Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 21, 2016

Cukup Kuat Untuk Menempuhnya.



Salam

Beberapa hari lalu abang aku ada buat sedikit sambutan hari lahir anak dia merangkap anak buah aku.
Semua ahli keluarga dapat berkumpul meraikannya.

Maka dapatlah aku bertemu dengan anak buah aku yang berumur 7 tahun seorang ni.





Anak buah aku gelar diri dia Abang sebab dia ada adik.
Semua orang panggil dia Abang, aku je tak panggil dia Abang sebab aku rebel.
Aku bahasakan diri sebagai Uncle kepada dia,
jadi bakal isteri aku akan dipanggil Auntie (info tak penting!)

Abang ni tahu aku suka Lego.
Dia selalu selongkar bilik simpanan Lego aku bila balik ke rumah Mak Abah aku.
Selalu dia pujuk aku suruh bagi dia satu dua Lego Minifigure aku,
tapi sebab aku ni kedekut sayangkan koleksi aku,
aku pekakkan je telinga buat tak dengar permintaan dia.
Kalau dia desak juga, aku akan kata suruh Daddy dia belikan kat dia.
Bila sebut pasal Daddy, dia terus tak nak minta sebab Daddy dia garang (kot)

Sekali Daddy dia hadiahkan dia set Lego Classic yang ada 1000 pieces masa sambutan hari jadi dia yang lepas.
Original pulak tu.
Pastu tayang-tayang dekat aku adoyaiiiiii
Kalaulah dia bukan anak buah aku dah lama aku buat smackdown!

Tapi disebabkan dia hadapi saat susah sepanjang tahun 2016 ini
aku rasa hadiah mahal yang mampu buat dia tersenyum lebar memang berbaloi.
Tak sangka abang aku (Daddy kepada Abang) boleh tahan penyayang juga orangnya.
Padahal dulu masa kecik asyik bergaduh kalah main guli dengan aku hahahahaha.

Aku pernah cerita tentang anak buah aku si Abang ini di sini.
Aku tak pernah bertanya direct dengan Daddy Umi dia tentang perkembangan Abang
tapi dari apa yang aku dengar dari adik beradik lain,
aku dapat agak zaman kanak-kanak si Abang ni bakal dihabiskan dengan berulang alik ke hospital.

Zaman kanak-kanak adalah yang paling indah bagi sesetengah manusia kerana zaman itu adalah masa di mana kita sangat kudus dan tidak dipengaruhi anasir jahat luar.
We had nothing to worry. Our mind were free!

Main guli, main askar dalam longkang, main kereta Tamiya,
panjat pokok, main polis sentri, baling selipar,
jenguk rumah crush dekat tingkat 3,
tersipu-sipu nampak crush masa dekat pasar malam,
bayangkan,
semua ini si Abang mungkin tak dapat nak rasai sebab sibuk berulang alik untuk rawatan sakitnya.

Dan disebabkan sakit dia,
dia sudah tidak ke sekolah.
Sekarang aku jadi risau dengan pelajaran dia.

Tapi melihat dia dapat mainan kegemaran dan terus buka ajak Uncle dia main sama,
melihat dia tekun membina entah apa dari timbunan 1000 blok Lego yang ada,
melihat dia mampu siapkan sebuah lori ciptaannya tanpa bantuan orang dewasa,
aku tahu masa depan Abang masih jauh lagi untuk dia tempuhi
dan dia cukup kuat untuk menempuhnya.



Lego seribu ketul, kalau hilang 100 pun tak perasan, kan?
Hehehe
**niat jahat gosok-gosok tangan**




.




22 comments:

  1. Its funny.. Sy pun penah terfikir nk hadiahkan set lego utk Abang lepas baca kisah dia dulu, hehehe.

    Cuba home schooling kan Abang, Uncle. Gembira bila tengok (baca) Abang gembira :')

    Hahaha gosok tangan lambang kejahatan habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Z

      Yeke? hadiahkan set Lego dekat Uncle dia je laa sbb si Abang ni dah ada hadiah besar hahahaha.

      Ada jugak suggest kat mak abah dia untuk bg dia home-schooling tapi katanya tunggu dulu sbb dekat hospital pun ada sekolah dia sendiri, cuma tak tekan kuat sangat.

      Hahahahaha
      **gosok perut**

      Delete
  2. up sikit lg. 150 mungkin xpasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Jaaaangaaannnnn!
      Terhasut nanti aku naik jadi 200 hahahaha

      Delete
  3. Replies
    1. >At-Tarmizi

      Doakan Abang sentiasa strong, okay? :)

      Delete
  4. U can do home schooling uncle.. jgn risau, 7 is a strong number to begin with.. aku selalu jugak usha lego classic ni bila aku pegi ioi city mall almaklumlah kedai faveret aku deret deret tu je hahahahaha harga dia mak oiiii nangis

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy

      Aku pun pernah cadangkan home schooling kat parents dia, tapi semuanya masih lagi nak adjusting so aku biarkan dulu. Tak nak pula nanti kata aku mendesak pulak hahaha.

      Serious weyh, aku pun dah lama aim Lego Classic tu. Mahal oooo. Takde sape nak hadiahkan dekat aku sempena besday jugak ke hahahahahaah

      Delete
  5. Aku sedih di akhir-akhir entry..aku akan terus do'a yang terbaik untuk Abang..

    Biasanya kat hospital ada sekolah sendiri untuk long term in-patient (aku pn taktau betul ke tak istilah ni) tapi tak semua hospital dan tak berapa praktikal sebab susah nak cari tenaga kerja..cikgu yang terlibat pun cikgu khas..

    Hahaha.. *tadah tangan* Aku nak 100 pcs.. UvU

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      Memang ada pun sekolah di hospital tu, tapi kurikulum dia sekadar basic sahaja nak bagi tarik minat budak untuk terus belajar. Lagipun Abang bukan patient yang menetap sebab dia berulang alik jadi kekadang terlepas kelas.

      Hey hey. Beli sendiri laa. Nanti aku amik 100pcs dari kau pula hehehe

      Delete
  6. Seronok la Abang tu dapat lego 1K pieces... sure jadi mainan yang paling memorable, sampai ke tua boleh ingat lagi kat lego tu. Pesan kat dia simpan elok2 setiap kali lepas main lego tu, jangan bagi hilang sebijik pun.

    Uncle C, control yourself, jangan tergugat untuk merembat :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. >P

      Kaaaann.
      Lego ni kalau dibawa zaman boleh naik nilai ooo. Sebab tu aku pun pesan dekat dia suruh simpan elok-elok, kalau tak simpan elok-elok nanti Uncle curi hahahahahaha

      Delete
  7. 1k pieces lego!! Ingat pula dd kat anak buah, kakak dd janji nak bg lego yg banyak tulah kalau dapat no 1. Sekali anak buah dd betul2 dapat no 1, memang dapatlah lego yg banyak tu... dd pun kdg2 tumpang main.. maklum jelah zaman dolu2 mana ada lego2 ni.. hihi... erre,, betul gak cero 100 hilang mungkin dia tak perasan tuuu

    *semoga abang terus kjat, semangat dan cepat sembuh.. aminn ya rabb

    ReplyDelete
    Replies
    1. >DD

      Betul DD. Yang orang dewasa (purba) ni tengok dia main Lego yang membukit tu hati rasa jeles je hahahaha. Ingat nak beli laa sendiri nanti hahahaha.

      Thanks DD. DD pun kena kuat juga dan jangan sesekali rasa lelah okay :)

      Delete
  8. Oh ni yg hari tu kau cerita anak buah kau sakit tu eh. Kesian jugak kat dia x dpt main sgt macam budak2 lain. Dapat lego ni harap dia happy la...

    Tapi memang betul ke dia cakap biasa je hadiah ni? Aku pun x pernah dapat main lego byk tu..1000pcs kot... kalau kecik2 dpt main aku rasa aku dh boleh cipta robot dah sekarang ni.. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Yup. Anak buah yang itu.
      Sangat kesian. Aku pada umur dia dulu sangat ligat bermain dan mencari kawan sedangkan dia berulang alik ke hospital.

      AKu rasa dia cakap biasa je tu sebab nak menunjuk kat aku, tak ada niat lain hahahaha. Aku pun kecik-kecik dulu main lipat kertas buat kapal terbang dan jet je hahahaha

      Delete
  9. Zaman kanak-kanak saya pun banyak memori dengan lego.rasa nostalgik pula baca. Satu hadiah yang bagus. Dapat meransang kreativiti abang. Haip, cero. Jangan fikir nak ambil hak dia. Nanti auntie marah. Eh? Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      AKu pulak, zaman kanak-kanak lebih kepada game luar rumah yang free macam baling selipar, polis sentri dan galah panjang. Naik dewasa sikit ni je baru merasa nak pegang lego hahahaha.

      Eh eh? Nak claim title auntie ke ni hahahaha

      Delete
  10. wow uncle. omputih sangat haha.

    happy belated birthday Abang. Moga diberi kekuatan untuk menempu segala ujian Allah. Moga cepat sembuh. ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Can I just pretend that kau panggil aku Abang dan wish aku happy belated birthday? Hehehe. JK.

      Thanks NAD. I'll sure deliver doa itu untuk dia.

      Delete
  11. apa pun sakit Abang, semoga dia sembuh dan dapat menikmati zaman kanak-kanaknya macam orang lain..minat lego tu mungkin bak kata orang 'ke mana tumpahnya kuah..'

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Amin.
      Harap-harap begitulah hendak-Nya.
      Hehe. Betul laa tu kot. Jauh sangat dari Uncle nak tumpah kuah pun hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: