Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 11, 2016

I Must Confess I Still Believe...



Salam.

Oh bayi bayi, how was I supposed to know
that something wasn't right here...
Oh bayi bayi...






Sebenarnya aku berkira-kira patut ke aku post komik ni
sebab technically ni bukanlah komik sangat.
Plot tak ada. Continuity dalam panel tak ada. Climax tak ada. Anti-climax? Heh!
6 panels is not even a yonkoma.

Tapi semua ini sebab ada lagu yang tersangkut kat kepala aku dari 4 hari lepas.
Masuk bilik nyanyi lagu tu.
Masuk jamban karaoke lagu tu.
Atas moto melalak lagu tu sampai masuk serangga dalam mulut.
Dalam office pun humming lagu tu. Bila orang clear, tetiba volume naik jadi 50.

Aku tak pasti dari mana start aku tersangkut dengan lagu tu.
Maybe childhood memories came flooded my brain kot. Entah.

Jadi,
untuk tamatkan fenomena lagu sangkut dalam kepala ini,
I embraced the song dan lukis conteng-conteng atas kertas.
Sebab tu saiz watak pun tak konsisten.
Malah, dalam panel ketiga, tetiba kening cEro jadi tebal. Rock Lee!
Hahahahahahahaha

Perenggan seterusnya ini bersifat ilmiah.
Fenomena di mana ada lagu atau suara yang tersangkut di dalam kepala kita berulang-ulang kali ini dipanggil 'earworm' juga dikenali sebagai 'stuck song syndrome'. Sama macam AIDS, earworm ni tak ada penawar. Tapi ia akan beransur hilang mengikut masa (tak macam AIDS). Beberapa cara nak kurangkan earworm ni adalah dengan buat perkara yang memerlukan fokus lebih seperti main sudoku, jawab soalan matematik tambahan dan melukis. Oh, ada kajian kata makan chewing gum boleh kurangkan earworm walaupun tak ada sokongan data yang konklusif.
Perenggan ilmiah tamat.

Proper comic next week (kot).
Cerita pasal rambut (lagi). Huhuhuhu


So, end-of-post questions.
Siapa tahu lagu apa yang aku nyanyi di atas?
Dan siapa nak belanja aku karaoke sama-sama?
Kalian mesti pernah kena earworm juga, kan?
Lagu apa rasanya paling tak boleh blah bila kena earworm?
Satu campur satu sama dengan berapa? **tetiba**

Jawab. Jangan tak jawab. Huhuhu





.




39 comments:

  1. Britney Spears?

    Mggu lepas ada kena earworm lagu Exes and Oh dari Elle King. Kalau dlm kepala je takpa, ni sekali rasa yg kuat nk tap dance dan hentak2 kaki, hahahaha

    Satu campur satu sama dengan peace

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Tepat sekali. Tepuk tangan. Hehehe

      Hahaha. saya selalu kena earworm ni lagu-lagu lama je sebab sekarang ni jarang dah nak dengar lagu-lagu baru. Any suggestions lagu-lagu yang best?

      Kenapa sama dengan peace???

      Delete
    2. eh dh takde komen bergambo ke? huhu

      ala, sbb dgr radio yg asyik ulang lagu yg sama, memanglah earworm, huhu :3

      sebab peace gesture dia tunjuk dua jari, muehehehhehe...

      Delete
    3. >Zyra

      Buat masa sekarang takleh kot komen bergambar.
      Tapi sedang diusahakan untuk dibolehkan. Hehehe

      Ooooo..sebab tu peace. Tak dapat nak bayang sebelum ni. Huhuhu

      Delete
  2. pernah kena..lagu sorg artis wanita malaysia ni..dhla xsuka dia so hurmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. >udez huda

      Siapa dia? Siapa dia?
      Ayda Jebut kah? Janna Neck kah?
      Hehehehe

      Delete
  3. selalu kena lagu yg jadi iklan kat tv. dah dengar berulang2 jadi hafal pulak. hahahhaa.
    tetiba terngiang-ngiang lagu "cucur adabi, kesukaan kami ---- " LOL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Hahahahaha. Betul sangat!
      Lagu iklan macam ada power untuk melekat kat kepala, tambah-tambah jenis lagu yang berulang-ulang adoiiii....

      Delete
  4. Kahkah berderai aku gelak part kau bandingkan dengan AIDS #mudahterhibur. pi pi pi pi karu pi pi pi pi karu pi pi pi pi karu pi pi pi pi karu pi pi pi pi karu pi pi pi pi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi pi pi pi karu pi pi pi pi karu pi pi pi pi karu pi pi pi pi karu pi pi pi pi karu pi pi pi pi

      Delete
    2. Pi pipipipi pi. Karu. Pi pi pi pi. Karu. Pi pi pi pi. Karu. Pi pi pi pi. Karu. Pi pi pi pi. Karu.

      :D

      Delete
  5. Weh lagu Britney Spears salah lirik ke apa? Semua lagu dia aku hadam dah kot zaman sekolah. Kuikuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Kau jangan banding lirik dia yang chorus, banding dengan lirik dia part last tu...bridge ke ape namanya aku tak tau. Huhuhuhu

      Delete
  6. fuh, hari tu QnA cero, hari ni QnA peminat pulak ke haha..

    Siapa tahu lagu apa yang aku nyanyi di atas?
    sudah ku tahu-projector band (kalau di subs ke english)

    Dan siapa nak belanja aku karaoke sama-sama?
    why karoke when u got smule..

    Kalian mesti pernah kena earworm juga, kan?
    pernah

    Lagu apa rasanya paling tak boleh blah bila kena earworm?
    lagu siam haha

    Satu campur satu sama dengan berapa? **tetiba**
    ni teka-teki ke bero?aku suspicious nk jawab haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nazha

      Hahahaha. Kena la bagi soalan, nanti orang tak tau nak komen apa. Hahaha

      Mak aih, jauh bebenor tekaan kau. Siap subs ke English lagik. Hahahaha

      Uuuhhh...Ni mesti kau ni kaki Smule ni kan? Duet dgn Puan Isteri ke? Hehehehe

      Cuba nyanyi sikit lagu Siam kau tu.
      Sepai Sepai~~!

      Hahahaha. Itu soalan straight up answer tu.
      Takdak trick mana pun. Hahahahah

      Delete
  7. Lagu justin bieber. Haha.. Rasa macam lagu britney spears tp x tahu lagu apa.

    Takde siapa nak belanja karaoke sbab semua orang dah main Smule bro...

    Siapa je yg x pernah kena earworm. Hanya yg mengalami masalah pendengaran je rasanya x pernah kena.

    Lagu x boleh blah bila kena earworm ialah lagu aida jebat dan lagu 'boleh blah', nyanyian nana shemee... Betul ke eh??

    Satu campur satu jawapan dia 3,4,5,6 dan byk jawapan. Depends kat usaha dan rezeki kau. Kalau rezeki kau ada anak satu so jawapan dia 3. Kalau anak dua jawapan dia 4 dan begitulah seterusnya. Hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Ahahahaha. Selalu dengar orang kena earworm lagu Ayda Jebut dan tak sukakannya. Kesian Cik Ayda. Hahahaha

      Jawapan kau satu campur satu tu sebab tak sabar nak kahwin ke, bang? Hehehe. Gurau. Tapi ada jugak yang satu campur satu tetap jadi dua sebab tak ada rezeki lagi nak jadi 3, 4, 5 dan seterusnya. Hehehehe

      Delete
  8. Aku cuma tau Hit Me Baby 1 more time tu je,tak tau lirik dia (muka Cero di situ mmg mcm mintak pelempang)
    Aku tak pernah masuk karaoke,karok di rumah shj.
    Tgh kena earworm ni,lama pulak tu. Lagu ni dahlah dulu arwah ayah aku suka haha.
    Perfect by Simple Plan.
    Bila dh asyik teringat tu aku bukakla youtube nk tgk mv, taip perfect je. Alih2 top suggestions Perfect by 1D. I'm so old now.
    1 + 1 = 2
    -Star-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      Gah Gah Gah!
      Nasib baik kau tak ada depan aku, kalau tak mesti dah berbirat muka aku kena lempang. Hehehe.

      Aku pon bukan selalu karaoke luar, selalu dalam je. Dalam jamban rumah. Hehe.

      Sama kes macam aku nak cari lagu As Long As You Love Me by BSB, tetiba termuncul pulak lagu Justin Biber dgn tajuk yg sama. Aku rasa diorang ni sengaja kot, nak replace branding. Huhuhu

      Delete
  9. Sedap ooo dapat selipar ke dahi. Wahahaha. Baby one more time - Britney Spear! Tapi masa Britney tgh pemes aku minat westlife ngn BSB. Ahahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Yura Yu

      Aku sendiri tak minat Britney Spears dulu, tapi kakak aku minat N'Sync. Since Justin Timberlake masa tu kapel dengan Britney, maka sekali dgn lagu Britney punya kaset dia pasang kat radio rumah berulang kali sampai berdarah telinga aku dengar. Hahahahahaha

      Delete
  10. Siapa tahu lagu apa yang aku nyanyi di atas?
    Dan siapa nak belanja aku karaoke sama-sama?
    Kalian mesti pernah kena earworm juga, kan?
    Lagu apa rasanya paling tak boleh blah bila kena earworm?
    Satu campur satu sama dengan berapa? **tetiba**

    1. tak tahu
    2. taknak sebab aku x suka karoake
    3. pernah. thanks for the knowledge
    4. tak ingat tapi selalunya lagu yg membencikan haha
    5. 2. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Hahaha. Gigih kau jawab satu-satu. Hehehe

      1. Kenapa kau tak tahu? Kau muda sangat ke nak tahu lagu tu? Hehehehe
      2. Hmmm...orang yang tak suka karaoke ni selalunya suara sedap. Suara kau sedap tak? Nak aku belanja? Hehehe
      3. Sama-sama. :)
      4. Hmmm...tu aku selalu tak faham. Kenapa yang melekat kat kepala tu selalunya lagu yang macam annoying sikit, bukannya lagu kegemaran kita pon. Hahahaha
      5. Nasib baik jawapan soalan ni betul. Hahahahah

      Delete
  11. Aku....boleh kata hari-hari kena earworm.. katanya (kata sape taktau), otak kita tafsir benda as incomplete task sebab tu dia terus menerus ulang lagu tu dalam kepala otak.. So, aku terpikir, bila jadi, why not karok lagu tuh dari mula sampai abeh, completely..haha..XP

    Britney Spears, ape entah tajuk dia.. Aku lemah bab tajuk lagu..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee-kun

      Aku pon pernah baca (tengok video YouTube sebenarnya) tentang earworm yang pasal incomplete task tu. Rasanya betul dah tu.
      Sebab tak complete, otak kita akan replay ulang-ulang sampai laa kita completekannya. HUhuhu

      Hahahaha. Baby I More Time.

      Delete
    2. *Baby One More Time.

      I pon boleh. HAHAHAHAHAHA
      (ketawakan diri sendiri)

      Delete
  12. 1- britney spears
    2- jauh sgt aih...
    3- pernah. hampir setiap hari...lagi2 masa nak tido dan juga jawab exam.
    4- lagu opick-bila waktu telah terhenti...masa tu aku tgh jawab exam..aku rasa down giler!!!huwargh!!!!!!!!!!! dan paper tu aku hampir fail...tapi nasib baik tak...dan bila aku dengar lagu tu, aku rasa tenggelam dalam dunia yang takkan kembali...
    5- 2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      1- Tepat sekali...Lagunya?
      2- Hehehe. Yang jauh boleh didekatkan. Hehehe
      3- Eeeehh? Jawab exam?
      4- Aduuhh...Sadisnya. Nasib baik tak fail. Power betul lagu tu, kan?
      5- Betul. Hehehehe

      Delete
  13. Argh! Aku baru dapat hilangkan lagu tu dalam minda ni. Sekali baca post ni melekat balik. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Xeranthemum Annuum

      Hahahaha. Bertabahlah.
      Kalau masih melekat, try dengar lagu tu sampai habis. Nanti hilanglah ia. Huhuhuh

      Delete
  14. waa.. lamanya tak singgah sini. Macam-macam hal kebelakangan ni. Cero pasti lagu ni sekadar terngiang di otak? Bukan kerana lagu ni ada maksud tertentu untuk cero ye? Hehehe... gurau~

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Hahaha. Dulu masa lagu tu top, pernah ter-crush dengan Britney Spears. Selain dari tu takde kot. Hehehe

      Delete
  15. 1. Siapa tahu lagu apa yang aku nyanyi di atas?
    - Baby one more time (Britney Spears)
    2. Siapa nak belanja aku karaoke sama-sama?
    - Ajak Noob
    3. Kalian mesti pernah kena earworm juga, kan?
    - Yep
    4. Lagu apa rasanya paling tak boleh blah bila kena earworm?
    - Karu pipipipipi, karu pipipipipi
    5. Satu campur satu sama dengan berapa?
    - Tak semestinya 2

    ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      1. Tepat sekali. Tepuk tangan.
      2. Eh? Boss kaki karok ke? Huhuhu
      3. Hahahaha. Aku tertunggu-tunggu jugak kalau-kalau ada yang nak jawab tak pernah. Hahahah
      4. Hahahaha. Tetiba terbayang Harith Iskander tengah bergoyang-goyang dengan lagu tu di belakang. Hahahah
      5. Elaborate please. Hehehe

      Delete
    2. 2. Noob tak jauh dengan ko kan, tak pun ajak ankel... hahaha

      5. Aku just kaitkan soalan tu dengan kucing2 aku yang dah ramai kat rumah ni sekarang, asalnya ada 2 ekoq ja. Lol...

      Delete
  16. macam episod 'ulat telinga' spongebob..ah, ni lagu zaman aku remaja.lagu yang biasanya melekat ni lagu yang first time dengar ko benci namatey, tetibe tersuka plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Kaaaan.
      Selalunya yang terlekat kat kepala tu bukannya lagu kegemaran pun.
      Lagu kegemaran, nak start nyanyi pun tak ingat. Hahahahha

      Delete
  17. oo..nama dia earworm..
    baru ku tahu..
    slalu jugak kena..hampir setiap hari..hahaha!!..

    especially bila lagu/artis tu tak disukai..dgr kat radio/tv...
    pastu terngiang2 dlm tinge..ternyanyi2 tanpa sedar..
    nanti bila tersedar..JADAHNYE AKU NYANYI LAGU NIH???!!!

    nway..aku salah sorg kipas-susah-mati Britney Spears..suatu masa dahulu..hahah!!

    >pu3aan<

    ReplyDelete
    Replies
    1. >pu3aan

      Selalunya yg kena earworm ni dari lagu-lagu bukan minat sangat pun. Hahaha
      Aku pun dulu minat Britney. Hahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: