Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 30, 2016

Angin Kencang Membawa Kau...



Salam.

Sebelum meneruskan pembacaan,
adalah lebih baik aku maklumkan di sini bahawa
perkataan 'ekspektasi' tidak berdaftar di dalam Bahasa Malaysia.
Ia hanya perkataan pinjaman dari bahasa inggeris 'expectation',
digunakan oleh mereka-mereka yang kekonon fancy (termasuk aku).






Maaf,
aku masih tak boleh move on daripada bercerita tentang rambut.
Selagi ada rambut ni, selagi itulah aku akan bercerita tentang rambut.

Minggu lepas aku bercuti ke Pantai Timur.
Pantai di pantai timur berangin kuat tak macam pantai barat.
Dengan rambut macam ni (tunjuk kepala sendiri) maka sangat susah untuk stay macho di tepi pantai.
Habis menggerbang rambut jadi macam rambut bini kepada pemimpin sebuah negara tu.
Alaaa, negara yang berima dengan Balaysia tu.
Yang nama bini pemimpin dia sama akronim dengan nama Redza Minhat tu.

Kekonon aku berdiri di tembok batu mengadap angin nak bagi efek rambut melayang-layang macam yang selalu tunjuk dalam anime, tapi end up habis rambut aku jadi kembang dan melekat daun kering dan pepasir pantai.

Realiti memang tak seindah jangkaan.

Sungguh tak sangka berambut panjang ni banyak kerenah rupanya.

Oh ya,
aku baru tahu orang yang berambut panjang tak selalu basuh rambut.
Aku sentiasa basahkan rambut aku semasa mandi,
tapi rambut panjang ni jadi leceh sebab rambut panjang lambat nak kering,
habis baju aku akan kelihatan basah di kawasan bahu disebabkan rambut yang lambat kering.

So,
sebagai penutup kepada entri blog bosan yang semedang bercerita tentang rambut ni,
aku ada satu soalan:

Berapa kali sebenarnya elok dan masuk akal untuk kita skip basahkan rambut semasa mandi bagi yang berambut panjang?





.




43 comments:

  1. Kepala kena basuh tiap2 hari. Syampu hari2.. kecuali kalau botak. botak ko sabun je xyah syampu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mon

      Serius ke Mon syampu tiap-tiap hari?
      Cepat habis laa syampu camtu. Selalu sebotol syampu aku tahan 6 bulan ooo...

      Delete
  2. Pergh, kene mata tuh.

    Rmbt aku xsempat panjang sbb rambut lebat. Aku mesti gunting sebulan sekali.

    Bab kena mata tu rare jugak sebab pakai spek.

    Xskip basuh rambut dan syampu sbb tkt kelumumur sbb kulit kepala aku berminyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe

      Tu laaa, risau gak kalau-kalau kelemumur ke, rambut busuk ke kalau tak basuh selalu. Hahahaha

      Delete
  3. lagu noh salleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Lagu Noh Salleh ke, atau Noh Salleh baca entri ni untuk inspirasi lagu?

      **angkat kening dua belah**

      Delete
  4. basahkan rambut+syampu+perapi dua hari sekali. kalau hari2 basahkan atau syampu, rambut/scalp jd kering. depends kpd jenis scalp/rambut seseorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Z

      Wow awak...Banyaknya nak kena buat. Buatkan boleh??
      Aww yiss!

      Delete
  5. Errr bro, aku syampoo+perapi+dan treatment hari hari ok..dan tips utk nak lebatkan rambut, jangan guna sikat, nanti makin gugur...guna jari je lepas mandi, ok tips ini dibawakan khas kepada anda oleh mashitahh sekian hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy_entah

      Aku ada dengar jugak tips takyah guna sikat tu, tapi nanti rambut aku menggerbang macam pintu gerbang oooo...hahahaha

      Delete
  6. Aku selang sehari la basuh rambut. Tapi sekarang ni tiap2 mandi malam basuh rambut. Pagi esok tayah basuh dah. Sebab utama dah basuh rambut hari2 ni sebab CUACA PANAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Musim panas Kon. Rasa nak je rendam kepala dalam sebaldi ais. Hahahaha. Terasa terbakar oo kulit.

      Delete
  7. aku selang sehari. sekarang hari2 sebab panas. sehari 3x hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA

      Selang sehari (kalau hari normal)...ooooh.
      Tapi hari panas terus 3x sehari. Wow! Hahaha

      Delete
  8. kalau nak kekal panjang, pegi trim lepas tu minta dia layer sikit tau. mungkin rambut ko tebal. hehe. kalau rajin pegi la rebonding untuk lembutkan rambut sekali sekala.
    aku tak berapa suka bau rambut tak fresh. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geli dgn lelaki berambut rebonding, hahaha

      Delete
    2. ada 2-3 member lelaki rebonding, aku pulak rasa insecure HAHAH

      Delete
    3. >kudozu

      Aku ada dengar yang kalau potong layer nanti rambut panjang tak nampak menggerbang macam Kak Ros, betul ke??

      Delete
  9. Untungla bole simpan rambut panjang..aku???..bini xbagi daa..uhuk..uhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. >aku_ein

      Aku pon kalau dah beristeri nanti takdenye nak berambut panjang dah. Zaman bujang je rambut panjang ni melainkan kita kerja sbg rockers Malaya. Hahahaha

      Delete
  10. uhhhhh..

    basuh bila:-
    1. rasa rambut da 'berat' hahaha
    2. mak dah tegur busuk hahaha euww sangat
    3. serabut dengan masalah dunia. ni siyes, bila da cuci rasa kepala hilang masalah heho!

    natijah:-
    1. jimat shampoo, makanya jimat duit hahaha

    kebaikan cuci rambut selalu/kerap--> otot lengan akan bertambah sado sebab nak kena keringkan rambut (xkisah kalau kau guna tuala+kipas atau hair dryer, kesannya memang akan memberangsangkan)

    -cik belon

    ReplyDelete
    Replies
    1. >cik belon

      'mak dah tegur busuk' hahahahaha. Aku gelak besar kat situ.
      Aku paling malas nak keringkan rambut pakai tuala ke hape ke....and orang kata kalau pakai hair dryer rambut cepat rosak, betul ke?

      Delete
  11. Cantik rambut kau bro, ikat dengan pengikat rambut tau, jangan guna getah yang biasa tu, nanti lagi senang rambut luruh. Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Aku belajar benda tu the hard way. Sakit rambut kena tarik. hahahaha

      Delete
  12. hahaha... aku paling malas nak basuh rambut. tapi rambut tetap cun xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kei Konves

      Wahahaha. Statement dia. Aku suka. Hahaha

      Delete
  13. wah, ko punya rambut dah panjang ke? aaaaaaaa... hensemnya kalau ko ikat separuh kat atas weh.

    btw, menjawab soalan ko..rambut kalau panjang, ada beberapa pilihan:
    1) biasanya akan basuh dan syampu selang sehari je.
    2) basahkan setiap malam sahaja. syampu selang sehari.
    3) setiap kali mandi basahkan rambut, tapi kena rajin blow untuk keringkan rambut atau ko kena lap rambut dan buat macam bungkus rambut tu supaya tak basah dekat bahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >~* chirpy_chummy *~

      Hensem mmg hensem Mar, tapi aku try tak pernah nak menjadi, asyik terkeluar je. Hahahaha

      Thanks Mar. Info kau ni banyak membantu. Banyak options rupanya. Hehehe

      Delete
    2. kalau asyik terkeluar maknanya rambut belah atas tu tak cukup panjang lagi. pakai cekak je pun dah nampak smart kalau tak boleh nak ikat. macam Zoul. rambut dia lebih kurang macam rambut ko, kalau panjang, dia memang pakai cekak. nampak kemas di situ.

      Delete
    3. >~* chirpy_chummy *~

      Oh, bukan terkeluar2 yg macam tu. Rambut tu just tak rata sbb aku tak pandai nak ratakan kasi cantik. Kurang praktis kot. Huhuhu.
      Oh, cekak aku ada dah. Penyelamat di kala malas nak sikat rambut. Hehehe

      Delete
    4. ooo..takpe, prektis, prektis. dah cantik baru boleh ada anak perempuan. *tiba*

      Delete
    5. >~* chirpy_chummy *~

      InsyaAllah Mar. InsyaAllah.
      *Dah fikir anak padahal calon ibunya pun tak ada lagi* Huhuhu

      Delete
  14. Selalunya orang cuci rambut dua hari sekali or tiga har sekali. It depends on your kulit kepala la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Ooo..gitu.
      Kira tiap orang macam berbeza laa kan? Ikut kesesuaian kulit dan cuaca, kan?

      Delete
  15. 1) jgn shampu hari2..nnti rambut cpt gugur..selang 1 hari atau selang 2 hari pun ok...depends pd keadaan & bau rambut ko..
    2) keringkan guna towel kering..jgn tenyeh beria kepala tu..just lurut ke bawah je & perah2 dlm towel tu..smpai xde air menitik..
    3) biarkn kering sendiri..pastu sikat guna sikat yg jarang2..jgn guna brush atau sikat yg gigi rapat..
    4) rajinkn diri gune conditioner jugak supaya lembut rambut..xdigalakkan guna shampu 2 in 1 dgn conditioner..

    p/s: dh mcm keje saloon plak aku..aku buat gini le kat aku & anak aku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >pu3ann

      Thanks Put.
      Byak info aku dapat. Rupanya banyak kerja ek nak bela rambut panjang. Kalau ikut hati aku, tonyok je tuala kuat-kuat sampai kering. Hahahahaha

      Delete
    2. orang laki mmg malas bab2 penjagaan diri ni..janji dia rase selesa ngan diri sendiri..pehtu muke konfiden je ckp diri sendiri kemas..padahal kite tgk sakit mata..hahaha..
      (dari experience tgk 2 org adik lelaki aku)

      Delete
    3. >pu3aan

      Hahaha. Konfiden tu yg paling penting rasanya. Bila diri konfiden, baju selekeh pun dikatanya trend terkini. Hehehe

      Delete
  16. Kau boleh ek x basahkan rambut sehari. Aku kalau mandi x basahkan rambut x puas la... Tapi, aku basahkan je la.. X pakai syampu..teruk betul kan..huhu.. Dulu aku pakai syampu nk hilangkan kelemumur, tp hasilnya rambut aku makin kering, kelemumur tetap ada gak...

    So, aku jd malas pakai syampu. Biar rambut x kering sgt. Tak reti aku nk jaga rambut cemana... Ada tips berkesan hilangkan kelemumur? Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko cuba syampu brand apa yang tak jadi tu? kalau betul tak jadi, aku syak ko ada masalah lain. serius weh. serius.

      Delete
    2. >Bro Ley

      Ye arr bro. Kau pakai syampu apa yg tak berkesan tu?
      Maybe tak sesuai dgn kulit kepala kot?
      Kelemumur ni kalau takleh handle dgn syampu, selalunya berkaitan dgn pemakanan.
      Terlalu byk makanan berminyak, or maybe ada kurang apa-apa zat macam zat besi.

      Delete
  17. fuu, machonya rambut kena tiup angin kalau kena angle nya..kalau tak kena, boleh jd mcm hantu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nazha

      Hahahah. Kalu duduk tepi pantai, memang kena ngadap laut je laa sbb bila pusing sikit habis rambut terselak ke tempat lain. Hahahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: