Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 7, 2016

Harapan untuk Kemanusiaan...





Salam.

Ini adalah kisah yang dilalui satu hari aku.
Aku minta kalian cuba bayangkan diri kalian berada di tempat aku ini.
Aku mahu semua rasa apa yang aku rasa.
Cuba fahami, selami dan hayati apa yang aku nak sampaikan.

Anda sedang berada di dalam tren komuter, berhimpit, bersesak.
Sekarang petang, semua sedang sibuk pulang ke rumah.
Untungnya, anda dapat berdiri di pintu.
Maka dengan muka sayu anda meratap ke pemandangan luar pintu.
Anda penat dengan kehidupan.
Anda terkenang segala yang berlaku dari pagi tadi.

Bayangkan anda bangun pagi tadi untuk pergi kerja.
Mandi, solat, bersiap, sarapan.
Capai topi kaledar dan hidupkan motosikal.
Selangkah anda keluar pagar, terdapat sekelompok sampah di hadapan rumah.
Isinya terburai dari plastik.
Bersepah lampin bayi yang sudah dipakai. Bernajis. Busuk.
Sudah pasti bukan anda punya sebab kali terakhir anda periksa, anda masih bujang, tiada bayi.
Namun sampahnya sudah bersepah di depan rumah anda.
Walaupun marah, dalam hati sudah pelbagai carutan keluar,
anda tetap sapu sampah-sampah tersebut ke tepi dengan niat memudahkan kerja lori sampah yang bakal menjalankan tugas memungut nanti.

Anda mulakan perjalanan ke tempat kerja.

Anda masuk jalanraya.
Jalanraya lingkaran yang terkenal dengan kepadatan penggunanya apatah lagi di waktu puncak.

Anda memecut di kiri jalan.
Namun di kiri jalan tersadai banyak lori yang entah kenapa berhenti.
Anda mengelak ke kanan jalan.
Namun anda dihon kereta laju yang memecut dari belakang.
Anda ke kiri jalan kembali.
Batu, sampah, tayar lori pecah, kulit durian, dan pelbagai jenis sampah
penuh di laluan anda.

Anda memasuki zon sesak.
Kereta dan lori bertayar lebih dari empat sudah tidak bergerak.
Anda yang bermotosikal nasib baik masih boleh mengelit di kiri jalan.
Ruang sekangkang di kiri jalan anda selusuri.

Tiba-tiba sebuah kereta dari kanan jalan menghimpit ke kiri.
Anda yang berada di kiri hilang keseimbangan dan jatuh.
Motosikal bergeser dengan jalan, anda berguling ke kiri.
Kereta tadi berhenti. Pemandunya keluar melihat apa yang jadi.

Keretanya kemik. Sedikit.
Seperti mana anda kemikan tin minuman dengan jari kelengkeng.
Namun marahnya seperti Myvinya itu remuk tiada rupa.
Dimakinya anda yang sedang mengangkat motosikal tadi.
Segala jenis caci semuanya keluar.
Anda dilabel mat rempit yang menyusahkan pengguna lain.

Setelah puas memaki, pemandu itu teruskan perjalanannya.
Mungkin gerun melihat anda menggenggam topi kaledar di tangan.
Dengan seluar koyak, badan berpeluh, anda meneruskan perjalanan ke tempat kerja.

Di tempat kerja anda lewat.
Pihak atasan tidak menerima sebarang alasan lewat hatta nyawa anda melayang sekalipun.
Apa yang mereka mahu ialah disiplin dan waktu kerja yang tepat.
Seluar koyak lutut berdarah anda bukannya bukti kukuh.
Anda diberi amaran.

Meja kerja penuh dengan lambakan kerja.
Ya, kerja anda. Tapi hanya 10%.
Lagi 90% adalah lambakan kerja orang lain yang entah kenapa da atas arahan siapa, anda yang perlu siapkan.
Berkali-kali anda cadangkan supaya ambil staf baru untuk mengisi kekosongan jawatan kritikal dan lambakan kerja, tapi pihak atasan anda lebih risaukan kenapa sport rim idaman untuk keretanya masih tidak masuk stok di kedai kereta.

Redha menyelesaikan kerja, jam sudah menunjukkan hampir tamat waktu pejabat.

Anda bersiap untuk pulang.
Motosikal anda tadi dihantar ke bengkel,
maka anda perlu balik dengan kenderaan awam.
Pilihan anda, KTM Komuter.
Namun waktu puncak baru sahaja masuk.
Jika anda berlengah, maka berhimpitlah anda dengan warga asing bau bawang.

Pihak atasan melihat anda berkemas.
Dimarahinya anda. Katanya, datang lambat tapi balik nak awal.
Padahal baru sekali itu anda terlewat,
itupun bukan sebab melepak kantin macam dia buat.
Katanya macam mana bangsa nak maju kalau tidak mahu berkorban masa untuk bekerja lebih.
Menurut perintah, anda duduk bertenang dahulu di meja anda.
Namun bila waktu pejabat tamat, si dia yang 'berkorban' tadi sudah lama hilang dari biliknya.

Anda bergerak ke stesen Komuter.
Anda lihat banyak umat manusia beratur membeli tiket di kaunter.
Mesin tiket ada dua, tapi tiada satu pun yang berfungsi.
Kaunter tiket ada tiga, tapi hanya satu sahaja dibuka.
Kakitangan di kaunter ada tiga, hanya seorang buat kerja.
Itupun sambil tangan berurusan dengan pengguna, sambil mulut berborak dengan dua kakitangan lain.
Yang beratur terus berdengus merungut kelambatan.

Anda paling tidak suka beratur.
Namun tiada pilihan, anda beratur juga.
Panjang barisannya. Semua mahu segera.
Tapi ada juga beberapa bangsat tiada batang kemaluan terus ke depan memotong barisan.
Yang potong satu hal, yang benarkan diri dipotong itu, buat apa?

Berkat kesabaran, anda sudah bertiket.
Masuk platform, terbeliak mata anda melihat berapa yang menunggu.
Mana tren? Tak sampai lagikah dari tadi?
Kata orang sebelah anda, tren yang dijadualkan 15 minit tadi belum sampai.
Juga tren yang dijadualkan 30 minit tadi.

Tak pernah berubah dari zaman dulu hingga sekarang ini.
Perkhidmatan yang sentiasa lambat tapi mahu harga tiket terkini.
Bila rakyat merungut, pandai bagi alasan tapi tiada tindakan susulan.
Yang lambat tetap lambat seperti ia sudah jadi satu adat.

Terus menunggu, tren yang dinanti sudahpun tiba.
Pintu tren terbuka, yang luar berpusu menolak masuk.
Yang dari dalam mahu keluar terperangkap sesak.
Mana adab? Kenapa biadab?
Biarlah yang keluar dulu bergerak, barulah masuk.
Masyarakat tak pernah terasa nak berubah.
Semua rasa diri paling penting sebagai individu.
Tiada yang lagi penting dari diri sendiri.

Anda berjaya masuk.
Anda berada di dalam tren komuter, berhimpit, bersesak.
Untungnya, anda dapat berdiri di pintu.
Maka dengan muka sayu anda meratap ke pemandangan luar pintu.
Anda penat dengan kehidupan.
Anda terkenang segala yang berlaku dari pagi tadi.

Hati anda terdetik, anda bencikan manusia.
Bila berkata manusia, ia termasuk juga diri anda.
Tiada satu pun perkara yang mampu membuatkan anda bangga sebagai manusia.
Manusia pentingkan diri sendiri.
Manusia tidak bertimbang rasa.
Manusia hanya mahu fikirkan hal sebagai individu, bukannya sebagai komuniti.

Melihat semua ini, merasa sendiri semua ini,
anda sudah hilang harapan dengan manusia.
Dengan kemanusiaan.

Apa fungsi kita hidup bermasyarakat kalau akhirnya individu lebih diutamakan?
Untuk apa anda bekerja jika sepanjang hari hanyalah cacian dan makian yang anda terima?
Berbaloikah berkeras kerja hanya untuk kepingan kertas bernama ringgit sedangkan tidak apa untuk dicerca, dihina, dimaki, melihat kebongkakan orang, melihat hilangnya nilai tanggungjawab, melihat tiadanya hormat menghormati, tiada adab dan hanya biadab di depan mata?

Anda bencikan manusia sebegini.
Namun anda juga sebahagian dari manusia ini,
jadi anda juga bencikan diri sendiri.

Faith in humanity, destroyed!








Pengumuman di tren menyatakan sudah sampai ke stesen destinasi anda.
Pintu terbuka, anda turun ke platform bersama puluhan orang lain.
Di hujung platform anda melihat seorang anggota polis bantuan yang mengawal laluan.
Anda ternampak seorang budak dalam usia 6-7 tahun menghampiri anggota tersebut.
Budak tersebut menghulurkan tangannya, meminta salam dari anggota itu.
Anggota itu dengan muka terkejut menyambut salamnya.
Budak itu mencium tangan pegawai itu sambil berkata,

"TERIMA KASIH!"

Jelas, wajah anggota polis itu terkejut. Lalu bertukar terharu.
Anda yang melihat peristiwa itu juga turut terharu.
Dalam era semua orang pentingkan diri sendiri, sekarang, di depan mata anda berlaku satu peristiwa yang bertentangan dengan fahaman anda itu.

Seseorang mengucapkan penghargaan terima kasih kepada orang lain yang langsung tidak dikenalinya atas tugas yang dilakukan orang itu.
Dan seseorang itu adalah seorang budak kecil.


Sekaligus hari anda bertukar.
Inilah alasan kenapa anda dan orang lain perlu terus maju ke hadapan.
Inilah sebab kenapa anda perlu bersusah payah mencari duit ringgit walaupun sedang berada di dalam era manusia yang pentingkan diri sendiri.
Semua perkara buruk yang sudah berlaku sudah tidak bermakna lagi
kerana apa yang perlu kita fokuskan adalah masa depan.

Kalau masa depan dipegang oleh budak yang berterima kasih itu,
maka ia adalah masa depan yang ingin aku lindungi.
Apa yang perlu kita buat adalah sediakan tempat untuk masa depan itu bercambah dengan suburnya.
Masih ada harapan untuk masa depan masyarakat kita.


Faith in future humanity, restored!



















Tiba-tiba poket anda bergegar.
Telefon anda menerima mesej Whatsapp dari grup kawan.
Di grup itu, ada yang berkongsikan video budak sekolah bergaduh bertumbuk dalam kelas sambil diperhatikan kawan-kawan lain di sekeliling.

Suddenly, faith in future humanity diminished, again.
We are still living in a f**ked up society.





.


36 comments:

  1. feel you, rasa manusia makin sakit dan dunia semakin sesak, suasana makin memenatkan. Tapi ada secebis harapan, kalau tak pada orang lain, pada diri sendiri. Mungkin kita tak mampu mengubah dunia, tapi cukuplah bagi kepuasan pada diri sendiri. sometimes we have to be selfless and sometimes selfish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Selfish macam dah jadi default mode untuk semua orang. Pada aku, it's okay kalau selfish tapi tak susahkan orang lain. Tapi kalau jenis yang selfish menyusahkan orang lain ni yang geram sikit ni. Hehehe

      Delete
  2. Kadang2 aku terpaksa elakkan dari masyarakat sebab nak elak benda2 macam ni terjadi kat aku. Mungkin ada yang kata macam lari dari masalah, tapi kalau masalah tu datang, paling hebat masyarakat akan buat pun adalah menghuku kat Fesbuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Boss Noob

      Dalam Facebook memang ramai dah aku elakkan.
      Lantak laa dia nak menghukum ke hape, pada ku jenis macam tu just a attention seeker. Kalau kita ignore maka dia takkan dapat apa yang dia nak.

      Delete
  3. Rasa macam baca novel tetiba. Tapi setiap hidup seseorang mesti pernah at least sekali hadapi macam kau hadapi tu. Dari pagi sampai ke petang macam2 dugaan datang. Semoga kita semua boleh mencontohi sikap adik tu dan jangan jadi seperti nila setitik rosak susu sebelanga. Ada kaitan kan perumpamaan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Dia rasa macam novel sebab aku buat time jump dekat permulaan kisah. Hehehe
      Betul sangat tu Kon. Nak kekalkan positiviti, kena tapis mana yang nak dikisah dan mana yang tak perlu dikisah :)

      Delete
  4. This is a depressing note but it hits me right at home. Semalam aku menyaksikan satu kebaikan yang buat my faith in humanity restored. Ada sorang tokey kedai ni belanja makan sorang uncle, yang mungkin ada sedikit nyanyuk. bukan setakat bagi makan tapi ajak uncle tu berborak supaya dia tak bosan. Pergh baik gila. terharu jap aku tengok. Terus lupa kejap kejadian orang meludah tertempek kt kete time drive tadi, kes orang parking kat reserve parking aku dan banyak lagi kes-kes terpencil yang buat aku meluat dengan spesies manusia ni.

    my point is, kindness is such a foreign thing in this world today that when it does happen it wipes out all the other grey aspects of life. Just sebab dunia ni diduduki oleh majoritinya assholes doesn't mean you should stop being kind.

    panjang lebar komen aku.
    chin up, big boy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lovely comment there monamieh~ X3

      Delete
    2. >Mon

      Setuju sangat Mon. Satu komuniti bermula dari satu individu. Yes, berlambak negativiti di luar sana, tapi macam yang kau cakap (taip), kalau majoritinya assholes pun tak bermakna aku pun perlu join jadi asshole. Hehe

      Delete
  5. Ya, kita masih dalam fncked society. Tapi, bak kata org dedulu, melentur buluh, biar dari rebungnya.

    Walau apa pun, aku masih lagi mengajar rebung sekeliling aku tentang erti kehidupan. Sebelum aku gung gang gung gang mcm tin kosong, aku start dari diri aku dulu.

    Inb4, kes budak gaduh tu ada dia punya another side of coin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Itu antara yang boleh kita lakukan untuk buat perubahan. Ajar orang yang mampu kita ajar tentang it's okay not to be asshole. Kita mulakan dengan diri sendiri dulu.

      Cerita budak gaduh tu, nasib dia bertambah malang bila ada yang rajin merekod video tu. :(

      Delete
  6. Ya, kita masih dalam fncked society. Tapi, bak kata org dedulu, melentur buluh, biar dari rebungnya.

    Walau apa pun, aku masih lagi mengajar rebung sekeliling aku tentang erti kehidupan. Sebelum aku gung gang gung gang mcm tin kosong, aku start dari diri aku dulu.

    Inb4, kes budak gaduh tu ada dia punya another side of coin.

    ReplyDelete
  7. wuargh..... menitis juga ayaq mata baca entri ni oi....

    tp bila teringat yg Rasulullah pun tak pernah menyangka bahawa Islam yg asalnya baginda bawa sorg2 tp skrg dah ada diseantero dunia.

    indeed, ketakutan dan kerisauan yg membuatkan kita timbul rasa tak punya harapan itulah, langkah mula kita menyemai kembali harapan....

    walaupun hakikatnya sumpah wey.. just cannot brain, dari mana lagi nak dtg harapan, sungguh manusia telah hilang peradaban..

    arakian diri sendiri juga masih terkial2 dlm memaknakan diri utk menjadi hamba Tuhan.
    aku tertampar
    ..

    cero aku touching baca entri T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. >annamujahadah

      Orang kata, kalau berada di bawah, satu-satunya jalan untuk terus adalah ke atas. Mari kita jadikan peradaban yang hilang ini sebagai titik mula untuk kita berubah jadi baik.

      Sebak bila fikirkan macam mana Rasulullah SAW dulu gigih mengebar kebaikan di kala kejahilan terang-terang menentang.

      Marilah kita berubah, bermula dari diri sendiri :)

      Delete
  8. I know it's kind of a hard thing to do, but let's not let the f**ked up society f**k our faith in humanity up as a whole. More importantly, let's try our best not to turn into one of those selfish arses.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      It kinda hard to do when arses keep falling down one after another yet another kind gesture is being ignore by the whole screw-up society, but yes let's just not lose hope...yet.

      Delete
  9. bila melihat kanak2 tau erti menghargai seseorang serta sentiasa penuh dengan impian dan harapan, kita merasakan masa depan kian cerah. tapi kadang kala, disebabkan perubahan zaman, persekitaran dan semakin dewasanya seseorang, menjadikan sifat2 tersebut kian luntur dan menjadikan mereka sama seperti golongan dewasa lain, yang sudah semakin hilang sifat kemanusiaan mereka. jadi, apakah masih ada harapan untuk masa hadapan yg semakin cerah???

    p/s : kes budak pukul tu sebab dorang hina / ejek bapak budak yg memukul tu. rasanya normal budak akan bergaduh kalau mak / ayah dihina?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Haryz Khairuddin

      Itulah.
      Kanak-kanak tu semestinya masih kudus dan suci. Mungkin bila dia semakin besar, dia mula kenal topeng masyarakat, semuanya akan berubah. Harap dia tak berubah.

      Kes budak pukul tu, orang yang tengok video tu takkan pernah terfikir nak kaji selidik apa sebenarnya yang terjadi. Bila hal sebenar tersebar, masa tu dah ramai dah caci maki budak tu kata macam-macam. Kesian dia :(

      Delete
  10. panjang betul nak baca tapi menarik.... sama-samalah kita berjuang =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >At-Tarmizi

      Terima kasih sebab baca sampai habis :)

      Delete
  11. apa kata kita fokuskan kepada kebaikan. Saya fokus kepada cerita budak berterima kasih tu. Hati saya kembang berbunga baca perenggan tu.

    Banyak mana pun perkara negatif jadi dalam kehidupan seharian kita, kita cuba lihat kepada yang positif. (nasihat kepada diri sendiri. Selalu kalah juga kepada negatif)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Betul, Amna.
      Walaupun memang lebih baik kita fokus kepasa yang positif, tapi kalau seribu negatif fatang baru jumpa 1 positif, susah juga, kan?

      Sama-sama kita berubah :)

      Delete
  12. bulls**t human do exist. tapi percaya la, sejahat2 manusia, still wujud yg baik dan kurang la sikit bulls**tnya. hahahhahaa. so, kita sebagai manusia yang sedar kepincangan dunia masa kini haruslah mengelakkan diri jadi macam bulls**t human tersebut. cewahhhh.

    ada orang, makin tengok manusia , makin nipis humanity dalam diri. sebab dah terlalu fedup dgn society kan. sepatutnya makin kita sedar pasal how f**ked up our society are, makin kita nak protect and level up humanity yg wujud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Ramai sangat sekarang ni. Orang macam tu ada di mana-mana.
      Macam pentingkan diri sendiri dan menyusahkan orang adalah perkara norma dan kebiasaan. Sedih pula bila fikirkan betapa teruknya kita sekarang. Agaknya apa akan jadi pada masa hadapan, ye?

      Delete
  13. Replies
    1. >nurul rasya

      Tepat sekali!
      Tapi itu effort bersama. Kalau seorang je yang buat dan yang lain terus sama memusnahkan, penat juga tu :)

      Delete
  14. Hmmmmm, banyak benda nak komen ni.. Pasal isu motor, di area aku kerja ni, motor honk kereta, kereta honk kereta lain (kereta akula tuh..hahaha..) Aku, tak pernah honk motor lagi..aku rasa simpati sebab ayah and adik aku motorist.. Kalau ayah aku bagi, aku pun nak jadi motorist..Aku ada angan-angan nak beli motor besau..haha, melencong.. Tapi kadanga, sesetengah motorist, perception macam off sikit. nak potong kereta takde hal tapi kadang bila masuk balik line, dorang macam silap bajet size kereta, bukan ape, takut tak lepas kang, termasuk bawah perut kereta, nauzubillah. Honestly, aku takde isu dengan motorist.. Aku lagi banyak isu dengan carist (haha) especially yang tak reti guna signal.

    cEro, be safe when you ride, eyh..! ^^d

    Isu budak bergaduh, aku tengok video.. Personally aku rasa budak tu bukan buli, tapi dia nampak macam sangat marah and emosi.. First thing that came into me was, budak ni mesti dah snap pasal sesuatu, mungkin budak yang kena belasah tu provoked dia.. aku tak cakap dia betul buat macam tu tapi kita kena bayang kita dok di tempat budak umur2 macam tu..banyak benda boleh buat dorang hilang kawalan.. kita yang tua ni pun kadang2 jadi bangang juga, tambah2la budak kecik camtuh.. in short, kena siasat benda2 camni, being judgmental won't help much.

    Hopes and positiveness come from within.. We, Malaysians still have long way to go..

    Aku kalau boleh taknak naik komuter dah.. I have bad memory on that.. Naik komuter or dok dalam jam naik kete sendiri, sama jek, membazir masa.. Tapi at least, dok dalam kete sendiri selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee-kun

      Banyak kajian bagitau yang kami rider ni selalu dipandang enteng di atas jalanraya sebabkan perception bias, mostly selective attention. Bagi pemandu kereta dll, apa yang diorang perhatikan di atas jalanraya adalah kenderaan lain, mainly kereta, lori dll. diorang tak register motorist sebagai pengguna jalanraya so... sebab tu motorist ada risiko 17 kali ganda kemalangan di atas jalan berbanding pengguna kenderaan lain.

      Thanks, Lee. Sedaya aku, aku akan be safe. Tapi kekadang orang lain punya perangai, kami rider yang kena tanggung. Hahaha

      Bab gaduh tu, aku tak nak belah sesiapa. Ikutkan dari zaman dulu lagi budak bergaduh tu biasa. Sekolah aku dulu pun gaduh tak yah cakap laa. Tapi beza dengan orang sekarang ialah viral. Yg amik video tu, pd aku, adalah kaki masalah. Dia bukannya nak leraikan pun malah siap rekod dan sebarkan lagi.

      Frankly, aku suka naik public transport sbb aku suka tengok orang ramai. Tengok je. Hehe. Tapi benda renyah-renyah macam lambat, orang tak sivik, leceh, semua tu buat aku kekadang nyesal bila naik public. Hehehe

      Delete
  15. oi berat entri ko baru baru ni.

    macam mana pun, hidup masih perlu diteruskan.
    ada baca satu banner - perubahan adalah bermula dari kita sendiri.

    lets do our best!

    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kudozu

      Hahaha.
      Kalau tak silap aku, banner yang kata perubahan bermula dari diri sendiri tu dekat board LED jalanraya, cerita pasal rasuah, kan?
      *memandai je teka*

      Delete
  16. bagus penulisan hang ni cero.
    membuka mata aku sekejap.
    panjang belaka cerita, tapi mesejnya memang thorbaik.

    aku tak tahu apa perasaan mat motor macam hang sebab aku tak pernah bawak motor. tapi aku rasa macam mana rasanya naik tren, dgn kaunter tiga bukak satu, orang bersesak2 tak reti beratur.. aku ni jenis yg dok belakang2.. selagi tak habis orang aku tak masuk.... so selalu aku missed the train. haha.. bodoh kan, tapi aku lebih rela macam tu drpd menyumbang kpd kesesakan nak masuk tren.. silap hari bulan, ada pencopek naya aku.. huhu..

    mesej aku pulak, jangan jadi salah satu dari penyumbang perkara yg kita sendiri taknak tengok. mulakan dari diri kita sendiri. inshaAllah sooner or later mungkin.. mungkin.. mungkin kita akan jumpa dgn orang yg serupa kita.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Gee Lion

      Thanks Gee.
      Aku hanya tulis apa yang terbuku di hati. Ewah!

      Banyak orang overlook masalah orang naik moto sebab mereka tak pernah merasa. At least bila aku ceritakan ni, maka dapat laa kau tahu sikit, kan?

      Aku pun, secara lumrahnya aku tak suka beratur. Tapi itu juga tak bermaksud aku layak untuk potong barisan. Nak tak nak aku kena beratur juga utk beli tiket tren sebab pada aku orang lain boleh beratur kenapa kita tak boleh, kan?

      Baguslah kalau kau berfikiran macam tu. Benda ni, kena mula dengan individu. Setiap individu. Mula dengan kita, barulah satu komuniti boleh ubah, seterusnya masyarakat dan seterusnya pula negara.

      Delete
  17. Life is suck people are ugly and living are tiring.. n we got no power to change them.. dunia semakin maju teknologi semakin moden..apa maknanya..somehow ak nak patah balik zaman teknologi kono..budak2 happy main di jalanan.. no stress life of work.. just peaceful..inner peaceful.. xde rebut2 naik ktm xde serabut dengan jam.. hokay itu mustahil.. point bebelan? Sebab ak rasa nak menulis.. hi cero

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Hai anon.
      Teknologi secara harfiahnya sepatutnya memudahkan kehidupan manusia, tapi apa yang aku nampak kekadang teknologi ni agak merosakkan.
      Manusia pula, bersusah untuk kertas not untuk hidup senang sekejap je sampailah kena bersusah balik.
      Thanks sebab sudi membebel :)

      Delete
  18. Aku mampu hmmm je kot. Tapi dalam semua negativiti atau perkara buruk yang berlaku di sekeliling aku hari-hari, mesti ada benda/perkara positif terselit buat aku tersenyum lega. Untuk itu, aku still bersyukur walaupun realiti sekarang memang mengecewakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nanadhoi

      Baguslah.
      Syukur tu yang susah sikit sebenarnya sebab memula kita akan merungut dulu.
      Kalau semua orang boleh nampak silver lining dalam segala benda, maka amanlah dunia ini hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License