Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 12, 2017

I Want To Be The Very Best Like No One Ever Was.



Salam.

Aku ada satu berita baik untuk diri aku sendiri
tapi aku pasti berita ini tidak beri manfaat pun kepada kalian.

AKU SUDAH BOLEH MAIN POKEMON GO!




Tarikh yang tepat ialah 16 Mac 2017 lepas aku sudah mula main Pokemon GO.
Ya, aku tahu.
Aku lambat beberapa bulan.
Hype game ni pun dah lama pudar sampai jadi bahan ejekan sarkastik.

Aku tak tahu orang lain,
tapi Pokemon merupakan sebahagian daripada hidup aku sejak dulu lagi.
Aku tak ada GameBoy dulu, tapi aku selalu pinjam kawan punya.
Syaratnya, kena pakai bateri sendiri,
jadi gigih menabung beli bateri boleh cas.

Kalau kalian pernah main GameBoy,
kalian akan tahu konsol tangan itu sangat makan bateri.
Jadi aku beli beberapa set bateri cas sebab bila satu set tengah pakai, satu set lagi tengah cas dan satu set lagi tengah stand-by kalau-kalau set yang pertama tadi habis.

Dan sudah tentu aku main Pokemon dekat GameBoy itu. Hehehe.

Bila sudah dewasa sikit, rumah ada komputer.
Jadi kami pasang emulator, perisian simulasi untuk game GameBoy.
Main emulator siang malam, sudah tentu juga game Pokemon.
Berkali-kali dapat kalahkan Elite Four lepas tu restart balik game main ikut route lain.
Rupa-rupanya lepas kalahkan Elite Four dan Pokemon Master, ada lagi quest lain untuk lengkapkan Pokedex.

Orang yang tak main Pokemon sudah tentu tak faham apa yang aku taip di atas, kan?

Pokemon juga antara sebab utama aku ambil Bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga masa belajar dulu.

Satu game Pokemon yang aku ada (Pokemon Yellow) adalah khusus untuk negara Jepun jadi tulisan dan arahan semuanya bahasa Jepun.
Cuba teka siapa yang gigih belajar Bahasa Jepun untuk main game Pokemon Yellow tu?
Yes, yours truly.

Masa Pokemon GO baru dilancarkan di Jepun dan US,
aku antara yang sangat teruja nak tunggu masuk Malaysia.
Tapi bila masuk Malaysia, sebab aku pakai handphone purba,
aku tak mampu nak install Pokemon GO *menangis*

Dengki bila member-member brag dapat main dan tangkap Pokemon.
Gigih aku lepak Taman KLCC tengok beratus orang main Pokemon GO
sedangkan aku hanya duduk melepak menikmati orang lain main.

Selepas beberapa bulan, Pokemon GO semakin suram dan yang masih main hanyalah yang betul-betul fan.
Bagus juga sebab ramai sangat yang naik bandwagon padahal tak kenal pun Pokemon lain selain Pikachu.

Ada seorang ni siap kata Pikachu tu khinzir padahal kalau dia baca Pokedex dia dalam Pokemon GO tu dah terang-terang Pikachu itu tikus.
Itu beza peminat sebenar dengan penunggang wagon berkumpulan.

Aku punya gigih minat Pokemon sampai hafal kesemua 151 Pokemon generasi pertama.
Hafal nama siap dengan nombor dengan jenis (type) dia lagi.
Kalaulah aku hafal buku sejarah segigih itu masa sekolah dulu,
sudah tentu aku tak duduk depan komputer update blog setiap rabu hahahahaahahah.

Okaylah, cukup membebel tentang Pokemon dan Pokemon GO.
Kalian bersedialah untuk dibanjiri banyak komik berkaitan Pokemon lepas ni sebab ada orang tu teruja gila main Pokemon GO hahahahahahaahahahaha *ketawakan diri sendiri*

'Siapa lagi masih main Pokemon GO sekarang?'
Kalau ada sesiapa yang tanya soalan itu dengan nada sarkastik,
korang jawab,
"Aku tahu seorang yang masih main Pokemon GO. NAMA DIA CERO!"




.




20 comments:

  1. Aku salah seorang yang main sebab join bandwagon masa tengah hype dulu huhu. Aku main beberapa bulan je, lepas tu stop main lepas dah kumpul semua pokemon pakai segala jenis cheat, fake gps, sniping, etc. Tapi ko memang pokemon fans, mesti ko akan enjoy main game ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Boss Noob

      Wow! Yang 2nd generation pun dah kumpul semua ke Boss??
      Walaupun cheat tapi kagum jugak kalau boleh kumpul semua.
      Main laa lagi. Boleh jadi geng hehehe

      Delete
  2. haha. lol. Xpernah interested. eventho my childhood memang lepas tengok dragonball, tengok pokemon pula. hehe.
    but I kinda get it. because right now. I still played 'candy crush saga' hamik, lg berulat kan? ahaks. but main untk diri sendiri. bukan trend. so kinda get it. so nampaknya, tukar fon xtukar lptp la ye XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Aku pon ada satu game apps yg dari henfon dulu lagi mesti ada, bila tukar henfon pun aku install.
      Subway Surfer.
      Aku suka sebab tiap bulan akan tukar tema jadi takkan pernah bosan hehehe

      Candy Crush kau mesti dah jauh, kan?

      Delete
    2. >just Yana

      'ONLY'???
      885 tu jauh kot.
      Aku main dulu sangkut kat puluh-puluh je pastu malas dah nak berusaha hahahaha

      Delete
    3. it all started from a single joke of mine. its a stupid game guys , so indeed, I had to prove that it is stupid. so, nak xnak kenala main sampai 1000 level. XP padan muka sendiri.

      Delete
    4. >just Yana

      Hey, nanti dah sampai level 1000 bagitau aku. Aku nak tengok screenshot. Rare sungguh kau ni berusaha hehehe

      Delete
  3. Main lagi. Tp jarang2 dh sebab kuat makan bateri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Z

      Jom laa start main kerap lagi.
      Boleh tukar2 info.
      Pastu dengar kata nanti boleh trade, jadi boleh tukar2 pokemon :)

      Delete
  4. ada game baru skg. pokemon duel

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Ada baca dekat Google Store hari tu.
      Game tu kalau main kena ada internet yang stabil sebab kalau tak stabil, fail cepat corrupt. Internet aku tak stabil :((

      Delete
  5. Hahaa have a blast C... go catch em' all~

    ReplyDelete
    Replies
    1. >P

      Hahaha. Thanks P. I'm going to be the very best like no one ever was hehehe

      Delete
  6. Tak main langsung game tuh sebab bab-bab game ni memang noob banyak 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Erni Hasmiza

      Takpe. Game camni memang kalau tak pandai pun dia ada tutorial dan senang nak faham. Cubalah main :)

      Delete
  7. haha kau gigih! aku salute. aku tak main sebab tak minat walaupun majoriti makhluk manusia main sebab orang lain main, aku ada pendirian sendiri. gitu hahaha. kat Ipoh masih ada cina-cina yang main tapi bak kata kau, dah tak hype! go for what you want

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Aku pun perasan kalau pergi dekat mall, banyak cina je yang main. Maybe diorang minat macam aku jugak kot hehehe.
      Thanks babe :)

      Delete
  8. Aku stop main selepas PokeGo kena install update sebanyak 1GB beberapa bulan yang lepas dan selepas update, tap apps tu terus crash, langsung tak boleh masuk sudah beberapa kali dan beberapa hari. Nasib baik fon tak hang. Lepas tu aku uninstall terus. Dan aku hampir capslock type komen ni sebab aku geram bila fikir balik dan tak berani nak install semula.


    - kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kudozu

      Banyaknya update sampai 1GB biar betul?
      Aku main skang pun tak banyak mana pun, ratusan MB je.
      Try laa install balik dan main, mana tau okay dah lepas bug fixed. Boleh gather main pokemon kat memane hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: