Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 20, 2016

Anda Tanya cEro Jawab. #AskcEro



Salam.

Jika anda sedang membaca ayat ini, sila tepuk tangan anda
kerana menurut Blogger Draft, ini adalah post ke-800 dalam blog #cerolian ini.
Oh, harap kalian tak terlalu gigih mengira kerana angka 800 tu termasuk sekali beberapa post yang aku revert balik jadi draft, jadi sila jangan kecam.

Page Facebook Empire State of cEro juga sudah melepasi 800 likes.
Semasa aku taip ayat ini, angkanya ialah 816.
Harap-harap angkanya akan terus meningkat lagi lagi dan lagi.

Juga,
blog #cerolian ini juga menyambut ulangtahun ke-7 pada 22 April,
dan blog ini akan memasuki tahun ke-8 penubuhan.
Niat hati nak buat giveaway,
tapi aku dah nekad entri tEka-tEki seterusnya akan menjanjikan hadiah.
Dua giveaway berdekatan adalah terlalu berat untuk poket
jadi aku putuskan, untuk ulangtahun kali ni tiada giveaway.

Pengulangan angka 8 yang berkali-kali tu
membuatkan aku rasa eh eh macam special entri kali ni,
so aku berkeputusan untuk menjadikan entri kali special dengan menjadikannya tempat rasmi sesi Q&A bersama cEro.

Special kan? Special kan?
Hohoho!





Caranya cukup mudah.
Kalian tanya apa sahaja soalan di ruang komen, aku akan jawab.
Aku janji aku tak akan tipu,
tapi kalau mana yang aku tak boleh nak jawab atas sebab-sebab prinsip,
aku akan bagitahu aku tak boleh jawab. Ok? Deal?

Jadi, untuk memeriahkan suasana,
biar aku yang mulakan sesi Q&A bersama cEro.
Aku tanya aku jawab. Hohoho

*************************

Soalan:
cEro yang kacak bergaya, sebenarnya kau ni lelaki ke perempuan?

Jawapan cEro:
**pandang dalam seluar sendiri**
Hmmm...untuk soalan itu, aku memilih untuk tidak menjawab.
**kenyit mata**

*************************

Soalan:
Kau ingat kau artis fofular ke sampai nak kena ada sesi Q&A bagai?

Jawapan cEro:
Chill bruthur! Chill!
Sebab aku tak popular laa aku bukak sesi Q&A.
Sebab kalau yang bertanya tu 9 orang je, aku masih mampu menjawab.
Cuba bayangkan kalau aku ni popular.
Datangnya beribu-ribu soalan, sudah tentu tak termampu dah nak jawab.
Kan? Kan? Kan?
Lagipun bukan ke syarat wajib orang popular adalah untuk tidak melayan soalan peminat?
Kan? Kan? Kan?

*************************

Soalan:
Apakah makanan kegemaran kau? Nanti aku nak masak dan pos ke rumah.

Jawapan:
Hmmm...Soalan ni soalan feveret aku dari kecil.
Makanan kegemaran aku berubah-ubah.
Untuk waktu semasa entri ni ditaip,
makanan kegemaran aku adalah chicken green curry (kari hijau ayam).
Kalau ada makanan ni dalam menu, aku takkan pilih yang lain dah.
Hehehe

Tapi macam aku cakap, itu untuk waktu ini.
Mungkin juga selepas dua tiga minggu selera aku berubah?
Aku suka makan nasi goreng ikan masin ke? Siapa tahu...kan?

*************************

Baiklah.
Sekarang giliran kalian pula tanyakan soalan dekat aku.

Aku macam dapat agak ada satu soalan ni mesti akan ditanya,
jadi apakah soalannya?
Siapakah yang bakal menanyakannya?
Sama-sama kita nantikan...

**background suspense music fading out**




.




58 comments:

  1. Soalan aku, kenapa ko sangat berahsia tentang idenditi sebenar kau? Adakah kerana ko seorang sepai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mon

      Hmm...aku macam akan buat satu entri utk cerita kenapa aku berahsia tentang identiti, tapi untuk menjawab soalan kau, biar kau ringkaskan di sini...

      Sejak dari kecil lagi aku selalu alami pengalaman di mana umur, status dan nama beri kesan kat aku. Contohnya, kau tak boleh tegur orang dewasa kerana kau masih kanak-kanak, kau kena panggil crush kau kakak sebab dia tua hanya setahun dan bila orang expect kau pandai melukis, kau akan disuruh melukis tak kira di mana sahaja kau pergi.

      Lalu datang blogosphere. Pada hemat aku, dengan menyembunyikan identiti di alam maya, aku boleh berkawan dengan sesiapa pun tak kira dia 5 tahun mahupun 50 tahun tanpa perlu panggil sesiapa as kakak, pakcik atau adik. Aku juga mampu suarakan pendapat tanpa perlu sesiapa tahu adakah aku layak suarakannya atas faktor usia. Aku juga dapat melukis tanpa perlua ada expectation dari orang sekeliling.

      So, identiti rahsia pada aku sangat best. Huhuhuhu.
      Eh, jap. Kata tadi nak cerita ringkas. Hahahah

      Delete
  2. Antara cinta dan impian, mana yang ko akan pilih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Boss Noob

      Hahahahaha. Soalan WIN!
      Kalau tanya aku, aku akan jawab WHY NOT BOTH?
      Sebab dua-dua tu bukannya mutually exclusive, so kita mampu capai dua-dua.

      Tapi kalau perlu memilih, aku rasa aku akan pilih impian (sila jangan kecam) sebab impian hanyalah one man material, ialah bertitik tolak hanya ke atas aku. Tapi kalau cinta kena ada two-ways interpersonal, melibatkan dua insan. Benda yang ada libat dua orang ni rumit sikit so aku tak suka rumit. Hehhehe.

      Lagipun Boss, kalau kau tahu impian aku, mesti kau pun akan pilih impian. Hehehehe

      Delete
    2. cinta adalah salah satu impian? XD

      -kudozu

      Delete
    3. >kudozu

      Yeess!! Kalau yang dicintai itu Emma Stone. Hahahah

      Delete
    4. baguih setia Emma Stone. aku usha Lily Collins skang haha

      -kudozu

      Delete
    5. >kudozu

      Aku pon terberminat dengan Lily Collins sejak layan cerita Love, Rosie. Muka dia type yg aku suka. Hahaha

      Tapi Emma Stone still juara carta. Hahahah

      Delete
  3. tahniah dah darjah dua blog ni, jgn nenakal dlm kelas.

    soalan hamba:
    1) jika makan BigMac dr McD (kalau boikot, sblm boikot) apakah part yg paling TIDAK digemari? atau ngap je semua tanpa kompromi? [5 marks]
    2) Apakah SATU habit cEro yang agak pelik? [4 marks]
    3) Apabila shopping, adakah cEro selesa bersendirian ATAU berteman? [ 2 marks]

    selamat menjawab.

    yours truly,
    Z

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Z

      Terima kasih. Kalau blog ni nakal, sila hambat dengan rotan. Hehe

      Jawapan:

      1) Bagus soalan ni. Satu part yg paling TIDAK digemari ialah bila beli burger McD, tak kira bungkus kertas atau dalam kotak, mesti burger tu terbalik. MESTI. Apakehalnya ntah nak letak burger terbalik? Susahkan orang je yang kena terbalikkan balik. Cis sungguh!

      2) habit? Hmmmm...suka sapu muka guna tangan kot. Sapu muka macam kekonon muka tengah basah, tapi padahal waktu kering pon sapu jugak. Bila buat rasa normal, tapi orang yang nampak akan rasa apahal mamat ni. Hahahahha

      3) Sendirian lagi best. Tapi kalau nak berteman, teman tu kena laa satu kepala dan boleh give and take gittew. Sbb selalunya kalau masuk mall atau hypermarket, saya akan banyak habis masa dekat area toys dan alat tulis dan perabot. Sesetengah org tak suka, so kalau ada teman, at least dia kena laa faham dan terima. Hahahahaha

      Terima kasih. Dapat full mark tak?

      Delete
    2. hurm hurm 8/11.

      Soalan bonus:
      Antara jigsaw puzzle dan candy crush, cEro pilih yang mana?

      [SOALAN TAMAT]

      Delete
    3. Of kos jigsaw puzzle sbb boleh pegang guna tangan.
      Candy Crush main dlm phone je tak best. Hahahaha

      Delete
  4. wohh kau ingat annivesary blog sendiri? *clap clap clap*

    Berapa soalan boleh tanya? *is this count too?

    Hmmm nak tanya apa ye, bukan senang dapat peluang ni tapi aku memang manusia tak reti rebut peluang.

    hmmm, antara kashmir dengan swirtzeland, mana kau nak pergi? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA

      Tanyalah banyak mana pun Nad. Aku sedia menjawabnya. Huhuhu

      Hmmm...Kashmir dan Switzerland dua-dua tak tahu ada apa, so susah nak pilih. Tapi kalau kena pilih, WHY NOT BOTH?
      Hahahaha.
      Tapi kalau kena pilih satu je, rasanya Switzerland kot, sbb Kashmir macam tengah bergolak je sekarang...hahahahaha

      Menjawab soalan tak?

      Delete
    2. Tapi switz kos mahal gilaaa! *nak argue jugak* hahaha

      okay ada lagi satu soalan, zyra pun boleh jawab hahaha. Kenapa korang dua kalau update entri mesti sama waktu, i mean selang berapa minit je. tu yang aku perasan la. pakat eh? Hahaha

      Delete
    3. >NAD

      Aku memang dari dulu post hari rabu dlm pukul 9 pagi.
      Zyra pun post pd waktu yang lebih kurang sama sbb hari rabu antara hari yang paling produktif utk buat entri blog. Entah kenapa, kalau buat post hari rabu, ramai yang akan singgah baca dan komen. Hehehe

      Delete
  5. Waa... Dah tujuh tahun!!! Oh, ulang tahun blog kita berada dalam bulan yang sama.

    Okay, soalan dari saya:
    1.Apakah soalan yamg cero jangka orang mesti tanya tu? Adakah umur?
    2.Rambut panjang tu belum potong kan? Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Rasanya macam ramai bukak blog bulan April. Hehehe

      Okay, ini jawapannya:
      1. Hahaha. Tak boleh jawab soalan ni. Nanti tunggu orang tanya baru akan dijawab. Huhuhu. Bukan umur.

      2. Dah potong pendek sikit sebab panas. Tapi still panjang dr sebelum ni. Hehehehe

      Delete
  6. pergh 7tahun. tahniah bro.

    soklan
    best ke rambut panjang?
    kalo naik moto. rambut tu beralun2 d tiup angin. rambut jadi kusut tak?
    kenapa aku tanya pasal rambut nih?

    ahahaha
    saja kacau bruh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      Thanks Budoxe. Doakan untuk 7 tahun yang seterusnya masih ada dan releven. Hahahaha

      Jawapan:
      Hmmm...Aku rasa best, tapi musim panas laa ni macam mencabar sikit arr rambut panjang.
      Kalau naik moto, pakai helmet, jadi tak ada isu sangat. Rambut yang terjuntai aku masukkan dlm jaket.
      Tapi peluh arr, bukak helmet rambut basah. Huhuhu

      Hahahaha

      Delete
  7. 1. Adakah anda sudah berpunya? Are you seeing someone or liking someone dalam diam?

    2. Kau kerja apa sebenarnya?

    3. Apsal suka simpan rambut panjang?

    4. Kenapa guna perkataan kalian?

    5. Kenapa suka lukis?

    6. Blog aku best ke tak best?? Jujur cepat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      1. Dua soalan dlm satu. Hahaha.
      Aku belum berpunya. I'm not seeing someone tapi ada suka seseorang dalam diam. Huhuhu

      2. Kerja adalah antara perkara yang aku tak boleh nak bagitahu dalam blog sebab...hmm...aku ada oath kot? Huhuhu

      3. Tak suka simpan pun, cuma nak try je sekali sekala. Cambest jugak bila boleh pura-pura berlakon iklan syampoo goyang-goyang kepala rambut berkibas. Hahahah

      4. Aku skema. Hahahaha. Aku nak guna 'korang' tapi macam tak sopan gittew. Aku ni kan sopan santun berbudi bahasa idaman semua mak mertua. Hahahaha.

      5. Dari kecik aku suka melukis sebagai wadah (ewah) untuk aku luahkan perasaan. Melukis best. Ia uji skill motor badan dan input idea dari kepala, a form of mental exercise. Hehehe

      6. Blog kau best. Bahasa kau santai, aku suka. Tapi rerajin laa sikit update. Nak baca pengalaman kau ngajar sekolah orang asli lagi huhuhuhu

      Delete
  8. Mm Mm mcm best pulak tanya soalan.. OK aku nak tanya lagi:

    1) Mana ko lebih suka, daging atau ayam?
    2) Bila orang sebut istilah perempuan gedik, pada pendapat ko, apa ciri-ciri gedik yang dimaksudkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mon

      Hahaha. Suka plak dia.

      1) Why not both? Daging ke ayam dua-dua aku telan, tapi suka ke tak tu bergantung kpd masakan. Kalau dua-dua masak yang sama dan aku kena pilih jugak, aku pilih daging lagi kot. Tapi ayam pun nak try jugak. Huhu

      2) Perempuan gedik (pada aku) datang dari suara dan perbuatan dia. Ada jenis yang suara manja merengek-rengek tapi perbuatan dia okey, so itu OK. Ada yang suara biasa tapi duk terkinja-kinja depan laki, itu bukan gedik pada aku, itu gatai. Tapi kalau suara pun merengek, gaya pon asyik nak tenyeh-tenyeh bahu kat laki, ITU GEDIK. Hahahahaha

      Delete
  9. Mmmm... soalan aku.

    1. Apakah makanan paling tak berkhasiat yang cEro suka makan selain burger?

    2. Emma Stone dan Emma Watson dan Raja Ema, mana lagi best?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ojin tolongla Jin.. Soalan no 3 tu buat aku berhuhu panjang

      Delete
    2. >Aujinz

      Ini jawapan aku:

      1. Keropok jajan. Aku suka makan jajan sampai kekadang berbungkus-bungkus sehari. Sangat tak sihat, sila jangan ikut. Hahahahah

      2. Uuuuugggggghhhhhh!
      Tough soalan ni. Aku macam nak pilih Raja Ema. HAHAHAHAHA
      Of kos Emma Stone. Tak ada siapa boleh lawan lagi Emma Stone aku. Kalau tak dapat kahwin dengan seorang Emma, aku nak namakan anak perempuan aku Emma. Huhuhuhu

      Delete
  10. Mmmm... soalan aku.

    1. Apakah makanan paling tak berkhasiat yang cEro suka makan selain burger?

    2. Emma Stone dan Emma Watson dan Raja Ema, mana lagi best?

    ReplyDelete
  11. Aku suka segmen teka teki kau. Adakah semua teka teki tersebut dicipta khas oleh kau sendiri?

    Binatang apa paling kau suka nak bela? Aku suka kucing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >ben osman

      Pendapat peribadi aku, teka-teki tak ada source of origin. Tak ada siapa boleh claim itu teka-teki dia or orang lain punya.
      Jadi untuk teka-teki aku, kebanyakan idea datang dari sumber lain, tapi yang mana boleh aku olah sikit, masukkan elemen sendiri dan juga persekitaran supaya tak nampak macam terlalu cedok dari sumber luar. Juga ada yang aku cipta sendiri. Hehehe

      Binatang suka nak bela...hmmm...
      Kat rumah aku dah ada 6 ekor kucing, so kucing memang aku suka. Hehehe.
      Tapi kalau nak tanya binatang lain, baru-baru ni aku terkagum dengan burung hantu (owl) sebab mereka sangat osem.
      Tapi aku tak pasti kat Malaysia boleh bela ke tidak.
      Kalau kat US ada law forbid bela burung hantu. Huhuhu

      Delete
  12. 1. Adakah anda sudah berpunya? Are you seeing someone or liking someone dalam diam?

    2. Kau kerja apa sebenarnya?

    3. Apsal suka simpan rambut panjang?

    4. Kenapa guna perkataan kalian?

    5. Kenapa suka lukis?

    6. Blog aku best ke tak best?? Jujur cepat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Kenapa kau tanya soalan sama lagi sekali? Hehe

      1. Dua soalan dlm satu. Hahaha.
      Aku belum berpunya. I'm not seeing someone tapi ada suka seseorang dalam diam. Huhuhu

      2. Kerja adalah antara perkara yang aku tak boleh nak bagitahu dalam blog sebab...hmm...aku ada oath kot? Huhuhu

      3. Tak suka simpan pun, cuma nak try je sekali sekala. Cambest jugak bila boleh pura-pura berlakon iklan syampoo goyang-goyang kepala rambut berkibas. Hahahah

      4. Aku skema. Hahahaha. Aku nak guna 'korang' tapi macam tak sopan gittew. Aku ni kan sopan santun berbudi bahasa idaman semua mak mertua. Hahahaha.

      5. Dari kecik aku suka melukis sebagai wadah (ewah) untuk aku luahkan perasaan. Melukis best. Ia uji skill motor badan dan input idea dari kepala, a form of mental exercise. Hehehe

      6. Blog kau best. Bahasa kau santai, aku suka. Tapi rerajin laa sikit update. Nak baca pengalaman kau ngajar sekolah orang asli lagi huhuhuhu

      Delete
  13. Hi Cero! Sy seorang lurker yang berjaya. Soalan sy:

    Adakah siri Gadis Kasut Converse tu cerita rekaan atau pengalaman encik cero yang realiti?
    Jika realiti, apa jadi sekarang? ending macam tergantung sikit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lurker

      Hello Lurker. Macamana 'luka'? Dah sembuh? #hambar

      Siri Gadis Kasut Converse tu...hmmmm...tak nak cakap boleh? Tapi bukan rekaan laa yang pasti. Hehehe
      Sebab bukan rekaan laa ending dia tak ada lagi. Rasanya cerita tu tak ada ending kot. Atau mungkin belum ada, nanti baru ada? Siapa tahu, kan?

      hehehe.

      Inilah soalan yang aku pasti akan ada yang bertanya.
      Hahahaha

      Delete
    2. damn, aku baru nk tanya soklan ni..

      Delete
    3. >nazha

      Kemon Nazha. Soalan lain kan ada banyak lagi. Hihihihi

      Delete
  14. baru nak tanya ni.

    Apa itu nULL & aLteRnate?

    - kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kudozu

      Dalam scientific writing, null is zero (control) dan alternate is not zero (variable/s). Konsep asal blog ni adalah nak bincang isu dari dua perspektif (hence null dan alternate).

      Macam get logic dan binary code, kita ada 0 dan 1. Life is a series of choices, dan semua pilihan boleh dipecahkan kepada pilihan asas 'ya' atau 'tidak'.

      Contoh:
      Nak makan tengahari? Ya atau tidak.
      Kalau nak makan, nak makan nasi? Ya atau tidak.
      Kalau tak makan, nak tidur dekat surau? Ya atau tidak.

      Jadi null & alternate ni macam analogi kepada 'ya atau tidak' dalam konteks kehidupan seharian. Huhuhu

      Panjang lebar. Hahahaha

      Delete
  15. Ramainya orang tanya soalan clashing pulak statement ko kata diri tak femes. ELEH!

    Salam!

    Soalan Pertama:
    Kenapa baju tu pilih warna kuning? Asyik guna kuning terang tu je. Buat lah shade kuning lain pula.

    Soalan Kedua:
    Antara parajurit-parajurit sailor dalam siri Sailormoon mana yang ko rasa paling kuat? Apakah perasaan Sailor Pluto selepas dapat tahu status Pluto sebagai sebuah planet telah ditarik balik.

    Soalan Ketiga.
    Negara yang ko rasa nak duduk kalau diberi peluang pindah dan sebabnya. (Malaysia haram letak)

    Soalan Keempat.
    Kenapa benci Redza Minhat?

    Soalan Kelima.
    Apa pendapat tentang movie Batman V Superman?

    Soalan Bonus:
    Would you pick mortal or immortal life? (Dilarang guna why not both).

    ReplyDelete
    Replies
    1. >WZ

      Hahahaha. Femes mananya. Biasa je. Hehehe

      Jawapan pertama:
      Aku nak bina identiti untuk watak aku itu, so dengan guna warna yang terang macam kasi lekat kuat sikit laa dekat audiens. Aku nak sampai tahap bila nampak lukisan rambut simpul dan baju kuning, orang akan ingat itu cEro. Hahaha.
      Tapi kekadang aku tukar jugak warna, or guna shades of yellow yang lain. Hehehe

      Jawapan kedua:
      Yang paling kuat aku rasa sudah tentu si Usagi. Dia Princess kot. Hahahaha. Pretty sure Sailor Pluto tak kisah pun Pluto kena demote jadi dwarf planet sebab kalau diikutkan, Moon dari Sailormoon pun bukannya planet sangat. Hahahahaha

      Jawapan ketiga:
      Kalau menetap, aku berminat dengan Australia. Entahlah. Tengok gambar-gambar Australia rasa macam kawasan dia lapang je tak crowded macam negara lain.

      Tapi kalau sekadar duduk sekejap as in mcam sebulan dua tiga camtu, aku nak duk Tokyo. Nak jadi wota untuk 48 groups. Hahahahaha

      Jawapan keempat:
      Sekarang dah tak benci dah, more to 'i don't care anymore' punya state. Aku kurang suka dia tu sebab dia macam full of himself. Apa dia buat semuanya betul, orang lain buat salah. Orang lain tegur tak terima tapi kalau dia yang menegur orang kena dengar. Camtu laa.
      Berlakon pon watak sama je suam-suam kuku, tapi kasi kritikan macam dah menang Oscar apa bagai. Kasi watak cacat oku sikit tengok boleh bawak ke tidak.
      Bell Ngasri pun pernah bawak watak cacat mintak pishang, tapi dia takde plak dengar kritik lakonan orang lain dlm twitter. Hahahahaha

      Jawapan kelima:
      Aku tengok movie tu dengan zero expectations.
      Sebab ikut sejarah movie utk DC comics, selalunya meh.
      Tapi aku start rasa 'apakah' dengan BvS bila Batman letak tracker besar gajah siap dengan beeping sound dan beacon warna merah berkelip-kelip kat truck yg bawah kriptonite tu. I mean, tracker patut discreet, kan?
      Lepas tu aku dah start nampak byk lagi flaws. Sana sini rasa tak senang duduk. Masuk part dia perkenalkan anggota JLA guna folder, terus rasa macam WTF?

      Hopeful for the next installment, jangan guna Zack Snyder lagi sbg director boleh? Hhuhuhu

      Jawapan bonus:
      Aku nak pick 'why not both', tp macam mana nak mortal dgn immortal dlm masa yang sama, kan?
      Kalau nak pilih, aku pilih immortal tapi dengan satu syarat hanya aku sahaja yang mampu jadikan diri aku mortal balik. Kalau aku immortal, banyak ilmu boleh aku belajar. Bestnyaaaa....

      Delete
  16. Tahniah dh 8 tahun blog ni.
    So soalan aku...

    1.Kalau aku tanya soalan yg kau expect tu dpt hadiah x?

    2.Siapa perempuan yg cakap dia suka kt kau hari tu? Berani jawab la.. Hahaha...

    3. Kalau tiba2 ada org sapa kau dgn panggilan cEro in real life tapi kau x kenal org tu, apa perasaan kau?

    4. Antara ikan, ayam, lembu dan kambing mana satu kau paling suka? Aku pun x tahu apa function soalan ni. Tp please jawab. Hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Terima kasih. Terima kasih. Baru masuk tahun ke-8, belum genap 8 lagi. Hehehehe
      Ini jawapan aku...

      1. Tak dapat, sebab orang dah tanya kat atas. Hehehehe

      2. Siapa? Mana ada? Lelaki yang cakap dia suka kat aku. Hahahahaha

      3. Aku takkan respon. Kalau dia insist, aku takkan cakap aku ni cEro. Kalau dia masih insist, maybe aku tinggalkan dia begitu sahaja sebab dia dah langgar privacy rule aku. Huhuhu

      4. Sudah tentu kambing. Kaming is love, kambing is life. Kau tanya sebab kau nak belanja aku, kan? Kan? Kan?
      Lamb chop satu! Huhuhu

      Delete
  17. Ala ada sesi soal jawab pulak skg. Tapi aku taktau nak tanya apa nih. So aku nak simpan 3 soalan utk masa akan dtg haha
    -Star-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      Hahahaha. Saja nak meraikan blog.
      Alaa, tak 3 soalan pun takpe. Tanya laa 40 pun kalau ada masa aku jawab. Huhuhu

      Delete
  18. wahhhh. first of all, tahniah atas ulangtahun blog!!
    then nak tanya jugak la hahaha
    1. mana belajar melukis? dari minat ke memang suka2?
    2. siapa yang memberi inspirasi menulis di blog/buat komik?
    3. berikan ciri2 blogger/blog yg anda suka baca content nya.

    dah. sekian, sikit je soalan. hahahaha. moga terus kental berblogging! gambatteee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Terima kasih. Terima kasih. Hehehe

      1. Dari kecik lagi minat melukis tapi tak pernah masuk kelas melukis yang proper (kecuali subjek Pendidikan Seni kat sekolah...hhuhuh). Pendek kata memang saja suka-suka.

      2. Inspirasi dari persekitaran. Cerita-cerita pengalam sendiri, kisah orang lain mahupun fantasi dlm kepala, semua dijadikan inspirasi utk melukis. Hehehe

      3. Ciri-ciri? Hmmmm...
      Blog tak berat. Cerita tak terlalu panjang lebar. Kalau diselangi dgn gambar aku lukis itu lagi baik. Bahasa yang santai tapi bukan rempit (kittew, awaa tak nak. Hahaha) Yang lagi best kalau ada interaksi antara pembaca dgn blogger, tu yg buatkan kita rasa nak datang selalu tu. Hehehehehe

      Arigatou~~!

      Delete
  19. Soalan..

    1. Siapa blogger feveret?
    2. Blog panjang macam saya bosan ka T__T
    3. Macam mana nak biasakan guna aku dalam blog.. Macam kurang sopan pulak cakap dengan stranger gitu.. Hahahaha apa punya soalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mr. Doctor

      Jawapan..

      1. Hmmm...Ada sorang ni blogger feveret. Tapi macam tak nak bagitahu siapa laa sebab nanti dia tahu dia perasan. Hahahahaha

      2. Blog panjang ke pendek ke sebenarnya yang paling utama (bagi aku) ialah isi dia. Kalau isi dia engaging, jadi pembaca pon akan engaged dan akan baca sampai habis tak kira berapa panjang pon. Huhuhuhu

      3. Aku atau saya itu terpulang pada blogger itu sendiri. Pada pendapat aku, walaupun 'saya' kedengaran macam lebih sopan daripada 'aku', tapi 'aku' sebenarnya lebih mesra dan dekat. Tengok isi blog. Kalau cerita tentang perkara serius, rasanya lebih baik guna 'saya', tapi kalau lebih santai dan mahukan interaksi antara penulis dgn pembaca, 'aku' lebih mudah didekati.

      Hehehehe

      Delete
  20. Kepada cEro,

    First of all, tahniah sebab dah jadi legend dalam dunia blogging. 8 taun tu!!! hebat r! *applause!*
    Second aku ttp nak tnya soalan even entri ni dah nk expired:-
    "Adakah blog ini akan dibukukan dan diwarisi kepada generasi ko akan datang?"

    *Mesti diorang rasa awesome giler ada grandfather yang sempoi gini XD...*

    sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Untuk Sofie,

      First, terima kasih. Harap dapat sokong untuk 8 tahun yang seterusnya. Hehehehe

      Second,
      Idea untuk bukukan blog ni macam best, tapi realitinya aku pasti tak ada mana-mana publisher berminat nak bukukan, so satu-satunya cara nak realisasikannya ialah dengan bukukan sendiri. Hehehehe

      But I believe internet is forever. Selagi platform blogger ni wujud dan signifikan, aku akan terus berblog. Akan datang kalau anak cucu aku nak baca hasil tulisan dan lukisan atuk diorang, just klik je URL yang ada. Hehehehehe

      Terima kasih :)

      Delete
  21. soalan yg aku mmg curiga:

    1.ko dgn budak kasut converse tu mmg tak ada harapan lagi ke?
    2.ko tak nak kisahkan benda tu dalam bentuk komik?tajuk gadis kasut converse tu lagi gempak dari drama tv3 pukul 7.nampak rock..
    3.bila anggaran akan kahwin?
    4.kalau dah femes macam aujinz, ko akan ingt aku lagi tak?
    5.kalau aku panggil nama sebenar ko bila kita jumpa, adakah ko akan ignore?
    6.siapa cartoon blogger perempuan yg ko paling rapat sekarang?
    7.last sekali, buatkan original character (OC) kartunster boleh?eh tu bukan soalan tu permintaan haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nazha

      Hehehehe:

      1. Hmm...Aku ada simpan harapan, tapi realitinya macam tak je. :(
      2. Hahahaha. Tak pandai nak lukis serius laa. Kang tak menjadi pulak. Feeling tak sampai. Huhuhuh
      3. Umur 31 (Hahaha. Specific sangat :)
      4. Apa punya soalan ni? Hahahah. Mesti laa kau ingat. Aku tak pernah lupa kawan ooo. Hehehe
      5. Kalau kau panggil nama sebenar, for sure aku akan sahut. Tapi nanti kau nampak muka blur aku laa sbb aku tak berapa nak cam orang. Hahahha
      6. Wow. Soalan ni bahaya. Kena tahu definisi rapat tu dulu baru aku boleh jawab tepat. Hehehehe
      7. Aku cuba nanti. Tapi kau kena laa rajin singgah sini dan update blog aku. Hahahahahahah

      Delete
  22. Hai cEro! Tahniah atas 7 tahun penubuhan blog ni. Takde benda nak tanya (I guess it was too early for my brain to function properly, lol!) but just wanna say I enjoyed reading the comment section of this post :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Hello Farah. Thank you. Next time kalau teringat nak bertanya apa-apa datang je sini. Hehehehe
      Aku pun macam terkejut jugak, ramai betul bertanyakan soalan yang power-power. Tak sangka Q&A jadi terhibur macam ni sekali. Hahahahahha

      Delete
  23. Salam..Mr. Cero!!..
    ko tau x waktu entri ni kluar aku ada baca..
    tapi xingt nape xpost komen..hehe..

    Anyway..baby aku lahir 22 April..which was the same date as your 7th blog anniversary..yeay!!

    >pu3aan<

    ReplyDelete
    Replies
    1. >pu3aan

      Salam.
      Hehehe. Tapi akhirnya kau komen juga, jadi okay laa tu. Hahaha

      Kau patut panggil baby kau tu baby cEro.
      Dia laki ke perempuan ek? Lupa plak nak stalk pulak fb kau. Hehehehe

      Delete
  24. macam xbestje tanya soalan boleh jawab. cuba tanya soalan xleh jawab. nama penuh? no ic ngan alamat rumah? hahahaha. kidding

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Tanya soalan tu boleh, tapi jawapannya sama ada tak menjawab soalan atau aku tipu hahahahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: