Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 2, 2016

Lelaki Yang Menunggang Motosikal.



Salam.

Bila dikira balik,
2016 adalah tahun di mana sudah 10 tahun aku menunggang motosikal secara serius.
Ikutkan aku sudah ada lesen B2 lebih awal daripada itu lagi,
tapi aku kira serius bermotosikal sejak dapat motosikal aku a.k.a Si Kuda Putih
dan usianya sudah pun memasuki fasa dua angka.

Jadi untuk itu,
apa kata kita berborak tentang isu menunggang motosikal.





Oleh sebab boleh tahan lama juga aku asyik bermotosikal,
jadi orang keliling aku anggap aku tidak pandai pandu kereta.
More like diorang tak pernah nampak aku memandu, so diorang assume aku tak pandai memandu.

Ya, aku tak ada kereta sendiri,
tapi aku bukanlah tak pandai langsung pandu kereta.
Manual, auto, van, even lori pun boleh aku pandu tanpa masalah (walaupun aku tiada lesen lori)

Just a fun fact about cEro;
Semasa ujian ambil lesen dulu, aku ulang ujian motosikal 3 kali, sedangkan kereta sekali uji sudah lulus dengan cemerlang.

Tapi yang untungnya orang anggap aku tak pandai memandu ni
adalah orang tak akan suruh aku pandu.
Diorang akan suruh aku jadi penumpang sahaja.
Mestilah suka kalau aku tak payah bersusah payah ingat jalan untuk memandu.
Aku ni dah laa boleh tahan selalu juga sesat orangnya.

Berbalik kepada motosikal.

Aku suka terbang.
Kalau aku ada kuasa luarbiasa, terbang adalah salah satu pilihan aku.
Jadi perkara normal yang murah dan paling dekat dengan terbang ialah menunggang motosikal.
Perasaan angin laju menyapu pipi masa menunggang memang paling WIN.
Sekali sekala perasan diri dalam suit Iron Man.
Pandangan ke depan tanpa kerangka besi, lepas tu meluncur laju atas jalanraya.
Uuuuuhhhhh. Fikirkannya pun sudah menyeronokan.

Tapi angin laju di hutan konkrit bermakna habuk pun banyak melekat di pipi.
Malanglah untuk bakal isteri aku nanti.
Tiap kali nak cium pipi mesti kena sapu habuk dulu.

View semasa menunggang motosikal dan memandu kereta sangat berbeza.
Perasaan pun berbeza.
Atas moto, kita boleh rasa kelajuan.
Kalau sangat laju, badan jadi berat untuk ke depan.
Tekanan pada badan itulah yang buat menunggang seronok.

Tapi kalau pandu kereta,
bawa sampai 120 pun belum tentu rasa laju.
Angin yang dapat pun hanya rasa kalau buka tingkap.
Itupun kalau kau bawa laju, angin takkan kena ke muka kau, tapi kena dekat muka orang yang duduk belakang kau.

Another fun fact about cEro;
Aku pernah tunggang motosikal pada kelajuan 140 km/j di Lebuhraya Persekutuan pada jam 3 pagi dan dapat kekalkan kelajuan itu selama 30 saat. **bad*ss**



10 tahun bermakna Si Kuda Putih kesayangan aku sudahpun menghampiri limitnya sendiri.
Memang ada niat dalam hati nak bertukar kasih (#ewah) tapi apakan daya, aku ni setia orangnya (selling point).

Aku sangat sukakan menunggang motosikal sehinggakan aku letak syarat supaya bakal isteri aku tak halang kesukaan aku itu.
Lagi best kalau dia sekali join sekali tunggang bersama-sama.
Tunggang moto sebelah-sebelah laa maksud aku.
Naik belakang aku tak berapa berminat sangat.
Aku tak pernah nampak orang bawa isteri/awek/chikaro dekat belakang sebagai sesuatu yang sweet.
Ke korang rasa itu sweet?

On another note,
kalian tak rasa ke perempuan yang menunggang motosikal itu sangat menarik?


Sebagai penutup entri, aku ada soalan:
Apa pendapat jujur kalian tentang lelaki yang menunggang motosikal?
Aku akui memang ada segelintir yang perangai serupa bangs*t atas jalanraya.
Tapi secara umumnya, apa pendapat kalian?
Cuba jujur sikit aku nak tahu.
Tak apa. Segala yang di sini habis di sini.

#DiariSeorangPenunggang




.


34 comments:

  1. aku pun ada b2. niat nak ambil b full tapi tapi takde keyakinan atas sebab kaki yang x berapa nak panjang haha.

    aku takde masalah dgn penunggang motor kecuali mereka menunggang di tengah2 jalan dengan kelajuan yg minima. itu agak memarahkan hati ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD yang first balik

      Last time aku check harga nak lesen B full, boleh tahan jugak mahalnya. Pastu aku dengar baru-baru ni naik lagi adusss makin jauh laa angan-angan nak B full

      Hahaha. Itu aku pun ada masalah.
      Nak bersiar-siar, gi laa ke tepi. Yang duduk tengah alam orang nak melaju tu kenapakah hahaha

      Delete
  2. Kita penunggang motosikal tiada beza. Brotherhood. Jom lepak mamak. Ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Blee

      BETUL! Sesama penunggang, walaupun tak pernah kenal tka pernah jumpa, tapi kalau breakdown tepi jalan at least akan bertegut tanya juga kan?
      Brotherhood sungguh!

      Delete
    2. yeah> xpernah kenal sanggup tolong tu.. member belum tentu tlg.

      Delete
    3. >budoxe lee

      Tahu takpe. Bila orang asing datang tolong kita ikhlas walaupun tak kenal, memang rasa terharu sangat hehehe

      Delete
  3. husband aku seorang penunggang motosikal so aku tadek masalah dengan penunggang2 yang lain. pergi balik kerja pun dia naik motor. nak gi jalan2 baru naik kereta dan dia yang drive. part kesian ialah bila hujan jek lah dan kereta2 yang nak tukar lane tak nampak motor datang laju dari arah belakang dan husband aku hon banyak kali. ape tah driver cenggitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Hooooo...
      Aku faham sangat perasaan tu. Sudahlah kalau hujan bawak moto memang azab dia lain macam. Dengan visibility yang kurang, air hujan jatuh laju sakit badan, kena pulak dengan jenis pemandu kereta yang macam kau cerita tu...Adoiii

      Delete
  4. ak perempuan dan aku suka menunggang..pendapat aku? tiada pendapat... we are same we are normal..aku paham perasaan angin tiup tuewh..memang fuhhhh..feel like i'm flying. feel like all the probs are left behind.. yg penting ak happy..x kesah dicop rempit pown.. tp, sayang moto ak bolehh p sampai 110km/h saja.. nk adjust engine, bnyak priority lain la pulak.. ps: maap x jawab soalan ..

    On another note,
    kalian tak rasa ke perempuan yang menunggang motosikal itu sangat menarik?
    auuu is it? first time dengaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anon

      Pada aku laa secara peribadi, perempuan bawa moto sangat menarik. Dari situ dah nampak independent dia camane. Tapi nak kata terpikat tu rasanya banyak faktor lain lagi hahahaha.

      Delete
  5. -Star-
    1. Dulu, aku pernah niat nak ambil lesen motor tapi dah kensel niat tu sbb terbaca hasil satu kajian XD
    2. Naik motor sbg pembonceng okla lagi sbb serah tanggungjawab untuk menempuhi liku2 jalanan kat penunggang haha. Tapi rasa tak selamat sgt naik motor.
    3. Pandangan aku tentang penunggang motor lelaki is neutral, tapi gearing towards geram sebab area aku keje ni mmg penunggang motor (laki perempuan) bawak secara bahaya dan cel***. Ingat kepala besi ke tak pakai helmet, pakai langgar traffic light secara berbahaya dr arah bertentangan, dan bertindak samseng walaupun dia yg salah!
    *rage* fuh *tarik nafas*
    - Ok je lelaki bawak motor, tp preferably ada kereta gak untuk bawak family, aku seriau tgk yg bwk anak bini beramai2, aku faham tak semua org mampu, just risau utk keselamatan family diala.
    4. Aku rasa sweet je tgk suami isteri naik motor sesama (membonceng), sbb mcm sama2 menempuh ranjau beronak duri~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      1. Hahaha. Macam tahu je apa kajian yang kau maksudkan. Jangan risau, it's a hoax. Tak ada bukti kukuh yang backup kajian tu.

      2. Hahaha. Memang ramai lagi suka jadi pembonceng. Pembonceng tak best. Nanti sepanjang perjalanan kena bau badan si penunggang dekat depan hahaha.

      3. Kawasan perumahan kot. Memang ramai penunggang akan abaikan keselamatan macam helmet dan lampu isyarat kalau bawa moto dekat kawasan perumahan diorg. Entahlah. Aku pun tak setuju. Aku nak ke kedai pun pakai helmet lengkap tau. Hahaha

      Memang untuk ada famili, kereta lagi preferable. Aku faham maksud kau. Kesian tu ada tapi mungkin masa nak berkeluarga diorang tak anggap itu satu perkara berat kot.

      4. Aku tak pernah lagi bawa pasangan sebab aku single hahaha tapi dari pengalaman aku bawa adik-adik perempuan aku, aku rasa tak best sebab dari satu nyawa naik jadi dua nyawa bawah tanggungjawab aku jadi tak best hahahaha

      Delete
    2. -Star-
      2. Setakat aku jadi pembonceng, penunggang tu sume takde masalah BO lol! Dan mungkin sbb aku bukan jenis physical contact, so takla peluk penunggang tu XD
      3. Opis aku ni kat kawasan yg asalnya kampung, tapi tetiba jadi bandar. So mentaliti sini masih lagi mentaliti kampung walaupun area dah jadi busy.
      4. itulah maksud aku, pembonceng tu aka si isteri tu letak nyawa dia dlm tangan suami dia tau, trust begitu tinggi sekali haha
      Or maybe i just romanticised things

      Delete
    3. >Star

      2. Hahaha. AKu pernah 4 bulan tumpang kawan pergi kelas naik moto. Kalau kena hari dia tak mandi adussss pening kepala atas moto ooo hahaha

      3. Hahaha. Gitu rupanya. Mentaliti memang susah ubah, apatah lagi yang dah lekat kuat kat kepala. Nanti jadi kes kemalangan pecah kepala ke baru laa nak beringat sikit. Tu pun sekejap je haahaha.

      4. Hahaha. Kau tu jiwang lebih kot. Hahaha

      Delete
  6. menunggang motor atau memandu kereta sama je, kena berhemah, kalau tidak berhemah, anda sama saje kena maki-makian

    Cero menunggang motor - skala kehandseman mu mungkin lebih sedikit berbanding lelaki yang memandu kereta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Angah

      Betul. Tak kira dia bawa moto ke, kereta ke, beca ke, kalau perangai macam bangang atas jalan, memang layak dimaki je hahaha

      Hahahaha. Hensem takdak, manis itu ada sikit. Hahahaha

      Delete
  7. dulu pernah teringin nak bawak motosikal berkuasa tinggi tu. acah2 nak jadi lara croft, HAHHAHAHA. tapi sampai kesudah taktau bawak moto XD sebab takdak yg ajar n takdak moto T^T

    bila tengok moto yg ada pembonceng nie, rasa macam bahaya pulak. lagi2 bila bawak budak kecik sekali.

    secara umumnya, lelaki yg menunggang motosikal memang cool. lagi cool bila menepati peraturan jalan raya. tabik spring la dengan memana penunggang motosikal yg berhemah di jalan raya, bukan mudah nak bawak moto dgn keadaan cuaca yg berubah2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Hahahaah Lara Croft! Lama gila dah movie dia tu sekarang Jolie pun dah tua hahaha. Bawak moto senang je BV. Satu hari minta sesiapa yang ada tolong ajarkan pun dah boleh mahir dah.

      Yup. Memang membonceng lagi tinggi bahayanya tapi kalau yang menunggang tu berhemah dan ikut semua peraturan, rasanya semua okay hehehe

      Tahu takpe. Ancaman utama para rider selain daripada pengguna jalanraya yang lain ialah cuaca. Mostly penunggang akan sentiasa memerhatikan cuaca kalau nak menunggang. Kalau risiko tinggi, baik berteduh dulu.

      Delete
  8. Hmmm... jenis2 kenderaan yang aku pernah bawak setakat ni ialah basikal, motorsikal dan kereta. Antara ke3-3 kenderaan tu, paling aku cuak, canggung dan tak confident bawak ialah motorsikal. Guess I'm not made to fly on the road, maka lesen motorsikal aku cuma terhenti dan expired suatu ketika dahulu, setakat 'L' saja. Hahah...

    Pandangan aku neutral je terhadap penunggang motorsikal, ataupun mana2 pembawa kenderaan apa2 pun atas jalanraya tu. Yang penting, ko bawak kenderaan apa pun, must ride or drive safely and cautiously, jangan dok buat perangai loqlaq selfish atas jalanraya. Tensen aku kalau ada geng motor dok jalan slow2 kat tengah2 jalan, bukan dia tak boleh bawak elok2 kat tepi kalau nak jalan slow2 tu, pastu ada jenis menyembang pulak sebelah menyebelah time atas jalan... adeih, apa ke perangai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain

      Tak biasa memang cuak sikit, P. Tapi percayalah kalau dah cukup mahir nanti best oo bawak moto hahaha.

      Betul.
      Manusia suka bawak perangai buruk dia atas bu,i bila atas jalan. Yang selfish tetap jadi selfish, yang asshole tetap nak jadi asshole atas jalan. Kalau perangai diorang bawak rugi dekat diri sahaja takpa, ni kekadang libat orang lain yang tak bersalah, itu memang mengundang marah.

      Delete
  9. Aku start tahun ni baru serius bawak motor. Kau dah 10 tahun.. Wow.. Selama ni aku naik kereta je, naik motor pun dekat2 je dan aku tak berapa mahir sebenarnya.. Masa kelas amik lesen dulu pun aku pernah jatuh bawak motor. Dah la ramai perempuan tengok time tu. Haha hadoii..

    Tapi aku naik motor takde rasa terbang pun weh. Pakai visor(betul ke aku eja?) pun kau boleh rasa angin kat pipi lagi ke? Dahsyatnya... haha.. Tapi aku naik skuter je la meter max pun 140km. Lepas 110km/h pun dah rasa motor tak boleh pergi.. Nak 140km/h tak dapat la...

    kalau kat kl ni pada aku memang best lagi bawak motor. Kat mana2 pun jam. Stress kalau bawak kereta. Bawak motor jimat minyak, jimat parking, jimat masa... macam2 la... Cuma bahaya je lebih...

    Perempuan bawak motor besar, perempuan yang main game bola pada aku menarik.

    Pandangan kau tentang org bawak motor. Aku rasa sama je macam yg bawak kereta. Yang ok tu ada je dai bawak berhemah, nak masuk lane pun ada la signal and memang ada ruang yang tak membahayakan. Kalau yg jenis menyelit suka hati sampai menyusahkan orang sape je suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Takpe. Baru awal lagi kau tu. Aku dulu awal-awal dulu jatuh juga selalu hahaha. Orang kata selagi tak jatuh moto, tak dikira official lagi sebagai rider hahaha.

      Aku pakai helmet bukan full face, maka memang rasa laa angin celah pipi bawah bahagian jambang tu. Kekadang sebab nakkan angin tu aku tak pakai pon visor (ya, ejaan dia camni)

      Memang kat KL ada advantage pakai moto, tapi kat KL juga yang ramai pandang rendah dekat penunggang. Maklumlah, penuh dengan kereta-kereta mahal hehehe

      Perempuan bawa moto besar memang terbaik Hehehe

      Hahaha. Betul. Last-last bertitik tolak kepada perangai jugak. Kalau perangai teruk, bawak van jenazah pun macam dia je yang nak duduk isi kat belakang hahahaa

      Delete
  10. hurm...aku kagumlah dengan kesetiaan kau ni. bukan senang nak cari. rare!

    rasa macam biasa2 je kot. tak kira motor ke kereta semua sama..cumanya, aku mcm cepat ngeri kalau tgok org bwk motor lelaju...aku yang rungsing..selamatkah orang tu? berjayakah dia sampai destinasi? aku risau giler kalau ada kwan yg menunggang moto dr utara ke selatan...giler tak risau!
    alhamdulillah semua selamat. tapi tu lah...aku tetap risau..
    (risau, risau, risau, risau....)

    laki menunggang motosikal? -cool!-

    -masih tak berani ambil lesen moto T___T- huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Hahaha. Setia macam ni pun kagum ke hahaha.

      Betul. Risiko orang yang naik moto katanya 17 kali ganda lebih tinggi daripada kereta biasa. Baguslah kau risaukan mereka. Kami penunggang ni kekadang perlukan kesian, tapi selalu yang dapat maki hamun je hehe

      Cubalah ambil lesen moto. Belajar slow-slow. Lama-lama nanti bolehlah hehe

      Delete
  11. ak plak jenih yg xleh xde codriver ..klu xde even jln yg selalu je pun lalu tetibe boleh jgk sesat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Husna Rahman

      Hehehe. I feel you. Sesat dah sebati dah dengan aku.
      Jalan laa beratus kali pun, tetap susah nak ingat jalan hahaha

      Delete
  12. Cool nye cero. Sampai lori pun boleh bawa. Macam aziz satar. Ok, saya dah disqualified sebagai calon isteri cero. Tak reti bawa motor, dan tak dibenarkan oleh Abah untuk belajar naik motor. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Hahaha kenapa jauh sangat sampai ke Arwah Pak Ajis ni hehehe.
      Syarat yang diletakkan just 'tak halang kegemaran untuk menunggang' je, reti tak reti ke tak kisah pun hehehe.

      Delete
  13. Hormat & Pengorbanan.

    Hats off for all rider, especially for brothers. Kenapa? Ramai lelaki yang bekerja dan berkahwin utamakan isteri bawa kereta dan diri sendiri sanggup bawa motor.(ini sisi aku yang aku lihat).



    ReplyDelete
    Replies
    1. >Teh Arfah

      Betul! Setuju sangat. Ikutkan bahaya dia sama je lelaki ke perempuan tapi sebab lelaki kekononnya dapat tanggung lebih sakit daripada perempuan, jadi byk suami yang sanggup bermotor semata2 nak isteri berkereta hehehe

      Delete
  14. salute you can menunggang motor for 10 years and xserik.

    I do find women who can take on a bike is awesome. teringin tapi kaki pendek.apa kan daya. dahla selalu sakit pinggang bahahaha. angan2 je

    pastu mmg tgh tggu2 si dia beli motor superbike sebab nak join naik belakang. xdela rasa sweet tp rasa cam muda mudi couple lolol. forever young . jiran umur 35-40 bawak bini naik superbike dia sekali je. bini dia kata punggung sakit. cukupla sekali. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Terima kasih.

      Kaki pendek buat masalah sangat. Ramai je perempuan yang pakai moto besar walaupun badan diorang tak besar mana hehehe.

      Hahaha. Okay what superbike. Sakit2 pinggang pun still boleh rest dekat yang tersayang yg sedang menunggang kat depan, kan? Hehe

      Delete
  15. Tapi naik basikal lagi best. HAHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nanadhoi

      Basikal nak santai-santai dekat takpe laa.
      Kalau nak pergi kerja jauh naik basikal, bertolak pagi petang baru sampai hahahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License