Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 2, 2015

Cerita Tentang Sesuatu.


Salam.







Aku ada seorang kawan yang aku tahu sangat tak sukakan kerjanya, tapi setiap hari dia tetap akan pergi kerja dengan senyuman. Bila ditanya bagaimana dia boleh pergi melakukan kerjanya setiap hari dengan senyuman walaupun itu kerja yang dia tidak gemari, ini jawapannya...

"Rahsianya ada di rumah."

Itulah 'sesuatu' yang cuba aku nak sampaikan di sini.
Tidak kira berapa payahnya hidup di luar,
kita selalu akan look forward untuk balik ke rumah,
dan 'sesuatu' itu akan membuatkan kita rasa segala perit jerih kehidupan di luar adalah berbaloi untuk ditempuhi.

Mungkin sesuatu itu ialah isteri, anak-anak dan keluarga.
Mungkin sesuatu itu PS4 ataupun PC game ataupun kehidupan online.
Mungkin sesuatu itu adalah katil yang empuk dan mandian shower yang menyegarkan.
Mungkin juga sesuatu itu hanyalah semudah satu mesej 'Orait! Syg awk!' yang berada di dalam inbox.

Untuk orang yang #foreveralone macam aku,
buat masa sekarang, 'sesuatu' aku ialah satu bungkusan yang sampai Khamis minggu lepas.
Bungkusan berisi buku Buasir Otak: The Komik

------------------------------------------------


Rasanya semua orang dah tahu disebabkan kebanyakan pembaca blog ni juga pembaca kepada blog-blog penyumbang karya untuk Buasir Otak: The Komik yang lain.

Tapi pada yang tak tahu,
blog Buasir Otak sekali lagi menerbitkan bukan satu tapi DUA komik indie lanjutan BUASIR OTAK: THE KOMIK iaitu Buasir Otak: The Komik [RELOADED] dan Buasir Otak: The Komik [REVOLUTION].

Aku salah seorang penyumbang komik dalam edisi kedua dan ketiga ini.
Malah kali ini, komik ini menghimpunkan 33 pengkarya yang terdiri daripada blogger, pelukis komik indie dan amatur di dunia maya iaitu Aika, Amna Shark, Anhaz, Ankel Jonni, Art Syah, Aujinz, Ayuni Rafilah, Az, Bandido, Budoxe Lee, Dayang Deno, Endman3010, Imanina Shin, Irfan Hilal Kawa, Manbia, Nazirul, Nazrul Ali, Nine Redial, Nuruddin, Plain83, Prince of Noob, Pyromania, Remy, Renjer, Rizal PaperBag Head, Silver Fox, Syue Artz, Tengku Puteri, Xua Xragonz, Yura Yu dan Zyraroxx.


Kedua-dua buku komik setebal 184 mukasurat ini mengandungi komik hasil karya kesemua 33 pengkarya yang telah disusun mengikut 10 kategori utama iaitu Persahabatan, Cinta, Kekeluargaan, Keagamaan, dan Kerjaya & Ekonomi serta Pendidikan & Kesihatan, Sains & Teknologi, Hiburan & Sukan, Kemasyarakat dan Politik & Sosial.

Untuk maklumat lanjut dan cara pembelian,
bolehlah klik di sini atau klik gambar cover komik di atas.



Namun,
jika kalian rasa kalian mempunyai tuah yang melimpah ruah,
apa kata sertai Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik yang dianjurkan oleh the lovely Zyra Roxx untuk peluang mendapat kedua-dua buku Buasir Otak: The Komik ini secara percuma.

Yes, you read it right. PERCUMA.


Untuk maklumat lanjut dan cara penyertaan,
bolehlah klik di sini atau klik imej comel di atas.
Kalau kalian join, kirim salam kat Zyra untuk aku.


------------------------------------------------


As for me,
semasa entri ini ditaip dan diterbit,
buku Buasir Otak: The Komik aku sudahpun sampai ke tempat dihantar
tapi oleh sebab aku sedang bertugas di luar kawasan
aku masih belum berkesempatan untuk balik rumah dan membacanya.

Buat masa sekarang, itulah 'sesuatu' aku.
Sangat tak sabar nak balik rumah dan buka bungkusan dan baca dan gelak macam dunia ini aku yang punya.

Ada orang kata rumah ialah tempat di mana yang tersayang berada.
Ada juga yang kata rumah ialah tempat yang kita selesa untuk berak.
Pada aku,
rumah ialah tempat untuk aku baca komik dengan hanya berboxer dan gelak seorang-seorang macam bangang tanpa ada yang judge.

Apa pula 'sesuatu' kalian?





.




27 comments:

  1. "sesuatu" di rumah yang membolehkan sy tersenyum tanpa sebab dalam timbunan kerja adalah:-
    1) buku/novel yang menunggu untuk dibaca
    2) makanan
    3) kucing yang setia menanti di depan pagar
    4) atau unexpected text dari seseorang

    and yes, dekat rumah kita bebas pakai apa sahaja sambil melakukan apa saja dgn selesa. right now, 'sesuatu' itu adalah menyiapkan felt doll (my latest addiction)

    Thanks 4 the support C!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat Zyra, cEro dah kirim Salah kat kau.. Dalam 2-3 hari sampai la Salah tu...nasihat aku, jaga dia baik2...wahahaa...

      Delete
    2. >Zyra Roxx

      Buatkanlah satu felt doll utk sy satu...
      Wahahahahahahahahahahahaa...
      Ok, jgn buat. Sbb kalau buat pun awk tak ada tmpat nak hantar, sy skarang tgh tak ada alamat tetap...hahahahahahahhaa

      Delete
    3. >Bro Ley

      Cis. You cannot let it pass quietly, huh? Hehe
      Aku nak kirim salah (solat dlm arab), supaya dia doakan kesejahteraan aku..hehehe
      (baik punya cover)

      Delete
  2. kirim salah tu apa??
    bwahaha can't help it XD
    weh salah timing komik ni keluar,aku on a tight budget bulan ni T__T
    -Star-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tu jelmaan cEro kot...haha

      Delete
    2. >Star

      Cis! Tak boleh lari dari mata editor.
      Mesti mata bersinar bila nampak typo.
      Hahahahahaa

      Delete
  3. banyak jugak blogger komik yang terlibat rupanya. tahniah! karya korang dah jadi komik. :D

    BV pun paling excited bila posmen hantar barang n surat ada nama sendiri. excitednya lain macam. hahahha. mesti taksabar balik rumah XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BudakVanilla

      Memang banyak. Kebanyakan yang aku kenal semua join BOTK ni. Tapi secara indie je la. Ada peluang kalau kena lamar dengan publisher lagi besar, itu rezeki. Hehehehe

      Delete
  4. Start lukisan yg "Bro, barang dah sampai" je aku dah tau ni mesti pasal komik. Unik cara kau marketkan. Bagus2.. Congrats juga kepada semua yg menjayakan komik ni.

    'Sesuatu' aku buat masa ni mungkin kehidupan online dan tidur, sebab semenjak kerja ni aku byk bersendirian. So, kat alam maya ni je la aku cari kawan untuk happy2 kan life aku macam baca blog2 ke...haaa...

    Insyaallah next level, 'sesuatu' aku mungkin jadi isteri dan anak2 pulak, doakan... hohoho.....**kontroversinya komen camni** :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Haha. Thanks. Aku nak buat cerita lain, tapi aku kena promote komik BOTK tu jugak so aku buat dua-dua sekaligus. Wahahahaha

      Walaupun kawan alam maya tu best, tapi kawan realiti pun kena ada jugak bro. Baru seimbang. Hehehe

      Aku pun! AKU PUN!!!

      Delete
  5. Aku baru baca 3/4 dari BOTK Reloaded, hat Revolution tu aku takdan nak baca lagi... hahah. Aku rasa kalau size komik tu A4.5 or A4 mesti lagi syiok baca kan, tapi onkosnya mesti la kena up lagi kalo camtu huhuh~ X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Barisan pelukisnya tak mnenghampakan, so aku rasa karyanya pun tak menghampakan. Heheehe
      Saiz A4 ek? Macam best je...Ala-ala shonen jump gitu. Hehehe

      Delete
  6. Aku dah dapat dan dah baca habis komik tu..
    perghh puas hati beb..
    komik tebal gila kot..
    1m/s 1 isu..
    2 hari jugaklah aku habiskan..huhu..
    hmm, sesuatu tu adalah bila aku balik boleh bersama yang tersayang ahaha :)

    nazrul ali

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nazrul ali

      Uih! Dengkinya aku dengan orang yang dah baca habis ni...hehehehe
      184 m/s, rasanya komik paling tebal aku pernah (akan) baca kot. Heheheeh

      Delete
  7. yes, home is our own paradise. tak kira la walau rumah setinggan pun. aku pun excited weh kalau ada beli barang online. memang itulah 'sesuatu' aku time tu berkejaran balik ke rumah dengan perasaan excited dan berdebar hahaha. nampak je parcel terus terkam dan peluk haha.

    komik tu revolution je aku tak baca lagi, sayang nak baca, nnti habis wahahaha. tapi in same time tak sabar nak baca. confusing betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Nadia sama dgn aku, kalai read good books/komik mmg syg nk baca bg habis.

      Novel sherlock holmes pun ada satu chapter last belum baca.. sbb takut end di situ hahahahaha

      Delete
    2. >NADIA vs BERON

      Betul sangat. Macam aku, walaupun aku bukan pembaca novel yg setia, tapi benda tu selalu jadi dekat aku bila baca komik. Asyik delay-kan baca je sebab kekonon taknak habis. Hehehe
      Aku faham perasaan tu :)

      Delete
    3. >Zyra Roxx

      Huyooo baca Sherlock Holmes tu...
      Kagum sekejap. Lama sebenarnya...hehehehe

      Delete
  8. mugo terus maju jaya bro., kipidap

    ReplyDelete
    Replies
    1. >tiga lalat

      Thank you tiga lalat...#dongibap

      Delete
  9. Hebat cara promote buku ni :)

    Errmmm, sesuatu saya dekat sini ialah my me time on my comfy bed. That's something I'm looking forward to every day kalau pergi sekolah. Almaklumlah, pergi sekolah pukul 7:35 pagi. Balik sekolah pukul 7:30 malam pun belum tentu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Hehehe. Thank you.

      Hahaha. Katil sentiasa adalah tempat terbaik, kan?
      Tak kisah laa lintang pukang banyak baju berselerak ke ape, katil always the best!

      Delete
  10. SESUATU untuk aku buat masa ni adalah isi rumah (mak,ayah,adik beradik aku) yang ada di rumah tu buat masa sekarang ni. itu je buat masa ni. lain-lain tu aku macam Bro Ley & cEro jugak.

    "AKU PUN ! AKU PUN! "

    harapnya tak lama lagi ada berita gumbirala untuk kita-kita yang single mingle nih.
    kehkehkeh. gittewwww~

    [img]http://rs229.pbsrc.com/albums/ee145/Erizo18/imagen22.gif~c200[/img]

    ReplyDelete
    Replies
    1. >anamizu

      Harap2 macam tu laa ana oi...
      Tapi mengharap je laaa...harapannya tak nampak pon.
      Wahahahahaha

      Delete
    2. samalah aku ni pon 'mengharap' je lah wahahaha

      Delete
    3. >anamizu

      Bila baca balik reply aku kat atas macam bunyi pasrah sangat dah...hahahahah
      Live your life laa, C. Hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: