Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 21, 2016

Doodle #4 - Remedy.

Salam.

Sepanjang minggu ini,
aku akan berkongsi doodle yang aku lukis setiap hari.
Ini doodle untuk hari ini.




Melukis doodle juga (pada aku) bersifat terapeutik.

Bila kita ada satu perasaan dan emosi yang membuak-buak dan tak boleh nak diluahkan, sediakan satu kertas dan keluarkan sebatang pensel. Lukislah doodle. Lukislah apa sahaja yang terlintas di fikiran. Pada waktu itu tiada siapa nak menilai lukisan itu, jadi lukisan tak perlu cantik. Orang tiada bakat melukis pun mampu lukis doodle.

Percayalah.
Lepas penuh kertas tersebut dengan lukisan kita,
perasaan yang membuak-buak tadi akan reda.
Ia tidak akan menyelesaikan apa jua masalah kita
tapi paling kurang ia lagi berkesan daripada menjerit-jerit melolong-lolong.
Malah lebih berkesan daripada kita meroyan di dalam media sosial, kan?


Sekian.




.




20 comments:

  1. jeles degan orang orang berseni ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aisyah Sukor

      Seni tu semua orang boleh buat, tak kira bakat atau tak.
      Cubalah buat satu dulu, mana tahu lagi hebat dan mampu mengagumkan orang lain :)

      Delete
  2. hehe..betul.tak pandai melukis,tapi bila boring suka doodle ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Best, kan? Kadang2 tak sangka apa yang didoodlekan itu jadi cantik dan menarik. Hehehe

      Delete
  3. Aku jenis tak sabo. Tokleh dodol dodol ni.. koh koh koh ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Faham sangat Ojin. Aku pun bukannya jenis yang suka buat benda renyah-renyah ni, tapi sekali sekala dapat jugak lepas tensi di diri. Hihihi

      Delete
  4. Aku jenis tak sabo. Tokleh dodol dodol ni.. koh koh koh ~

    ReplyDelete
  5. MD kalau lukis freestyle memang hancuss.. Tetapi penuh ja notes2 kuliyyah dulu dengan doodle2 merapu.. Hahaha.. MD singgah sini.. Ingatkan nak follow tapi dah follow sebelum ni.. Salam kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >MD

      Thanks MD.
      Rasanya aku pun dah follow dah dulu tapi nanti check balik laa dah follow ke tidak.
      Thanks :)

      Delete
  6. Untuk orang yang mampu men-doodle ni memang baguslah. Untuk orang tangan kayu macam saya ni, tak dan lah nak men-doodle bagai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Hahaha. Itu keindahan doodling, Farah.
      Tangan kayu ke, tak ada bakat ke pun boleh doddle jugak sebenarnya, sebab kita doodle untuk diri, bukan untuk penilaian orang lain. Hehehe

      Delete
  7. lain orang lain cara terapinya. tapi bagus jugak.. etlis boleh terus baca post dlm blog ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Haryz Khairuddin

      Hehehe. Terima kasih sebab datang dan baca juga.
      Blog kau bila nak ber-update?
      hehehe

      Delete
  8. aku pun jenis tak suka nk melalak kat social media.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >anamizu

      Kaaan?
      Kekadang orang sampai ke tahap bukak cerita kelambu dlm media sosial. Agaknya apa yang dia dapat? Hehe

      Delete
  9. Sebab aku takde bakat melulis langsung, menulis melegakan aku. I have one private blog utk tujuan meluahkan perasaan. Coz even i tell people they wont understand.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA

      melulis = melukis+menulis. Wahahahaha
      Okey, joke aside, aku pun suka menulis jugak.
      Tapi lebih kepada menulis guna pen/pensil dan atas kertas laa. Hehe

      Delete
  10. Aku tahu kau geram, x puas hati..tapi please la jangan tgk lama2 bulan tu. Kalau dah menjelma jd gorilla susah nanti. Keep calm bro. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      hahaha. Kau ingat aku ni Orang Saiya ke?
      Nasib baik takde ekor, akalu ada ekor dah jadi gorilla dah. Hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: