Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 13, 2016

Ringkasan Raya Tahun Ini.


Salam.

Seminggu Syawal sudah berlalu.
Seperti biasa, aku akan buat ringkasan raya aku untuk seminggu pertama Syawal ini.

Disebabkan mood melukis aku ke laut,
jadi izinkan aku recyle lukisan lama.
Maaf~








Bagi yang tidak tahu,
aku demam di hari raya pertama.

Bagi yang tidak tahu juga,
aku sekeluarga tidak pulang ke kampung dan hanya berada di Wilayah Lumpur berhari raya.

Raya pertama,
selepas solat sunat Aidilfitri dan bersalam-salaman memberi duit raya,
kami sekeluarga ke Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur melawat anak buah.
Wad anak buah aku ditempatkan ada buat wad terbuka (ala-ala rumah terbuka),
menghidangkan juadah hari raya di lobi wad.
Semua penghuni wad termasuk pesakit, pelawat dan doktor digalakan memakai baju raya.
Nurse je yang mesti beruniform putih.
Entah laa kenapa, etika bekerja kot.

Aku demam.
Maka interaksi aku dengan anak buah aku perlu dibataskan.
Takut berjangkit.
Tapi seronoklah juga.
Berkenalan dengan keluarga lain yang senasib beraya di hospital.
Ramai sukarelawan datang buat persembahan dan nyanyian memeriahkan suasana raya.
Beberapa persatuan dan orang kenamaan juga melawat sambil bagi buah tangan.
Ini memang satu pengalaman yang tidak akan aku lupakan,
beraya di hospital.

Balik dari hospital, kami singgah ke rumah saudara yang juga tak balik kampung.
Demam-demam pun aku gigihkan juga beri senyuman semanis mungkin.

Raya kedua,
aku dapat berita dari wad semalam yang kami pergi raya tu,
seluruh penghuni di wad tersebut diserang demam.
Terima kasih kepada aku kerana menyebarkan virus demam ke seluruh wad.

Maaf~

Sepanjang hari kedua,
aktiviti aku adalah sama ada melayan rancangan TV, atau makan juadah atas meja.
Oh, juga,
hari raya kedua ini adalah hari kali pertama aku makan Subway.
Nama je duduk KL, tapi aku mana reti nak cuba benda-benda urban ni.
Try menu chicken tandoori (tak boleh lupa) hasil pengaruh Mon yang asyik-asyik cerita pasal Chicken Tandoori dari Subway masa puasa lepas.
Thanks Mon. Sedap oooo.
Jom aku belanja kau jom.

Raya ketiga,
raya keempat,
raya kelima,
raya keenam,
raya ketujuh dihabiskan dengan sesi mengemas rumah Abah Mak.
Abah sudah pencen polis, jadi dia kena keluar dari perumahan polis.
Aku pun membesar di situ, jadi satu bilik tu memang penuh barang aku.
Nak kena pindah, maka barang kenalah kemas.

Entah sejak raya keberapa baru demam aku kebah, aku tak perasan.
Mungkin sebab berpeluh lenjun sibuk mengemas rumah kot.

Sekian ringkasan raya aku.
Ringkas kan? Ringkas kan?
Kalian tak nak buat rumah terbuka ke?
InsyaAllah kalau dijemput dan tercapai jaraknya, aku datang. Heh.

Macam mana dengan seminggu raya kalian?
Best?
Duit raya janji nak tong-tong dengan aku kan?
**buat muka minta penampar**





.




30 comments:

  1. kalau nurse pakai baju gelap nanti if ada terpercik liquid dari pesakit tak tahu nak diagnose as darah ke nanah ke apa ke. aku rasa la haha.

    raya ni is being around family. tak kiralh beraya kat mana pun. even bergolek tidur satu katil pakai baju raya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Aku pon rasa macam tu. Nurse tu still on duty, so nak tak nak dia kena pakai pakaian duty dia sebab pakaian dia adalah sebahagian dr duty (ayat pening) hahahaha

      Hahahaha.
      Betul! Raya je laa masa paling sesuai untuk eratkan hubungan keluarga, walau di mana pun mereka berada.

      Delete
  2. selamat hari raya bro
    hujung mgu ni baru nk balik cuti 2 mgu terus ahaha.
    adik pun baru nk cuti gak hujung minggu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      Selamat hari raya to you too.
      Kiranya kau dgn adik beraya lambat sikit laa ni?
      Jangan lupa bedal habis semua rumah terbuka yang dijemput. Hehehehe

      Delete
  3. tak boley lupaa itu subway chicken tandoori.. Cepat, au nak subway raya..

    eh hehhehehe

    Selamat hari raya, cEro. Walaupun sedih sakit time raya at least dapat pengalaman baru kan? huhu. Tawar tak juadah raya kt sepital? ini soalan serius

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mon

      Jom jom! Tapi ciken tandoori tu ada tempoh tamat promosi ke?
      Kalau ada kena cepat2. Hehehe

      Tawar weeeyyhhhhh!
      Makan mee kari tapi tak rasa apa. Tak pasti sebab aku demam ataupun sebab itu makanan hospital. Hahahahahah

      Delete
  4. Ooh merah rupanya warna baju raya hang C, aku ingatkan hijau (sebab terpengaruh dengan warna jalur2 banner blog ni huhuh...) X3

    Raya aku kat sini, bermulanya musim hujan. Huhuh~

    Selamat hari raya ke-8 bagi tahun 2016 ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samela plain-sama..hahaha.. aku ingatkan kaler hijau atas alasan banner hijau.. XP

      Delete
    2. >plain83

      Saje je kasi psychological trap dengan banner tu. Huhuhu
      Sebenarnya aku tak kena sangat dengan warna merah, tapi dek kerana raya punya pasal, kuturutkan jua. Hahahaha

      Selamat hari raya ke-12 P. Eh? 12 ke 13 aku dah hilang kira. Hahahaa

      Delete
    3. >Lee-kun

      Hehehehe...
      kiranya aku sudah dapat kasi trick kat dua orang laa ni?
      Maafkan aku kalau rasa tertipu. Huuhuh

      Delete
  5. selamat hari raya :D maaf zahir batin :)
    wwahhh dapat pengalaman raya berlainan pulak kat hospital kan.
    BV beraya dirumah je la. takbalik kampung jugak. :D
    teringin jugak nak makan subway chicken tandori (tak boleh lupa) hahahah, tapi sini takdak subway T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Selamat hari raya maaf zahir batin BV.
      Sama laa kita beraya di rumah.
      Pergi laa pekena chicken tandoori sementara masih ada ni.
      Tak pasti bila habis...ke dah habis dah???

      Delete
  6. selamat hari raya...meriah jugak first raya kau...
    aku dari raya pertama sampai sekarang rutinnya sama...nak ziarah kawan, semua jejauh...duit raya? zero! :(

    oh, open house umah aku 22/7 ni. InsyaAllah...jemputlah datang ya! macam2 ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Selamat hari raya Sofie.
      Next year cuba pecahkan sikit rutin tu. Or kalau muka tak malu (huhuhu) mintak laa duit raya kat orang. Hehehehe

      Delete
  7. Selamat Hari Raya cEro.. Tak ingat dah berapa kali aku cakap ni tapi banyak kali pun takpe kan..

    Aku pun demam gak tapi beberapa hari sebelum rayala.. Kiranya raya ok jek..alhamdulillah..

    Raya kat mana2 pun takpe, janji family ada sama.. Raya aku macam biasa, letih..but it was fun sebab bersama2 ngan family..dapat duit raya...ehee...tapi aku takde cakap apa2 pasal nak tong tong duit raya...hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee-kun

      Selamat hari raya Lee.
      Wish banyak kali pon takpe. Hehehehe

      Untung laa kau raya dah kebah. Aku je sengsara di pagi raya. Huk huk

      Kalau raya penat pun, tapi kalau sama2 keluarga memang berbaloi penatnya. Tapi kan kau dah janji nak tong-tong duit raya? Hehehehe

      Delete
  8. fuh ringkasan raya ko, dah boleh buat 1 chapter novel ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nazha

      Paling ringkas laa tu.
      Kalau tak ringkas dah jadi sequel sinetron dah. Hahahahahaha

      Delete
  9. Cero, selamat hari raya, maaf zahir batin.
    Kesian, raya demam.

    Sama laa.. Tahun ni raya pertama saya, beraya di sini je. Tapi meriah jugak rupanya. Ramai yang tak balik kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Selamat hari raya juga, Amna.
      Tak ada buat rumah terbuka ke untuk dihadiri?
      Hehehe

      Delete
  10. selamat hari raya wei, memang ramai yang demam raya ni, musim kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy

      Ye kot musim. Aku sebahagian dari musim laa ni.
      Tak best sungguh. Huhuhu

      Selamat hari raya juga untuk kau.

      Delete
  11. ringkas dan padat.
    btw, mat ri ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nurul rasya

      Mat ri ye gak. Maf hir tin. Huhuhu

      Delete
  12. Hi cEro! Lama tak menyinggah. Selamat hari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Hai Farah.
      Welcome home. Selamat hari raya juga :)
      Banyak lemang ditelan? Hehehe

      Delete
  13. weh lama tak masuk blog ni. Selamat hari raya cEro... Kau ni memang anak sejati KL la.... x silap aku tahun lepas kau raya kl, tahun ni pun kau raya kl. Moga kau kahwin dgn orang kelantan, boleh balik kelantan pulak raya lepas ni. wakakaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Selamat hari raya untuk kau juga Bro Ley.
      Haah. Tahun lepas pon raya KL, tapi balik kampung jugak lepas tu walaupun lewat.
      Tapi tahun ni tak balik langsung.
      Kalau aku kahwin orang kelantan, dan kelantan dia tu lagi bagus dan best dr KL aku, aku on je. Hehehe

      Delete
  14. harap2 tahun ni ada entry tk raya gak.dah nak raya alek pn.hehe. rugi nya xjmpa blog ni awal2. so I became the last person to post a comment, hadeyh. sedih. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      InsyaAllah kalau masih panjang umur akan ada punya.
      Hehehe. Terima kasih.
      Takkan pernah terlambat untuk follow blog ni hehehehe :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: