Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 20, 2016

Doodle #3 - Skin.

Salam.

Sepanjang minggu ini,
aku akan berkongsi doodle yang aku lukis setiap hari.
Ini doodle untuk hari ini.




Ada yang kata melukis doodle sebenarnya dilakukan oleh minda separa sedar kita.
Kita sepatutnya tumpu perhatian kepada sesuatu yang lain sebaliknya tangan kita buat kerja lain (iaitu melukis).

Sebab itu sebenarnya sangat susah nak ulang balik apa yang kita doodle (contohnya waktu belajar subjek sejarah) bila perlu diulang pada waktu yang lain. Boleh diulang, tapi hasilnya takkan pernah sama.

Pernah satu masa dulu aku doodle lukisan otak yang sangat perfect semasa dalam kelas neuro, tapi bila perlu lukis balik lukisan otak yang sama untuk nota neuro, jadi lain. Langsung tak sama.

Atau mungkin aku langsung tak berbakat nak lukis otak, kot.

Sekian.




.




19 comments:

  1. Betul. Bila sedaya upaya bagi sepenuh tumpuan dalam mendoodle, end up takkan jadi hasil mcm bila doodle sambil lewa.

    I guess i need to stop trying hard.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Yes. Certain perkara macam doodling dan beberapa perkara lain adalah lebih elok kalau kita relax dan tak terlalu trying hard, tapi sesetengah perkara yg lain kena bagi 100% baru berkesan. Hehehehe

      Delete
  2. yup kadang2 kita ikot flow ja untuk certain2 lukisan.
    memeng xkan sama jika dilukis lagi sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      Kaaann?
      Frustrated sangat bila cuba nak replicate tapi end up jadi tak sebagus yang asli. Hahahaha

      Delete
  3. Hello!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  4. Aku dulu suka doodle pokok dengan cabang n ranting yang agak intricate waktu kelas sejarah. Lepas tu ada member kelas cabar aku lukis satu watak perempuan naked. Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Aku pun sebenar ada perasaan doodle2 aku berubah ikut subjek masa sekolah dulu. Sejarah lain, sains lain, BI lain, tapi tak dapat aku nak kaitkan apa yang lain. Hahaha

      Tapi tak sampai kena lukis naked girl laa. Tak suka. Hahaha

      Delete
  5. Bila ingt2 balek aku selalu doodle benda emo2 time sekolah. Tangan yg dirantai. Hati yg dirantai. Kaki yg dirantai.

    Ahaha.. dan minat lagu rock2. Evanescence. Avril. Pergh.. okay. takde kaitan langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kiwi Kie

      Aku pun rasanya...masa aku dulu famous Limp Bizkit & Linkin Park, so kebanyakan doodle aku macam deep dark dan hippy sket. Hahahaha.

      Peeerggh, Evanescence. Mana ntah pegi deme tu...hahaha

      Delete
  6. Nampak angker pulak lukisan kau ni. Dah la hitam putih.

    Btw, aku selalu lukis bende sama je kalau aku xleh focus masa belajar. Lukis muka org je..kalau lukis benda lain nanti x jadi, boleh frust aku. Lgpun time lukis tu pun aku xleh fokus kt lukisan, tu yg lukis yg senang2 je. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Sebab aku guna satu pen hitam je, malas nak masuk color lain. Hehehe.

      Alaa, sebenarnya boleh je kalau kau cuba selalu. Tapi lukis muka orang pun takpe. Aku kalau lukis muka orang nampak sama je semua. Hehehehehe

      Delete
  7. bero, nape header jadik orang minyak?adakah ini bermaksud.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nazha

      Maksudnya aku sudah menjadi orang minyak dan memburu para gadis sunti di luar sana. #eh
      Hahahaha

      Delete
  8. aku kalau lukis otak nampak macam lolipop. macam mana tu? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA

      Hahaha...mungkin sebab kau banyak ingat makanan ni.
      hehe gurau :)

      Delete
  9. Patutlah orang lidi yang saya lukis pun selalu berubah-ubah. hmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      hahahaha. Orang lidi pun susah nak maintain konsistensi tau. Hehehe

      Delete
  10. aku reti mendoodle yg gambar beruang & lukis muka org yg siap kena nyanyi masa lukis tu.. alahhh yg lagu cenggini lebih kurang:

    "bulat kecil, bulat kecil.. bulatlah besar.." pstu smpai habes lagu tu akan jd sekor teddy bear.

    pastu 1 lagi yg :

    "hujan rintik-rintik.. air bergelombang.." pastu ending dia nti jd muka org =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. >anamizu

      Hahahaha. Nostalgik tu.
      Dulu masa kecik selalu praktis dekat kertas kosong sambil nyanyi. Hehehehe
      Tapi lagu teddy bear tu, part lukis badan aku dah lupa dah camaner. Hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: