Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 8, 2017

Dunia Egosentrik.


Salam.

      "Jadi pada hari minggu tempoh hari, aku ada janji mahu bertemu dengan seorang kawan di satu tempat. Disebabkan aku berkenderaan (motosikal) sedangkan kawan aku tidak berkenderaan, maka kami akan bertemu di satu tempat yang mudah dicapai oleh dia tapi sedikit jauh dari tempat aku."





"Dan ini adalah perkara yang berlaku kepada aku bermula dari awal pagi sehinggalah sampai ke tempat yang dijanjikan:


1.      Setelah bersiap dan bersedia untuk memulakan perjalanan, aku mencari kunci motosikal di atas rak tempat selalu aku letakkannya. Tiada. Oh, lupa. Semalam housemate pinjam motosikal aku, kunci pasti masih ada padanya.


2.      Ketuk bilik housemate mahu bertanya keberadaan kunci motosikal aku, tapi ketukan tidak berbalas. Lama sudah ketuk ni. Masuk terus nanti kata ceroboh privasi pula. Lantaklah. Masuk sajalah.


3.      Buka pintu bilik housemate, rupanya dia masih lagi membuta tidur. Tidur mati agaknya. Sampai bergegar rumah aku pintu tadi langsung tak diendahkannya. Aku tepuk dia perlahan-lahan dan bertanyakan perihal kunci motosikal, namun mungkin dia salah anggap suara aku yang perlahan itu sebagai dodoian agaknya. Dia makin ketat menarik selimut.


4.      Cara lembut bertanya tidak menjadi, aku tiada pilihan selain meninggikan suara. Bila dijerit bertanyakan kedudukan kunci motosikal aku, dia hanya menjawab 'carilah dekat ruang tamu, manalah aku tahu'. Ya, sama-sama sebab berterima kasih kepada aku kerana meminjamkan motosikal aku itu. Ingatkan aku kembali di lain hari supaya tidak lagi meminjamkannya kepada kau, wahai housemate-ku, walaupun masa mahu meminjam ayat yang keluar dari mulut kau cukup manis berbicara.


5.      Ke ruang tamu aku tuju. Tiada kunci dalam medan pandangan mata. Sudah satu kerja pula mencari kunci sendiri. Nampak gayanya perangai 'letak balik benda di tempat ia diambil' hanya diamalkan aku dan perpustakawan sekolah sahaja.


6.      Masa lebih banyak dihabiskan aku mencari kunci berbanding masa untuk bersiap tadi. Cari punya cari punya cari, jumpa bertindih jauh bawah timbunan majalah. Aku tarik nafas panjang menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata kesat. Rantai kunci di kunci tersebut kelihatan kotor tercalit cecair berwarna hitam. Dengan sabar, aku lap kotoran itu dengan tisu sambil ingatkan diri sendiri supaya menjadi lebih 'kedekut' di masa akan datang.


7.      Melihat motosikal di laman rumah diparkir senget, tidak tepat di bawah bumbung tidak seperti yang aku selalu lakukan. Nasib baik malam tadi tidak hujan. Kalau hujan, mesti basah satu-satunya motosikal kesayangan aku itu. Sekali lagi aku ingatkan diri supaya jangan terlalu baik hati di masa akan datang.


8.      Pagar rumah dibuka. Sekali lagi aku menghela nafas panjang, mengeluh. Sebuah kereta diparkir baik punya tepat di hadapan pagar rumah. Kereta milik jiran sebelah. Ya, dia tahu kami rumah bujang hanya pakai motosikal dan memang ada ruang untuk motosikal keluar masuk (walaupun sempit), tapi apa sebab dia perlu tutup laluan kami sedangkan depan rumah dia kosong dan boleh diparkir kereta?


9.      Setelah gigih menerobos ruang sempit untuk keluarkan motosikal, aku berjaya. Amarah dalam hati sudah berbisik suruh senikan satu calar panjang di depan kereta itu, tapi kesabaran masih bersarang dalam diri. Paling tidak buat masa ini.


10.      Perjalanan dimulakan. Baru sahaja keluar simpang perumahan, terlihat satu lubang jalan rosak yang baru. Eh? Bukan ke baru minggu lepas jalan ini ditampal? Pihak yang tampal itu tampal guna apa? Ubat gigikah?


11.      Jalan selepas simpan sedikit sempit, muat satu kereta sahaja. Ada kereta dari belakang mahu laju, maka aku rapat ke kiri benarkan diri dipotong. Entah tidak pasti dia tidak berkeyakinan atau sekadar kebodohan bermaharajalela, tak dapat-dapat juga dia memotong walaupun sudah jenuh ke kiri aku rapat. Nasib baik depan sana jalan sedikit luas. Ohhh, lesen 'P' rupanya. Percubaan.


