Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 8, 2017

Cepat Betul Masa Berlari...





Salam.

Secara peribadi aku rasa satu hari aku makin panjang berbanding dulu,
tapi sedar tak sedar kita dah masuk bulan dua, kan?

Cepat betul masa berlari...






Kalau kalian baca entri ini pada tarikh diterbitkan,
maka sudah masuk hari ke-39 2017 menjelmakan diri.
Kalau kalian jenis yang tulis diari satu hari satu muka surat,
maka hari ini sudah masuk muka surat ke-39.
39 of 365 pages. Hehehe

Namun walaupun sudah 39 (4 kali aku ulang 39 tanpa sebab) hari berlalu,
aku masih belum boleh tulis tarikh dengan lancar.
Asyik tersilap tulis 2016 je.
Tak boleh move on lagi dari 2016 agaknya.
Ada apalah dalam tahun 2016 yang aku tak boleh nak lepaskan sangat tu?

Memula aku nak salahkan faktor usia,
tapi kalau usia yang menjadi faktor,
maka bukan aku seorang sahaja yang macam ni.
Mesti ramai lagi yang seusia atau lagi purba daripada aku pun turut sama salah tulis tahun walaupun sudah masuk Februari, kan?

Hehehe.



Jadi,
adakah kalian masih tersalah tulis tahun (macam aku)?

Oh, kalau kalian tersalah tulis tahun 2016 dan perlu betulkannya,
macam mana kalian betulkan?

Adakah dengan:
A. garis padam seluruh nombor 2016 dan ganti tulis dengan 2017,
B. garis padam hanya nombor 6 dan ganti tulis dengan nombor 7,
C. tulis nombor 7 tebal-tebal atas nombor 6 sampai nombor 6 tak kelihatan seperti 6 lagi,
D. dengan cermat, ambil liquid paper dan padam nombor 6 dan gantikan dengan 7,
      atau...
E. curah minyak gas ke atas kertas yang salah itu, nyalakan api guna mancis dan sambil makan kuaci di tepi, lihat seluruh bilik anda ditelan api marak.





.




33 comments:

  1. soalan yang last tu macam kuiz personaliti..saya pilih C. muktamad

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Bukan macam tapi memang kuiz personaliti...hehehe
      Anda yakin dengan jawapan C anda? Tak mahu guna talian hayat?

      Delete
    2. so..how does it define my personality? sila jawab..hehe

      Delete
    3. >SalbiahM

      Hahah gurau je.
      Gilo mudah soalan senang macam tu boleh determine personality orang hahaha.
      Manusia ni tinggal sama pasangan 30 tahun pun belum tentu dapat kenal pasangan sepenuhnya hehehe

      Delete
  2. Aku A. memula dulu ada la tershasul tulis 2016, sekarang dah makin steady *peluk tubuh sambil angkat-angkat kening

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Aku pun selalunya A sebab kalau garis padam nombor last je macam tak best sebab 2016 tu kira satu word pada aku hehehe.
      Aku masih lagi salah tulis sampai sekarang
      *mengeluh panjang*

      Delete
  3. Saya pilih E!

    Percaya atau tak, tahun ni tak tulis tahun guna pen dan kertas lagi. Semuanya taip komputer yang boleh di backspace *tiup kuku

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Z

      Serius E? Berapa banyak bilik dah terbakar? Hehehe

      Nasib baik laa ada teknologi. Mcam saya, masih lagi guna cara kuno dengan menulis jadi...hmm....

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. -Star-
    Tahun 2017 ni aku xtersalah lagi tulis hehe, sbb mentally prepared kot. Rituh tgk variety show korea, dia ckp, bila dah tua ni rasa masa cepat berlalu sebab kita dah tak ingat banyak benda. Memori dah tak sedetailed dulu, which I agree with, sbb skrg ni even org tanya apa yg jadi pagi tadi pun aku xingat, n blur which day did something happen. Dan sejak keje bidang ni, tahun baru aku stat bln 4 XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      Aku pernah dengar yang bila dah tua masa jadi cepat berlalu sebab kita dah kurang buat benda first time. Masa muda dan kecil, banyak lagi perkara first time yang kita buat, jadi otak amik masa untuk gain knowledge dan experience, sbb tu benda baru rasa lama. Bila dah tua, semua perkara pernah buat jadi otak proses laju so masa pun jadi laju huhuhu.

      Kau kerja apa sekarang yang start bulan 4 ni, company Jepun ke??

      Delete
    2. -Star-
      Publishing company, ikut buku tu masuk pasaran bila, bln 4 ni start the work for august market cmtu

      Delete
    3. >Star

      Kerja editor yang dulu ke?
      Aku ingat kau dah tukar kerja baru dah huhuhu

      Delete
    4. -Star-
      keje sama, different company hehe ntah skali terjebak payah nak keluar kot, tho keje skg ni pays much better

      Delete
    5. >Star

      Good for you.
      Money kan always a good motivator hehehe

      Delete
  6. Hahah... belum salah tulis tahun lagi (untuk tahun ni). Kalau salah tulis tahun, tindakan aku untuk membetulkan typo hebat tersebut bergantung pada situasi. Kalau kertas tu boleh dikoyak terus dari buku, aku koyak je, dan mulakan menulis pada helaian kertas yang baru. Miahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >P

      Actually aku pun gitu.
      Kalau kertas tu boleh dikotak, aku akan buang satu kertas. Tapi malangnya mostly kertas yang aku handle semuanya tak boleh nak koyak, jadi kena laa hidup meratapi kesilapan diri sendiri hahahaha

      Delete
  7. setakat ni x pernah tersalah lagi..sebabnya belum pernah tulis tarikh lagi kat mana2. huhu

    kalau salah biasa buat salah satu daripada A - C. teringin gak nak buat E..tapi buat kat ofis la. boleh automatik dpt apply cuti tanpa rekod. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Haryz

      Hehehe. Makin dewasa semua makin tak selalu tulis tarikh sebab banyak main taip je, kan? Hehehe

      Jangan weyh. Karang tetiba aku terbaca headline paper kata ofis terbakar hanya sebab salah tulis tarikh. Hahahaha

      Delete
  8. C kalau boleh cover.. Kalau tak, D.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Flavnesz

      C memang common sangat. Tapi dari 6 nak jadi 7 tu macam susah nak cover sebab beza bentu jauh sangat hahahaha

      Delete
  9. Replies
    1. >Nurul Rasya

      Hey hey don't be lazy laa. How to improve kalau lazy hehehe

      Delete
  10. memang cepat masa berlalu. jarang dah salah tulis tarikh nie :D
    kalau tersalah tulis, ikut situasi hari tu la, kalau rajin, dan ada liquid paper boleh jadi D, kalau malas, C. kalau geram, sampai berlubang la kertas lepas buat C. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Hahaha. Ganas BV ni.
      Sampai berlubang kertas dibuatnya.
      Asalkan jangan gi bakar kertas tu sudahlah hahaha

      Delete
  11. Aku sebagai guru memang dah terbiasa sentiasa peka untuk tulis tarikh dan tahun kat whiteboard so masalah ni tak terjadi kat aku kecuali masa zaman study dlu. Lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Hahaha.
      Kalau kau sebagai cikgu tersalah tulis tarikh,
      anak murid akan ejek tak?
      Ke kau garang sangat sampai anak murid tak berani nak betulkan? Hehehe

      Delete
  12. Aku baru du akali tersalah tulis tahun untuk tahun ini.. koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Baru dua kali?
      Hahahaha. Aku dah berpuluh kali dah rasanya hahahaha

      Delete
  13. E sound interesting, but I choose D hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Nak pilih E pun apa salahnya hahahaha

      Delete
  14. A. Sebab takde liquid paper, kalau ada pun... leceh pulak nak bukak semata-mata nak padam satu nombor. And kalau gariskan satu nombor je nampak macam pelik. Semua nombor perlu diberi hak kesamarataan. HAHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nanadhoi

      Betul. Betul.
      Hak kesamarataan antara nombor itu penting sebab kalau gariskan satu nombor je, nanti nampak macam 201 & 7 instead of 2017. Hehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: