Rajin-rajin laa komen, boleh follow balik :)

      Second, sekarang dekat rumah, tapi yang dimaksudkan dalam entri ini ialah [rujuk komen di atas] Hehehe

      Third, Kaaaann? Mahal sampai rasa bersalah sangat kalau tak habiskan hahahaha

      FOurth, Terima kasih. Color palette ni sementara je, mungkin hanya pakai masa bulan puasa je kot insyaAllah hehehe

      Delete
  5. Ok jugak color pallet camni utk comic, boleh layan.

    All the best C :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >P

      Ini palette untuk play save kalau kekonon nak print dan compile buat zine. Tapi baru peringkat kekonon laa sebenarnya hahahaha

      Delete
  6. ok jugak concept camni..even agak mono-tone color dia, tapi mmg nmpk kemas. please keluarkan buku komik terbaru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Haryz

      Hehehe. Idea nak keluarkan komik tu memang sedang berjalan tapi entahlah...bila agaknya boleh siap aku pun tak pasti hahahaah

      Delete
  7. terasa macam baca komik doraemon pulak bila kaler macam ni...rindunya zaman baca komik sembunyi2 dulu!!!

    hurm..kuih sekarang ni, kalau duduk kat rumah bahan lengkap...baik buat je cero..

    hurm...terawih ea? samalah...*_* huhuhuhuh
    puasa? alhamdulillah...aku dah follow ig ceromono tu...kipidap cero!!! n salam ramadhan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Lol bila kau sebut komik doraemon, baru teringat dulu memang ada komik yang guna kaler macam ni. Hehehe

      Betul. Kalau ada cukup bahan (dan cukup ilmu hehehe) baik buat sendiri je. Sedap tak sedap sendiri punya pasal hahaha

      Terima kasih sebab follow IG ceromono. Thank you :)

      Delete
  8. kemas juga color-pallete ni.

    Bercakap pasal kuih ni, even dekat kawasan kampung pun lebih kurang 4 ketul dua ringgit.

    Buat masa ni yang saya rasa juadah kuih berbaloi ialah tauhu sumbat yang saya beli di bazar ramadhan kat Seksyen 7 Shah Alam.

    4 ketul RM 2 dan besar juga.



    ReplyDelete
    Replies
    1. >Tika Ramly

      Hai Tika.
      Terima kasih. Guna warna yang minimal bukan sahaja nampak kemas, tapi boleh jimat masa sebab tak renyah nak cari warna lain hehehe

      What? Ye ke? RM2 dapat 4 ketul tu dah kira mahal sangat dah walaupun di kawasan bandar, apatah lagi kampung :(

      Arrrgghhh tauhu sumbat!!!! Tetiba rasa terliur hahahaha

      Delete
  9. aku x minat kuih2 sgt so x terasa sgt la.. tp mmg dah lama elak gi bazar ni sbb mesti abes lebih dari RM10.. x best la utk ekonomi diri aku

    cantik je kaler gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raz

      Hahaha. Sama laa. Dulu pergi bazar bawa RM10 boleh dapat baki lagi, sekarang tak tentu cukup ke tidak hahahaha

      Thanks. Color ni sementara saja. Saja nak cuba-cuba :)

      Delete
  10. Wah pandainya awak Lukis komik. Kalau kt kampung mama Masih boleh jmpa lagi kuih 3 rm1

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mamapp

      Hai mama.
      Bestnya kawasan kampung mama masih lagi RM1 dapat 3 ketul. Susah dah nak cari harga macam tu dekat bandar ni sekarang hahahaah

      Delete
  11. haha. mahal kan well well.
    ape lagi. work out b*** and pay for it. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Hahahaha. Serious mahal.
      Nak jual ginjal laa, nak buat belanja makan hahaaha

      Delete
  12. oh lupa jwb. yes! warna ni agak cool.

    ReplyDelete
  13. pinjam mesin masa please..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Sewa laa. Sewa.
      Mana boleh pinjam free, harga kuih dah mahal hahahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License