12.      Ke destinasi memerlukan aku melalui lebuhraya. Lorong masuk motosikal di tol berada di kiri plaza. Cuba teka apa juga yang berada di kiri plaza? Ya, dua biji kereta yang kelihatan seperti satu konvoi sedang berhenti betul-betul di lorong masuk motosikal, mengganggu pengguna motosikal lain daripada masuk lebuhraya. Lagi seronok, mereka buat muka tidak bersalah. Ada yang keluar dari kereta untuk berbual telefon, ada juga yang berbual-bual di tepi jalan dengan seronoknya tanpa menghiraukan pengguna motosikal yang kena gigih menyelit celah sempit yang mereka sebabkan.


13.      Berada di lebuhraya, di lorong kiri. Ini bukan lebuhraya yang menyediakan laluan khas motosikal, jadi motosikal terpaksa berkongsi lorong dengan lori 2 tan, lori 5 tan, dan lori 10 tan. Terbayang jasad diri sendiri terselit celah tayar. Ngeri.


13.      Kereta di hadapan memandu perlahan di lorong kiri. Tak apa. Itulah fungsi lorong kiri, untuk pemanduan perlahan. Tapi rupanya kereta itu dipandu perlahan supaya orang di dalamnya boleh buka tingkap dan buang segala sampah sarap makanan dari dalam kereta ke luar. Kulit pisang, tin minuman, plastik, kulit kuaci, ada juga lampin bayi. Pada sesetengah orang, Bumi adalah tong sampah besar mereka. Masalahnya mereka juga adalah isi 'tong sampah' itu.


14.      Motosikal aku sudah 10 tahun, maka tidak semantap dahulu. Berada di atas lebuhraya dengan kelajuan 90 ke 100 km/j sudah memadai, sebab itu aku selesa di lorong kiri. Tapi bila ada kenderaan lain yang lebih laju membunyikan hon di belakang aku memberitahu aku lambat, aku hanya berharap dia terlibat dalam kemalangan jalanraya di depan sana. Kalau nak potong, potong sajalah di sebelah kanan. Apa masalah? Nak kena duduk kiri dan bunyikan hon sudah kenapa?


15.      Keluar lebuhraya, aku dapat rasa angin tayar makin kurang, terima kasih kepada sampah sarap yang aku terlanggar di tepi lebuhraya. Menjengah ke stesen minyak selepas plaza tol untuk menggunakan pam angin. Namun, tempat pam angin dihalang oleh kereta yang menyinggah. Berpuluh ruang lain untuk parkir, kenapa pilih di ruang pam angin?


16.      Aku memilih untuk pam angin di stesen minyak lain, 10km di hadapan sana. 10km tidaklah jauh, namun hati jadi semakin jauh bila sampai sahaja, terlihat papan pemberitahuan di pam angin tertulis 'PAM ROSAK'.


17.      Menuju ke destinasi, aku berhenti di satu lampu isyarat merah. Baru sahaja lampu bertukar menjadi hijau 0.01 saat tadi, kereta belakang sudah bunyikan hon macam aku sejam berkampung di tengah jalan. Jalan itu abah dia punya agaknya.


18.      Semakin menghampiri tempat yang dijanji, aku masuk ke satu pusat komersial. Jalannya sehala, jadi kalau terlepas satu lorong, kena pusing satu pusingan baru boleh masuk semula ke lorong itu. Satu pusingan bukannya dekat. Boleh turun satu kotak meter minyak tahu.


19.      Kebiasaannya di laluan jalan sehala, pasti akan wujud motosikal yang menyongsang arus. Itu masih boleh diterima akal walaupun ternyata salah. Tapi apa cerita kalau kereta pula yang menyongsang arus? Nak pula bertembung dengan kereta lain di jalan sempit akibat parkir dua lapis, masing-masing tak mahu mengalah dan mengakibatkan laluan tersekat sejauh mata memandang.


20.      Sudah jumpa kedai mamak yang dijanjikan sebagai tempat pertemuan. Aku mencari tempat letak motosikal. Kosong parkir untuk motosikal sudah diisi dengan kereta yang tidak tahu bahasa. Kotak parkir kereta pula tidak dibenarkan parkir motosikal. Habis tu, aku boleh parkir mana?


21.      Aku naik ke bahu jalan untuk parkir. Lantaklah. Ada dua tiga motosikal lain juga yang buat perkara sama. Baik punya parkir, aku tersedar hampir sedikit lagi aku akan terpijak segumpal najis semasa mahu menurunkan kaki dari motosikal. Nasib tak terpijak.


22.      Aku ingat aku lambat sebab banyak perkara sudah berlaku. Aku memang lambat 5 minit dari waktu yang dijanjikan. Tapi rupanya kawan aku itu lagi lambat. Dia belum sampai. Tidak apa, aku boleh tunggu.


23.      Aku SMS dia beritahu aku sudah sampai. Tiada balasan. Tunggu 5 minit, tiada. Tunggu 10 minit, tiada juga. Tunggu 20 minit, masih tiada. Sudah 30 minit, masih menunggu. Wow!


24.      45 minit menunggu, dapat satu SMS balasan. 'Sorry, tak jadilah jumpa. Ada hal lain.'


25.      Aku balas SMS, 'Tapi aku dah sampai ni'. Dia pula balas, 'Ala, bertimbang rasalah sikit. Aku ada hal penting lain. Janganlah pentingkan diri sangat'. Ehhhh? Bukankah kau yang ajak jumpa awal-awal hari itu? Ada masalah nak luahkan pada aku konon katanya? Marahnya aku.


26.      Bayar teh tarik, berdengus aku berjalan ke motosikal dalam keadaan marah. Ternampak ada sesuatu terselit di pemegang motosikal aku. Satu surat. Bukan surat cinta. Surat saman. Saman parkir kenderaan bukan di ruangan parkir.


...and that's it. That's why I'm here."



      "Maksud kau, kau masuk sini sebab dapat saman salah parking?" tanya Hadi untuk kepastian.

      "Oh, tak. Aku masuk sini atas kesalahan membunuh. Kawan yang aku cerita janji tapi tak datang tadi tu, sekarang sudah jadi arwah, jadi arang. Aku ikat dia dekat pokok dan bakar guna petrol hidup-hidup. Sekejap lagi polis akan bawa aku ke ibu pejabat untuk soal siasat lanjut."

      Hadi terdiam mendengar cerita lelaki berkumis tebal itu. Kelihatan sekumpulan polis pengiring menghampiri lokap tempat mereka berdua berkongsi itu. Seorang polis mula membuka pintu lokap dan mengeluarkan gari.

      "Kau masuk sini sebab apa?" tanya lelaki itu kepada Hadi sambil polis menyiapkan gari di pergelangan tangannya.

      "Err...er...Aku kena tangkap sebab conteng dinding bangunan awam...," jawab Hadi terketar-ketar.

      "Kau tahu, dunia kita ini dunia egosentrik. Semua orang pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Mereka rasa mereka lebih tinggi daripada orang keliling mereka. Mereka rasa mereka sentiasa perlu diutamakan tanpa menghiraukan orang yang betul-betul perlukan keutamaan. Pada mereka, kesusahan mereka sahaja penting. Susah orang lain mereka tidak peduli."

      "Kau bukan macam tu, kan? Hadi?" tanya lelaki itu sebelum dibawa pergi sambil bergari oleh polis pengiring tadi. Hadi hanya mampu melihat lelaki itu dibawa pergi, lelaki yang menjadi mangsa kekejaman egosentriknya manusia dunia.



      "Tak. Tidak. Aku tidak mahu jadi sebahagian daripada manusia egosentrik."
      Hadi berbisik seorang diri.


Adakah kalian seorang egosentrik?






.




13 comments:

  1. Perghhh, aku berjaya menghabiskan bavaan.. wkwkwkwkw.. adekah aku seorang egosentrik?

    Dalam bebanyak egosentrik, aku benci pembuang sampah dan pemandu yang memarkir dimlorong motosikal atau dengan egonya memarkir secara melintang dalam kotak parking kereta . Walaupun parkin kosong, cuba guna akal sikit jadi pengguna yang berhemah. Haishhh...

    ReplyDelete
  2. Hmmmmmm, aku rasa aku tak egosentrik..aku rasalah.. tapi taktaula kalau orang lain rasa sebaliknya, yelah, aku dalam dunia aku sendiri..haha..

    Haduih, kalau nak komen setiap satu insiden dalam citer kau ni, memang lebih limit karangan SPM..haha.. Aku cuma boleh bersimpati dan empati..

    Orang egosentrik memang merata, macam kau citer kat atas, atas jalan raya penuh.. kawan-kawan kita sendiri pun melambak.. tapi tak jadi egosentrik pun kadang2 kita sendiri yang makan hati.. macam cerita kau dengan housemate kau yang pinjam motor tapi layan kau macam kau pinjam motor dia plak.. *sigh.* Life..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh..aku tujukan komen ni kepada lelaki berkumis tebal..haha..

      Delete
  3. Kau serius ke bunuh dia ke kau main main je? Pantang aku kalau tak jadi jumpa tapi tak kasik tau awal. Dah tahu kau berjanji dengan org please laa ada effort utk bgtau awal bahawa kau tak boleh datang jgn laa 45 minit lepas masa tu bagitahu. Memang patut kena bakar

    ReplyDelete
  4. wow berlikunya jalan hidup memang boleh buat rasa nak bunuh orang haha. tapi kita manusia ada iman kita ada sabar kita kan.

    Aku tak rasa aku egosentrik.rasa bersalah kot kalau susahkan orang lain, nak pandang muka orang tu pun malu. tak dinafikan ada manusia yang selfish, tapi yang penting itu bukan kita.

    ReplyDelete
  5. ouch! kalau akulah dekat tempat kau an,..sejak hari itu..aku takkan pernah layan ajakan dia. apa ke dia tak fikir betapa susahnya orang nak pergi ke suatu tempat tu, alih2 dimarahnya kita pulak?? manusia2...hurm..kalau ikut norma tiada hukum membunuh, mmg layak pun dibakar..hahahhaha jahatnya aku...tapi betul what? kalau dia tanggung semua tu xpe jugak..

    ReplyDelete
  6. <-- bukan egocentric kot. sebab rasa bersalah kalau menyusahkan orang. tapi kekadang, kita manusia nie memang taklari dari sifat ego. dan mungkin jenis ego lain2.

    ReplyDelete
  7. Ak manusia yg xde knderaan.. memandangkan ak naik public trasport sja, journey ak boleh jadi 2 3 jam... dan banyak kali ak menunggu hampir sejam atau lebih stiap kali jumpa..maka ak dah decide..ak akan jmpa dia setahun sekali saja.. dan dia manusia berkereta dan meeting point is selalu dekat dgan dya sbb dya x brani drive jowh.. nasib la kooo..aku manusia tahu penat..tahu marah..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Egosentrik tu macam mana? Macam yang kau jelaskan tadi yang jangan jadi selfish tu ke?

    ReplyDelete
  10. Aku cenderung utk jd egocentric pada org yg suka buat perangai egocentric kat aku, n bila dia sound tak puas hati, aku sound dia balik, "Eh, bukan kau pun cmni ke? Boleh pulak?", lepas tu dia sedar sendiri n akan jd reti bahasa. Dia jd lebih beringat di lain masa. Keh...

    ReplyDelete
  11. new post

    Penulis renungkan. harini. saya ke kedai nasi lemak yang Saya selalu pegi dari kecil.bukan dekatlah ,6 trafic light gak. tp dah suka kan.. tp harini kebetulan ada la hal2 lain jadi yang menyebabkan saya xbawa 3-6 ringgit. Saya bawa rm50 lalu diherdiknya saya depan customer lain. Masa masuk je dalam kereta,saya ada rasa nak pg kedai pulangkan balik.mintak duit saya. tp saya rasa kalau sampai sana. amarah saya xkan terkawal.mungkin sesi maki, sesi suruh dia memahami saya yang dari jauh datang berlaku(egocentric ke ni? haha)
    so instead, saya cuba fahami dia.kesian dia.. dia xde duit pecah sekeping pon. mungkin saya xpatut minta baki kerana dia mungkin golongan layak mendapat zakat, dan saya cuba fahami, mungkin menopous atau malam tadi laki dia biakan dia atau anak dia xbagi duit bulan ni.lalu, saya jadi tempat dia melepaskan marah...
    Akhir sekali saya berdoa.
    Kau berilah balasan setimpal kat makcik tu ya Allah. Lepas Amin, baru tenang makan ns lemak tu. hmm. cmtu la gamaknya-meniti jalan xpikir diri sendiri dan xjadi egocentric kihkihkih

    ReplyDelete
  12. Tak sure pulak diri ni egosentrik ke tak. Mungkin ye mungkin tidak. Sebab dalam satu-satu masa tu kita tak terlepas untuk jadi seorang yang pentingkan diri sendiri and tanpa kita sedar menyusahkan orang lain.

    Tapi part kawan pinjam tak reti nak letak elok-elok kat tempat asal and jenis cancel plan tak reti bagitahu awal-awal pastu boleh pulak marah kata diri pentingkan diri tu memang mengundang amarah. Tapi boleh marah dalam hati je la kot, sebab 'kawan'. HAHHA

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: