Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 30, 2015

Semua Ada!



Salam.

Antara sebab aku suka makan di kedai mamak ialah:
1) servis yang pantas, dan
2) pelbagai pilihan makanan.

Namun bak kata orang,
hidup tak selalunya indah,
langit tak selalu cerah,
suram malam tak berbintang
itulah lukisan alam.








Ini memang hal sebenar yang berlaku kepada aku.
Sebenarnya jauh di sudut hati aku rasa mamak yang ambil order ni
tak faham bahasa melayu rasanya.
Dia tak tahu maksud 'semua ada' tu kot.

Bila ditanya apa ada, dijawabnya semua ada.
Bila minta apa yang nak, dijawabnya tak ada.

Tapi bab terbalikkan meja tu,
aku buat mentally je laa.
Gilo ko nak terbalikkan meja mamak sebab tak dapat apa yang diorder,
tak pasal-pasal nanti muka aku masuk muka depan paper Metro;


"Akibat tiada apa yang dipinta, meja diterbalikkan.
AMARAH BUAT MAMAK"



Sebut tentang mentally,
secara mental, aku selalu kasi penumbuk dekat muka orang yang naikkan marah aku.
You know,
macam orang yang masuk gerabak komuter sebelum penumpang lain turun,
orang yang berjalan di pasaraya macam berjalan di taman bunga,
orang yang potong barisan masa beli tiket wayang,

Kalaulah aku sentiasa menuruti segala kemahuan mental aku,
rasanya beratus orang dah pernah merasa penumbuk aku ni.

Kalian pula?
apa menu kegemaran kalian bila makan di kedai mamak?
**tetiba**





.




Sep 23, 2015

Blog, Basikal & Escapism.



Salam.

Sebelum terlupa,
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.





Dalam browser chrome aku ada satu senarai bookmark blog yang aku selalu jengah dari tahun 2009.
Blog ni kebanyakannya aku bookmark sebab isinya yang mantap,
ada juga yang menambat hati aku dengan gaya bahasa yang bersahaja,
tapi ada juga yang aku bookmark sebab tuan blog dia cun
supaya senang aku nak cuci mata di kemudian hari. Wahaha.
Typical 2009 cEro.
Tapi 2015 punya cEro dah baik dah. Tak cuci mata dah. Hahahabohonghahaha

Nak dijadikan kisah,
baru-baru ni aku cuba nak bersihkan senarai blog yang makin bertambah tu.
Almaklumlah,
benda dari 2009, mahunya dah berjela-jela dah senarainya.

Cara nak bersihkan ialah dengan berkunjung kembali ke blog berkenaan
dan nilai sama ada blog tu masih best atau tidak.
Kalau still best, stay. Kalau tak best, buang.
(yang mana tuan blog cun tu, kalau dah kahwin aku terus buang je sebab guna isteri orang untuk cuci mata is a BIG NO-NO dan sudah langgar prinsip aku, which is VERY VERY VERY VERY VERY VERY NOT GOOD!)

Apa yang aku dapati, mostly yang dulunya famous dan aktif,
sekarang ni sama ada sudah tak aktif dengan last entri tahun 2012/2013,
ataupun sudah bertukar konsep blog jadi blog perniagaan, jual produk.

Ada antara mereka yang fikir blog ni sekadar trend.
Bila trend ramai buat blog,
semua berpusu-pusu nak buat blog.
Namun, bila sekarang trend lebih kepada media sosial,
jadi ramai blog yang dulu aktif kini ditinggal tandus kesepian.

Ya.
Tak ada salahnya bila sudah tidak aktif blog ataupun jadi blog jual produk.
Blog is merely a tool.

Seperti basikal,
ada yang gunakan basikal sebagai medium pengangkutan,
bergerak dari titik A ke titik B.
Jika pada suatu hari mereka berjumpa medium pengangkutan yang lain
yang lebih mudah, jitu dan berkesan,
tidak salah rasanya kalau mereka meninggalkan basikal mereka.

Contohnya Hanis Zalikha,
blognya dulu (pada aku) adalah medium untuk dia mengumpul fanbase.
Jadi bila sekarang dia sudah dikenali ramai
dan media sosial lebih membantunya mengendali peminat berbanding blog,
maka tak salah pun kalau dia tak update blog dia sekerap dulu.

Berbalik kepada basikal,
pada sesetengah orang pula, basikal bukan sekadar sebuah mod pengangkutan.
Ada yang tunggang basikal untuk kesihatan kardio.
Ada yang tunggang basikal untuk menikmati pemandangan jalan sekeliling.
Atau mungkin ada yang tunggang basikal sekadar suka-suka.

Untuk aku pula,
basikal blog aku merupakan satu escapism.
Tempat aku nilai diri sendiri.
Tempat aku berpijak pada realiti.
Tak ramai yang tahu apa aku buat untuk hidup.
Dan blog inilah salah satu jalan aku hadapi segala stress dan tekanan aku.

Buat masa sekarang,
blog masih lagi bermanfaat kepada aku.
Jadi tidak kiralah ketinggalan zaman atau tak,
aku tetap akan masih berblog...
...selagi ianya masih bermanfaat kepada aku.


Kalian?
Apa sebab sebenarnya kalian tulis blog?
To express or to impress?






.




Sep 16, 2015

Debu Jerebu Rabu.


Salam.

Jerebu di langit nampak asapnya.
Jerebu di hati siapa yang peduli...
**ewah**

Disebabkan ini post yang sudah dijadualkan lebih awal,
aku tak pasti bagaimana keadaan jerebu ketika post ini diterbitkan.
Tapi pada masa aku tulis entri ini,
jerebu di tempat aku sangat teruk sampai tahap asap jerebu masuk dalam rumah.

Aku nasihatkan kurangkan aktiviti luar
dan banyakkan minum air kosong.

Anda mampu mengubahnya.
**tetiba**







Biar aku tekankan di sini,
aku tiada masalah dengan penghisap vape macam mana aku tak ada masalah dengan penghisap rokok.
Malah ramai antara kawan-kawan aku juga hisap vape.
Tapi aku ADA masalah dengan mereka ni yang tak reti nak tengok keadaan sekeliling.

Maksud aku,
kalau lepak kedai mamak nak hisap vape berkepul-kepul
pergilah dekat meja luar sana tu, open air.
Ni kau pergi lepak indoor, dalam kedai,
lepas tu huhahuha berkepul asap serupa naga bawah kipas.
Maka mee goreng mamak aku pun habis berperisa strawberi.

Sendiri mahu ingatlah.
Perlu ke aku tunjuk atuk tua yang makan nasi selang dua meja kau tu?
Atau budak kecil minum air bandung dekat meja sebelah sana tu?
Bayangkan mereka itu adalah bapa dan anak kau,
suka ke kau biarkan mereka jamah asap kau sekalipun berperisa strawberi?

Sekali lagi aku tekankan,
aku tiada masalah dengan penghisap vape.
Jadi jangan jadikan diri anda pencetus masalah.

Bertimbang rasalah.
Hormat-menghormati itu kunci.
Merdeka 58 tahun bukan hanya untuk anda seorang sahaja,
tapi untuk seluruh warga.

Selamat Hari Malaysia.

Siapa lagi pernah hadapi perangai mereka-mereka yang tidak bertimbang rasa ini?
Cuba cerita sikit...







.




Sep 9, 2015

Enam Poin Kosong.



Salam,
ini ialah kesinambungan kepada satu entri lalu yang bertajuk Enam Poin Empat.
Aku cadangkan kalian baca dulu entri tersebut sebelum terus membaca entri ini.






Yup.
Aku tahu ada je yang tak baca entri yang aku suruh tu baca tu.
Jadi aku letakan rumusan di bawah:

cEro pergi buat ujian darah pada awal tahun 2015 dan keputusannya mendapati tahap kolesterol dalam darah cEro berada di paras 6.4 di mana paras itu dikategorikan sebagai TINGGI walaupun badan cEro tidaklah besar mana. Ini semua kerana cara pemakanan cEro yang menggemari makanan berminyak dan bergoreng, terutamanya 'burger kahwin cheese' (burger double dengan daging lembu dan daging ayam dilapisi cheese..Awww yiss! Sedapnya!). Doktor menasihatkan cEro supaya meninggalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat itu jika mahu hidup lama dan bebas dari penyakit. cEro terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada burger kahwin cheese dan setelah enam bulan berlalu, kini cEro kembali berhadapan dengan doktor bagi mengetahui keputusan darahnya yang seterusnya.

Awkward gila gelar diri dalam kata nama ketiga.
I wonder macam mana Aman Wan boleh lakukannya...

Untuk rujukan,
jumlah kolesterol dalam darah yang sihat ialah 5.2 mmol/l,
5.26.1 berada di 'borderline-high' manakala atas kepada 6.2 ialah TINGGI.

Atas sebab tertentu,
aku akan menjalani ujian darah dan DNA study setiap enam bulan.
Jadi, hasil keputusan kali ini sepatutnya ialah untuk ujian bulan Jun lepas.
Alaa, makmal hospital kerajaan. What to expect, kan?

Walaupun ada penurunan dari 6.4 kepada 6.0,
tapi paras itu masih tidak sihat dan aku diminta terus mengawal pemakanan.

Rupanya nak turunkan kolesterol dalam darah bukanlah satu usaha mudah.

Aku bukan doktor (at least belum lagi),
tapi biar aku berikan analogi mudah tentang kolesterol dalam darah ini.
Betulkan aku kalau aku silap:

Bayangkan saluran darah kita sebagai jalanraya.
Dan sel darah kita adalah kenderaan atas jalan tersebut.
Kolesterol pula adalah sampah-sampah yang berada di atas jalanraya.

Jalanraya yang lancar adalah jalanraya yang tidak dipenuhi sampah.
Jika sampai satu tahap jalan tersebut dipenuhi sampah, kereta sudah mahu lalu.
Sampah yang menimbun di tepi jalan lama-lama semakin menutup jalanraya sehinggakan jalan menjadi sempit lalu kesesakan boleh berlaku.
Kereta yang mahu lalu akan terkandas dan lambat sampai ke destinasi.

Kesesakan inilah yang kita boleh gelar tekanan darah tinggi.
Darah tidak sampai ke tempat tuju dengan berkesan membuatkan oksigen dan nutrien tidak dapat dihantarkan dengan sempurna dan mampu mengundang pelbagai penyakit.

Jika ianya berlaku di salur darah jantung, kita sakit jantung.
Jika ianya berlaku di salur darah menuju ke otak, kita boleh dapat strok.

Macam sampah di jalanraya, ianya bukan sehari terus banyak.
Ianya mungkin bermula dengan pemandu bangang yang buang plastik gula-gula ke luar tingkap kereta.
Sikit demi sedikit sampah menjadi banyak.
Lama kelamaan sampahnya cukup banyak untuk mengeras di tepi jalan dan menghalang aliran kereta.

Kolesterol juga begitu.
Ianya hasil daripada pengumpulan kolesterol dari makanan yang tidak terkawal dan berterusan.
Lama-kelamaan ianya meningkat dan jadi semakin banyak dalam darah.

Membersihkan sampah di tepi jalan yang sudah banyak pun bukannya kerja mudah.
Apatah lagi jika sampah itu sudah mengeras dan sebati dengan jalanraya.

Sama juga seperti usaha mengurangkan kolesterol.
Ianya tidak mungkin berjaya sekelip mata.
Jika kita disiplinkan diri mengawal pengambilan makanan berkolesterol,
lama kelamaan paras kolesterol akan turun ke tahap yang selamat.
Biar input kolesterol lagi rendah dari outputnya,
lama kelamaan kolesterol yang berlebihan dalam darah akan berkurangan.

Dan enam bulan (untuk aku) belum mencukupi.

Biar aku tekankan sekali lagi bahawa bersenam tidak berapa membantu dalam pengurangan paras kolesterol dalam darah jika kita tidak mengawal pemakanan.
Dan tiada siapa selamat dari kolesterol.
Jangan kata ianya tidak akan terjadi kepada anda.
Baik yang berbadan besar atau si keding kerempeng pun,
kalau pemakanannya tidak sihat, dia masih akan terdedah dengan bahaya kolesterol.



Marilah sama-sama menjaga pemakanan.
Tanya doktor anda untuk maklumat lebih lanjut.
Periksa kesihatan dan uji darah anda secara berkala.
Biar tak dapat makan burger kahwin cheese sekarang daripada sakit jantung di kemudian hari.

Tapi...
burger kahwin cheese sedap!
Aduh. Dilema betul...






.




Sep 2, 2015

Misteri Peristiwa Di Koridor Sekolah.


Salam.

Biar aku bongkarkan satu rahsia mengenai blog ini. Bila kalian ada terjumpa entri tanpa komik dan panjang lebar macam entri ini, ataupun entri tulis tangan macam entri sebelum ini, maknanya sama ada aku sedang sibuk dengan urusan duniawi ataupun aku malas nak melukis. Sebab entri sebegini aku banyak buat secara bundle dan simpan di dalam draft untuk senang di-schedule di kemudian hari.

Dalam kes kali ini, ianya kedua-duanya; aku sibuk dan aku malas.

Sebagai pendahuluan, aku mahu beritahu bahawa aku dahulu bersekolah menengah di sebuah sekolah berasrama penuh yang dikelilingi hutan dan ladang sawit. Juga menurut sejarah, daerah sekolah aku itu memang terkenal dengan cerita askar Jepun potong kepala dan yang paling baru, kisah Mona Fendi. Dengan setting yang sebegitu hebat, sekolah itu mempunyai pelbagai cerita angker dan 'urban legend' yang kebanyakannya diturunkan secara lisan dari para senior. Lagenda Budak Hitam, Lagenda Tangga 13, Perbarisan Askar Jepun, semuanya menarik untuk dicerita, tapi tidak seronok untuk didengar.

Namun, ustaz sekolah aku pernah berkata bahawa orang yang selalu diganggu itu bermakna imannya sedang diuji. Lagi tinggi imannya, lagi kerap dia akan diganggu. Selama 5 tahun aku bersekolah di situ, hanya sekali sahaja aku pernah merasakan pengalaman angker sendiri. Nampak sangat tahap iman aku tak berapa nak tinggi (mengeluh).

Ini adalah kisah pengalaman angker aku sendiri. Tapi tak seseram pengalaman orang lainlah.


Okey, selesai mukadimah. Kita masuk bahagian memperkenalkan watak yang terlibat.

Semasa aku di tingkatan empat, aku dilantik sebagai Presiden bagi Persatuan Kadet Bomba dan Penyelamat sekolah. Semasa perlantikan, walaupun berasa penuh bangga tapi jelas kelihatan satu muka yang tidak berpuas hati. Namanya Luqman (nama separuh benar) dan dia memegang jawatan sebagai timbalan kepada aku.

Dari segi fizikal dan kredibiliti, aku rasa Luqman lebih layak memegang jawatan presiden berbanding diri aku. Luqman berbadan sasa dan tegap, sentiasa kemas dengan baju masuk ke dalam seluar sedangkan aku kerempeng, tiada otot dan kurang kacak. Aku rasa satu-satunya kelebihan aku yang membolehkan aku dilantik sebagai presiden ialah aku hafal semua arahan (command) dalam kawad dan aku cepat ingat amali dan teori yang diajar Cikgu Bomba. Oh ya, suara aku juga kuat dan sesuai sebagai komander perbarisan.

Berbalik kepada Luqman, walaupun dia tidak membantah, tapi di wajahnya jelas tidak puas hati. Walaupun aku tidak kisah kalau mahu bertukar jawatan, tapi jawatan itu diamanahkan mengikut kiraan undi dan pemilihan, maka nak tak nak aku terpaksa menerimanya. Jadi, aku berkeputusan ingin berbaik-baik dengan Luqman. Rasanya susah kalau presiden dan timbalan bermasam muka, kan?


Seterusnya ialah isi sebenar cerita.

Ceritanya bermula pada suatu malam pada waktu kelas prep. Bagi yang tidak tahu, kelas prep ialah kelas persediaan (preparation class = prep class) di mana para pelajar sekolah asrama wajib naik ke kelas pada waktu malam (biasanya selepas Maghrib atau Isyak) sehingga ke lebih kurang pukul 11 bagi tujuan menyiapkan kerja sekolah, mengulangkaji pelajaran ataupun kadang-kadang menghadiri kelas tambahan. Walaupun itu tujuan sebenarnya, tapi kebanyakan pelajar menghabiskan masa dengan berbual sesama rakan, tidur, atau dalam kes aku, baca komik GTO.

Setelah habis satu jilid komik GTO aku baca (aku minat Kanzaki Urumi), aku berasa lapar dan dahaga. Lalu aku keluar ke kelas dengan alasan konon mahu ke tandas, tapi sebenarnya aku menuju ke belakang kantin sekolah dan memesan mee goreng sambal bungkus dalam plastik dan sebungkus air sirap ikat tepi untuk dibedal secara bersembunyi di belakang kelas.

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari kantin, dengan mata yang melilau mencari takut-takut ada cikgu disiplin meronda, aku ternampak satu susuk tubuh sedang berjalan ke arah bertentangan dengan aku di koridor sekolah. Koridor itu gelap tak berlampu, maka dari jauh memang tak dapat cam siapakah gerangan yang sedang berjalan itu. Setelah diamati, alhamdulillah, pemilik susuk tubuh itu bukanlah cikgu disiplin tapi milik Luqman. Alaa, Luqman si timbalan aku tu...

Jadi aku fikir adalah lebih baik kalau aku bertegur sapa mesra dengan Luqman bagi mengurangkan ketegangan di antara kami, tambahan lagi kami bukan satu kelas yang sama, maka masa itu merupakan masa terbaik untuk berbaik dengan Luqman.

Bila Luqman berada di dalam kawasan julat suara, aku tegur dia.
"Yo, Luqme. Sihat? Pergi mana?"

Luqman dengan muka tidak berekspresi, terus berlalu berselisih dengan aku tanpa jawapan.

"It's okay. Mungkin dia tak sihat kot. Atau mengantuk nak pergi tandas cuci muka..."
Sepatutnya aku berfikiran positif seperti itu, tapi sebenarnya tidak. Aku mencarut memaki hamun dia di dalam hati.
"Dah tak dapat jawatan tu janganlah nak masam muka dengan aku. Sombong betul..."

Aku meneruskan langkah menuju ke kelas. Cerita seterusnya hanyalah rutin biasa; aku makan sembunyi di belakang kelas, habis makan sambung baca komik Kindaichi pula, kemudian bunyi loceng kelas prep habis, semua pelajar bergerak ke dewan makan untuk minum malam (supper) dan seterusnya pulang ke dorm masing-masing dan bersiap untuk tidur sebelum 'light off' pukul 12 malam.

Di dorm, aku berbual dengan seorang lagi kawan yang bernama Redha (ya, ini nama sebenar).
"Yo Redha. Tadi aku jumpa Luqme masa prep. Dia diam semacam je. Dia tidur dalam kelas ke?" Redha merupakan rakan sekelas Luqman. Sebenarnya soalan itu sekadar mahu buka perbualan, aku tak jangka pun sebarang jawapan dari Redha.

Tapi Redha berdiam diri seketika sambil tepat memandang ke wajah aku. Tangan dia yang sedang meletakkan kemeja ke penyangkut baju pun terberhenti seperti ada tertekan butang 'pause' dalam DVD.

"Kenapa?"
Aku tanya Redha melihatkan reaksi dia yang semacam itu.

"C, Luqme mana naik prep. Dia sakit perut salah makan. Dia berehat dekat bilik sakit sepanjang malam tadi. Aku sendiri yang hantar dia ke bilik sakit."

Mengenali Redha yang sentiasa serius dan tidak suka berjenaka, aku tahu dia tidak menipu. Tapi persoalannya, kalau Luqman tak naik kelas prep malam itu, siapa yang aku selisih dan tegur semasa di koridor tadi?







.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: