Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 23, 2016

Dedaunan Keguguran Dahan Nan Kerapuhan...



Salam.

Okey, satu soalan nerda.
Tahu tak apa yang ada di seluruh kulit badan manusia kecuali di tapak tangan, tapak kaki, bibir dan kelopak mata?






Bangang kan aku?

Serius pusing kepala aku fikir kenapa ada rambut panjang dekat atas lantai bilik masa mengemas tempoh hari.
Memang dah fikir jahat dah dalam hati tuduh roommate bawa masuk perempuan.
Rupa-rupanya rambut sendiri gugur bak dedaunan keguguran dahan nan kerapuhan bunga-bunga cinta layu di pusara...


Sebenarnya,
musim cuaca panas macam sekarang ni tak elok (lelaki) rambut panjang.
Panas dia macam kena salai tanpa bara ooo.
Tapi, sebab aku tak perasan pun rambut aku dah panjang,
jadi aku tak ambil kisah pun bila nak kena potong.
Orang keliling aku tak pernah tegur pun rambut aku panjang.
Lagipun, aku bukan jenis suka belek muka depan cermin.
Tak pasal-pasal mimpi ngeri termimpi muka sendiri.

Walaupun dah tahu panjang,
still tak terasa nak potong lagi sebab...hm...entahlah.
Maybe sebab dia tak mengganggu kerja aku kot.
Sekali sekala bujang berambut panjang, boleh join Ankel Jonni.
Hahaha.

Roommate aku suruh ikat rambut.
The thing is, aku tak tahu nak ikat rambut kasi lawa.
Kalau aku ikat, jadi macam orang kalah judi je gayanya.
Duduk rumah bolehlah ikat selebet.

Jadi,
seperti biasa ada satu soalan untuk mengakhiri entri ini:
Apa pandangan kalian tentang lelaki berambut panjang?
Jyeeeaaah, or bleerrghh?







.




58 comments:

  1. Ok, tergelak jap baca komik tu, hahahahaha haha ha.

    Yay or nay depends on bentuk muka org tu. Mcm loki n thor diorg sesuai so a big yay. Tp cuba bayangkan mr bean rambut panjang. Nuuuuuuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nah. Tak payah bayangkan. I have the receipt here.. HAHAHAHA

      [img]https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/564x/15/5e/ad/155ead6899baf28816c7740764337f86.jpg[/img]

      Delete
    2. Bhahahahaha geli aku woi! Hahahah tp tp tp still hot dr thor tho.. kahkahkah!

      Delete
    3. >Zyra
      >Mon

      Tergelak besar ternampak muka Mr. Bean dgn rambut dan gaya cenggitu. Hahahaha.
      Itu bukan gambaq edit, kan?
      Please say no...hehehe

      Delete
    4. Bukan gambar edit. Ni gambar time Rowan Atkinson buat parody Doctor Who. Rambut panjang ni smart.. Cuma tak smart kat dia. Hahahahaaha

      Delete
    5. Kahkahkah sebak rowan baca komen kau ni day.

      Delete
    6. Mr Bean rambut panjang dah macam Professor Snape wuii.. ko hkoh koh

      Delete
  2. AHAHAHAHAH. Kesian roomate hang si botak yang tidak bersalah itu! Wauu.. cero long haired hensemm!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Yura Yu

      cEro long haired je hensem?
      cEro normal tak hensem ke? Wahahahaha

      Delete
  3. dah la sado. rambut panjang. jadi kegilaan gadis remaja
    (betul ke x?) (pertanyaan kepada para gadis)

    ReplyDelete
    Replies
    1. [img]http://3.bp.blogspot.com/-T9C_nJJ0UpU/UlbKs0c-YZI/AAAAAAAAB28/-fhJOV24mz8/s1600/budoxequiregif.gif[img]

      Delete
    2. [img]http://1.bp.blogspot.com/-687ceR7CNqg/UlsD9xo88PI/AAAAAAAAB4Q/arHE8xjdvCo/s1600/budoxe-eat.gif[img]

      Delete
    3. >budoxe lee

      Sado? Wahahaha. Tang perut je dah kedepan dah. Sado mananye...
      Kegilaan gadis? Wahahahaha
      Setakat ni tak ada gadis yang jadi gila sebab aku. Hehehe

      Delete
  4. saya setuju rambut panjang!! Haha.. walaupun cero tak perlu persetujuan saya. Perasan tak watak lelaki dalam komik saya, mesti berambut panjang. Sebab apa agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna Shark

      Perasan sangat watak dlm komik Amna kebanyakannya rambut panjang. Yang tak panjang pun still panjangnya tak sama dgn lelaki normal. Hehehe
      Suka ke?

      Delete
  5. Erkkk blerghh aku rasa kalau lelaki rambut panjang melainkan dia pandai jaga rambut dan pandai ikat tp jangan menyerupai perempuan sudah itu haram ye cero ha dah senafas komen aku bagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Aku pun dengan gigihnya baca senafas juga wahahaha aku tak pandai ikat rambut so aku counter dengan selalu pakai topi dan cekak dan jangan risau aku tak menyerupai perempuan sebab muka rempit kena sagat pipi atas jalan takkan boleh menyerupai perempuan...fuuuh!

      Delete
  6. "bak dedaunan keguguran dahan nan kerapuhan bunga-bunga cinta layu di pusara..." <--- baca sambil nyanyi hahahha


    baru sekarang berkesempatan baca blog ko tru laptop, sebab selalu guna fon tapi takleh nak komen T-T

    rambut panjang atau pendek, mana2 pon cool. rambut panjang ada yang bila kemas nampak lawa, kalau serabai nampak kpop (sangat, jangan kecam! haha)

    ramai kawan laki rambut panjang and aku rasa its ok, lagi cool bila dia ikat rambut ala ala samurai. hakhak

    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kudozu

      Hahaha. itu lagu faveret masa zaman sekolah dulu tu. Heheh

      Hahaha. Tang serabai jadi kpop tu lain dah rasanya. Hehehe

      Weyh, aku pernah terdengar ramai pompuan suka man-bun, sanggul atas kepala lelaki macam kekonon samurai tu. Betulkah fakta itu?

      Delete
    2. aku tak sure perempuan lain, tapi aku suka tengok tapi jangan yang besar, sejemput dah cukup eheh

      Delete
    3. >kudozu

      Hahaha. Kalau yang besar aku sendiri pun rasa pelik.

      Delete
  7. Rambut panjang adalah smart bagi yang rambut lurus dan ikal mayang sahaya. Kalau kerinting, mohon jangan. Ikat? Plus point. Meter hot berhenti saat rambut melepasi bahu. That's a nono.. Panjang sangat nampak cam pompuan weh

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mona

      Hahaha. Details sungguh description kau ni.
      Rambut aku dah terletak kat bahu dah. Rasanya meter hot aku dah stop? Hehe

      Delete
    2. Jangan lepas sampai belikat je bro.. Selamat lagi tu kalau kat bahu

      Delete
    3. >Mona

      Yes!
      Masih hot!
      **flip rambut**

      Delete
  8. Depends on the shape of your face, dan kerajinan kau menjaga kebersihan diri dan rambut. Bak mai pic ang sekeping C? *grabs popcorn*

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Nah gambaq satu.

      [img]http://www.yojackets.com/wp-content/uploads/2014/08/Chris_Hemsworth_Thor_Jacket1-300x400.jpg[/img]

      Sorry gambar candid. Tak jumpa gambar yang lebih proper. Hehe

      Delete
    2. Ikat rambut bro, ikat tocang. Hahaha...

      Delete
    3. >plain83

      Ikat tocang letak reben hello kitty.
      Awww...

      Delete
  9. Panjang tu takat mana? Hehe i'd prefer guys with short hair. Rambut panjang tu hanya elok dlm anime je hahaha
    -Star-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      Kalau sekarang, sama macam komik aku di atas. Baru terletak atas bahu.
      Tapi memang betul. Bila kena tiup angin, rasa macam rambut aku ni bergerak-gerak macam dalam anime. hahaha

      Delete
    2. Aku rasa cam panjang sgt tu haha. Tapi rambut ko kan, so ikut keselesaan sendiri.
      -Star-

      Delete
    3. >Star

      Setakat ni tak mengganggu lagi, tapi rasanya akan datang bakal mengganggu keselesaan jugak rasanya. Hehehe

      Delete
  10. hemsem je bero aku tgk ko berambut panjang (kat kartun tu la :D)..
    haha..
    aku rasa ko ka-chak kalau rambut panjang..
    aku xleh, sebab puan bini kata tak sesuai kakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nazrul ali

      hahaha. Aku pon kalau ada isteri, biar dia yang decide rambut aku camane.
      Sekarang tengah bujang, tu yang nak try rambut panjang sikit. Hehehe.

      Delete
    2. wow, suamiku mr. perfect 10 sgt hahaha.
      -Star-

      Delete
    3. >Star

      hahaha. Mestilah kena.
      Kang aku pilih rambut afro, bini tak suka habis kena tido kat sofa. Hahahaha

      Delete
  11. zamani handsome rambut panjang tapi tak norman hakim. so it depends. musim2 panas ini eloklah cantas je sebab yelah, gugur ni menyakitkan jiwa jugak *pandang tajam diri sendiri kat cermin*

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA

      Betul tu Nad. Sedih oo nampak rambut gugur. Sudahlah rambut pon makin kurang, nak pulak gugur lagi. Hahaha

      Delete
  12. maybe hang patut beli ikat rambut

    ReplyDelete
    Replies
    1. >rasya

      Ada ikat rambut pun tapi tak pandai ikat sama jugak. Hehehe

      Delete
  13. uuuuu dah boleh buat man bun la lepas ni, simpan jambang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >ben

      Bab jambang, salahkan genetik. Dah tua bangka ni pun tak tumbuh lebat langsung. Hahahah

      Delete
  14. kalau rambut lurus atau ikal mayang sikit sikit okay rambut panjang..boleh siap flip kalau ada orang yang kasik hang sakit hati..and bro, belajarlaa ikat rambut, nanti nak ikat rambut anak senang..tutup sebelah mata boleh ikat..senang je, kumpul lumpul ikat. settle

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy_entah

      Hahaha. Ikat rambut kat rumah okey laa. Kat luar macam tak boleh sangat sbb 1) aku naik moto, pakai helmet, so ikat rambut sedikit mengganggu, dan 2) tak ke nanti orang pandang lain macam kalau lelaki ikat rambut?

      Delete
  15. rambut panjang tak sesuai untuk aku.. selain aku rimas, ayah aku paling kuat kritik.. kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Tapi rambut panjang macho bro. Hehehe

      Delete
  16. Aku rasa kalau rambut wavy ok la panjang... Baru mcm natural look, x skema sgt belah tepi..hoho.. Tapi kena selalu trim la. Kalau serabut baik rambut pendek je.

    Aku kalau rambut panjang rasa rimas, lagi2 dh kerja ni...memang pendek je la rambut aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Rambut aku sedikit wavy, ikal orang kita kata.
      Bab trim aku tak pandai. Bawak ke kedai rugi, so senang cerita potong pendek je nanti. Hahahaha

      Delete
  17. Rambut panjang bagus, sebab kalau kau pergi saloon ckp je nk style apa nak potong semua boleh inshaaAllah *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Oh not so Pro

      Hehehe. Kalau salon tu murah, tiap-tiap hari aku gi trim kat sana. Hehehehe

      Delete
  18. rambut panjang bagi lelaki hanya applicable dalam anime sahaja(bagi rambut panjang lebih dari bahu). nabi pun ada rambut panjang cecah bahu. so kalau rambut lelaki cecah bahu kira okay dah. jangan cecah pinggang sudah. hahahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Hehehe. Memang pernah niat nak try bela sampai cecah pinggang. Tapi bila dah sampai bahu pun dah boleh rasa rimas, apatah lagi kalau sampai pinggang. Hehehe

      Delete
  19. Pasal duduk dekat sini, memang dah terbiasa dah dan tak kisah orang nak rambut panjang ke rambut pendek. Kalau saya, saya memang suka lelaki rambut pendek sebab nampak kemas. Tapi, kalau tengok lelaki rambut panajng dekat sini pun okay je. Tapi, lepas tu mulalah monolog dalaman seperti, "Kenapa rambut kau lagi cantik daripada rambut aku?" or "How can you make a perfect bun?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Bila fikir balik, rasanya Malaysia je ada isu dgn rambut. Asal kena ikut sahsiah rupa diri, mesti kena rambut pendek.
      Kalau kat luar rasanya pendek panjang tak kisah asalkan kena pada tempat dan acaranya.

      Delete
  20. Bila sebut psl lelaki berambut panjang aku hanya akan bayangkan Sahak (Blues Utk Aku) by my feveret kartunis Aie


    ReplyDelete
    Replies
    1. >pu3aan

      Kau sebut Blues Untuk Aku, tetiba rasa macam nak baca balik cerita dia tu. Teringat dagu Sahak yang petak. Hahahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: