Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 9, 2016

Bonggol-Bonggol Itu.



Salam.

Kalian tahu apa benda yang paling hitler sekali atas jalanraya?
Bonggol jalanraya aka speed bump.





Alkisahnya,
hujung minggu aku akan berada di rumah parents aku di satu ceruk Selangor ni.
Balik sana sebab nak makan masakan Emak yang superb.
Perumahannya tidaklah urban, tapi tidaklah rural sangat.
Mungkin dipanggil suburb kot.

Dari rumah ke lampu isyarat paling hampir tidak kurang daripada 2 kilometer jaraknya.
TAPI...

...dari rumah nak ke lampu isyarat paling hampir,
aku kena lalui 12 bumper jalan.
4 daripadanya berada di depan sekolah jadi aku faham fungsi dia.
Tapi ada dua berada di simpang cabang tiga.
Setahu aku, speed bump ni fungsinya nak elak pengguna jalanraya daripada memandu laju terutamanya di jalan lurus, jadi ada DUA dekat simpang cabang tiga yang sama sedikit WTF!

Aku tunggang motosikal.
Moto biasa je pun, bukannya superbike ke hape.
Moto macam tu mana nak ada suspension power sangat.
Jadi,
tiap kali nak menempuh bumper tu, melambung juga laa punggung.
Salah landing, terhimpit oo kilang zuriat.
Boleh bergenang ooo...

Macam aku dah biasa layan moto atas lebuhraya, bawa laju.
Tetiba masuk kawasan suburb kena terbertemu dengan bumper tanpa diundang,
makanya terbanglah aku seketika di udara.

Dan aku kena harungi 12 bumps untuk 2 kilometer itu.
Belum cerita lagi jalan yang tak rata dan berlubang-lubang.

Tapi demi masakan Mak, ku relakan jiwa...


#DiariSeorangPenunggang



.




29 comments:

  1. hahahaha cool sungguh panel last sekali. err maaf gelak tp kelakar bila membayangkan. kena bagi gemuk sikit, barulah berat dan tak melambung tinggi sgt.

    kena balik rumah mak tiap hari utk gemuk.. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Hahahaha. Gelak pun takpe.
      Tak nak kasi gemuk sebab nanti momentum lagi tinggi, kena bumper yang melambung, bila jatuh lagi sakit hahahaha

      Delete
  2. Mungkin orang yg buat sampai 12 bonggol tu nak troll orang. Bawa motor hati2 c.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Boss Noob

      hahaha gigih pulak nak buat bumper semata-mata nak troll.
      Tapi itulah, kalau fungsi dia dapat kurangkan kemalangan, rasanya tak salah kot cuma sampai 12 tu yang cemuih sikit tu hehehe

      Delete
  3. Cadangan aku, ko go maximum speed masa bumper pertama.. So, ko akan melambung, mungkin melepasi kesemua 11 bumper yang lain.. Ok, sorry, loyar buruk..huhu..

    Bertabahla cEro, demi masakan superb mak ko.. Relakanlah jiwamu.. Yeah, ride safely, dude..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee-kun

      Wahahaha. Gila savage melambung terus 2 kilometer. Rekod tu hahaha.

      Haha. Betul. Demi masakan mak, 120 bumper pun aku tak kisah hahahaha. Thanks Lee :)

      Delete
  4. hahah sakit kan hentakan bumper especially bumper tajam. berhati-hati lah lama nak guna kilang zuriat tu hahahha

    none can beat mom's cooking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Arrghh! Bumper tajam laa paling hitler sekali.
      Bawa slow pun melambung macam esok tiada lagi hahahaha

      Mom's cooking is the best!

      Delete
  5. Kahkah lawak pulak aku baca. Bukan ke pembonceng ke yang beria sekali melambung ke udara? Tu aku tahu sebab bila naik motor dengan husband.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Aku selalunya kalau bawa pembonceng, aku akan bawa dengan berhemah. Jumpa bonggol pun slow sampai 10-20 baru lalu sebab tu tak pernah ada pembonceng yang merungut dengan penunggangan aku hahahaha

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Jalan utama ke? Kalau jalan utama takleh buat bonggol. Tah-tah bonggol jadi-jadian tak? Report JKR!

    ReplyDelete
    Replies
    1. K, kali ni aku tiru komen MonDay. Kat jalan utama takleh buat bonggol, kalau ada, report JKR. Huh...

      Tambah sikit, kalau ada road bump yang dalam bentuk tali besar tu, aku cukup meluat. Sapa punya idea ntah tu...

      Delete
    2. >Mon

      Rasanya tiga daripada 12 tu ada dekat jalan utama, tapi dua daripanya depan masjid so tak sure masjid masuk senarai kawasan perlu ada bonggol ke tidak hahaha

      Delete
    3. >P

      Hahaha. Tertinggal nak reply komen kau.

      Road bump yang bentuk tali besar tu yang macam mana?
      Yang belang2 macam biasa kuning hitam tu ke?

      Delete
    4. Hoho dak aih, memang tali weh... tali besar yang biasa nampak nelayan guna untuk tambat boat besar kat jetty tu, takpun tali tu biasa digunakan dalam building construction. Jumpa 'road bump' tu kat jalan tepi kawasan perumahan somewhere in Arau. Idea sapa tu ntah lah, boleh pulak dia gamkan tali besar dan keras tu merentasi jalan...

      Delete
    5. >p

      Oh! Come to think about it aku macam pernah tahu yang jenis speed bump tali tu. Memang leceh bila kena dan banyak kali hahaha. Punya laa tak nak orang pandu laju sampai gam tali atas jalan hahaha

      Delete
  8. jalan kat kawasan perumahan ke? selalunya kat kawasan perumahan banyak bump. XD dekat rumah2 cnie ada kawasan jalan dan perumahan baru yang belum ada speed bump, boleh dikatakan tiap petang bebudak main motor pecut, merempitz bermacam style situ, jalan pulak lurus dan besar, kebetulan pulak tu memang kawasan tepi rumah, sabar je la dgn bunyi bising macam tu.

    chillex2 je bawak bila ada bump nie. sementara tu boleh la usha2 awek kat tepi jalan. HAHHAHAHAH. jk XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Untuk 1st kilometer daripada 2km tu memang dalam kawasan perumahan jadi memang boleh difahami. Dalam taman perumahan tu pun ada jugak bumper kecik penduduk buat, sebab kes orang suka memecut jugak laa rasanya hahaha

      Hahaha. Alang-alang sambil melambung tu boleh buat somersaut sekali hahaha

      Delete
  9. hahahahha apasal macam lawak dan kesian in the same time ha? terhibur hari aku baca entry ko ni...tp itulah bila bumper byk sgt, jgnkan naik motor, naik kereta pun boleh bengang...sabar ajelahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie

      Hahahaha.
      Setuju sangat.
      Aku pernah bawa kereta lalui 12 bumper ni. Rimas oo.
      Jalan sikit kena brek pastu lalu bumper lepas tu baru nak pecut kena brek lagi sebab ada bumper lagi pastu ulang 10 kali lagi hahaha

      Delete
  10. demi masakan mak aku pun sanggup

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nurul rasya

      Kaaaannnn!
      Masakan mak beats everything!! Hehe

      Delete
  11. Hati2 bro jangan sampai patah.. ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amin Hakim

      InsyaAllah kalau nasib baik tak ada laa yang patah hehehe
      Terima kasih :)

      Delete
  12. Kirim salam mak. Eh, ke situ pula. sori. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      InsyaAllah nanti akan dikirimkan salamnya hehehe

      Delete
  13. Mak aiih sampai 12 bumper. Kalau semua bumper tajam macam kt parking shopping mall tu sakit wo. Slow pun melambung gak sikit. Tapi lagi bengang kalau bumper yg dah hilang line kuning pastu tak ada papan tanda. Terkejut oii..

    Tapi setakat 12 bonggol ape adehal kannn.. Yg penting dpt makan masakan mak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Hahahaha. Aku pun cukup tak suka bumper rubber macam kat shopping mall tu. Buat sakit otak hooo terhentak-hentak hahaha

      Bumper tak ada line dengan sign, patutnya kena gi buat aduan. Tapi ikutkan kecekapan PBT aku, mungkin aduan sekadar aduan, tindakan kena tunggu pilihanraya hahaha

      Masakan mak IS THE BEST! Hahahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: