Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 3, 2016

4 Cerita 1 Hari.


Salam.

Aku Past cEro.
Jika kalian terbaca entri ini,
malangnya, Present cEro masih lagi berada di dalam hiatus a.k.a kemalasan untuk melukis.

Present cEro ni tamak orangnya.
Dia nak kekal record up entri setiap rabu,
tapi dalam masa sama dia pemalas hanya nak gosok perut atas katil empuk.
Maka yang jadi mangsa adalah aku, Past cEro, yang terpaksa perah otak memikirkan entri yang patut di-schedule-kan untuk setiap hari rabu. Heh!

Mari pendekkan bebelan dan terus ke isi utama.

Minggu ini aku mahu kongsikan 4 cerita pendek yang berlaku ke atas diri aku dalam masa satu hari.



Cerita 1


Beberapa hari lalu aku berniat mahu memohon sesuatu.
Apa sesuatu itu, biarlah rahsia dulu. Kalau jadi, aku bagitahu dekat sini.

Aku buka website tempat memohon itu untuk keterangan lanjut.
Dalam fikiran aku, mungkin kena isi borang online tertentu,
atau upload beberapa dokumen butiran peribadi diri,
atau hantar butiran melalui emel.
Maksud aku, dalam kepala aku semua prosedurnya adalah online,
maka bersiul-siullah aku sambil membaca keterangan itu.
Manakan tidak, benda online ni kan cepat, mudah dan berkesan.

Tup tup dia minta hantarkan surat permohonan ke alamat tertentu.
Empat kali aku gosok mata, tak percaya dengan apa yang diberitahu.
Betul ke di zaman dunia di hujung jari, masih ada organisasi besar yang masih gunakan metod klasik pos siput untuk urusan?

Sudah lama aku tinggalkan subjek Bahasa Malaysia.
Jadi apabila aku terpaksa menulis atu surat kiriman rasmi,
maka terkontang-kantinglah diri ini menggoogle format surat kiriman rasmi.

Siap surat selepas berpenat lelah mengarang ayat bodek,
maka sudah tiba masa untuk print.

Printer aku tidak berfungsi. Jari tengah aku hulurkan.

Terpaksa menapak keluar mencari kedai yang ada perkhidmatan print.
Terjumpa satu kedai. Sehelai 30 sen katanya.
Aku perlu print 5 helai, maka RM1.50 terbang di situ.
Aku juga perlukan sampul surat, maka tambah lagi 60sen.
Setem pula, sebab surat saiz A4 tidak dilipat,
maka aku tampal setem RM1 walaupun aku tak pasti sebenarnya berapa kos setem untuk surat sedemikian.

Dekat situ sahaja sudah hilang RM3.10,
itupun belum tentu lagi surat itu selamat sampai ke destinasi.
Padahal kalau dia buat permohonan itu secara online, percuma je, confirm sampai pula tu.




Cerita 2


Surat yang sudah diprint, diisi ke dalam sampul, ditutup dan disetem sudahpun berada di tangan.

Hari ini hari Jumaat.
Aku terfikir kalau aku ke pejabat pos awal pagi,
surat akan sempat dikutip dan kemungkinan untuk surat berkenaan sampai ke destinasi pada hari yang sama pun tinggi memandangkan surat tersebut masih beralamat di dalam Wilayah Persekutuan yang sama.

Tapi pemikiran aku itu naif.

Aku sampai di pejabat pos pada pukul 10:05 pagi.
Tong merah tercatat bahawa surat di tong tersebut dikutip setiap hari bekerja jam 10 pagi.

Maka termencarutlah mulut ini di hadapan pejabat pos.

Kutipan surat untuk hari itu sudah terlepas (5 minit lalu).
Disebabkan esoknya Sabtu, bercuti, maka kutipan seterusnya adalah pada hari Isnin.

Jadi untuk apa aku semangat menaip surat, print, sampulkan, setemkan, dan bergegas ke pejabat pos kalau kutipannya adalah pada 3 hari kemudian?

Kalau aku lepak-lepak tulis surat dengan ayat mantap fantastik bombastik pada hari Sabtu, dan sampul dan setemkan pada hari Ahad, aku masih mampu mengejar masa kutipan yang sama.

Pengajarannya,
jangan hantar surat pada hari Jumaat. Rugi.




Cerita 3


Petang Jumaat itu aku ke sebuah pasaraya jenama terkemuka *batuk* *batuk* *Tesco Rawang* *batuk* bertujuan untuk membeli rak buku supaya boleh digunakan untuk mengisi komik-komik yang bergelimpangan di lantai bilik.

Alkisah aku dihampiri oleh seorang gadis manis semasa mahu adjust motosikal di ruangan parkir.

Ya, muka di manis. Ayu. Aku rasa ini jenis yang Ankel Jonni suka.
Tapi dia menghampiri sambil membawa beberapa dokumen di tangan,
jadi rasanya dia menghampiri aku bukanlah disebabkan aku sudah mencuri hati dia, tapi dia ada mahukan sesuatu daripada aku.

"Abang, ada 5 minit tak?" kata dia.

"Saya ada seluruh hayat masa untuk awak, tapi saya tahu awak cuma mahukan wang saya, kan?" cetus hati aku. Tak berani nak berchia-chia depan-depan. Huhu

"Saya lapar. Lain kali boleh?"
"Alaa, bang. 2 minit je pun takpe. 2 minit je."

Gadis tu sudah buat suara manja, aku macam kalah sikit.
Maka, aku jenguk jam di henset dan mula time masa 2 minit.

"Okay, 2 minit dari sekarang..."

Gadis itu gigih bercerita tentang skim insurans yang dijual. Skim yang sama macam iklan TV yang boleh apply guna telefon tu, alaa yang serendah RM10 tu, alaa yang satu keluarga pun boleh apply sama tu.

Gaya gadis itu bercerita sangat menarik.
Aku pun makin lama makin tertarik mahu join insurans tersebut.
Daripada suara dan gerak tubuh, aku teka dia ni orang Johor tapi aku tak ada poin kukuh untuk sokong tekaan aku.
Aku bajet selepas habis dua minit dia membebel, mungkin aku akan minta nombor telefon dia supaya aku boleh set masa lain kali untuk berborak lebih panjang mengenai masa depan kami bersama skim insurans yang dia jual itu.

Sekarang tak boleh, sebab aku lapar.
Arwah Cikgu Latifah ajar, "Jangan buat keputusan besar ketika lapar".

Tapi pada minit 1:45, gadis itu terbuat satu kesilapan.
Dia kata,
"Insurans ini sesuai untuk mereka yang berpendapatan kecil dan penunggang motosikal"

Kalau kalian kenal aku melalui blog dan media sosial,
kalian akan tahu aku amat sensitif dalam bab samakan penunggang motosikal dengan taraf pendapatan.
Mungkin sebab aku hanya pakai T-shirt lusuh, berkasut kotor dan bermotosikal, dia sudah label aku berpendapatan rendah. Itu, pada aku, satu penghinaan.

Memang betul, aku pun bukannya kaya mana.
Tapi poin aku di sini bukanlah betul atau tidak faktanya,
tapi perangai suka pukul rata semua orang sama. Itu aku tak suka.
So...

"Okay, 2 minit sudah tamat. Apa kata awak bagi pamplet yang awak pegang tu supaya saya dapat fikirkannya semasa saya sedang menjamu selera di dalam."

Gadis itupun dengan muka kecewa hulurkan aku pamplet berkenaan dan aku pun berlalu meninggalkan calon jodoh yang sudah aku tolak hanya kerana tersalah cakap.




Cerita 4


Selepas menjamu selera sambil menjadikan pamplet skim insurans sebagai lapik cawan basah, aku keluar dari medan selera dan masuk ke dalam pasaraya untuk meninjau rak buku pilihan hati.

JUMPA.
Satu rak buku 5 tingkat dengan harga yang berpatutan.
Aku ni jenis yang kalau dah jumpa, malas nak tinjau tempat lain dah walaupun aku tahu kalau pergi kedai perabot luar sana mesti ada yang lagi murah.

Rak itu jenis adjustable paranya,
maka kalau akan datang aku mahu jadikannya 6 tingkat,
apa yang perlu aku buat ialah beli papan yang sama saiz dan pasang.

Aku ni pun boleh tahan bodoh orangnya.
Aku terus panggil pekerjanya dan proceed ke kaunter untuk bayar.
Nanti aku akan suruh mereka hantar delivery ke rumah aku memandangkan aku hanya datang dengan motosikal.

"Maaf ya, Bang. Di sini tiada delivery."

Tersenyum senget aku mengenangkan kebodohan diri.

Kotak rak buku itu setinggi 1.8 cm dan berkeberatan 31.0 kg.
Ligat kepala otak aku cari solusi macam mana aku nak angkut kotak sebesar ni guna motosikal sampai ke rumah.

Patutlah berlambak barangan dekat pasaraya ni.
Rupanya sebab tiada home delivery.
Rak buku macam ni boleh lagi kalau nak sumbat ke dalam kereta (kalau ada).
Kalau yang datang nak beli peti sejuk, nak bawa balik macam mana?

Siapa operational manager dekat sini? Panggil kejap aku nak sekolahkan.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxx



Begitulah 4 cerita yang berlaku dalam satu hari cuti aku.
Terima kasih kerana baca sampai habis.
Saja aku tak letak apa-apa image sebab nak uji siapa yang sanggup baca bebelan aku sampai habis walaupun tanpa apa-apa gambar. Huhuhu
Siapa baca sampai habis, beritahu di ruangan komen.


Ok,
apa kata kalian pergi desak Present cEro suruh dia rajin sikit melukis untuk blog ini.
Pergi herdik atau maki dia di media sosial atas id @cerolian
Gamaknya lepas kena maki sebab malas, dia akan berubah tak?
Huhuhu





.




38 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hai cero...

    Mok cik antare yg selalu
    gigih bace sampai abis thoo...

    gambo kat atas walo pon antu tp tetap comel tercenyum.;)

    ko dah post tiap rabu ni pon mok cik gumbiraaa sangaaat

    mg cero jd lebih rajin pasni...

    mok cik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mok cik

      Hello Mok cik.
      Terima kasih sebab sudi selalu gigih baca sampai habis.
      Di era teknologi canggih di hujung smartphone, blog tidak lagi menjadi kegilaan orang untuk di baca. Huhuhu

      Harap-harap pun cEro akan jadi lebih rajin. Hehehe

      Delete
  3. Ok.. sebab ko suruh bagitau, aku bagitau. Aku baca sampai abeh..

    Rak tuh tinggi 1.8 m or 1.8 cm ke camner? Aku assume 1.8 m la sebab ko nak bawak dengan motor x muat.. Huhuhu.. so, ape jadik dengan rak tuh? OAO


    Present cEro maneeee???? Pemalas neh..! Hahaha..XP


    Owhh, kesian awek tuh.. >v<

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee-kun

      Thanks sebab baca sampai habis.

      Hahahaha. Perasan jugak kau kan pasal 1.8 cm tu.
      Aku sahaja letak salah sebab nak detect siapa yang perasan.
      Most people akan let go bila libatkan details macam tu. Huhuhu

      Present cEro sedang bertapa. Hahaha.

      Bila fikir balik, kesian jugak kan? Hehehehe

      Delete
  4. Hai oast cEro, aku baca dari awal sampai habis.. wkwkkww

    1. Depa nak suruh hang balik ke dunia nyata, di zaman serba canggih dan berteknologi pesat, nakkan sesuatu, ko kena keluarkan sesuatu

    2. Aku tak suka online shopping hari Jumaat. Sebab selalunya seller akan hantar barang hari Sabtu, dan aku akan dapat barang samada isnin atau selasa. Sama gak ngan surat

    3. Pokok pangkal, seketul ayat yang salah, hilang seketul prospek

    4. Takde home delivery. Shame shame shame.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Thanks Aujinz sebab baca sampai habis. Huhuhu

      1. Hahaha. Betul tu. Mungkin ini caranya diorang nak bezakan antara siapa yang betul-betul nak atau sekadar hangat-hangat tahi ayam. Hahaha

      2. Betul. Kalau hantar sabtu, Isnin pun belum tentu sampai sebab urusannya bermula pada pagi Isnin. Maknanya selasa laa jawabnya.

      3. Betul. Cabaran sales-person memang macam tu. Kena bina pengalaman sikit demi sedikit.

      4. Aku cukup tak dapat terima akal bila dia kata tak ada home delivery. Penat otak aku nak selesaikan cara nak bagi rak tu sampai rumah. Hahahaha

      Delete
  5. holla! aku punya khusyuk nak tau ending sampai habis baca...

    - depa nak tau gigih kita.. - kenapa tak beli sampul A4 kaler kuning yang tak perlukan setem yg lagi laju dr peti merah tu?
    - tu part tak est. sebab tgh lapar siap hold2 lagi kita demi dgr dia bebel. - mungkin kedai tu ingat semua org ada lori kot...

    - agak2 present cero tgh karang entri untuk rabu depan, so sambil karang tu, jangan lupa lukis sekali ye!-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Thanks sebab baca sampai habis.

      - aku pun rasa macam tu. Lagi gigih lagi tinggi peluang untuk permohanan diterima.
      - Sebab kalau nak beli sampul tu, kena pegi pejabat pos. Aku malas nak berurusan kat dalam sebab ramai orang. Aku nak terus masukkan dalam tong pos je. Huhuhu
      - Nasib baik muka comel #eh
      - Itulah pasal. Nak pulak aku jumpa manager dia, nak tunjuk kat dia berapa banyak perabot yang tak terjual hanya sebab tak ada home delivery.

      - secara logiknya, kalau Prersent cEro sedang karang entri untuk minggu depan, maka entri minggu depan tu masih ditulis oleh Past cEro, kan? Hehehehehe

      Delete
  6. Hahahahaha

    K tu jek mampu komen setakat ini. Aku nak masuk kelas dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mrs Kon

      Kirim salam anak murid kau yang paling comel.
      Hahahahahahahahahahah

      Delete
  7. Kenapa perlunya hantar melalui surat menyurat? Sebabnya ko tengah tender permohonan. Menurut postal rule, hanya surat berdaftar yang dikira rasmi. email adalah tidak rasmi. So logik la kena hantar melaui surat. Ye, sistem surat masih sebahagian dari sistem rasmi yang penting.

    Dari cerita ko ni C , aku boleh konklusikan dua benda
    1) merancang kerja tu penting terumatanya bagi benda yang baru yang takp pernah buat sebelum ni. Assume the worst so that you can are better prepared. If things go south, at least ko dh buat yang terbaik.
    2) Prejudis. Bila prejudis semua orang rugi

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mon

      Betul jugak tu Mon. Sebenarnya aku tak sangka ini hal rasmi. Sebab aku baru nak memohon sesuatu, belum tahap perlu buat secara rasmi pun. Kalau permohonan tu diterima, baru berbondong-bondong surat aku kena hantar hahahaha

      1) Yup. Setuju. Bak kata Batman, 90% of success is preparation. Huhuhu
      2) Tau takpe. Benda prejudis macam tu tak perlu sebut kot. Hahahaha

      Delete
  8. haha mantap semua cerita. berkaitan walaupun tak berkaitan. faham? haha. aku pun pantang orang judge orang ni. macam aku masuk butik fofular, org tu tgk aku dari atas ke bawah gaya mmg aku x mampu. mmg aku x mmpu tp jangan jadi judgemental zzzz.

    cerita 4 paling kelakar hahahhaa tesco weh tesco. unless kau order online baru dia hntr. itupun kalau ada lah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Kalau cerita masuk kedai memang aku dah selalu kena. Hari tu nak beli laptop, gigih berdiri tegak nak bercakap dgn jurujual takde satu pun layan sebab muka macam tak ada duit. Hahahaha

      Silap operation Tesco kalau buat macam tu. Seriously berlambak lagi perabot dan barang elektrik yang besar-besar kat situ tapi sebab tak ada delivery, tak ada siapa nak beli. Huhuhu

      Delete
  9. haha. benci jugak orang yang judgemental. #bacasampaihabis

    ReplyDelete
    Replies
    1. >udez huda

      Malangnya, orang yang judgmental ni kekadang tak perasan pun diri mereka judgmental :(

      Delete
  10. Hai past cEro. Cero tulis lah sepanjang mana sekalipun, InsyaAllah saya akan terus baca. Penulisan Cero, tak pernah rasa panjang. Malah rasa tak puas. Tolong kembali rajin ya. Hehe..

    Mengenai perempuan tadi. Maaf ya, bagi saya, dia cuma nyatakan ciri-ciri insuran itu sesuai kepada siapa. Dia tak kata, encik la orang yang berpendapatan rendah, dia tak kata. Huhu.. bersangka baik.

    Mengenai rak buku itu pula? Apa kesudahannya? Macam mana bawa pulang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Hai Amna.
      Terima kasih sebab sudi baca sampai habis. Memang sedaya upaya tulis supaya tak kelihatan panjang (tricknya ada di penggunaan perenggan) tapi bila tak ada lukisan mesti orang cepat bosan. Hehehe

      Boleh je fikir baik dan husnuzon (hehehe) tapi apakah daya, hati ni sedikit sensitif bila dikaitkan tak berduit dengan pakai motosikal. It's a choice, bukannya keterpaksaan hehehehe.

      Hehehe.
      Satu daripada kekuatan cEro yang boleh dibanggakan adalah kemahiran menyelesaikan masalah. Of kos rak itu sudah dengan kemasnya tersedia di dalam bilik. Bagaimana cara dibawa pulang, itu mungkin boleh dibawa berbual pada isu yang akan datang hehehehehe

      Delete
  11. Present Cero please rajin sikit lukis gambo2 bagi meriah. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Nur Haziqah Mohd Rosli

      This is Present cEro.
      Baiklah. Akan lebih rajin lagi lepas ni.
      Tapi izinkan saya bermalas-malasan dahulu sebelum betul-betul rajin. Hehehehe

      Delete
  12. Okeh, aku nak komen pasal cerita ke-4 je. Seriously, kedai perabot yang takde offer service penghantaran adalah sebuah bisnes yang gagal. Whatdehek sungguh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Itu satu hal,
      satu hal lagi, hypermarket tu bukannya calang-calang, jenama besar kot. Terkenal seluruh dunia. Bila tak ada service basic macam tu seolah-olah bagi tanggapan bahawa local management sedikit tidak kompeten.

      Aku berkali-kali tanya orang situ like "seriously takde? SERIOUSLY?" camtu. Hahahaha

      Delete
  13. Habis!!! Hahaha .. apa jadi ekk kat rak tuh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheon song yi? Hahha retis!

      Delete
    2. >Cheon SongYi

      Hehehe. Ada cara aku dapat selesaikannya.
      Sekarang sudah ada terpasang rak tersebut kat dalam bilik, dipenuhi dengan komik-komik yang bersepahan satu tika dahulu. Hahahaha

      Delete
  14. Replies
    1. >mashy_entah

      Tahniah. Thank you sebab sudi baca sampai habis. Hehe

      Delete
  15. no1. yup. pernah aku isi borang online yg banya kerenahh birokrasinya.. last page, ko kene print borang tu dan hantar pada alamat yg d berikan pada jangka masa yang pendek???? what!!!

    aku baca cerita secara serius untuk tahu lebih lanjut tentang bakal jodoh itu

    namun akhirnya hampa~~~~

    sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      Hahaha. I feel you.
      Lagi geram kan, ada website kerajaan yang kena bukak guna Internet Explorer je, kalau browser lain tak boleh. Like wtf? Hahaha (macam dah lari topik ni)

      Hahaha. Maaflah sebab menghampakan.
      Pendek cerita, dia bukan jodoh yang dicari. Mungkin bukan untuk hari itu. Hahahaha

      Delete
  16. sian awek tu..lol!!.
    p/s: aku baca smpai abis stiap entri ko tau..

    >pu3aan<

    ReplyDelete
    Replies
    1. >pu3aan

      Hahaha. Orang kata terlajak perahu boleh gostan. Terlajak kata takleh nak delete dah. Hahaha

      Terima kasih sebab baca sampai habis :)
      Kau memang pembaca setia blog ni dari zaman tok kaduk dulu lagi hehehe

      Delete
  17. Ok aku baca smpai habis. Mana boleh kalau dah baca x habis. Kesian awek tu cEro, dia baru2 lagi tu dgn insurans... Kalau kau dgn dia jadi kan, boleh ada dua penulis kt blog ni. Haha...

    Beli kat lazada je lain kali perabot tu. Delivery ada. Tak payah kau nak keluar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      AKu pun rasa dia baru lagi dalam arena jual insurans ni. Hahahaha. Tak jumpa dah awek tu. Kalau jumpa pun belum tentu aku cukup berani nak minta nombor. Hahahaha

      Betul laa Lazada. Aku tak teringat pun pasal Lazada. Hahaha

      Delete
  18. first of all, how did you do it? buat rm3.10 sound so mahal.lol
    best jugak eh xde komik.sebab lg kelakar entry ni jadinya.

    btw tanggapan yg dia mungkin minah johor is also judgemental la. no? haha XD well atleast frm the way tht I see it.

    "tapi pemikiran aku naif" punchline paling xleh bla, gelak sampai terbelahak.


    akibat tersalah cakap, termissed dia lelaki melayu terakhir sorg ni.

    I cant imagine how tersenyum senget being done.
    A.senyum pastu terjatuh?
    B.senyum pastu cam muka lumpuh sebelah?
    err...mesti scary camtu
    C.tersengih sipu?
    hahaha. still this entry kelakar gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Hahaha. Pada aku RM 3.10 untuk perkara yang tak tentu dapat sedikit tak berbaloi hahahaha

      Aku rasa aku anggap dia dari Johor sebab muka dia ada muka Jawa kot hahah entahlah. Tapi yes, aku juga sedikit judgmental di situ hahaha

      Hehe

      Oh, senyum senget tu macam senyuman gatal yang Zul Ariffin selalu buat kekonon nampak hensem tu wahahahaha

      Delete
  19. HAHHAA cerita 3 tu kelakar. Susah jugak takde home delivery. Aku pon dah dok terbayang kalau orang nak beli peti ais ke washing machine ke...lols

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nanadhoi

      Tau takpe.
      Berapa kerat je umat manusia yang ada lori boleh beli washing machine dekat situ yang tak ada delivery. Hahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: