Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 4, 2017

Aku, Tahun Baru dan Memori Indah yang Membanjiri Otak.



Salam.
Selamat tahun baru.
Pejam celik pejam celik sudah tahun 2017.
Terasa macam baru minggu lepas je tahun 2016 #IYKWIM




Jadi untuk entri pertama tahun 2017 ini aku mahu lari daripada kebiasaan.
Biasanya aku akan bercerita tentang azam,
sama ada azam tahun baru ataupun tercapaikah azam tahun lepas.

Namun kali ini aku mahu bercerita tentang sambutan tahun baru aku.


Tidak seperti tahun-tahun lepas, tahun baru kali ini aku sambut di tempat baru.
Kawasannya ceruk, hujung bandar dan tak ada apa pun yang menarik.
Macam dulu, rumah aku di Bandar Besi itu dekat dengan kawasan tumpuan orang,
jadi tiap kali tahun baru, pasti ada sambutan letupan bunga api.

Aku suka bunga api. Hanabi.
Pada aku bunga api romantik.
Tiap kali aku tengok bunga api, aku akan terimbau kenangan bersama seseorang.
Ia kenangan yang indah jadi aku tak ada niat nak buang dari memori.

Namun kali ini aku terpaksa bertahun baru di tempat baru.
Kawasan ceruk dan tiada ramai orang ini pastinya tak ada sambutan tahun baru.
Tiada sambutan bermaksud tiada bunga api.

Jauh dalam hati aku, aku dah redha yang kali ini aku akan sambut tahun baru tanpa bunga api. Rasa ralat, tapi apa boleh aku buat. Bukannya aku taukeh bunga api pun.

Detik semakin tiba, aku hanya mengadap TV menanti apakah sambutan tahun baru yang akan ditayangkan, namun TV pun seolah-olah tak meraikan tahun baru. Kalau dulu siap ada lintas langsung dari Dataran lagi nak kira detik 12 malam. Kali ini tiada. Sama ada budget lagi ataupun negara sudah dijajah pemikiran tidak mahu meraikan apa-apa lagi, aku pun tak pasti.

Lima...
Empat...
Tiga...
Dua...
Satu...

SELAMAT TAHUN BARU!

Aku sambut sendiri, sendirian, berseorangan.

TIba-tiba aku terdengar bunyi berdentum.
Agak jauh, tapi aku tahu itu tidak lain tidak bukan adalah dentuman bunga api.

YA, BUNGA API!

Rupanya kawasan ceruk hulu macam ni pun ada orang sambut tahun baru dengan bunga api.

Aku segera keluar rumah ikut pintu belakang.
Nampak dari jauh bunga api meriah menghias langit malam.
Berdentum satu-satu. Meletup di udara dan membentuk corak bunga.

Aku tersenyum.
Alhamdulillah.
Rupanya Yang Maha Besar masih lagi mahu aku meraikan tahun baru dengan melihat bunga api.
Hati aku dah redha dah takkan nampak bunga api kali ini tapi sebaliknya bunga api masih ada.
Tersenyum aku sendiri.
Segala memori indah semuanya kembali membanjiri otak aku.

Terima kasih Ya Tuhan.
Terima kasih untuk kesempatan ini sekali lagi.







Oh ya,
ini adalah cerita beberapa jam sebelum tahun baru.
Aku dan beberapa orang lain makan di sebuah kedai makan hispter.
Ada seorang antara kami order sup ketam, dan ia berbau sedap.

Bagi yang tidak tahu, aku alergik dengan ketam.
Bila aku makan ketam walaupun hanya sekadar sup,
muka aku akan bengkak bermula daripada bibir.
Kadang-kadang bau ketam yang dimasak di dapur pun boleh buat bibir aku bengkak.

Tapi sebab aku orang sains, aku tahu alergik adalah tindakbalas badan terhadap sesuatu.
Disebabkan badan manusia sentiasa berubah, sesuatu yang kita alah dahulu mungkin sahaja sudah tidak alah sekarang.

Seorang kenalan aku dulu pernah alah terhadap daging kambing semasa dia kecil tapi sekarang dia sudah dewasa dia sudah tidak alah lagi.

Aku pun anggap aku mungkin sudah tidak alah kepada ketam,
jadi aku ambil keputusan untuk hirup satu sudu sup ketam yang diorder tadi.





Sekarang cuba teka,
siapa sambut bunga api tahun baru 2017 dengan bibir besar membengkak mengalahkan Angelina Jolie?







Jadi,
macam mana dengan tahun baru kalian?
Ada perkara menarik yang boleh dikongsi?




.




32 comments:

  1. Nothing fancy. Duduk bilik hadap Sherlock season 3. Bila dengar bunyi berdentum, selak tirai 10 secs then sambung tengok Sherlock. To me new year ke new month ke sama je. Nothing special.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Makin berusia ni tahun baru pun makin tak special. Dulu kekecik semangat tunggu detik 12 malam depan tv hahahaa

      Delete
  2. tahun baru..biasa aje macam tahun-tahun lepas.lagi senang menghadap bola sepak di TV dari meredah tempat ramai orang.sudah tua mungkin..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Hahaha. Mungkin juga usia mainkan peranan. Tapi mungkin jugak tak ada perkara menarik kot untuk disambut macam masa dulu-dulu huhuhu

      Delete
  3. biasa jek.. aku memang tak amek port dengan tahun baru sangat..huhu..
    Uuuuuu, memori terindah.. Ada jugak memori indah tahun baru untuk diingati tiap2 tahun.. ^^
    All the best wishes for this new year, dude..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      Thank you Lee.
      Aku rasa makin bertambah usia makin tak kisah dah kot pasal tahun baru. Aku pun nasib ada kenangan dengan bunga api je kalau tak mesti tak amik port dah hahaha

      All the best to you too :)

      Delete
  4. duduk rumah,tengok tv...tak buat apa sangat rasanya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >At-Tarmizi

      Alaa, apa ni? Tak remaja laa tahun baru duduk rumah tengok TV hahahaha

      Delete
  5. asal tahun baruje break. tahun baru je single. tula nasib badan.hahahaha. xD mse tahun baru, dengar firework sampai tetido ,bangun2 dah subuh.
    pastu baca msg2 selamat tahun baru. terpikir gak. harijadi haritu xde ucap plak.hmph.. agaknye tahun baru ni sinonim ngan hari jadi semua orang.

    tp mmg seronok kalau dapat tengok firework kan. Yep setuju, sepatutnya kita adakan kembali siaran langsung firework tu kt tv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Alaa sedihnya associate tahun baru dengan break. Bertabahlah.
      Mungkin macam tahun baru terlalu umum jadi ramai orang nak ucap selamat tapi birthday pula agak specific jadi orang tak ucap hahaha
      Kot laa. Hahaha

      Delete
    2. maybe, oh I forgot.
      Happy New Year. Semoga kita semua finished not perfect yes? XD

      Delete
    3. >Yana

      Yes. Tepat sekali :)

      Delete
  6. aku tak sambut new year. tapi ada la terdetik to be better this year hehe.

    aku nak puji lukisan kau yg lepas lukisan bunga api tu. nampak veri artistic. tapi aku tergelak besar weh tengok lukisan seterusnya. hahahahha. nampaknya kau masih alah dengan ketam. bertabahlah. ketam memang sedap hehehe

    happy new year cEro. Have a blast 2017!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Baguslah. Niat nak jadi better tu mesti kena ada pun tiap2 tahun hehe.

      Terima kasih atas pujian tersebut. Memang malangnya aku masih lagi alah ketam. Kekadang dengki bila orang keliling cerita ketam tu sedap hahahaha.

      Happy new year to you tu, Nad. :)

      Delete
  7. Best macam tahun2 lepas di mana bila dah berkahwin rumah suami dekat dengan Desapark City. Datang situ nak tengok bunga api jek pastu habis dah terus balik. Datang 15 minit sebelum pukul 12. Bunga api memang cantik. Boleh terpukau termasuklah zombies. Hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Bestnya rumah dekat dengan bunga api.
      Bunga api memang best ooo. Apa-apa acara yang ada bunga aku mesti bunga api yang aku utamankan dulu hahaha.

      Cerita apa ek zombie yang tertarik dengan bunga api tu? Aku macam tahu tapi tak dapat recall cerita mana hahahaha

      Delete
  8. aku sambut tahun baru dengan selsema demam dan sakit tekak

    happy new year btw

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Nurul Rasya

      Noo. Please take care of yourself.
      Tapi orang kata, starting of year dengan benda tak elok bermakna the rest of the year akan jadi sesuatu yang elok untuk kau. Harap-harap begitu laa, kan?

      Happy new year :)

      Delete
  9. Hahah allergik betul hang dengan ketam ea... hmmm malam tahun baru tu, aku juga dapat melihat hanabi dari kejauhan. Rendah je la tapi, tak tinggi dan gempak pun. Jadilah. Happy 2017 cEro~ ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Aku ingat aku dah tak alergik dah hahahaha
      Baru ingat nak merasa nak shell out ke hapekebenda tu nampak sedap dlam gambar hehe.

      Hanabi aku pun tak laa segempak macam tahun-tahun lepas, but at least ada laa jugak kan? Hehehe

      Happy 2017 to you too, P :)

      Delete
  10. Kenapa pergi cuba jugak sup ketam tu? Sedap ke? (saya tak pernah makan ketam dan tak pernah teringin nak cuba. Entah kenapa. Minda dari kecik dah tanamkan rasa tak suka ketam walau belum pernah cuba)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Saje nak merasa sup ketam tu. Lebih kepada nak buat eksperimen terhadap diri sendiri. Orang kata ketam manis, tapi makanan laut macam ektam dan udang emmang ramai yang alergik, entah laa kenapa hahahha

      Amna tak alergik, try laa ketam. Mana tau jadi makanan kegemaran plak lepas ni hehehe

      Delete
  11. entah kenapa bila tahun baru rasa biasa2 je. cuma excited dengan bunga api. XD

    sian jugak dengan sesiapa yg alergik ketam dan seafood nie. sebab sedap kot. kalau makan ketam segera (imitation crab yg sebenarnya ikan tapi berperasa ketam??) tu alergik jugak tak?

    happy new year 2017!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Betul. Benda lain tak kisah sangat tapi bunga api sentiasa eksaited walaupun bukan di hari tahun baru hehehe.

      Ketam tiruan tu yang crab stick tu kan? Sama je alergik. Selalu bila tercampur dalam yong tau fu, tahu-tahu bibir dah bengkak dah padahal tak makan pun crab stick tu hehe.

      Happy new year 2017 to you too BV :)

      Delete
  12. 31 kerja pagi sampai petang, pastu malam tgk wayang, 1st jan kerja lagi pagi sampai petang sampai aku lupa buat new year baju kurung challenge aku..bunga api tgk guna instegrem dgn fb je tak real langsung ahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy_entah

      Hahahaha at least kau sambut tahun baru dengan wayang.
      Baju kurung challenge tu buat sekarang pun takpe, takde siapa larang pun, suka lagi adalah hehehe.

      Bunga api instagram dan fb tu yang bila taip 'happy new year' pastu tulisan jadi biru dan meletup bunga api tu ke? LOL

      Delete
  13. tahun baru? tidur lagi best, tup2 dah tidur satu tahun. ok, xklakar..bye

    ReplyDelete
    Replies
    1. >IQ

      Hahaha. Banyak dah guna variasi lawak yang macam tu. Entahlah. Walaupun banyak yang guna tapi pada aku still menjadi lawak macam tu hehehehe. Mungkin sebab bermusim kot, setahun sekali je kot boleh buat hehe

      Delete
  14. You know what. The interesting thing was tahun ni aku dipaksa keluar untuk sambut tahun baru (which is aku prefer duduk dalam bilik being anti sosial macam biasa) dan tepat jam 12 tgh malam bila semua orang sibuk keluar dari kedai untuk tengok bunga api, aku dgn kawan2 aku just sat in there talking about life. The best moment ever! Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >WZ

      That's the beauty of not following the routine. Something good always comes from it.
      Lepas ni mungkin boleh banyakkan interaksi sosial (IRL), sebab zaman negativiti penuh di media sosial sekarang ni, kita kekadang kena escape them dan berehat di kehidupan sebenar. Hehe

      Delete
  15. Tahun baru aku disambut dgn kemenangan man u. Aku tgk bola je malam tahun baru. Dengar bunyi bunga api, pandang kejap pastu sambung tgk bola balik. So aku rasa memekak je bunga api, tak romantik pun. Kacau aku tgk bola je. Hahaha...

    Happy new year cEro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Akhirnya menang juga Man U (aku tak layan bola jadi tak tahu betul ke tak hahahahaha)
      Kau tengok bola malam tahun baru memang laa rasa memekak. Orang lain sambut tahun baru kau layan bola hahahaha mana nak romantik hahahah

      Happy new year to you too Bro Ley :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: