Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 24, 2016

Sekali Sentap!



Salam.

Siapa antara kalian yang tahu nama fenomena isi terkopek dari tepi kulit kuku jari tu?
Alaa, yang bila kita tarik dia jadi makin panjang dan berdarah tu?
Yang bila dah berdarah, kena air, pedihnya bukan kepalang tu?






Maaf kalau gambar di atas membuatkan selera makan kalian lari.
Siapa suruh makan sambil baca blog aku. Hahaha.
Sesetengah orang, empati dia sangat tinggi sampai jadi seriau satu badan walau hanya melihat gambar.

Dalam bahasa Inggeris, fenomena itu dipanggil hangnail.
Tapi sampai ke sudah aku tak tahu nama dia dalam bahasa Melayu.
Arwah Cikgu Wan Sazali mesti sangat kecewa dengan aku. Al-Fatihah buat beliau.
**sapu air mata**

First of all,
obviously gambar terakhir dalam komik 4 panel di atas itu bukan jari aku.
Sekali pandang sudah tahu itu jari perempuan.
Dan jari aku tak seputih seperti di dalam gambar.
Aku perlu mula makan produk kecantikan yang mengandungi merkuri, mungkin?

Kedua,
luka dalam gambar diambil dari instagram medschoolposts,
maka kredit sepenuhnya kepada mereka.

Ketiga,
juga obviously luka tersebut bukan dari hangnail yang ditarik kuat.
Lukanya terlalu dalam dan panjang, mungkin datang daripada bahan lain seperti paku atau gerigi tepi makanan dalam tin yang dibuka kasar.
Untuk itu, sila hati-hati apabila berurusan dengan bahan yang tajam.

Keempat,
sebagai sebahagian daripada plan 'beyond the limitation' aku,
aku sedang cuba nak dalami ilmu buat komik hitam putih.
Sebab dari dulu asyik berwarna sahaja,
rupanya buat komik hitam putih (dan kelabu) lagi susah.
Sebelum ni aku buat komik hitam putih dengan grayscale-kan komik berwarna,
so macam tak kira hitam putih sangat laa.Kan?

Tapi buat komik hitam putih memudahkan sebab sebelum ini, mewarna adalah part paling memakan masa. Next time kalau aku dapat tingkatkan momentum, mungkin dapat hasilkan komik dengan lebih pantas daripada sebelum ini.

Jadi apa pendapat kalian tentang percubaan komik hitam putih aku?
Ibu jari ke atas atau jari tengah ke atas ibu jari ke bawah?

Dan siapa tahu panggilan 'hangnail' dalam bahasa Melayu?
Semalaman aku mencari tapi tak dapat jawapannya.




.




51 comments:

  1. Adakah ini penyesalan? Ya ini adalah penyesalan.. Kenapa aku terpandang jari tu?
    Sungguh
    Aku
    Menyesal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mona

      Bertabahlah Mon. Hari ini mungkin bukan hari kau. Hehehe

      Delete
  2. urghhh!!!..
    aku paling xsuke tgk luka yg sikit2 nih..seriau..
    tapi kalo luka beso..patah riuk ke otak bersepai ke aku xkesah plak..

    hmm...makhluk asingkah aku???

    yg pentingnye aku rase "urghhhhh sakitnyeeee!!"..walaupun bukan jari sendiri..dan aku skrol baca post ko smpai gmbr tu tertutup..hahahah!!

    >pu3aan<

    ReplyDelete
    Replies
    1. >pu3aan

      Hahaha. Sungguh makhluk asingnya kau ni.
      Aku dari yg sekecik hangnail sampaikan ke sebesar gambar ngeri kemalangan, semua buat aku seriau. Tapi kalau aku tahu itu fiksyen (macam dalam movie or drama or komik), itu aku suka. Hehehe

      Delete
  3. Oiii, kejamnyaaa.. kah kah kah...

    Baiklah, dalam Bahasa Melayu hangnail dipanggil ...............................

    1% ▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
    loading...

    Ya, proses mewarna adalah proses paling lambat. Aku harap pembaca Origami Biru faham kenapa aku tak boleh siapkan setiap episod dengan cepat.

    Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Hahaha. Cis sungguh kau ni. Lama aku tunggu benda alah tu loading...hahaha

      Origami Biru kau tu kena berwarna, Jin. Kalau tak berwarna macam mana aku nak menikmati keindahan kekasih imaginary aku si Syahnaz tu. Hahaha

      Delete
  4. Oiii, kejamnyaaa.. kah kah kah...

    Baiklah, dalam Bahasa Melayu hangnail dipanggil ...............................

    1% ▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
    loading...

    Ya, proses mewarna adalah proses paling lambat. Aku harap pembaca Origami Biru faham kenapa aku tak boleh siapkan setiap episod dengan cepat.

    Huhuhu

    ReplyDelete
  5. lehenet. kakaka terkejut den tengok gambaor tu.nasib bukan tengah makan.dah2 nak gi sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      *gambar
      Tu arr. Terkejut sampai typo. Hahaha.
      Gi sekolah, sila ajar anak murid kau supaya jangan tarik mana-mana hangnail yang ada. Kalau perlu, tunjuk gambar tu sekali. Hahahahaha

      Delete
  6. Ni mau 3 bulan makan nasi tak bersambal. Pedihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. >benny

      Kalau ada spouse, boleh manja2 minta suapkan makan 3 bulan.
      Aww yisss!

      Delete
  7. Hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang lekir, hang lekiu kot nama melayu dia. Heheh.
    Black and white la best bro. Senang hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      Hahaha. Cis sungguh. Beriya aku baca ang punya hang sampai habis. Hang Li Po nama cina dia kot? Hehe
      Black & white memang senang, tapi kena banyak praktis lagi. Hehhe

      Delete
  8. Kalau nak tahu aku actually tak kisah tgk gmbr begitu. Geli ada, teruja pun ada. Mcm psiko pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Hafiy Halim

      hahaha. Aku faham perasaan tu.
      Dia sama macam makan sambal. Pedas. Tapi terasa macam best dan excited.
      Adakah kita sama-sama psiko? #TeamPsiko

      Delete
    2. Aku tgk psiko kt TV sekarang hensem dan tampan sahaja. Mcm Hanibbal, bergaya. Dexter juga macho dan mysterious.

      Maka kau dan aku juge maksudnya kita hensem, kacak, bergaya dan mysterious.

      Delete
    3. >Hafiy Halim

      Aku selalunya jarang bersetuju dengan kenyataan orang, tapi kali ni aku setuju 100%. Hidup #TeamPsiko

      Delete
  9. Kalau nak tahu aku actually tak kisah tgk gmbr begitu. Geli ada, teruja pun ada. Mcm psiko pun ada

    ReplyDelete
  10. makan dengan sudu je lepas dah tarik tu, sakit oiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >alya chan

      Hahaha. Makan takpe lagi rasanya.
      Nak basuh berak macam mana nanti? Hahahahaha

      Delete
  11. Terasa nak potong jari sendiri terus untuk menghilangkan rasa ngilu ni... *tremble.*

    Komik itam putih eh...rasa macam dok zaman 60-an..kekeke..XP Lagi susah sebab tak biasa tapi aku rasa aku setuju.. Itam putih lagi susah sebab kena pandai main ngan tone kalau tak, akan nampak dull abeh..

    Aku pun tak tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee-kun

      Jangan potong weyh. Jari tak tumbuh balik. Deadpool je boleh tumbuh balik. Hahahaha

      Mungkin susah hitam putih sebab tak biasa lagi kot. Aku cuma takut bila aku dah biasa nanti, komik berwarna pulak jadi susah. Hahahahaha

      Delete
  12. what a coincidence. baru semalam sentap satu cuticle degil. sakitnya masih berbisa.

    anyway kita tak digalakkan untuk potong cuticle guna ketip kuku sebab nanti cuticle akan jadi makin keras.
    cara terbaik mengikut pakar manicure/pedicure adalah dgn menggunakan orange stick (bukan makanan tapi sejenis kayu) untuk 'menolak' cuticles ke dalam atau gunakan cuticle-remover but i think itu hanya alasan-alasan kapitalis untuk kaut untung.
    just dip fingers dalam bekas berisi olive oil for 5 min will do the tricks.

    kenapa cuticle punya kerja nail yg dapat nama, hm.
    lebih berselera mkn nasik lemak sambal bilis lepas tengok jari tu.nyum. oh btw, rambut tu nampak mcm beruban sekali pandang. no offence.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Hey, this post is actually dedicated to you. Saya stalk awak semalam dekat tingkap masa cabut hangnail tu. Hahaha

      Ketip hangnail tu cara paling mudah, tapi kena pandai mana nak ketip sebab kalau tak betul, tu yang akan jadi parah tu.

      Memang part rambut tu yg paling merisaukan. Nak dihitamkan semuanya, tak nampak pulak gulungan nanti. Nak jadikan kelabu, tak nama hitam putih dah. Hahaha

      Delete
  13. langsung aku tak sangka sentap kau ni membawa maksud sentap yang ini. aku ingatkan sentap takde orang ajak makan ke apa hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy_entah

      Sentap yang kau maksudkan tu lebih kepada pop culture punya slang, whereas sentap yang aku maksudkan ialah 'cabut pada kelajuan tinggi'.
      Tu laa, ni mesti sebab kau banyak campur dengan orang sarkastik ni. Hahahaha

      Delete
  14. Dan aku pedih melihat menatang. Cis sungguh ko ni cero. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Jeril

      Maafkan hamba. Maafkan hamba.
      Hehehe.

      Delete
  15. "kuku tergantung" maybe. haha. tgok jari tu sekali imbas je. x sanggup nk tgok

    ReplyDelete
    Replies
    1. >najwa zahid

      Hahaha. Direct translate. Tapi dengar macam boleh diterima jugak rasanya. Hehehe. Kalau tengok pun tak sanggup, kena sendiri apatah lagi. Hehehe

      Delete
  16. serius lahhh, HAHHAHAHA
    BV memang tengah makan nasik masa baca T^T
    tengok gambar je dah ngilu macam apa XD

    *sambung makan balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Hahaha. Nasib laa BV.
      Tapi dapat sambung makan balik tu kiranya tak ada masalah laa kan? Hehehe

      Delete
  17. mula aku fikir macam, apa orang panggil...cagu?
    tapi tu biasa kat kakilah kot....hangnail pun aku tak biasa dengar..huhhuhu noobnya rasa.....
    sentap aih! hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Cagu dia punya after intection. and yes, biasanya dekat kaki. Rasanya hangnail ni tak ada nama melayu arr. Rasa-rasa apa nama melayu boleh bagi dekat dia?

      Delete
  18. Biasa aku pakai ketip kuku je la kalau kena mende ni. Takpun biar je kulit luar tu as protection utk luka, x payah ketip. Tunggu luka kering. Tapi, biasanya Akan ketip jugak sbb geram...haha..

    Kalau komik hitam putih, kau update entri berkomik 3kali seminggu, aku bg dua ibu jari kaki keatas utk kau....Kalau x, ikut suka kau la...lukisan kau dh okey, warna apa pun org Baca...

    Btw, aku suka komik kau yg berwarna lagi berbanding hitam putih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Aku pun biasanya ketip. Kalau power sikit, aku guna pisau kertas, potong betul2 kat pangkal. Tapi kekadang terlebih pandai, tarik sentap jugak. Hahaha

      Kalau aku punya prefer, aku suka kaler lagi. Tapi limitasi mesin membuatkan masa nak siapkan satu komik jadi panjang, so B&W jalan paling mudah nak potong masa. Hehehe

      Delete
  19. Peh tersilap tarik ni sakit bukan kepalang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Hami Asraff

      Hahaha. Silap tarik maka makan guna sudulah 3 bulan. Hehe

      Delete
  20. DULU selalu tarik,,skrg amik nail clipper potong kulit tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >amira faqihah

      Kekadang nail clipper suka main sorok2, so taknak buang masa mencari, kita tarik je. Hahahahahah

      Delete
  21. Ngeri habis bila tengok gambar terkahir tu.

    Maaf tak tahu hangnail dalam BM apa. Sebenarnya baru tahu benda tu dipanggil hangnail. Lame sangat diri ni -___-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Gah gah gah!
      Tengok dah ngeri, kalau yang merasa apatah lagi.
      Hahahah

      Delete
  22. terasa kulit jari aku lak yg tercabut sama.. perghh! pedih giler..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Haryz Khairuddin

      Kan. Tengok pun dapat rasa pedih dia.
      Kalau terkena, naya namanya.

      Delete
  23. siyottt kau C... pedih gila tengok, arghhh demmm ( "-____-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Hehehe. Nasib aku mintak maaf awal-awal. Hehehe
      Takpe, esok lusa dah tak ingat dah. Okey laa tu. Hehe

      Delete
  24. okay je komik hitam putih. Cuma saya sendiri lagi suka yang berwarna sebab watak cero dah biasa dilihat dengan baju kuning. Sekadar pendapat peribadi. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna Shark

      Sebenarnya, aku pon suka komik yg berwarna drpd hitam putih, tapi nak warna kena gigih lebih sedangkan my machine macam sangat menduga kesabaran dan keimanan.
      Hehehee

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: